June 9, 2009

10


1 new mail! Bulat mata Atia melihat skrin komputer ribanya. Baru sebentar tadi dia kehampaan melihat peti melnya yang jelas tiada kiriman yang baru..

Aliff Izwan! Jantungnya seakan berhenti berdetak saat itu. Teragak-agak dia hendak menghalakan cursor pada emel yang baru diterimanya daripada seseorang yang sememangnya dinantikan.


‘Ya Allah.. Aku pohon padaMU. Berikan aku petunjukMU. KAU pimpin dan bimbinglah aku kerana aku tak mampu berdiri tanpa-MU, ya Allah..’ Doanya perlahan sebelum membuka emel itu. Attachments yang disertakan pantas disimpan dalam komputernya sebelum matanya beralih pada baris-baris ayat yang terpampang di depan matanya..

“Ya Allah! Aliff!” Atia terjerit kecil. Macam mana aku boleh tak tahu.. Kepalanya diketuk sekali. Padan muka! Bijak sangat! Ummi nak cerita panjang, aku ubah cerita. Abang nak terus terang, aku mengelak.

Bagus Tia.. Atia menggeleng kesal. Sungguh tak disangka Aliff yang menghantar lamaran itu. Pantas jarinya membuka flash yang disertakan bersama emel itu tadi. Gambarnya sewaktu di sekolah dahulu berselang seli dengan gambar Aliff yang sedang memetik gitar. Lagu Pupus nyanyian Dewa tetapi dinyanyikan untuknya oleh Aliff menjadi muzik latar belakang flash itu. Butang replay ditekan dan dia turut sama menyanyikan lagu itu melihat pada rangkap yang saling bertukar mengikut lagu yang dinyanyikan Aliff..


Aku tak mengerti
Apa yang ku rasa
Rindu yang tak pernah
Begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau takkan pernah tahu
Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu
Diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara
Baru ku sedari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku
Semoga waktu akan mengilhami
sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban
Hingga akhirnya kau pun mau
Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu
Meski kau takkan pernah tahu


Aliff.. I’m so, so sorry.. I don’t know, it's you... Air matanya mengalir umpama empangan yang pecah saat itu. “Ummi..” Bisiknya dalam esakan perlahan. Pantas telefon bimbitnya di sisi meja dicapai..


September 2011


Atia kaku di sebelah Yusra. Paluan kompang mendebarkan hatinya.. “Tia, Wan dah sampai tu..” Usik Yusra mencuit pinggang sahabatnya itu. “Eii.. Segannya Yus.. Dah jadi mak buyung macam ni pun, Tia nak suruh Yus jadi pengapit ke.. Nasib baik Tia tak bersanding tau..” Bebel Yusra cuba menghilangkan gemuruh Atia.

“Alah.. Abang Aliff tu yang nak sangat suruh Yus dengan Hafiz jadi bodyguard kitorang hari ni..” Balas Atia bersahaja. Paluan kompang yang makin menghampiri membuatkan jantungnya seperti hendak terkeluar.

“Bodyguard!!” Yusra mencubit perlahan lengan Atia di sebelah. “Eh.. Dah berabang-abang pulak.. Sejak bila ni ye..” Giat Yusra lagi.

Atia diam menggigit bibir. Sejak semalam.. Sejak dia sah menjadi milik lelaki itu. Takkan dilupakan saat Aliff melafazkan qabul malam semalam. Dengan sekali lafaz, dia sudah di bawah tanggungjawab suaminya itu, Aliff Izwan Bin Helmi..

“Tia, meh keluar.. Pengantin lelaki dah nak sampai tu.” Panggilan daripada ummi mencantas lamunan Atia. Pantas tangannya mencengkam lengan Yusra di sebelah. Terburai tawa Yusra merasakan sejuk tangan Atia tika itu.

“Ei.. Relaksla.. Semalam okay je.. Siap ambil gambar cium-cium lagi.. Hari ni nak makan je..” Yusra tak puas mengusik sahabatnya yang satu itu.

Atia menjeling geram. Cium dahi je. Tu pun sebab lepas sarung cincin. Abang Ilhamlah punya kerja. Suruh lama-lama. Nak dapat best shot konon! Malu, segan, seriau..... toksah cerita! Atia bingkas bangun, berjalan perlahan ke halaman rumah dengan ditemani Yusra. Lambat-lambat bibirnya menguntum senyum melihatkan Aliff yang kelihatan segak mengatur langkah menghampirinya dengan iringan Hafiz, bakal bapa yang sentiasa ceria seperti isterinya. Pandangannya yang tertancap pada jari telunjuk dan jari hantu Aliff yang membentuk tanda peace membuatkan matanya membulat.

Abang, abang.. Tak habis-habis.. Atia menggeleng perlahan sambil menyambut huluran tangan Aliff Izwan. Senyuman manis terlakar di wajahnya saat itu. Bahagia menjadi milik lelaki di sisinya itu.

“Nasib baik abang takde dengan Tia semalam..” Aliff berpaling pada Atia, tersenyum melihat Atia yang menanti butir bicaranya.. “Tia tidur lena tak semalam?” Bisik Aliff Izwan. Atia menepuk perlahan lengan suaminya yang bersilangan dengan lengannya. Aliff tersenyum lebar. Mereka berdua melangkah beriringan dengan ditemani Hafiz dan juga Yusra. Kedua-duanya kelihatan segak dan anggun dengan sepersalinan pakaian pengantin yang benar-benar menampakkan mereka seperti merpati dua sejoli.

Pancaran flash kamera benar-benar mengganggu Atia. Silau mata rasanya. Gelagat Aliff Izwan benar-benar mencuit hatinya. Pasti setiap kamera yang menghala pada mereka mempunyai gambar suaminya itu yang menayangkan trademarknya sepanjang zaman!

Sepanjang jalan mereka ke tempat makan beradab, Aliff Izwan tak putus-putus menggayakan peace di tangan kirinya. Puas dia menarik lengan itu sementelah lengannya bersilang dengan lengan kiri suaminya.. Namun, dia hanya mampu tersenyum di akhirnya memikirkan suaminya yang tak ubah seperti Aliff Izwan yang dikenalinya hampir tujuh tahun lalu. Nakal! Tetapi sentiasa mengusik hati.. Dihadiahkan senyuman manis buat suaminya yang sesekali mengerling padanya. Dalam hatinya melafazkan syukur yang tak terhingga. Syukur alhamdulillah KAU permudahkan jalanku padanya..

2 comments:

  1. so sweet lah dorang
    klakar tol
    nk2 lg si aliff tu
    hahaha ^_^

    ReplyDelete