June 9, 2009

6


Januari 2005

“Gosip!! Gosip!!” Nani yang baru muncul di hadapan kelas menjerit nyaring. Seisi kelas mula mengalihkan tumpuan pada Nani yang sedang tersengih-sengih.

“Guess what?? Positif! Wan dah takde!!” Nani ketawa lepas. Yusra berpaling pada Atia di sebelahnya. Mereka berbalas pandang dengan kerutan di dahi.

Apa bendalah Nani ni? Tak ada? Apa maksudnya tu? Tahulah Aliff tu seteru dia tahun lepas. Takkan sampai ke final year ni nak gaduh lagi.. Atia mengalihkan semula pandangannya pada Nani yang sedang rancak bercerita dengan kawan-kawannya.

“Weh Nani..” Panggil Yusra tiba-tiba. “Wan pergi mana?”

“Don’t know.. Cikgu Syamsir yang bagitahu tadi Wan dah berhenti sekolah..” Jawab Nani sambil membetulkan lipatan tudungnya.

“Hurmm.. Padanlah tak nampak bayang mamat tu sejak hari pendaftaran last week.. Kan Tia?” Yusra menjungkitkan keningnya sedikit. Atia pantas mengangguk.

“Wan tu sepatutnya science stream! Tah kenapa dia join arts.. Wasting time je. Padanlah bijak semacam walaupun banyak kali skip kelas..” Kata-kata Nani sekali lagi membuatkan Atia dan Yusra berbalas pandang.

“Huu.. Makcik ni radio karat betul!” Yusra menggumam perlahan. Atia membulatkan matanya sekali sebelum menampar lembut peha kawannya itu. Yusra tersengih. Atia ketawa kecil. “Weh Nani.. Mana kau tahu semua ni?” Tanya Yusra sedikit kuat.

“Aku tanya kat Apai..”

“Apai? Hafiz?”

“Yup! Aku terserempak dengan dia kat tangga tadi. Apai kata Wan tu tak dapat pun form six. Dia hantar Apai masa registration day last year. Lepas tu terus tiba-tiba semangat nak buat rayuan, nak masuk form six. Dah dapat kelas sains, dia buat rayuan nak tukar arts pulak. Dahla dia tolak offer dari MARA.. Such a freak! Budak tu memang peliklah. Padanlah aku tak boleh nak ngam dengan dia tahun lepas..”

Yusra terdiam. Dia mengalihkan pandangan pada Atia yang sudah berkerut dahi memikir. Yusra menjungkitkan keningnya sedikit dan bertanya, “So?”

“Hah?”

“So macam mana? Wan tak bagitahu apa-apa dekat Tia ke?”

“Hurmm?? Bagitahu kat Tia? Tak ada pun.. Nak buat apa bagitahu kat Tia..” Atia menggeleng laju. Teringat dia pada mesej-mesej terakhir antaranya dan lelaki itu hujung tahun lepas.

weh.. cuti pjg-pjg ni, ko x rindu kat aku ke tia?? aku rindula kat ko.. heheh ;P

nice try..

emm.. ko belajar rajin2 ye nxt year. x tau pape, ko msg je aku, k?”

msg?

iyela. tp kalau ko nak call pun ok je.. aku lg suka.. hahah~

whatever..

alah ko ni.. bukan nk layan aku.. kang ko rindu kat aku, pdn muka ;P

whatever..

yelahhh2.. hurmm.. aku ada byk mende nak settle ni.. tke cre, k.. byeeee..

assalamualaikum!

ngeee.. ;P wsalammm bebeh!

Manalah Aliff ni pergi.. Bukan nak bagitahu awal-awal.. “Oh mak!” Atia melatah perlahan. Terkejut dia saat Yusra menggoncangkan badannya.

“Yus..!” Atia menjegilkan matanya. Yusra ketawa lepas. Dia membetulkan ikatan pada rambutnya yang sudah panjang melepasi bahu.

“Padan muka! Berangan lagi siang-siang ni. Penat je Yus cakap sorang-sorang tau..”

Atia tersengih. Laju sahaja dia mengangkat tangan kanannya dan menayangkan tanda peace. Erk?? Apa yang aku buat ni? Dah terkena badi si Aliff tu ke?? Pantas Atia menjatuhkan tangannya. Yusra yang sedang ketawa lepas dicubit perlahan. Matanya dikerdipkan sekali pada Yusra sambil tersengih menutup malu.

“Alah.. Nak malu dengan Yus pulak.. Comel apa Tia buat macam tu.. At least si Wan tu sempat jugak tinggalkan anak murid dia kat kelas ni..” Yusra tersenyum lebar. Atia menjelirkan lidahnya. Namun sesaat kemudian pantas tangan kanannya diangkat, menutup mulutnya. Pecah tawa Yusra yang ditahannya seketika tadi.

“You miss him, don’t you?” Yusra ketawa lagi melihatkan Atia yang sudah menjegilkan matanya. Mata Yusra galak memerhatikan Atia seolah-olah hati kawannya itu transparent, bakal membongkar isi hati tuannya itu. Lambat-lambat bibirnya mengukir senyum buat Atia yang memandangnya dengan kerutan di dahi. Yusra tersenyum lagi..


Mei 2007


“Azam, rojak ayam dua eh.. Weh Apai, kau nak minum apa?” Aliff Izwan menepuk bahu Hafiz sedikit kuat.

“Kopi Kapal Api.” Hafiz menjawab laju.

“Banyak kau punya Kapal Api.. Super Power tak nak? Tongkat Ali ke? Kacip Fatimah ke?”

Hafiz ketawa kuat. Tawanya bergabung dengan tawa Aliff Izwan. “Kau macam tak tahu pulak aku suka minum apa.. Lagi mau tanya..” Hafiz meletakkan The Sun yang dibacanya tadi ke atas meja.

Aliff Izwan tersengih lebar. “Azam, limau ais satu, air suam satu..”

“Siap..” Azam membalas laju. Pemilik gerai itu berjalan sedikit laju, menghampiri mereka sambil menatang dua pinggan rojak ayam. Tidak sampai tiga minit, segelas limau ais dan air suam sudah pun berada di atas meja kedua-dua anak muda itu.

“Kau dah lama ke cuti?” Aliff Izwan meneguk air suamnya sedikit, memandang pada Hafiz yang terangguk-angguk.

“Dah nak masuk dua minggu. Awal bulan tujuh nanti masuk baliklah.. Kau cuti berapa lama ni Wan?”

“Seminggu je..”

“Apesal balik? Tak sabar tunggu cuti panjang nanti ke?”

“Saje.. Setahun kat sana, tak balik. Rindu pulak kat tanah tumpahnya darahku ni..” Jawab Aliff Izwan selamba.

“Mama dengan Babah kau ada kat sana lagi ke?”

“Eh taklah. Dah balik sinilah. Kau ingat Korea tu kampung halaman kitorang ke nak menetap kat sana.” Balas Aliff Izwan laju.

Hafiz tersengih. “Relaks la bro.. Kau ni angin je sekarang ni apa cerita..” Hafiz menepuk-nepuk bahu kawannya itu perlahan. Aliff Izwan mengukir senyum lambat-lambat. “Makan, makan..” Sambung Hafiz lagi, menolak perlahan piring berisi rojak ayam ke hadapan Aliff Izwan.

“Kau selalu jumpa Tia tak?” Tanya Aliff Izwan sebaik sahaja rojak ayam di piringnya licin.

Berkerut dahi Hafiz memandang Aliff Izwan. “Mimpi apa kau semalam, tiba-tiba tanya pasal dia?”

“Hari-hari aku mimpi..” Aliff Izwan ketawa kuat. “Mengarutlah kau.. Aku tanya je..” Sambung Aliff Izwan dengan tawa yang masih bersisa.

“Mana aku ada jumpa dia. Nama je satu kampus. Kau ingat UM tu macam high school ke? Kalau masa kat sekolah dulu pun payah nak nampak dia, apetah lagi sekarang ni. Fakulti pun tak sama. Kalau tak jumpa Yus, sampai sekarang pun aku tak tahu Tia ada kat UM..” Jawab Hafiz. Gelas berisi limau ais ditarik mendekatinya sebelum dia menyedut straw perlahan-lahan. Aliff Izwan yang mendengar terangguk-angguk. “Kau tak cuba contact dia ke Wan?” Aliff Izwan menggeleng lemah.

Pernah dia ke sekolah dua tahun lepas, berjumpa dengan rakan-rakan pasukan ragbinya. Sempat juga dia bermain satu game bersama mereka. Waktu itulah dia terserempak dengan gadis bernama Atia Hanan itu yang sedang asyik berbual bersama kawan baiknya, Yusra Aidan. Sengaja dia berjalan melintasi mereka. Hanya Yusra yang menegurnya manakala gadis di sebelahnya itu tunduk membisu. Malah langsung tidak menoleh ke arahnya. Hatinya meronta-ronta ingin bertanya khabar. Namun ditahan perasaan itu, mengenangkan Atia yang mungkin sudah hilang ingatan padanya.

“Weh, kau rasa dia still guna nombor dulu ke?” Tanya Aliff Izwan teragak-agak.

Hafiz terdiam seketika, memikir. “Aku rasa maintain nombor tu jugak kot. Kalau tengok gaya-gaya orang yang spesies macam Tia tu, diorang ni jenis yang suka stick to one..” Hafiz menjawab dengan penuh keyakinan. Aliff Izwan mengerutkan dahinya, memandang Hafiz dengan rasa kurang percaya. “Kenapa kau?” Pantas Hafiz bertanya, kurang senang dengan pandangan itu. Aliff Izwan mencebik sebelum ketawa lepas.

“Sejak bila kau jadi psychologist ni?”

Merah muka Hafiz, menahan tawa. Makin berkerut dahi Aliff Izwan menatap wajah kawan baiknya itu. “Kau apehal? Mabuk ke?” Hafiz tersengih-sengih mendengar sindiran Aliff Izwan. “Hah! You are hiding something from me, aren’t you?” Aliff Izwan mengecilkan matanya memandang Hafiz.

“My girl.. Ambil psikologi kat UPM.” Jawab Hafiz lambat-lambat. Aliff Izwan ketawa kuat.

“Dah tu yang kau ni macam tercekik ayam, malu-malu nak cerita kat aku apesal? Takut sangat! Macam aku nak hijack makwe kau pulak..” Aliff Izwan menjegilkan matanya.

“Weh, kau ingat Yus tu kapal ke nak main hijack-hijack pulak...” Laju Hafiz membalas. Makin bulat mata Aliff Izwan memandangnya.

“What?!” Ternganga Aliff Izwan seketika. “Yus? Yusra? Yusra Aidan?” Tanya Aliff dengan rasa kurang percaya.

Hafiz terdiam memandang Aliff Izwan dengan sengihan lebar. “How come aku tak tahu langsung?? Hampehla kau ni.. Tak boleh pakai betul..” Aliff Izwan memandang tepat pada Hafiz. “Kata best friend. Tapi couple dengan Yus, tak cerita langsung kat aku..” Perlahan suara lelaki itu seakan berjauh hati.

“Aku tak couplelah..” Sanggah Hafiz. “Yus tak nak couple. Nak jumpa dia pun susah.. Kena minta izin kat parents dia dulu, baru boleh jumpa. Mesti kena ada bodyguard pulak tu, adik lelaki dia yang baru form five tahun ni..” Cerita Hafiz tanpa disuruh. Aliff Izwan tekun mendengar. “Kau tahu, Yus dah pakai tudung sekarang. Ustazah yang seorang tu betul-betul pandai mendidik..”

“Ustazah?” Pantas Aliff Izwan bertanya.

“Yup! Ustazah Atia Hanan!” Hafiz menjungkitkan keningnya beberapa kali. “Kau jugak yang start panggil dia macam tu kan..” Hafiz tersengih. “Aku memang salutelah kat Tia tu. Itu baru boleh dipanggil sahabat sejati, dapat mengubah kawan dia kepada yang lebih baik!” Sambung Hafiz terangguk-angguk. Aliff Izwan terdiam. Rindu yang lama dipendam makin meronta-ronta dalam hatinya.

No comments:

Post a Comment