°° Selamat menyambut hari raya qurban dan selamat menjalani ibadah qurban buat sesiapa yang berhajat. Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya dan mengambil iktibar daripada peristiwa qurban pada zaman nabi dahulu.. °°
thanks for reading..
=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=
"It wasn't me,"
"It wasn't me,"
Raihan menarik kasar tangannya dalam genggaman 'Ali Hasif. Dia menutup kedua-dua belah telinga rapat. Seakan melantun-lantun, bergema sebaris ayat itu di telinganya. Kepalanya digelengkan, cuba menghilangkan suara itu dari mindanya.
"It wasn't me,"
"It wasn't me,"
Semakin dicuba semakin dia dihantui dengan kata-kata itu. Raihan mengetap bibir, menahan tangisannya dari berbunyi. Tidak mahu mengundang curiga wan dan tok Teh. Bahunya tersengguk-sengguk dek kerana tangisan yang tertahan. Tidak dipedulikan 'Ali Hasif yang cuba memeluknya.
Sungguh dia rasa sedih yang teramat. Pedih. Bertahun kisah itu disimpan sendiri. Tiada ibu mahupun ayah untuk berkongsi kisah suka duka hidupnya. Ingin diceritakan dengan tok dan wan, dia bimbang kedua-duanya terlalu risau dan susah hati. Kepalanya mula terasa berat akibat tangisan yang tiada tanda untuk berhenti. Bibirnya diketap kuat.

"Raihan," panggil 'Ali Hasif perlahan. Ditarik kepala Raihan rapat ke bahunya. Terasa lencun bajunya dek limpahan air mata yang tiada tanda hendak berhenti.
"Cry your heart out for I'll be right by your side,"
'Ali Hasif bersuara seakan berbisik sambil menepuk perlahan bahu Raihan. Surah ad-Dhuha dibacakan perlahan di telinga Raihan. Cuba memujuk sang isteri. Tersentuh hatinya melihatkan Raihan dalam kesedihan yang tertahan-tahan. Dia yang sudah lena sebentar tadi tersedar dari tidurnya saat terasa sentuhan di dahi.
Sejuk jari jemari halus itu menyentuh parut di pelipisnya. Lengan Raihan dicapainya pabila dia terasa titisan air mata di lengannya. Raihan menangis di luar sedar. Matanya terbuka tetapi mindanya bukan di situ. Panggilan namanya tidak diendahkan dan makin kejap genggaman 'Ali Hasif pada lengan Raihan sehinggakan isterinya itu tersentak.
Beberapa minit kemudian, esakan Raihan kedengaran perlahan sebelum ia hilang. Sepi. 'Ali Hasif menghabiskan bacaan surah ad-Dhuha dan menghentikan tepukan di bahu isterinya. Wajah lembut yang nampak lena itu diusap perlahan. Dikucup dahi isterinya penuh kasih. Air mata yang bersisa dikesat lembut penuh berhati-hati, bimbang Raihan tersedar.
Nafasnya dihela perlahan. Terbayang di matanya. Susuk tubuh lelaki itu yang keluar dari tandas muslimah dengan senyum penuh muslihat. Dia yang melihat Raihan dan Aimi menuju ke tandas itu sebentar tadi mula rasa tidak sedap hati. Bukan tidak dikenalinya lelaki itu. Sekelas mereka berdua sejak dari tingkatan 3.
Bukan juga di luar pengetahuannya lelaki itu menaruh hati pada Raihan. Hanya Raihan yang tidak melayan malah tidak diendahkan langsung sehinggakan lelaki itu berani mengikut Raihan pulang ke kampung tanpa Raihan sedari. Dia pula seperti polis pencen, detektif tak berbayar untuk diri sendiri. Semuanya kerana dalam diam hatinya seakan telah dicuri oleh gadis itu.
'Ali Hasif bergerak sedikit. Kepala Raihan diletakkan perlahan-lahan di atas lengan kirinya. Tangan kanannya mengusap pipi sang isteri lembut. Bertahun dia memendam rasa. Terasa syukur yang amat saat Allah mengarahkan laluannya ke situ, memudahkan perjalanannya biarpun masih berliku. Syukur ditakdirkan menjadi imam gadis itu bagi melengkapi kekurangan dirinya.
Tubuh Raihan yang sudah lena dipeluk perlahan dan dikucup dahi isterinya sekali. Tak puas dipandang seraut wajah itu sebelum matanya mula bagai ditarik-tarik. Tangan kanan Raihan ditarik perlahan. Dicium belakang tangan itu lembut sebelum dibawa ke dadanya. Didakap erat. Damai terasa di hatinya.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~
Deringan panjang dari jam loceng di hujung kepala mengejutkan Raihan. Melompat dia turun dari katil. Sangat terkejut. Jam yang menjerit nyaring di hujung kepalanya sebentar tadi ditekan laju. Sepi. Raihan beristighfar panjang. Tangan mengurut dada.
Siapa punya angkara?! Tidak pernah dia mengunci jam itu. Dan lagi, bagaimana jam yang sepatutnya terletak elok di meja solek boleh berjalan ke atas katil?! Arghhh!! Raihan menjerit dalam hati. Sudah boleh diagak siapa. Mustahil tok dan wan berubah laku. Mesti dia!
Raihan duduk di birai katil. Matanya bulat memandang jam loceng yang terdampar di atas katil sebelum beralih ke jam yang tergantung di dinding. Seakan tidak percaya. Matanya dipejam celik beberapa kali. 8.30. 8.30 pagi! Dia belum sahur. Sahur?! Raihan menelan liur. Kedua-dua belah tangan sudah melekap di kepala. Mata dipejam rapat cuba memikir.
Namanya dipanggil perlahan.
Pipinya disentuh lembut.
Namanya diseru lagi.
Matanya masih lagi terpejam.
Dipeluknya erat bantal di kepala.
Terasa selesa. Sangat.
Namanya diseru lagi.
Matanya masih lagi terpejam. Rapat.
Ada suara bertanyakan sesuatu.
Dia hanya mengangguk lemah. Tanpa suara.
Bantal di kepalanya ditarik.
Digantikan dengan bantal yang lain.
Dia kembali lena.
Arghhhhhhh!! Raihan menggeleng kepalanya laju. Peristiwa dinihari yang terakam di kepalanya membuatkan dia menjerit di dalam hati.
"Raihan, bangun sayang.. Sahur.."
"Hmmm..."
"Dekat pukul lima ni sayang. Bangun jom, sahur.."
"Hmmm..."
"Raihan... Eh sedap lagi tidur rupanya,"
"Hmmm..."
"Raihan cuti ya?"
Kepalanya digerakkan ke atas dan ke bawah sebagai jawapan tanpa suara.
"Raihan lepas tangan abang ya, abang nak turun sahur dulu.."
Raihan membuka matanya semula. Luas. Dia sudah ingat semuanya. Tapi entah bagaimana kepalanya boleh mendarat di tangan lelaki itu. Bantal di kepala katil diambil dan ditekup ke mukanya. Dia menjerit di balik bantal itu. Mati jeritannya saat pintu dikuak perlahan. Dia terkaku di situ. Telinganya menangkap tawa nakal 'Ali Hasif.
Tindakan refleks, bantal yang ditekup ke muka dicampakkan ke arah sang suami yang sudah berdiri di sisi. Mati tawa lelaki itu. Senyum terlukis di wajahnya. Dia menempel di sisi Raihan. Dipeluk pinggang sang isteri. Raihan menepis perlahan.
"Eh tak suka pulak?"
Raihan menelan liur. Malu untuk membalas.
"Tadi pegang tak nak lepas," lelaki itu menggiat dengan lirikan mata.
Raihan tunduk. Diam seribu bahasa.
"Padan la ada orang tu mood lain macam je tiba-tiba.. Salah siapa ni? Estrogen ke progesteron ke testosteron?"
'Ali Hasif masih belum puas mengusik. Raihan malu sendiri. Kepalanya masih lagi menekur lantai.
'Kot iya pun, tak payah la nak sebut semua hormon orang perempuan tu. Dah kenapa dia ni? Buat kajian pasal orang perempuan ke?' Panjang lebar bebelannya di dalam hati.
"Raihan okay?"
Erk? Raihan telan liur. Baru sesaat tadi lelaki itu galak mengusik. Tiba-tiba bertukar mood. Raihan diam. Dapat dirasakan pelukan yang semakin erat di pinggang. Dia hanya membiarkan. Selesa bertamu di hati.
"Abang nak cakap something,"
Raihan masih lagi diam tak berkutik, menanti butir bicara yang selanjutnya.
"Anything you fear is teaching you courage to overcome your fear. Stop looking back, sayang. There's nothing there. Your healing, blessings and miracles are ahead of you, not behind you."
Perlahan 'Ali Hasif bersuara, lembut di telinganya seakan memberikan semangat untuknya.
"And you know what, the worst distance between two people is misunderstanding.."
Serentak dengan itu tangan Raihan dicapai 'Ali Hasif. Digenggam perlahan.
"Abang tak sejahat yang Raihan sangkakan. I just happened to be in the wrong place at the wrong time.."
Raihan terus-terusan membisu. Rasa bersalah menerjah tangkai hatinya. Dia tunduk memandang tangan dalam genggaman sang suami. Terasa seperti ingin dibalas genggaman itu, menyerap segala kekuatan 'Ali Hasif. Tetapi dia kaku.
"Come to think of it, not bad at all.." 'Ali Hasif menayang senyum biarpun Raihan tak melihatnya. Dia kembali menyambung, "At least abang dapat hadiah yang tak ada expiry date, everlasting." meleret senyumnya sambil menepuk perlahan tangan Raihan dalam genggamannya. Telinganya menangkap tawa halus Raihan. Makin lebar senyumannya.
"Kan comel Raihan suka macam tu,"
Tersipu Raihan seketika.
"Cute tapi hmmm..." 'Ali Hasif menjungkitkan hidungnya sedikit, menunjukkan gaya bau busuk.
Mati senyuman Raihan. Geram. Suaminya sudah kembali ke mode mengusik. Dia yang berkira-kira untuk bangun terhenti pergerakkannya dek rangkulan yang semakin kuat di pinggangnya. Wajah serius 'Ali Hasif dipandang dengan kerutan di dahi.
"Aih cepat benar berubah watak. Siapa yang mood swing sekarang ni?" Gumam Raihan.
"Risham."
"Ha?"
Sepatah balasan Raihan dalam bentuk soalan. Dia pasti suaminya menyebut sesuatu tetapi tidak jelas butirannya.
"Risham. Aizat Risham."
"Ha?"
Raihan masih belum menangkap makna di sebalik dua patah nama itu.
"Aizat Risham. Ma'din."
"Hah?"
Makin melopong raihan. Tidak faham dengan apa yang ingin disampaikan suaminya. Ma'din, dia tahu.. Singkatan bagi nama sekolah mereka. Maahad ad-Diniyyah. Aizat Risham? Siapakah?
"Raihan tak ingat?"
"Apa tu? No, I mean who's that and why?"
"Raihan memang tak ingat? Betul-betul tak ingat?"
Raihan kerut dahi. "Should I?" Soalan dibalas dengan soalan.
'Ali Hasif menghela nafas perlahan sebelum dia menggaru pelipis kanannya. Tubuh Raihan dipalingkan menghadap dirinya.
"Herm.. Nama abang pun lambat Raihan nak ingat, apatah lagi Risham.. Kan?"
Raihan menelan liur. Bibirnya tersungging senyum lakaran rasa serba salahnya. Siapa la Risham ni? Penting sangat ke untuk dia ingat?
"Abang rasa memang Raihan dah block otak Raihan daripada certain memory yang tak best.. That's why you cannot remember well,"
Apa kes? Nak jadi doktor pulak ke dia ni? Raihan menayang wajah serius pula. Masih lagi tak puas hati.
"Jom,"
"Nak pergi mana?"
Melopong Raihan. Tangan ditarik tiba-tiba memaksanya berdiri tegak.
"Mandi,"
"Ehhh?"
Makin melopong Raihan. Terasa seperti jatuh rahangnya.
'Ali Hasif ketawa lepas. Sesaat.
"Raihan pergi mandi cepat. Kalau tak, abang mandikan nanti,"
Bulat mata Raihan. Tangan pantas mencapai tuala dan berlari keluar bilik dengan mulut yang mengomel geram.
"You owe me a clear explanation."
Raihan muncul semula di muka pintu. Tiba-tiba. Tuala di tangannya sudah disangkut di bahu. 'Ali Hasif yang sedang berjalan menuju ke pintu berhenti melangkah. Terkejut. Tidak menyangka Raihan akan berpatah balik.
"A lot, I mean.."
Sambung Raihan sebelum dia menghilang di balik pintu. 'Ali Hasif ketawa perlahan. Kepalanya dianggukkan beberapa kali biarpun isterinya tiada di situ. Dia menghela nafas panjang. Langkah kaki diatur menuju ke luar bilik. Kepalanya ligat memikirkan di mana dan bagaimana perlu dia mulakan bicara. Dalam hati tak henti berdoa semoga semuanya dipermudah. Dengan izin-Nya..
**credit to: Dr. Bahsha's quotes

to be continued,
in shaa Allah..
malu nyeeee
ReplyDeletenape la 'ali hasif xbgtau awal2 kt raihan
kan puas nk pujuk