Hanya satu yang kupinta
Kebaikan dari-NYA
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni
Bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan kusambutnya dengan sujud penuh kesyukuran
Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepada-NYA
Tersenyum Dinie memandang skrin komputer ribanya di atas katil. Sesekali bibirnya bergerak-gerak, turut mengalunkan lagu Insan Bernama Kekasih yang terpasang di komputer ribanya.
Sudah beberapa kali dia memainkan lagu itu, namun tidak sekali pun dia merasa jemu. Dia benar-benar sudah jatuh hati dengan lagu nyanyian UNIC yang dikirimkan Naqib ke mel elektroniknya beberapa hari lalu.
Entah bagaimana Naqib mendapat alamat emelnya, dia sendiri kurang pasti. Dinie tersenyum lagi mengenangkan Naqib yang tegar mencuba demi kasihnya yang pasti.
Ketukan di pintu bilik membuatkan Dinie tersentak. Pantas kepalanya dikalihkan ke arah pintu biliknya. Tersenyum dia melihatkan wajah Puan Dahlia yang muncul di balik daun pintu yang terkuak sedikit.
“Dinie..” Panggil Puan Dahlia lembut.
Dinie bingkas bangun. Puan Dahlia berjalan menghampiri Dinie dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Dinie duduk di birai katil, menyelesakan dirinya di sebelah Puan Dahlia.
“Dinie..” Panggil Puan Dahlia lagi. Dinie tersenyum merenung Puan Dahlia. Panggilan itu disambutnya perlahan dengan keningnya dijungkitkan beberapa kali.
“Mama dengan babah nak balik Ipoh,”
“Dinie nak ikut.” Pantas Dinie memotong kata-kata Puan Dahlia sebelum dia sempat menyudahkannya.
Puan Dahlia tersenyum. Diusapnya perlahan kepala Dinie.
“Memang mama nak Dinie ikut sama.. kalau boleh.” Perlahan suara Puan Dahlia saat menyebut dua patah perkataan terakhir ayatnya.
“Alah.. Along ni..” Dinie merungut perlahan, faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh mamanya tika itu.
“Hmm.. That’s it. Along kan tak ada sekarang ni. Siapa lagi nak tengok-tengokkan Ad dengan Hana kalau bukan Dinie..” Lembut suara Puan Dahlia seakan hendak memujuk Dinie.
“Ma.. Ummi dah tahu ke?” Tanya Dinie perlahan. Matanya melirik sekilas pada cincin emas putih bertatahkan berlian ditengahnya yang tersarung elok di jari kelingkingnya.
Puan Dahlia tersenyum lagi. “Takkan babah tak beritahu apa-apa dekat Dinie?” Tanya Puan Dahlia lembut. Matanya tidak lepas dari merenung wajah Dinie yang jelas terpancar kebahagiaan di matanya. Melihatkan Dinie yang menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali, Puan Dahlia ketawa kecil.
“Babah lupa la tu..” Puan Dahlia bersuara perlahan. Bibirnya menguntum senyum lagi.
Dinie melentokkan kepalanya di bahu Puan Dahlia. Serentak dengan itu Puan Dahlia memeluk erat bahu gadis itu, menepuk-nepuknya perlahan seakan mahu mendodoikannya.
Sayangnya yang tertumpah buat anak tirinya itu melebihi kasihnya pada kedua anak kembarnya, Adhan dan Adhana. Malah Azran juga ditatangnya seperti anak itu pernah membesar dan lahir dari rahimnya sendiri.
“Ma...” Panggil Dinie manja. Meleret senyuman Puan Dahlia.
“Ei.. Esok lusa dah nak kahwin, manja-manja lagi dengan mama...” Usik Puan Dahlia. Sesaat kemudian pecah tawanya melihatkan Dinie yang sudah memuncung.
“Siapa nak kahwin esok lusa..” Balas Dinie perlahan, masih lagi dengan nadanya yang manja. “Bila lagi nak manja-manja dengan mama, kan...” Sambungnya lagi, mendakap erat pinggang Puan Dahlia.
“Ma.. Mama tak jawab lagi soalan Dinie tadi..” Pantas Dinie mengingatkan Puan Dahlia tentang pertanyaannya sebentar tadi, bimbang diusik lagi oleh mamanya itu.
“Hmm.. Dinie, mestilah ummi tahu. Dinie ingat babah akan buat keputusan tanpa beritahu ummi terlebih dahulu? Dinie ni jauh aje dari ummi. Tapi semua pasal Dinie, semua perkembangan Dinie, semuanya ummi tahu. Nothing to worry, sayang. Restu ummi sentiasa bersama Dinie. Ummi sendiri yang bagitahu mama dengan babah.”
Puan Dahlia mengerdipkan matanya sekali pada Dinie yang tidak berkelip memandangnya. “Hm.. Nak tahu something?” Tanya Puan Dahlia dengan keningnya dijungkitkan beberapa kali seakan-akan hendak mengkhabarkan top secret pada anak gadis itu.
“Apa dia yang macam secret sangat ni ma..” Balas Dinie bersahaja seperti tidak berminat untuk mengetahui selanjutnya.
Puan Dahlia tergelak kecil. “Ummi Dinie dah sayang betul dekat Naqib tu mama tengok.”
“Hah?”
Jelas garisan halus di dahi Dinie, pelik dia mendengarkan kata-kata Puan Dahlia. “Bila masa pulak ummi jumpa dengan Encik Naqib.....”
Belum sempat Dinie menghabiskan ayatnya, dia terjerit kecil. Serentak dengan itu tangannya menggosok-gosok pipinya yang dicubit Puan Dahlia.
“Ada pulak panggil Encik dekat Naqib tu. Dia bukan bos Dinie tau..” Puan Dahlia menepuk perlahan peha Dinie. Dinie tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun.
“Hm.. Okay, okay.. Bila masa ummi jumpa dia ma? Macam mana pulak dia boleh tahu pasal ummi sedangkan Dinie tak beritahu apa-apa langsung dekat Naqib.....”
Sekali lagi jeritan kecil menjadi penyudah ayat Dinie yang tidak sempat bernoktah. “Ma...” Rengeknya perlahan.
“Mama lagi suka kalau Dinie panggil Encik Naqib aje daripada panggil Naqib. Apa yang susah sangat nak berbahasa dengan tunang sendiri..”
Dinie hanya tersengih tanpa membalas kata-kata Puan Dahlia. Matanya dikerdipkan sekali sebelum bibirnya menguntum senyum.
Puan Dahlia menggelengkan kepalanya perlahan. “Dinie.. Dinie..” Perlahan suaranya hampir tidak kedengaran.
“Ala ma... Encik Naqib pun tak kata apa..” Manja Dinie memujuk Puan Dahlia. Jelingan Puan Dahlia mengundang tawa kecil Dinie. Pantas dia menyambung kata-katanya, “Esok esok nanti tahulah Dinie nak panggil apa..”
Puan Dahlia mengerutkan dahinya. Sesaat kemudian senyuman nakal menghiasi bibirnya. “Hmm.. Entah-entah lepas ni panggil sayang la iya..” Balas Puan Dahlia dengan nada yang jelas mengusik gadis itu.
Dinie menggeleng pantas. Bahunya digerak-gerakkan seakan geli dengan panggilan itu.
“Alah.. Depan mama iyelah geli. Belakang mama, suka..” Usik Puan Dahlia lagi. Pecah tawanya lagi melihatkan Dinie yang semakin memuncung.
Bunyi pintu yang ditolak dari luar mengalihkan tumpuan dua pasang mata itu ke arah pintu. Kepala Adhana yang terjengul membuatkan tawa Puan Dahlia makin meleret.
“Wahh.. Seronok mama malam ni. Ada apa-apa yang Hana miss ke?” Tanya Adhana dengan seraut wajah yang jelas ingin tahu. Keningnya dijungkitkan beberapa kali. Bibirnya menguntum senyum. Matanya dikerlingkan pada Dinie yang sudah memanjat katil, berbaring di tempatnya.
“Eh, nak tidur dah?” Adhana bertanya pantas.
Dinie hanya tersengih. Kuilt di hujung kaki ditarik rapat ke dadanya. Seketika kemudian dia menegakkan semula badannya, merapatkan wajahnya ke wajah Puan Dahlia dan mencium pipi mamanya itu. Pantas dia merebahkan semula badannya.
“Nak tidur dah la tu, Hana.. Nak mimpi putera hati dia..” Puan Dahlia masih lagi mahu mengusik anak gadis itu. Dia sudah pun tegak berdiri di sebelah Adhana.
Bulat mata Dinie yang memandang membuatkan Puan Dahlia dan Adhana tergelak kecil. Tergeleng keduanya dengan sengihan yang lebar melihatkan Dinie menarik kuilt menutupi kepalanya.
Puan Dahlia dan Adhana kemudiannya berbisik perlahan diselangi dengan bunyi tawa yang jelas hendak mengusik Dinie. Dinie di balik gebar selesa itu hanya tersenyum. Puas dia tersenyum di balik kuilt itu bagi mengelakkan daripada Puan Dahlia dan Adhana terlihat senyumannya itu, bimbang dia semakin menjadi bahan usikan mereka.
Beberapa saat kemudian pintu bilik itu dibuka perlahan dan ditutup semula. Pantas Dinie menarik gebar selesa yang menutupi seluruh tubuhnya. Matanya meliar memerhatikan bayang Puan Dahlia dan Adhana. Dia tersenyum puas setelah pasti kedua-dua mereka telah turun ke bawah.
Pandangannya yang terhenti pada komputer riba yang masih terpasang di atas katil membuatkan tawanya pecah. Pasti mereka berdua memperkatakan tentang itu sementelahan di skrin komputer riba itu masih terpasang lagu Insan Bernama Kekasih yang menjadi siulannya sejak akhir-akhir ini.
Tanpa membuang masa, lincah tangannya menutup komputer ribanya itu dan meletakkannya di atas meja studi Adhana. Suis lampu biliknya dimalapkan sedikit sebelum dia kembali merebahkan badannya di atas katil untuk menganyam mimpi yang semakin indah pastinya..

No comments:
Post a Comment