June 19, 2009

Bayang-Bayang 48


Telefon bimbit yang berlagu panjang dikerling sekilas. Dinie yang sedang bersiap untuk keluar sempat mengemaskan pin tudung yang disematkan di bahagian bahu sebelum tangannya mencapai telefon bimbit di atas katil.

“Assalamualaikum,”

“Wa`alaikumussalam.. Baru bangun tidur ke?”

Dinie mengerling jam locengnya di atas meja belajar.

“Hish. Mengarut abang.. Dah pukul 9.45 ni, takkan baru bangun.. Lagipun, Piya ada kelas pukul 11 nanti.” Tawa Naqib membuatkan Dinie tersenyum lebar.

“Guess what..?”

“Hurmm? I’ve no time nak main teka-teka, bang.. Piya nak jumpa lecturer sekejap lagi..”

“Sombong ye Piya sekarang dengan abang..”

Nada rajuk yang kedengaran membuatkan Dinie ketawa lepas.

“Alaa abang.. Merajuk ye..” Usik Dinie. Tangan kirinya menggenggam telefon bimbit rapat ke telinganya manakala tangan kanannya ligat memasukkan barang-barang ke dalam beg galasnya. Beberapa saat kemudian dia sudah pun bergerak menuju ke pintu bilik untuk keluar.

“Sayang dekat mana ni?” Derapan langkah Dinie yang agak laju menuruni tangga mengundang persoalan pada Naqib.

“Piya dekat kolej la bang.. Tengah turun tangga ni, nak kejar bas kejap lagi.."

Naqib ketawa mendengarkan kata-kata isterinya. Tersenyum Dinie mendengarkan tawa yang mengundang rindunya pada suaminya itu.

“Okay kalau macam tu.. Abang tunggu Piya ye sayang.. Love you!” Serentak dengan itu Naqib menamatkan panggilan.

“Abang! Abang!” Dinie memanggil Naqib beberapa kali. Tidak percaya dengan tingkah suaminya. Tergeleng Dinie dengan keletah Naqib sebentar tadi. Telefon bimbitnya diselitkan ke dalam beg galas. Lambat-lambat dia tertawa perlahan.

Abang, abang... Dia berlari anak menuruni tangga dari tingkat tiga. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Hampir jam 10! Dia perlu pantas agar tak terlepas bas pukul 10 nanti. Dinie melajukan langkahnya ke arah tempat menunggu bas di hujung jalan masuk ke kolej. Langkahnya mati di hadapan pintu kolej.

Bulat matanya melihatkan Honda Jazz biru yang sangat dikenali, terparkir berhampiran kolej kediamannya itu. Sesaat kemudian matanya tertangkap pada kelibat suaminya yang sedang bersandar di sisi kereta itu. Pamitan Naqib dibalas dengan jegilan matanya. Naqib ketawa lepas. Pantas dia bergerak menghampiri isterinya yang kaku memerhati.

Heart attack ke sayang?” Tersengih Naqib melihat wajah Dinie yang sudah memuncung. Dicuit bibir isterinya perlahan. Laju sahaja Dinie menepis tangan suaminya.

“Hish.. Abang.. Sini kolej la. Malu orang tengok. Nanti orang ingat apa pulak karang..”

“Biarlah.. I’m your beloved husband. Beranilah orang nak cakap apa..”

“Abang sayang, bukannya semua orang tahu abang ni, my beloved husband..” Hujung ayatnya ditekankan sedikit. Naqib ketawa kuat. “Takkan abang nak Piya buat announcement, bagitahu I’m married..” Dinie menepuk perlahan tangan Naqib yang mencuit pinggangnya.

“That’s good! Barulah takde siapa yang berani nak kacau my sweetheart ni..” Naqib menarik tangan Dinie perlahan. Beriringan mereka ke kereta yang terparkir berhampiran.

“Abang, abang buat apa dekat sini pagi-pagi? Tak kerja?” Langkah Dinie mati di hadapan pintu kereta. Bulat matanya memandang Naqib yang berada bertentangan dengannya. Naqib hanya tersengih menggelengkan kepala. “Piya nak pergi jumpa lecturer ni bang.. Kejap lagi pukul 11 Piya ada kelas pulak..”

“Jumpa lecturer pukul berapa, sayang?”

“Appointment, 10.15..”

“10.15?” Naqib mengerling Sporty Quartz di lengannya sebelum kembali bersuara, “Kenapa tak 10.30 je, sayang..”

“Ikut turn la bang..” Dinie tersenyum sedikit. “Abang datang ni nak buat apa?” Tanya Dinie sekali lagi, teringatkan persoalan yang masih belum terjawab.

“Pukul 11 nanti tutorial ke lecture?” Naqib terus bertanya tanpa menjawab soalan Dinie terlebih dahulu.

“Sejam je, tutorial..” Balas Dinie lembut. “Kenapa abang tanya? Abang tak jawab pun soalan Piya tadi..” Memuncung Dinie saat itu, geram dengan Naqib masih mahu berteka-teki dengannya.

“Hurmm.. Tutorial je. Sayang tak pernah ponteng kelas kan before? Ponteng sekali ni, untuk abang, please.....” Naqib mengerdipkan matanya sekali, memandang tepat pada Dinie yang sedang memandang ke arahnya. “Please... For me..” Pujuk Naqib lembut.

Dinie menjungkitkan keningnya sekali. Pintu kereta di sisinya ditarik sebelum dia memboloskan diri ke dalamnya.

“Abang bawak Piya pergi fakulti kejap, lepas ni Piya ikut abang..” Dinie membalas perlahan sebaik sahaja dia menyelesakan dirinya di sisi Naqib.

Naqib mengerling isterinya sekilas. Dia tersenyum sedikit. Senyumnya bertukar tawa kuat saat matanya tertangkap jelingan maut sang isteri.

“Baguslah zaujah abang ni.. Committed betul.. Ni baru study, kalau dah kerja nanti, setahun kerja, setahun tu la tak mintak cuti agaknya.. Bagus ni..” Naqib mencuit pipi Dinie dan pantas sahaja Dinie menepis cuitan itu. Makin galak Naqib ketawa lepas. Dia menurunkan brek tangan dan memasukkan gear sebelum menekan minyak.

Perlahan-lahan Honda Jazz biru itu bergerak melepasi kolej kediaman isterinya. Dinie menggelengkan kepalanya beberapa kali. Beberapa ketika kemudian bibirnya menguntum senyum. Manja suaminya mengalahkan dirinya kini. Sejak berjauhan, ada sahaja modal Naqib untuk membolehkan mereka bertemu setiap minggu.

“Kan sweet senyum macam tu..”

Mati senyuman Dinie, sedar Naqib memerhatikannya. “Kenapa abang datang pagi-pagi ni bang? Kenapa tak kerja pulak?” Teringatkan persoalan yang masih lagi belum terjawab, Dinie pantas sahaja bersuara. Naqib menoleh sekilas dan tersenyum.

“Tak suka abang datang ye..” Balas Naqib bersahaja. Dinie ketawa perlahan, menggelengkan kepalanya.

“Abang ni ada-ada je tau..” Dinie menepuk perlahan peha Naqib yang tersengih nakal. Naqib mengerdipkan matanya sekali.

“Piya banyak tanya..”

“Abang, Piya tanya soalan yang sama je tau. Abang yang tak jawab-jawab dari tadi..”

“Iya ke?” Naqib ketawa lepas. “Piya, takkan rindu pun nak ada sebab...” Sambung Naqib mesra. Dinie hanya tergeleng dengan senyuman di bibirnya.

“Abang, abang, berhenti dekat sini..” Dinie bersuara tiba-tiba. “Bilik Dr. Prema masuk ikut pintu belakang ni. Dekat sikit..” Matanya dikerdipkan sekali dengan sengihan lebar. “Abang tunggu kejap ye. Sekejaaap je..” Dinie yang sudah berada di luar berlari anak melalui pintu kecil di bahagian belakang fakulti itu. Naqib yang menjadi pemerhati ketawa perlahan.


------------------


“Lah... Penat-penat Piya tuang kelas, abang bawak Piya balik rumah je.. Ingat nak jalan-jalan kat manalah tadi..” Dinie menggumam geram. Naqib di sisinya ketawa lepas, mencuit pipi isterinya itu.

“Haipp.. Ingat abang tak dengar ke sayang membebel..”

Dinie tersengih manja memandang suaminya.

“Come here..”Naqib menarik tangannya ke sofa berangkai dua di sudut hujung ruang tamu. “Hurmm.. Baiti jannati.. Takkan sayang tak tahu lagi..”

Dinie tersenyum sedikit.

"Lagipun, baby tak ada minggu ni. Ada seminar dekat sekolah sampai hari Ahad.” Sambung Naqib dengan keningnya dijungkitkan beberapa kali.

“Ohh.. Pandai ye abang. Suka la kalau baby tak ada ye..” Dinie menyiku perlahan pinggang Naqib. Mereka sudah duduk menyelesakan diri di atas sofa lembut itu. Naqib tidak terus menjawab sebaliknya dia merapatkan dirinya pada Dinie yang berada di hujung sofa.

"Abang nak minum?” Dinie bingkas bangun. Sesaat kemudian dia terduduk semula di atas sofa itu. Bulat matanya melihatkan pegangan kejap Naqib di lengannya.

“Sayang ni tak reti dok diam la.. Meh sini dekat abang kejap..” Naqib menarik Dinie rapat padanya, memeluk erat tubuh kecil itu. “How’s your study?”

“Hmm?”

“How’s your study? Hari tu Piya kata ada test kan? So how?”

Dinie tersenyum. Dia sangat senang dengan sifat ambil berat Naqib. Suaminya itu ternyata seorang yang bertanggungjawab.

“YuhuuuUuu.. Abang tanya ni sayang.. Berangan pulak dia..” Naqib menarik hidung Dinie lembut. Pantas Dinie menjarakkan wajahnya.

“Okay..... hopefully.” Tersengih Dinie setelah memberikan jawapan yang semestinya tidak memuaskan hati Naqib. “Okay, okay. InsyaAllah Piya boleh score..” Pantas Dinie bersuara, memberikan jawapan mengikut skema pemarkahan suaminya saat Naqib mengacah untuk menarik hidungnya sekali lagi.

“Abang nak minum tak? Piya dah kering tekak ni..”

Naqib tersenyum. Pelukannya dilepaskan. Dia bingkas bangun dan menarik tangan isterinya perlahan.

“Biar abang buat carrot susu special untuk sayang abang ni. Piya dah la jarang ada dekat rumah.. Hari ni my treat, okay..” Matanya dikerdipkan sekali. Pinggang isterinya dirangkul erat. Beriringan mereka ke dapur di hujung rumah.


---------------


“Hurmm.. Alhamdulillah! Sedapnya... Sejak bila la abang rajin nak buat carrot susu ni..” Dinie tersengih memandang Naqib yang menjungkitkan keningnya.

“Sejak sayang suka minum..” Naqib ketawa lepas, melihatkan cebikan isterinya.

“Abang tak nak?”

“It’s okay.. Tengok sayang minum pun abang dah rasa lega macam abang minum sekali..” Sekali lagi seisi ruang dapur itu dipenuhi dengan tawa nakal Naqib saat Dinie mencebik mendengarkan balasannya.

“Piya ni ada yang tak puas hati dengan abang ye? Kan?”

Dinie pantas menggeleng. Gelas berisi jus buah itu dihulurkan pada Naqib. Suaminya itu menolak lembut. Sekali lagi Dinie mengunjukkan gelas itu pada Naqib. Kali ini rapat ke bibir suaminya itu pula. Naqib menjungkitkan hidungnya sedikit dan meneguk sekali. Giliran Dinie pula yang ketawa riang melihatkan riak wajah suaminya itu.

“Macamlah Piya tak tahu abang tak suka carrot juice, right?” Dinie mencuit pipi Naqib dengan tawa yang masih kedengaran. Mati tawa Dinie melihatkan Naqib yang memandangnya tanpa kelip. Lama. Pantas dia menunduk dan meneguk jus karot dari gelas di hadapannya itu.

“Malu.. Malu la tu... Hahah!” Naqib ketawa kuat, seronok mengusik isterinya. Pipi Dinie yang sudah memerah dicuitnya sebelum hidung gadis itu yang menjadi mangsa.

“Sayang abang ni tak hilang lagi malu dia tu ye..” Naqib menopang dagu di atas meja, merenung seraut wajah yang jelas tak keruan saat itu.

“Tak mau la bang..” Dinie menolak lembut wajah suaminya ke arah bertentangan. Naqib ketawa lagi, masih dengan kedudukan yang sama menggiat isterinya tika itu.

"Dah, abang duduk sorang-sorang dekat dapur ni.. Piya nak pergi depan dulu. Minum carrot juice tu sampai habis tau. Jangan muntah pulak ye bang..” Dinie pantas berlalu selepas mengenyitkan matanya pada Naqib yang sudah tegak duduknya di atas kerusi, mendengarkan ayat terakhir isterinya itu.

“Eh, Piya.. Tunggulah abang..” Naqib meneguk baki jus karot yang hanya tinggal suku gelas sebelum mengikut jejak langkah isterinya. Langkah Dinie di anak tangga terhenti sebaik sahaja tangan Naqib menarik lengannya perlahan.

“Mana tahu pasal muntah tu? Sayang dah jumpa papa ye?” Tanya Naqib lembut.

Dinie berpaling menghadap Naqib. Dia bergerak mendekati Naqib dan menarik tangan suaminya perlahan. Serentak mereka duduk di atas anak tangga sebelum Dinie memeluk erat lengan Naqib.

“Piya dinner dengan papa semalam.. He’s a nice man, bang. You should’ve seen him..”

“Masa untuk itu akan datang jugak sayang.” Naqib menepuk perlahan lengan Dinie beberapa kali.

“Hmm, papa kirim salam dekat abang. Papa nak sangat jumpa baby, bang. Piya rasa papa betul-betul menyesal dengan semua yang dah lepas dulu..” Lembut Dinie menutur kata, cuba menarik minat suaminya.

“Tengoklah nanti.. Abang tak cakap lagi dengan baby.. I don’t know how to start..” Naqib menarik tangannya perlahan dan mengusap belakang tengkuknya beberapa kali.

“Pelan-pelan bang. Baby will understand for she might not remember anything.. Baby kan kecik lagi masa tu. Mustahil baby ingat, kan abang? Kalau abang rasa berat sangat, Piya boleh tolong..”

Naqib terdiam seketika, memikir. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya sekali dan menghela nafasnya perlahan. “Piya rasa abang patut ada sekali masa papa jumpa baby?”

“Kenapa abang tanya Piya? Abang takut papa buat apa-apa dekat baby?”

Naqib mengangguk lemah.

“Abang...” Dinie menarik tangan Naqib dan mengusap lembut. “Kenapa nak suuzon dekat papa pulak.. Tak baik tau..”

Naqib tersenyum sedikit.

“Tapi, Piya rasa memang patut pun abang jumpa sekali masa tu. Baby tak tahu apa-apa langsung pasal ni. Takut baby terkejut sangat pulak nanti. Lain pulak yang jadi karang. Abang patut ada dengan baby sekali.. Hmm?”

Sekali lagi Naqib mengangguk. Tangannya menggenggam erat tangan isterinya.

“Thanks sayang..” Lambat-lambat Naqib mengukir senyum. Dinie membalas mesra dengan anggukan di kepalanya.

“Takde gunanya Piya jadi isteri abang kalau tak dapat menyenangkan hati abang, meringankan beban abang.. Erm, abang jangan jealous kalau Piya kata papa sayang Piya lebih dari abang..”

Naqib mencebik sedikit sebelum melepaskan tawa. “Tak kisahlah, yang penting ummi sayang abang lebih dari Piya..” Naqib mengerdipkan matanya sekali, menjarakkan kedudukannya melarikan diri dari cubitan Dinie.

Dia ketawa lepas seakan telah terurai ikatan tangsi yang membelit tangkai hati sebelum ini. Pantas sang isteri di sisi dipeluk erat sebelum dia menghadiahkan kucupan hangat di ubun-ubun kepala isterinya.

“You’ll always be my sweetheart..” Bisik Naqib lembut..

No comments:

Post a Comment