Pejam celik, pejam celik, dah nak sampai hujung tahun.. Tak lama lagi dah jadi upper six.. Hurmm.. Next week dah start final exam! Atia menghembuskan nafasnya perlahan. Kepalanya yang ditelengkan menghadap tingkap ke luar ditegakkan ke depan.
“Oh mak!” Kewujudan Aliff Izwan yang berdiri tegak di hadapannya membuatkan Atia melatah tiba-tiba. Aliff Izwan ketawa lepas. Atia menjeling lelaki itu.
“Nah, untuk birthday girl..” Aliff Izwan meletakkan sebungkus sandwich dan kek lapis di atas meja Atia. Gadis itu menundukkan kepalanya memandang makanan yang mengundang laparnya.
“Aku tahu, kalau Yus takde, mesti kau tak keluar rehat, kan? Nasib baik hari ni birthday kau, Tia.. So takde sebabla kau nak tolak hadiah aku ni.. Kalau aku beli tiba-tiba mesti kau tak nak, kan?” Aliff Izwan tersengih. Atia pantas menundukkan kembali pandangannya. Dia tersenyum. Ada aje akal lelaki ni.. Atia menggelengkan kepalanya sekali.
“Kau tak nak ke?? Mahal tau aku beli ni..”
Atia tergelak perlahan. Lambat-lambat dia menuturkan kata, “Iye.. Thanks! Nanti la orang makan..”
“Eh, tak boleh! Sekarang jugak.. Mana tahu nanti kau bagi dekat Yus ke... Tu hadiah kau, takleh bagi kat orang lain tau..” Pantas Alif Izwan membalas.
Aduhh makk.. Pakcik ni dah start dahh... Atia menyembunyikan senyumnya.
“Apa sebut-sebut nama aku ni?” Seperti biasa, Yusra sememangnya pelakon extra yang takkan terlepas scene dia.. Dia sudah pun berdiri tegak di sebelah Izwan Aliff sambil mencekak pinggangnya. Aliff Izwan ketawa lepas.
“Aii. Cepat pulak meeting kau habis hari ni?” Tanya Aliff Izwan sebaik sahaja tawanya mati.
“Miss Naina ada urgent call tadi..” Jawab Yusra. “Ni apehal ada dua jenis makanan ni? Nampak macam sedap...” Yusra menjungkitkan keningnya beberapa kali.
“Oh no! Mama shark is here!” Aliff Izwan mencapai semula bungkusan sandwich dan kek lapis itu. Yusra menjegilkan matanya. Atia ketawa kecil. Aliff Izwan terdiam memandang gadis itu. “Ha.. Kan comel kau macam tu.. Kalau selalu tu macam tak cukup vitamin C je..” Laju kata-kata itu keluar dari seulas bibir merah milik lelaki itu.
Atia terdiam. Mati tawanya tiba-tiba. Bulat matanya melihat Alif Izwan. Lelaki itu tersengih. Dia meletakkan semula ‘hadiah’ tersebut di atas meja Atia.
“Sorry..” Perlahan dia bersuara sambil menayangkan tanda peace pada tangan kirinya. Jari telunjuk kanannya membetulkan kedudukan kaca matanya. Atia tersengih. Kepalanya digelengkan sekali.
“Yus, kau jangan mintak ha.. Ni hadiah birthday Tia.. Kalau kau nak, tunggu birthday kau nanti..” Aliff Izwan ketawa nakal. Yusra menjeling geram. Buku latihan ekonomi di atas mejanya dicapai dan pantas dia memukul bahu lelaki itu.
“Tak heranlah hadiah kau tu! Esok-esok basi.. Aku punya hadiah everlasting..” Balas Yusra sambil menayangkan teddy bear yang diberikan pada Atia awal pagi tadi. Aliff Izwan ketawa lagi.
“Kau ingat aku heran ke?? Aku pun pernah bagi something yang everlasting jugak..” Aliff Izwan tersengih. Seperti biasa, tangan kirinya diangkat sedikit dan menayangkan trademarknya sambil berlalu keluar.
Atia ketawa lepas. Tangan kanannya pantas menutup mulutnya. Meleret senyumnya mengingatkan ‘something everlasting’ yang dimaksudkan lelaki tadi. Terbayang-bayang robot dari Lego yang diberikan padanya sewaktu Aliff Izwan menyatakan maafnya sehari selepas peristiwa dia mengalirkan air mata, sebulan yang lalu.
“Robot Lego tu??” Tanya Yusra. Dia ketawa mengekek saat Atia menganggukkan kepalanya. Atia senyum lebar. Mujur semua pelajar sudah keluar rehat waktu itu.
*****************
“Bye Tia.. Jumpa next week!!” Laung Yusra kuat dari tangga bas. Atia tersenyum sambil melambaikan tangannya. Matanya mengerling Aron Dino di pergelangan tangannya sebaik sahaja Triton yang dinaiki Yusra bergerak meninggalkan perhentian bas itu.
Mana ummi... Dah pukul 6.30 ni... Atia menunduk memandang kasut sukannya. Lambat-lambat dia berdiri tegak dan bergerak menuju ke pondok telefon di pintu pagar utama sekolah. Beg galasnya dipeluk kuat. Beberapa ketika kemudian tangannya menyeluk poket beg sandangnya dan mengeluarkan beg duitnya. Berubah raut wajahnya melihatkan tiada syiling di dalam beg duitnya itu.
Langkahnya mati di hadapan pondok telefon, memandang telefon awam itu tanpa perasaan. Otaknya ligat berfikir sama ada dia terus menunggu atau pulang sendiri ke rumah. Tapi kalau ummi datang pulak nanti macam mana?? Tapi kenapa ummi lambat? Ada apa-apa yang tak kena ke??
“Hi sweety!!”
“Astaghfirullahalazhim...” Atia mengurut dadanya perlahan. Pantas dia berpaling ke belakang, menjeling geram Aliff Izwan yang sedang tersengih.
“Kau apesal? Macam tak cukup sayur je muka tu?” Aliff Izwan ketawa lepas.
Bulat mata Atia melihat Aliff Izwan. Dia mendengus geram sebelum berpaling semula menghadap telefon awam itu.
“Ada syiling tak Aliff?” Tanya Atia perlahan.
“Syiling? Mana ada orang pakai public sekarang ni.. Semua orang guna handphone la adik manis..” Aliff Izwan menyambung kembali tawanya. Atia diam membisu, menggigit bibirnya menahan sendu. Kerisauan membalut hatinya tika itu, memikirkan ummi yang masih belum menunjukkan bayangnya.
“Eh, kau nangis ke Tia??” Aliff Izwan mula kalut saat telinganya menangkap bunyi esak yang ditahan gadis di hadapannya. Atia menggeleng pantas. Dia masih lagi berdiri tegak menghadap telefon awam. Tiada kekuatan untuknya berhadapan dengan Aliff Izwan saat itu.
“Tia..” Panggil Aliff Izwan lembut. Atia diam tidak membalas. Kepalanya masih lagi menunduk menghadap semut-semut yang berbaris, mengusung makanan mereka. Semut lagi menarik dari aku ke?? Takkan aku kena compete dengan semut-semut ni pulak.. “Tia..” Panggil Aliff Izwan sekali lagi. Tersengih dia seketika mengenangkan telahan nakalnya sebentar tadi. “Kau guna la phone aku dulu..” Aliff Izwan menghulurkan Motorola biru gelapnya ke sisi Atia.
Atia menggeleng lagi. Aliff Izwan turun dari motornya dan mencangkung di sebelah Atia, berniat untuk memujuk. “Nah la Tia.. Kau gunalah handphone aku dulu..” Atia kembali menggeleng. “Kenapa tak nak? Kau segan dengan aku eh? Kau tak nak ada hutang dengan aku kan?” Atia tunduk membisu. “Hurmm.. Kalau macam tu, kau pakai dulu handphone ni, nanti aku charge la kau.. okay?” Aliff Izwan bingkas bangun dan meletakkan telefon bimbitnya di atas telefon awam itu.
*****************
“Red flag eh?” Tanya Aliff Izwan perlahan. Dia ketawa lepas beberapa saat kemudian. Atia yang sedang berjalan hampir satu meter di hadapan Aliff Izwan melajukan langkahnya. “Janganlah marah. Aku tanya je.. Sebab masa kau nangis dulu tu pun.......” Aliff Izwan membiarkan ayatnya tergantung, tahu bahawa gadis di hadapannya itu faham dengan apa yang cuba disampaikannya.
Atia menggigit bibirnya. Malu yang amat dirasakannya saat itu. Jalan pulang ke rumah pula seakan menjadi lebih jauh dan waktu seperti bergerak lebih perlahan.
“Kau tak bawak handphone ke hari ni?”
Atia menggeleng pantas.
“Ummi kau kena buat OT?”
Terangguk-angguk gadis itu seketika.
“Kau takde lesen ke? Kereta ke? Motor ke?”
Sekali lagi gadis itu menggeleng laju. Aliff Izwan menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum nakal.
“Kau nak tumpang motor aku lepas ni?”
Atia mengangguk pantas. Aliff Izwan ketawa lepas. Langkah Atia terhenti. What?? Apa soalan dia tadi? Apa yang aku jawab?? Hah!! Kenapa aku mengangguk!! Atia mengetuk kepalanya sekali. Tawa Aliff Izwan makin meleret. Langkahnya terhenti di sebelah Atia.
“Bahayalah kau jalan balik sorang-sorang. Jalan laju tapi tak fokus. Entah apa yang kau fkir.. Kalau jadi apa-apa karang, siapa yang susah..” Aliff Izwan membebel perlahan.
Atia diam tak berkutik. Beberapa ketika kemudian dia menoleh Aliff Izwan di sebelahnya dan bersuara, “Aliff baliklah dulu.. Rumah Tia kat jalan hujung sana tu. Dah nak sampai pun..” Atia menuding jari pada sebatang jalan di sebelah kirinya.
“No, no, no.. Aku dah janji kat ummi kau, nak hantar sampai depan pintu..”
“Tak apa.. It’s okay.. Nanti lambat pulak Aliff sampai sekolah balik. Lagipun Tia dah biasa jalan kat sini.....”
“No, no! It’s not okay..” Pantas Aliff Izwan memotong. “Bukannya jauh pun sekolah kita tu.. Lagipun, Aku tak nak jadi orang munafik..” Aliff Izwan menayangkan dua jarinya yang membentuk tanda peace sambil tersengih. Atia tergelak kecil.
Aliff.. Aliff.. Tak habis-habis dengan trademark dia tu.. Atia menggeleng perlahan sebelum meneruskan langkahnya. Aliff Izwan hanya memerhati sebelum dia turut sama melangkahkan kakinya beberapa ketika kemudian.
“Home sweet home..” Atia tersenyum sambil menoleh pada Aliff Izwan yang sedang berjalan menghampirinya. “Thanks Aliff..” Perlahan suaranya hampir tak kedengaran.
Aliff Izwan tersenyum sambil membalas, “My pleasure..”
“... And thanks for keeping your distance...”
“Na... My pleasure too...” Alif Izwan ketawa lepas. “Oh hah, congrats eh tournament tadi.. Second runner up! Very impressive!”
Atia hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali dengan senyuman terukir di bibirnya. Nak perli ke Aliff oii.. Dia kembali menundukkan kepalanya.
Seperti dapat membaca isi hati gadis itu, Aliff Izwan segera menyambung kata-katanya, “No, I’m serious.. Korang bukan praktis betul-betul pun kan? Aku rasa kalau korang praktis gila-gila macam 6B5 dengan 6A3, tak mustahil boleh dapat grand prize..” Aliff Izwan tersenyum sedikit.
“Lagipun, kalau kau nak tahu, dalam dua-dua kelas tu, masing-masing ada player yang berpengalaman. So tak terkejutlah tengok dua-dua kelas yang menang tadi tu. Cuma terkejut sikit tengok Center kelas kita. Boleh tahan lincah!” Kata-kata lelaki itu terhenti melihatkan mata Atia Hanan yang bulat memandangnya. Entah bila gadis itu mendongakkan kepalanya, dia pun tak sedar. Aliff Izwan tersengih.
Tahulah tournament tadi open... Tapi tak sangka pulak dia nak tengok.. Huh! Malu, maluu.. Atia pantas melangkah masuk ke kawasan rumahnya sebaik sahaja dia menolak pintu pagar kayu itu.
“Nanti call ummi kau, bagitahu kau dah selamat sampai.. Okay?”
Atia berpaling dan menjawab, “Whatever..”
Aliff Izwan tersengih. “Baik aku yang bagitau kan. Mana tahu kot boleh jadi calon menantu ke nanti..” Alif Izwan ketawa lepas. “Adios!” Dia berpaling dan mengangkat tangan kirinya sebelum berlalu pergi.
Atia Hanan yang terdiam mendengar kata-kata tadi tersenyum sedikit. “Aliff.. Aliff..” Bisiknya perlahan. Beberapa ketika kemudian bayangnya hilang di balik pintu kayu yang tertutup rapat.

dah baik ke?
ReplyDeletealamak~