“Ash, you balik kolej dulu la.. I’ve got something to do..” Meleret senyuman Dinie pada teman sekuliahnya, Ashley. Sesekali pandangannya dikalihkan pada susuk tubuh yang sedang berdiri membelakangi mereka, menyandar di keretanya.
“As you wish..” Ashley mengangguk sekali dan tersenyum manis. “Dinner malam ni, you jangan lupa ha.. Nanti I takde geng!” Sambung gadis kelahiran Pulau Pinang, kacukan India-Jerman itu sambil mengerdipkan matanya.
Dinie menjungkitkan hidungnya dan tersenyum lebar. Ashley melambai sekali dan terus berlalu meninggalkan Dinie di bahu jalan.
Dinie menghela nafasnya perlahan. Kelibat Ashley sudah hilang dari pandangannya. Lambat-lambat dia mengatur langkah, menghampiri Hyundai Coupe biru gelap yang terparkir berhampiran kafeteria.
Langkahnya mati di hadapan kereta mewah itu. Susuk tubuh tegap yang berada tidak sampai tiga kaki darinya dipandang lama. Dinie berdehem sedikit sebelum memberi salam. Lelaki itu pantas menoleh dan membalas salam yang dihulurkan.
“Dinie, Dinie Sophea?”
“Ya, pa..” Pantas Dinie menghulurkan tangannya, bersalam dengan bapa mertuanya itu. Kepalanya diusap sekali sebaik sahaja dia mencium tangan bapa mertuanya.
“Dinie, pa.. Erm.. Pa ermmm...”
“Papa dah makan?” Tanya Dinie pantas sambil mengerling Aron Dino di pergelangan tangannya, cuba menghilangkan kegugupan lelaki di hadapannya itu.
“Dinner dengan papa malam ni..?” Hilman memandang tepat pada seraut wajah menantunya. Kelembutan wajah itu benar-benar menyuntik satu semangat dalam dirinya.
Dinie terdiam seketika, memikir. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya sekali lagi sebeum membalas, “Sure.. Dinie nak balik kolej dulu, ambil telekung. Papa boleh tunggu?”
“Take your time, dear..”
Hilman tersenyum memandang Dinie. Dalam hatinya dia mengucapkan syukur yang tak terhingga pada yang Esa kerana mengurniakan menantu yang cukup sempurna di matanya, penyejuk hati puteranya yang pasti..
“Sekejap ye, pa..” Dinie membalas senyuman bapa mertuanya dan terus berlari anak menuju ke kolej kediamannya berhampiran.
“Hello, Ash..”
“Ya, what’s up?”
“Ash, I’m really sorry.. I can’t make it tonight. Something came up.. I’m having dinner with my father in law..”
“Aahh.. I see..”
“Is it okay with you?”
Kedengaran tawa Ashley bersambung-sambung. “Hey, you know what..” Ashley menyambung tawanya sebelum kembali bersuara, “I’m not going as well..”
“But why? I thought you’ll miss it..” Balasan Dinie mengundang tawa yang lebih kuat dari gadis itu. Tawa Ashley membuatkan Dinie terpaksa menjarakkan telefon bimbitnya sedikit dari telinganya.
“Mengarutlah you.. Department kita tu dah berapa kali buat dinner sem ni.. They all yang handle tak letih tapi I yang datang makan ni dah tak larat lagi you tau..”
Dinie ketawa perlahan. Nada suara Ashley benar-benar melambangkan rasa hatinya.
“That’s good! There’ll be much food left then..” Balas Dinie kembali, bersahaja.
Kali ini tawa kedua mereka bergabung seketika sebelum perbualan itu ditamatkan beberapa ketika kemudian. Dinie tersenyum lebar sambil meletakkan telefon bimbitnya di atas meja di sisi katil. Telekung yang disidai di hujung katil ditariknya perlahan.
Beg galas di atas katil dibuka dan diisi telekung ke dalamnya. Tudung di kepalanya dibetulkan sedikit. Pantas dia keluar dari bilik dan bergerak menuju ke Hyundai Coupe bapa mertuanya yang terparkir berhampiran kolej. Langkahnya mati beberapa meter dari kereta biru gelap itu. Seketika, perbualannya dengan Naqib sewaktu suaminya itu menghantarnya pulang ke kolej bermain-main di minda.
“Abang rasa kereta papa ada dekat belakang la, Piya..”
“Aha? Papa nak pergi mana agaknya?”
Naqib menjungkitkan bahunya sekali sebelum membalas, “Abang rasa papa tengah follow kita..”
“Hmm.. Abang tak jumpa papa sejak kali terakhir dulu tu?”
“Nope. I don’t even know where is he staying..”
“Hurmm.. Kad papa ada dekat Piya. Abang kan tak nak hari tu..”
“Hmm..”
Mendengarkan balasan ringkas Naqib, Dinie menoleh sekilas pada suaminya yang tenang memandu. Lama.
“Dah mula rindu abang ke?” Naqib mengerling Dinie dari hujung matanya.
Dinie pantas menoleh ke hadapan. Tawa nakal Naqib mengusik gegendang telinganya. Dia mengetap bibirnya geram.
Rindu pulak.. Orang tengah pikir, boleh kata rindu.. Macam manalah agaknya kalau abang tahu papa selalu datang kolej. Nak tegur papa, takut.. Lagipun papa selalu tunggu dekat kafe je. Entah-entah tunggu orang lain, aku pulak yang perasan.. Cuitan di pipinya membuatkan Dinie tersentak.
“Abang, drive carefully.. Tangan tak reti dok diam..” Dinie menepuk lembut tangan Naqib pipinya.
“Piya yang buat tangan abang tak dok diam..” Naqib tersengih nakal, kembali menumpukan perhatian ke jalan raya di hadapan.
“Abang, abang nak jumpa papa tak?”
Naqib terdiam seketika. Dia menoleh isterinya sekilas dan tersenyum. “Masa untuk itu akan datang jugak nanti, sayang..”
“Kalau Piya jumpa papa?”
“Hmm?”
“Kalau Piya jumpa papa, boleh tak bang?” Dinie mengulang soalannya, lembut.
“Piya dah pernah jumpa papa lepas hari tu?” Naqib membalas pertanyaan isterinya dengan soalan. Gelengan Dinie membuatkan Naqib menyambung kata, “Dah tu kenapa Piya tanya abang.. Piya nak abang bawak Piya jumpa papa?” Sekali lagi Dinie menggeleng.
“Piya pernah nampak papa dekat kampus. Tapi tak pernah pergi jumpa papa lagi.. Piya takut..” Terang Dinie perlahan. Matanya tak lepas dari memerhatikan Naqib, menanti reaksi suaminya itu.
“Sayang takut apa? Papa tak makan orang la..” Naqib tersengih pada Dinie yang sudah ketawa lepas, mendengarkan kata-katanya sebentar tadi. “Hmm? Sayang takut apa ni?”
“Piya takut abang tak kasi, abang marah..” Dinie membalas lembut.
Naqib ketawa perlahan. Kepalanya isterinya diusap lembut. “Kenapa sayang kata macam tu.. Itukan papa sayang jugak. Abang tak kisah Piya nak jumpa papa. Kalau Piya terserempak dengan papa, jangan takut sayang, tegur je papa.. Abang tak kisah, abang lagi suka.. Hmm?”
Naqib mencuit dagu isterinya. Dinie hanya tersenyum memandang Naqib. “Piya pun tahu marah abang tak lama, kan.. Mungkin sebab ego, abang takleh nak jumpa papa lagi sekarang ni. Macam mana marah pun abang, papa tetap papa.. Right? Sayang yang kata kat abang dulu kan.. Thanks to you, abang dah mula rasa rindu dekat papa sekarang..” Sambung Naqib panjang. Dia menghela nafasnya sekali sebelum berpaling ke arah Dinie yang masih memerhatikannya.
“Kenapa tak jumpa papa je kalau abang dah rindu?”
“Can u? On my behalf..” Naqib mengerdipkan matanya pada Dinie yang menjungkitkan keningnya. Mereka berbalas senyum seketika.
“Dinie..”
Dinie tersentak. Kepalanya ditegakkan memandang hadapan. Bapa mertuanya sedang berdiri berhampirannya. Pantas dia tersenyum dan mengatur langkah ke arah lelaki yang sudah berumur tapi masih kelihatan segak itu. ‘Padanlah abang pun boleh tahan ganteng!’ Getus hati kecil Dinie nakal.
“Daydreaming?”
Dinie ketawa perlahan mendengar teguran mesra itu. “Sorry pa..” Dia tersengih sedikit sebelum memboloskan diri ke dalam kereta mewah milik bapa mertuanya itu. Senang hatinya dengan kemesraan yang mula berputik antara mereka biarpun baru dalam proses saling mengenali.

-------------------

No comments:
Post a Comment