June 16, 2009

Bayang-Bayang 41


Jam dinding dikerling sekilas. Sudah menghampiri jam enam petang. Dinie menjenguk keluar melalui pintu luncur yang dilitupi langsir dari kain jarang. Sebuah Hyundai Coupe biru gelap yang tersadai bertentangan dengan rumah itu masih lagi terparkir di situ.

Dinie memerhatikan kereta itu dengan penuh rasa curiga apetah lagi melihatkan pemandunya masih lagi berdiam diri di tempat duduk pemandu. Beberapa ketika kemudian Honda Jazz milik suaminya meluncur laju, masuk melalui pintu pagar automatik.

Dinie tersenyum. Namun senyumnya tak lama saat dia terdengar suara Naqib yang lebih kuat dari biasa. Satu hentakan kuat kedengaran beberapa ketika kemudian. Pantas Dinie mencapai tudungnya dan bergerak ke luar.

“Abang?” Tangan Dinie mencapai tangan kanan Naqib yang sudah terluka sedikit.

“Ya Allah.. Abang.. Kenapa ni?” Dinie mendongakkan kepalanya saat Naqib tidak bersuara. Pandangannya diarahkan pada sesuatu yang menjadi tumpuan suaminya kala itu.

Seorang lelaki yang berbadan tegap, berumur dalam lingkungan pertengahan 50-an sedang berdiri bertentangan, di luar pagar rumah yang masih terbuka luas.

“Qib.. Please.. Let me talk to her..” Lelaki tadi bersuara sayu.

“Don’t you dare to meet her... or else you won’t see her around.” Keras balasan Naqib. Dinie yang tidak tahu hujung pangkal hanya tercengang.

“Qib...” Panggil lelaki itu perlahan. “I’m staying at Country Heights now. I’m dying to see her..”

Sekeping kad nama dihulurkan tetapi Naqib hanya memandang tanpa perasaan. Dinie yang terasa belas melihat situasi itu pantas menyambut huluran tadi. Lelaki itu tersenyum sedikit sebelum berlalu ke keretanya yang terparkir bertentangan dengan rumah mereka.

Pemandu Hyundai Coupe itu! Pemandu Hyundai Coupe itu telah lama memerhatikan rumah mereka. Sudah hampir seminggu sejak dia mula tinggal di situ.. Dinie mengerutkan dahinya, memikirkan keadaan tersebut.

“Jom masuk..” Pantas Naqib menarik lembut lengan isterinya. “Nanti Piya buang aje kad nama tu..” Suara Naqib yang sudah rendah nadanya membuatkan langkah Dinie terhenti.

“Bang, Piya ambil kad nama ni bukan untuk dibuang..” Lembut Dinie membalas. Naqib membisu. Dinie tersenyum sedikit, tahu suaminya itu sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

“Whoever he is, you shouldn't treat him so.. Piya tak tahu apa yang dah terjadi between abang dengan uncle tadi. Apa yang Piya tahu, sekarang, kita masuk dalam dan basuh luka abang tu..”

Dinie menarik lengan suaminya, menayangkan tangan kanan Naqib yang berdarah. Naqib tergelak perlahan.

“Hmm.. Kan handsome macam tu. Kalau tak tadi, muka tegang macam nak telan orang je! Dah tu, mengamuk tak ingat dunia. Pergi tumbuk tembok tu buat apa, bang? Menyakitkan diri je..”

Naqib ketawa lepas. Dia mencuit pipi isterinya itu dan berkata, “Pandailah isteri abang ni... Banyak cakap pulak dia hari ni...” Naqib menarik lembut lengan Dinie. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.


-------------------


“He is your father in law, sayang..”

“Hah!” Terhenti pergerakan Dinie yang sedang menyapu minyak gamat pada tangan Naqib. Suara Naqib yang mendatar membuatkan Dinie memandang tepat pada suaminya itu.

“Tadi tu, that man.....”

“Papa?” Pantas Dinie mencelah.

Naqib menganggukkan kepalanya. Diusap lembut kepala isterinya dan berkata, “Pandai pun sayang..”

“Tapi kenapa semua orang kata papa dah tak ada?” Tanya Dinie pelik.

“Panjang ceritanya..” Naqib mengeluh perlahan.

“Tak baik mengeluh, bang..”

Naqib tersenyum. Matanya memandang tepat pada Dinie yang sedang memandang ke arahnya.

“Nuha tahu?” Naqib menggeleng. Dinie mengerutkan dahinya. “Dah tu, untuk urusan sekolah Nuha, mana dapat surat kematian?” Tanya Dinie lagi.

“Idraki... Id ada banyak contact. Dia mintak tolong kawan dia buat..”

“Ya Allah.. Abang.. Kenapa sampai macam ni? Takkan abang nak putuskan hubungan dunia ahirat ni?”

“Dulu dia tak pernah mengaku Nuha tu anak dia, his only daughter.. Nasib baik abang balik cuti sekolah masa dia pergi Germany. Kalau tak, Nuha membesar dekat rumah anak yatim! Macam nak gila abang cari Nuha. Nasib baik Pak Ngah dengan Mak Ngah tolong sama.. Dia tak pernah suka dekat Nuha sebab dia anggap Nuha bawa sial! Mummy meninggal masa lahirkan Nuha. Mama pula accident and she died on the spot masa nak pergi ambil Nuha dekat hospital.”

Dinie beristighfar perlahan. Tidak dia sangka sejarah hidup suaminya itu terpalit kepahitan yang bukan sedikit.

“Abang..” Panggil Dinie perlahan. “Piya rasa papa dah menyesal. Nuha have the right untuk tahu papa masih hidup. Sampai bila abang nak sembunyikan kebenaran..”

“Sampai bila-bila..” Pantas Naqib menjawab.

Dinie terdiam. Dia tahu saat itu bukanlah waktu yang sesuai untuk membicarakan hal sedemikian. Dia tahu suaminya perlukan ruang dan waktu untuk menimbang semula setiap yang telah terjadi. Dia juga tahu suaminya itu sudah lama memendam luka seorang diri. Sebagai isteri, dan juga menantu, Dinie bertekad untuk memulihkan ikatan kekeluargaan itu.

Mereka berhak mendapat kebahagiaan dalam erti kata yang sebenar! Dalam kepayahan, Dinie mengukir senyuman buat Naqib yang sedang merenungnya.. You’ve got me, bang.. Suara hati Dinie berbisik perlahan..


-------------------


“Bila Nuha nak balik, bang?” Tanya Dinie lembut saat Naqib muncul di pintu bilik yang terbuka luas.

Naqib menjungkitkan bahunya sekali dan menjawab, “Babah kata nanti babah hantar. Baby tu pun tak boleh tunggu nak jumpa Hana.. Semangat je suruh abang hantar dia kat rumah babah masa abang jemput dia lepas solat Jumaat tadi.”

Dinie menganggukkan kepalanya sekali dan kembali mengemas baju-bajunya untuk disimpan di dalam beg baju yang telah dimuatkan dengan baju-baju suaminya.

“Nak pergi berapa hari ni bang?” Dinie mengalihkan pandangan pada Naqib yang sudah duduk selesa di sebelahnya.

“Empat ke, lima ke, enam ke.. tujuh ke...” Jawab Naqib sambil tersengih.

“Main-main pulak ye,” Dinie mencebik. Pantas Naqib mencuit pipi isterinya.

Dinie mengalihkan pandangannya pada Naqib di sebelah.

“Bang..” Panggil Dinie perlahan. Tangannya mencapai tangan Naqib.

“Ahah! Trying to seduce your husband ya?” Naqib menarik Dinie rapat padanya.

Dinie tersenyum. Matanya dikerdipkan sekali. Dirapatkan kedudukannya yang sudah pun bertentangan dengan Naqib. Lambat-lambat dia mengangkat tangannya dan melingkari leher suaminya. Senyuman masih tak lekang dari seulas bibir yang comel itu.

“Abang...” Panggil Dinie lembut.

Naqib ketawa lepas. “Mana belajar ni??” Naqib bersuara dengan tawa yang masih lagi bersisa.

“Abang, Piya nak cakap ni..” Dinie mengerutkan dahinya membayangkan keseriusannya.

“Hmm? Go on...”

“Abang...” Lembut suara Dinie. Pandangannya tertumpu sepenuhnya pada Naqib di hadapannya. Naqib ketawa lagi.

“Look. Macam mana abang nak dengar kalau Piya macam tengah goda abang je sekarang ni..”

Bulat mata Dinie memandang Naqib yang sedang tersengih. Lingkaran tangannya di leher Naqib segera dilepaskan. Pantas Naqib mencapai tangan isterinya, digenggam erat kedua belah tangan itu.

“Orang nak cakap dari hati ke hati pun payah..” Dinie merungut perlahan.

“Hati ke hati? Macam Klasik Nasional tu?”

Naqib kembali menyambung tawanya. Bulat mata Dinie memandang Naqib yang asyik ketawa.

“Okay, okay.. Piya nak cakap apa? I’m all ears now..” Naqib kembali serius. Dia menjungkitkan keningnya sekali. Dinie memusatkan pandangannya pada sang suami di hadapan.

“Abang, Piya kahwin dengan abang, tapi banyak yang Piya tak tahu pasal abang.. Piya nak abang share everything yang abang rasa.. Piya tak nak jadi teman waktu senang je..” Dinie mematikan kata-katanya dan menghembuskan nafasnya perlahan.

Pandangan Naqib yang menikam anak matanya membuatkan Dinie menundukkan kepalanya, memandang tangannya yang masih utuh dalam genggaman Naqib. Naqib setia merenung Dinie, seakan mencari dan ingin berkongsi kekuatan yang terpancar dalam diri isterinya itu.

“Sayang..” Pantas Dinie mendongakkan kepalanya, mendengarkan suara Naqib setelah sepi menemani mereka beberapa ketika tadi. Lambat-lambat Naqib membuka cerita yang telah dipendam lama, jauh dilubuk hatinya.

“Abang bukan tak nak cerita dekat Piya, after all abang tak nak beratkan Piya dengan problem yang abang boleh handle.” Perlahan suara Naqib mengakhiri kata-katanya.

“I know you can handle your problem.. But then, life isn’t a problem to be solved, bang.. It’s a gift to be enjoyed. Abang faham kan maksud Piya?” Sayu pandangan Dinie tika itu.

“Piya.. I’ve done everything to make sure she won’t feel lack of love.. There’s just no way I'll let him be with her. No Way.” Naqib melepaskan genggamannya.

“Abang..” Dinie mencapai tangan Naqib dan mengusapnya lembut. “Abang biar besar mana pun salah papa, dia tetap papa Nuha, tetap papa abang. Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda, jangan kamu benci kepada bapamu. Siapa yang benci kepada bapanya, kebencian itu bererti kekafiran..” Dinie berhenti seketika mencari anak mata suaminya.

“Marah dan dendam ni tak ke mana, bang.. Piya boleh nampak tujuh, sembilan ekor yang bertanduk tu tengah seronok menari bila abang tetap dengan rasa marah dan benci abang tu..” Sambung Dinie cuba berlelucon.

“Hah?” Naqib membesarkan matanya memandang Dinie Sophea. Sesaat kemudian bibirnya tersenyum nakal.

“Piya nampak apa haa? Hmm.. Nanti Piya tidurlah sorang-sorang.. Jangan nak tidur dengan abang..”

Pantas Dinie mencubit manja lengan suaminya. Naqib tersenyum senang. Ditarik Dinie dalam pelukannya.

“Tak sangka sayang abang ni pandai buat lawak jugak ye..” Naqib mengeratkan pelukannya. Dicium lembut ubun-ubun kepala isterinya itu. “Hmm.. What a relief!”

Dinie mendongakkan kepalanya memandang Naqib. Naqib tersenyum dan menyambung kata-katanya, “Thanks sayang..”

“So how?” Pantas Dinie bertanya.

“Hmmm.. Nanti abang slow talk dengan baby dulu.”

“Abang?”

“Abang?” Tanya Naqib kembali.

Dinie mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Abang... Wallahu’alam.. Semuanya dah tepu dalam kepala dan hati abang ni. Abang perlukan masa..”

“Piya faham.. Take your time, bang.. Tapi jangan lama-lama sangat. Time wait for no man, right?”

Dinie bingkas bangun dari katil King size itu sebaik sahaja Naqib melepaskan pelukannya. Dia tersenyum pada suaminya itu sebelum kembali bersuara, “Abang nak turun? Piya nak buat air..”

Naqib tersengih. Dia turut sama bangun dan meregangkan badannya sedikit. Diraih bahu isterinya lembut. “Alah.. Cakap je la Piya nak ajak abang teman Piya turun..”

Naqib tersengih saat Dinie menyiku lembut perutnya.

“Tengok, dia yang start buat cerita dulu, dia yang takut..” Naqib menarik tangan Dinie perlahan, beriringan mereka turun ke tingkat bawah.

“Bukan takutlah.. Rumah abang ni besar sangat...” Sempat Dinie membalas sambil tergelak manja. Naqib mengerutkan hidungnya sedikit dan mencuit pinggang isterinya itu.

“Tak baliklah baby malam ni.. Tidur kat sanalah tu..” Naqib bersuara sebaik sahaja matanya tertancap pada jam dinding yang sudah menunjukkan pukul sepuluh setengah malam. Dinie tergelak perlahan. Tangan Naqib yang melingkari pinggangnya ditepuk perlahan.

“Alah bang.. Biarlah Nuha tu enjoy sikit. Tak ke mana pun dia. Dekat rumah babah jugak..”

“Hmm.. Tidur sana tak nak bagitahu dulu. Piya la ni, ajar dia derhaka dekat abang mithali dia ni..” Naqib mencuit hidung isterinya perlahan. Dinie ketawa lepas.

“Nescafe please..” Pinta Naqib setelah dia duduk selesa di atas bangku meja bulat di ruang dapur itu. Leka matanya memerhatikan Dinie yang sedang membancuh air.

“Nescafe siap..” Dinie tersenyum sambil meletakkan dua biji mug di atas meja.

“Lagi satu tu?”

“Yang ini Piya punya. Milo..”

“Ohh.. Abang lupa Piya tak minum nescafe.. Padanlah sayang abang ni baik sikit.. Kurang kafein dalam badan dia..” Usik Naqib sambil mengenyitkan matanya.

Dinie ketawa lepas. Dia menarik bangku bulat dan duduk di hadapan Naqib. Matanya bertentang dengan mata suaminya itu. Mereka berdua tersenyum tiba-tiba, membiarkan mata itu berbicara seketika.

Beberapa ketika berlalu tanpa gangguan. Lambat-lambat Naqib mencapai tangan isterinya di atas meja. Dielus perlahan tangan itu.

“I love you..” Dia menggerakkan bibirnya perlahan, bertutur tanpa suara.

Kedamaian yang hadir kala bersama isterinya itu membuatkan Naqib terasa seperti hendak menghentikan waktu, bimbang damai yang dirasainya kan diragut masa yang pasti berlalu..

No comments:

Post a Comment