"Hana, Hana turun padang dululah. Angah nak pergi toilet jap.."
"Okay.." Adhana menganggukkan kepalanya sekali. Baru sahaja melangkah beberapa tapak, Adhana berpaling ke belakang tiba-tiba. "Angah.." Panggil Adhana saat Dinie baru hendak melangkah ke hadapan.
"Ya?"
"Naik ikut tangga dekat pejabat tau, ngah.. Tangga lain berkunci.."
"Okay..." Dinie tersenyum pada Adhana. Dia kembali menyusun gerak kakinya selepas Adhana berlari turun ke padang.
Langkah Dinie mati di hadapan pintu bilik air melihatkan seorang pekerja sedang bersemangat mencuci bilik air itu. Dia berpusing ke belakang. Kakinya diatur ke balkoni di hadapan bilik air itu. Pantas Dinie menoleh ke belakang saat terdengar jeritan kecil dari dalam bilik air.
"Ya ampun.. lantainya licin neng.. Belum dijirus lagi air basuhannya.." Pekerja yang sedang mencuci bilik air tadi pantas menghampiri seorang remaja perempuan yang jatuh terduduk di hadapan sinki.
"Nuha!" Dinie bersuara perlahan, separuh terkejut. Tanpa berfikir panjang, pantas dia mengatur langkahnya ke dalam. laju kakinya menghampiri Nuha yang masih lagi terduduk.
"Jangan!!!"
Bedebuk.. Dinie turut jatuh terduduk serentak dengan jeritan Nuha tadi. Berkerut dahi Nuha memandang Dinie yang agak terkejut. Lambat-lambat Dinie tersengih pada Nuha yang masih lagi terduduk di hadapannya. Nuha tergelak kecil.
"Waduh. Sudah dibilang lantainya licin.."
Pekerja yang masih lagi pekat berbahasa ibundanya itu menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Pantas tangannya dihulurkan pada Nuha yang tersengih panjang. Nuha menggelengkan kepalanya sekali sambil tersenyum pada pekerja Indonesia itu.
"Terima kasih.. Aku bisa bangun sendiri.. Yuk.."
Nuha menghulurkan tangannya pada Dinie yang memandangnya dengan kerutan di dahi. Nuha mengenyitkan matanya sekali. Pantas Dinie menyambut huluran tangan itu. Serentak mereka berdua bingkas bangun.
Tersenyum Dinie pada Nuha yang sedang mengibas-ngibas punggungnya. Nuha yang menyedari dirinya diperhatikan pantas mendongakkan kepalanya. Senyuman Dinie dibalasnya mesra. Pantas tangan kanannya dihulurkan pada Dinie.
"Nuha.."
Nuha memperkenalkan dirinya pada Dinie. Huluran salamnya segera disambut Dinie dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
"Dinie.."
"Bicara di luar saja kamu. Kenal-kenalan di luar. Aku mahu cuci ni.."
Serentak kepala Dinie dan Nuha terarah pada pekerja Indonesia yang sudah pun menarik baldinya ke tengah bilik air. Mereka berpandangan seketika sebelum kedua-duanya mencebik. Nuha ketawa kecil.
"Nak masuk dalam?" Tanya Nuha perlahan.
Dinie mengerutkan dahinya. Sesaat kemudian kepalanya pantas menggeleng. "Kena pulak dengan orang tu nanti kalau kacau kerja dia." Dinie mengerutkan hidungnya. "Jom keluar.." Pantas dia mengajak Nuha keluar dari bilik air yang agak luas itu. Tidak jadi dia hendak menggunakan bilik air itu.
Sebaik sahaja kaki mereka melangkah keluar dari bilik air, kedengaran sayup-sayup suara Celine Dion menyanyikan lagu I'm alive. Serentak dengan itu, Nuha yang sedang berjalan di hadapan Dinie memberhentikan langkahnya. Tangannya menggagau ke dalam beg sandang Tropicana Life berwarna kelabu yang tergantung bersilangan di bahunya.
"Ha abang..." Pantas Nuha bersuara sebaik sahaja butang hijau ditekan. Nuha ketawa kecil sebelum menjawab salam pemanggil itu.
"Abang Id yang hantar pagi tadi. It's okayla bang.. Abang okay tak ni?" Berkerut dahi Nuha seketika sebelum dia meneruskan bicaranya. "Abang jangan nak main-main. Dah berapa kali baby suruh abang pergi klinik, kan?"
Dinie yang setia menunggu di sebelah Nuha pantas menoleh ke arah gadis comel itu. Terangkat keningnya melihatkan Nuha yang berubah muram.
"Eh, tak payahla. Baby tak tahu lagi habis pukul berapa." Nuha menukar posisinya. Dia bersandar pada tembok di belakangnya. Telefon bimbit yang ditekapkan di telinga kiri berubah ke sebelah kanan pula. Tersenyum dia pada Dinie yang turut bersandar di tembok yang sama.
"Takpe, takpe.." Kepala Nuha tergeleng-geleng laju. "Takpe bang... Abang Id dah janji nak ambil tadi.." Tangan Nuha bermain-main dengan patung Spongebob yang tergantung di telefon bimbitnya. Nuha tergelak kecil dan berkata, "Pandai la abang.. Takde maknanya nak dating dengan abang Id tu. Menyakitkan hati je.."
Dinie tersenyum lebar. Teringat dia pada Idraki. Mindanya berputar pada perbualan dia dengan Idraki minggu lalu.
"Ah abang memang.. Sakit pun kata tak sakit. Baby tak nak percaya."
Suara Nuha yang serius membuatkan Dinie mengalihkan kepalanya, memandang tepat pada Nuha yang sudah berkerut dahinya.
Sakit?! Siapa sakit? Naqib! Mesti Naqib yang sedang berbual dengan Nuha sekarang. Tapi sakit apa? Serius ke?
Dinie yang setia mengikuti perbualan Nuha sejak dari awal tadi mengerutkan dahinya. Dia semakin jelas dengan kekeliruan yang mengganggu akalnya dan merencatkan pemikirannya.
"Iya.. Betul.. Abang Id dah janji nak ambil baby. Nanti balik baby belikan nasi untuk abang." Nuha tersenyum sedikit. Badannya dipusingkan pada Dinie yang sedang bersandar di sebelahnya.
"Tak payah masak, bang.. Nanti baby tapaukan untuk abang. Abang duduk diam-diam aje dekat rumah, lie down and rest for a while okay.." Nuha terdiam seketika mendengarkan kata-kata dari pemanggilnya. "Tengok, bila baby cakap lebih sikit je, abang kata baby ni mak nenek.. Ini yang malas ni.." Nuha mencebik. Lambat-lambat dia tersenyum. "Ala.. baby tau lah tu.. Kalau bukan mak nenek ni, siapa lagi yang abang nak sayang?" Nuha tergelak kecil sebelum menyambung, "Hmm.. Iyelah tu. Tunggulah puteri kayangan abang yang kerja dekat office
Bulat mata Dinie memandang Nuha. Serasa macam dapat difahami makna kata-kata yang keluar dari bibir comel itu. Berkerut dahinya seketika. Ligat otaknya memikirkan makna sebenar yang tersembunyi. Suara Nuha yang tiba-tiba ketawa perlahan menyentakkan Dinie. Seketika mereka berbalas senyuman.
"Okaylah bang. Baby dah lambat ni, nak turun padang. Abang rest baik-baik ye. Esok kan nak kerja, hm..." Terangguk-angguk kepala Nuha. Beberapa kali dia mengiyakan kata-kata pemanggil itu. Ucapan salam segera dihulurkan sebelum dia menekan butang merah. Nuha kembali menatap wajah Dinie di sebelahnya. Tersenyum dia pada Dinie yang setia menunggu.
"Abang saya.." Kata Nuha tanpa ditanya. Terangguk-angguk Dinie. Bibirnya menguntum senyum. Lama. Senyuman kepuasan yang dapat menyatakan kebebasan dari sesuatu yang menjeruk hatinya sebelum ini.
"Nak turun padang?" tanya Dinie pantas teringatkan kata-kata Nuha tadi. "Jom.." Pantas Dinie mengajak Nuha sebaik sahaja gadis itu mengangguk laju.
"Nuha kenal Hana, kan?" Tiba-tiba Dinie bertanya sebaik sahaja kaki mereka melangkah keluar dari bangunan Lestari yang menempatkan pejabat dan makmal komputer.
"Hana.. Hm.. Kenal! Baru kenal tapi macam dah kenal lama.." Jawab Nuha sambil tersenyum riang.
"Hana tu adik akak.." Lambat-lambat Dinie menyusun kata. Dia tersenyum pada Nuha yang menatap wajahnya dari tepi. Kepalanya dipalingkan menghadap Nuha. Keningnya dijungkitkan sedikit.
"No wonder la ada iras-iras sikit.. Tang hidung, mata..." Nuha bersuara kuat sambil matanya membelek-belek lagi wajah Dinie.
Dinie tergelak kecil. Dia memeluk mesra bahu Nuha dan berkata, "Dah puas tengok akak?"
Nuha ketawa lepas. "Padanla dengan akak pun Nuha rasa macam dah lama kenal walaupun baru je terjumpa tadi.. Dalam toilet pulak tu.." Nuha ketawa lagi.
"Wehh!!! Pergi toilet ke buat toilet!!" Jeritan kuat dari padang membuatkan Nuha dan Dinie berpandangan seketika. Mereka yang sudah pun menghampiri padang sekolah itu tergelak melihat Adhana yang sedang bercekak pinggang.
"Amboi.. Mesra nampak.." Tersengih Adhana pada Nuha dan Dinie yang berjalan beriringan. "Angah dah kenal la ni dengan Nuha.." Tanya Adhana pada Dinie yang sedang tersengih. Dinie pantas mengangguk.
"Mana semua orang?" Tanya Nuha. Pandangannya ditebarkan ke arah padang yang luas itu.
"Nasib baik Athira bagitahu dekat aku kau dah sampai. Kalau tak, tinggal la kau sorang dekat padang ni. Training sorang-sorang.."
"Apehal pulak sorang-sorang. Kak Dinie kan ada.." Nuha menjungkitkan keningnya beberapa kali. Tangannya memaut mesra lengan Dinie. Dinie hanya tersenyum, senang dengan kemesraan Nuha.
"Mana boleh. Angah aku mesti balik dengan aku. Kau sorang-sorang jugak.." Adhana masih lagi mahu mengusik, tidak puas hati melihat Dinie yang seolah-olah berpihak pada Nuha.
Nuha menjeling geram pada Adhana yang sudah tersengih-sengih. Lidahnya dijelirkan sedikit pada gadis itu. "Dah tu mana semua orang pergi? Masa aku datang tadi ada la empat, lima orang..."
"Semua dah balik.."
"Hah?" Tanya Nuha pelik. Dinie di sebelahnya mengerutkan dahi memandang Adhana.
"Miss Liling tak dapat datang. So tadi diorang ni buat warm up sikit, lepas tu terus balik.."
"Lahh.. Main je la satu, dua round.."
Adhana jungkit bahu. Dia mencebik sedikit sebelum berkata, "Biasa la tu hari Ahad macam ni, semua orang malas.."
"Hmm..." Giliran Nuha pula mencebik. "Balik la ni?" Tanya Nuha lagi.
"Hm.. Baliklah.. Unless kau nak tinggal kat sini sorang-sorang..." Adhana tersengih. Panjang sengihannya saat Nuha sudah memuncung.
"Jom ikut akak balik rumah.." Dinie yang diam seribu bahasa dari tadi tiba-tiba bersuara. Adhana tersenyum riang, gembira mendengar pelawaan Dinie.
"Balik rumah akak?"
"Iya.."
"Tapi sepupu Nuha dah janji nak ambil Nuha nanti.." Nuha terdiam seketika. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk dagunya. "Nuha call dia kejap, ye.."
Nuha kemudiannya melangkah ke bangku kosong di belakang mereka. Punggungnya dilabuhkan di atas bangku itu. Jarinya menekan-nekan butang di telefon bimbitnya sebelum melekapkan telefon itu ke telinganya.
Perlahan suara Nuha berbicara dengan sepupunya itu. Matanya mengerling jam di tangan sambil mengangguk-angguk. Beberapa minit kemudian Nuha mendekati Dinie dan Adhana. Matanya memancarkan sinar.
"Boleh?" Tanya Adhana tidak sabar.
"Hmm.. Tapi Nuha kena balik before seven."
"No hal.. Baru pukul lima. Nak pergi rumah aku tak sampai 15 minit pun.." Adhana merapati Nuha. Tangannya memeluk mesra bahu kawannya itu. Nuha tersenyum senang.
"Nanti akak hantar Nuha balik. Nuha nak beli nasi bungkus kan?"
"Hmm.." Nuha tersengih panjang. Teringat dia pada perbualannya dengan abangnya sebentar tadi.
"Tak payah beli.. Nanti akak tapaukan apa yang ada dekat rumah tu.." Dinie bersuara sambil tersenyum. Matanya dikerdipkan pada Nuha yang tersengih padanya.
Tanpa membuang masa, mereka bertiga melangkah laju meninggalkan kawasan padang. Dinie yang berjalan di belakang menggelengkan kepalanya melihatkan Adhana dan Nuha yang berbual dengan lengan yang melingkari antara satu sama lain. Seronok dia melihat kemesraan itu.
Sesekali anak dara berdua itu bertepuk tampar menyerlahkan keakraban mereka. Dinie tersenyum lagi. Makin lebar senyumannya yang dizahirkan dari rasa hati yang kini makin bebas berirama..

No comments:
Post a Comment