“Mama In!!!”
Dari pintu utama, Falah berlari terkedek-kedek, mendapatkan Ain yang sedang menyandar di tepi kereta. Suzuki Swift Sport warna merah metalik yang diamanahkan kepadanya untuk memudahkan tugasan hariannya diparkir di hujung jalan. Ain berdiri tegak, melangkah beberapa tapak. Falah yang sudah berada di hadapan Ain memeluk erat kakinya sambil tergelak riang.
“Mama In..” Falah melepaskan pelukannya, mendongak memandang Ain yang sedang menundukkan kepala sedikit.
Tersenyum Ain mendengar panggilan itu. Entah kenapa lapang hatinya mendengarkan panggilan yang keluar dari seulas bibir comel itu. Sudah tiga minggu panggilan yang tak diiktiraf itu keluar dari mulut Falah. Rasa kekoknya makin terbang ditiup angin semilir. Suara si comel yang memanggilnya mesra dan manja umpama siliran di telinganya. Begitu mendamaikan dan menenangkan. Perlahan-lahan diangkat tubuh kecil itu dan didukungnya kemas. Sebuah ciuman hinggap di pipinya. Ain ketawa perlahan.
“Saaaaayang mama!”
Ain menjungkitkan hidungnya sedikit sebelum merapatkan dahinya ke dahi Falah. Dicium lembut hidung comel itu. Falah ketawa riang.
“Ehemm..”
Deheman yang agak kuat dari arah belakang membuatkan Ain menjarakkan mukanya daripada Falah. Pantas dia memusingkan tubuhnya ke belakang. Terangkat kedua belah keningnya melihatkan seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang berdiri dengan sepasang mata lelaki itu tunak memandangnya atas bawah. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
“Uncle Bakh!” Falah bersuara riang.
Ain mengerutkan dahinya pula. Falah kenal mamat entah siapa ni? Pandang orang macam ular sawa nak telan mangsa je! Hishh! Ain melangkah perlahan, merapati keretanya. Kereta aku? Kereta tuan aku... tapi consider kereta aku jugaklah sebab dia dah amanahkan dekat aku buat masa ni.. Ain tersenyum sedikit saat hatinya berbicara nakal.
“Sweet..” Sepatah kata keluar dari mulut lelaki itu.
Ain menjegilkan matanya memandang ‘Uncle Bakh’ yang dikatakan Falah tadi. Lelaki itu tersenyum menggoda. Tanpa menunggu lama, Ain membuka pintu kereta dan meletakkan Falah ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Sempat si kecil itu melambai ‘Uncle Bakh’ nya beberapa kali. Lambaiannya dibalas mesra oleh lelaki itu dengan matanya yang dikenyitkan sekali.
“Nak balik?” Lelaki itu bersuara pantas melihatkan Ain yang turut menghilangkan diri ke dalam kereta.
Mestilah nak balik.. Dah tu ingat aku ni mak guard ke nak jaga tadika Q-Dees tu.. Ain menjeling geram. Laju sahaja tubuh sasa lelaki itu menghalang pintu kereta yang sedang ditarik Ain.
“Hello saudara. Ke tepi sikit boleh.. Saya dah lambat ni..” Ain bersuara geram. Nada suaranya dikawal agar tidak menakutkan Falah.
“Ho.. Cepatnya. Nantilah kejap.. Borak-borak and kenal-kenal dulu lah.. Anyway, I’m Bakhtiar..” Lelaki yang memperkenalkan dirinya Bakhtiar itu menghulurkan tangan, ingin bersalaman dengan Ain.
Ain mendengus perlahan sebelum melompat keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup perlahan selepas Bakhtiar beranjak sedikit. Dia mengatur langkah beberapa tapak ke belakang. Matanya mencerun memandang Bakhtiar.
“Saya tak rasa nak kenal saudara and saya tak ingin nak berborak-borak dengan saudara. Lagi satu, saya tak salam dengan orang yang bukan muhrim saya! I’m a muslim believer not just a follower!” Keras suaranya membalas.
Woh! Mantap! Terima kasih la Kak Yati.. Nasib baik aku kaki novel masa tak ada kerja kat rumah dulu.. Nasib baik jugaklah aku pernah baca novel Hati Seorang Wanita masa zaman sekolah dulu.. Bagus jugak aku speaking, kan?! Ambik kau lelaki! Beranilah kau nak mengayat.. Ain tersenyum sinis memandang Bakhtiar. Perlahan-lahan lelaki itu menarik balik huluran tangannya dengan bibirnya mengukir senyum. Kelat.
“Express mummy yeah?” Bakhtiar menjungkitkan keningnya sekali sambil matanya mengarah pada Falah di dalam kereta. Ain mencebik. Meluat mendengarkan nada sindiran pada suara lelaki itu.
“Tak perlu masuk campur urusan orang!” Ain menjeling lagi berkira-kira hendak masuk kembali ke dalam kereta dan menghilangkan diri dari lelaki yang mengundang rasa jengkelnya.
“Abang.. Awal sampai..”
Suara yang lunak itu membuatkan Ain berpaling ke belakang. Pantas. Aik? Cikgu Falah? Siapa ye nama dia.. Lupa dah.. Ain menggeleng perlahan. Dihadiahkan sebuah senyuman pada guru wanita yang sedang sarat mengandung itu. Erk? Jangan kata cikgu comel ni isteri crocodile hunter tu?! Bulat mata Ain melihatkan cikgu kecil molek itu yang berjalan perlahan merapati Bakhtiar. Tangannya memeluk erat lengan lelaki itu.
“Abang kenal mama baru Falah?”
Alamak cikgu.. Tahulah aku ni mama jadian. Tapi toksahla sebut mama baru tu.. Kurang enak pulak aku dengar.. Ain tersenyum sedikit. Tanpa menunggu jawapan Bakhtiar, Ain bersuara, “Cikgu Falah, kan?”
“Iya..” Dia tersenyum mesra, menghulurkan tangannya seraya berkata, “Juliana.. Panggil aje Ju..”
Ain menyambut huluran salam itu dan membalas senyuman Juliana. “Saya, Ain..”
“Ah ye, tadi Ju tanya abang kenal tak dengan Ain ni? Kenal ke?” Juliana mengulang soalannya dengan bentuk yang lain tetapi masih sama pengertiannya. Juliana mengalihkan pandangan pada Bakhtiar sebalik sahaja dia bersalaman dengan Ain. Bakhtiar mencebik.
“Baru je nak kenal..” Selamba Bakhtiar menjawab.
Juliana tersenyum. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia memperkenalkan Bakhtiar pada Ain. “Ain.. kenalkan, Bakhtiar, suami saya... best friend papa Falah, Ammar masa sama-sama study dekat UK dulu..”
Ain melopong seketika. Best friend? Biar betul? Macam manalah Encik Ammar boleh berkawan baik dengan lelaki yang menyampahkan ni.. Rasa meluatnya disembunyikan dalam-dalam tatkala melihatkan Bakhtiar yang menundukkan kepalanya sekali, gaya seorang yang ‘gentleman’ lah konon... Wajahnya terpaksa dimaniskan di hadapan Juliana dan sebuah senyuman plastik diukirkan buat tatapan Bakhtiar. Tak selesa dia dengan tatapan mata Bakhtiar yang tak lepas daripadanya.
“Mama In...” Rengekan manja Falah membuatkan Ain tersenyum lebar. Falah.. Terima kasihlah jadi penyelamat mama..
“Hermm.. Saya kena pergi dululah. Dah lambat ni..” Ain bersuara pantas sambil membuka pintu kereta di sebelahnya. Juliana menganggukkan kepalanya beberapa kali. Tersenyum dia pada Ain yang menurunkan cermin keretanya sebaik sahaja pintu kereta itu tertutup rapat.
“Jumpa lagi, Ain..”
Ain menganggukkan kepalanya sekali dan membalas lambaian Juliana. Tidak sedikit pun pandangan dijatuhkan pada Bakhtiar yang setia berdiri di sebelah isterinya.
Perlahan-lahan, kereta itu diundur sedikit sebelum dia menukar gear dan melepaskan klac sedikit demi sedikit. Dia melambai sekali lagi sebelum keretanya meluncur perlahan, meninggalkan pasangan suami isteri itu. Ain tersenyum lega. Nafasnya dihela perlahan. Tangan kirinya di atas gear diangkat sedikit,mengusap kepala Falah yang sedang asyik dengan patung Barbie yang baru dibeli oleh papanya sebulan yang lalu. Patung itulah yang dikeleknya ke hulu dan ke hilir. Ain tersenyum lagi.
________________________________________________________________________
“Kita nak pergi mana, ma?” Falah bertanya lembut, melihatkan Ain yang tidak memasuki jalan ke rumahnya seperti biasa.
Ain menjungkitkan keningnya sedikit dan tersenyum. “Cuba Falah teka kita nak pergi mana?” Balas Ain hendak berahsia. Falah tersengih.
“Playground?”
Ain menggeleng pantas dan mengerutkan dahinya. “Ada pulak pergi playground tengah hari macam ni.. Falah nak mama In kena marah dengan papa ke, tengok baby dia jadi gelap macam Blacky kat rumah Tok Dah tu..” Ain menjawab manja.
Falah ketawa riang. Si kecil itulah yang menamakan anak kucing berbulu hitam yang lebat itu dengan nama Blacky sempena warna bulunya yang gelap tanpa tompokan putih atau oren seperti adik-beradiknya yang lain.
“So, where are we going, ma?” Petah puteri kesayangan Encik Ammar ini berbahasa Inggeris. “Rumah Tok Dah?” Falah masih lagi mahu mencuba melihatkan gelengan Ain. “Jumpa Tok Mama dengan Tok Abah?” Ain menggeleng lagi. Kepalanya ditelengkan sedikit ke arah Falah. Matanya dikecilkan memandang si comel itu. “Nak pergi mana, ma..” Rengek Falah sambil menggoyangkan kepalanya. Rambut ikalnya yang bertocang dua turut bergerak mengikut arah kepalanya.
Comel! Ain ketawa perlahan.
“Kita... nak... jumpa...”
“Siapa, ma?” Falah mencelah pantas, geram mendengarkan mama In nya yang bersuara sepatah-sepatah.
Macam papa dia jugak.. Tak reti sabar.. Ain ketawa lepas. Dicuit pipi gebu Falah.
“Kita nak jumpa kawan Falah la.. Okay, Falah pilih. Nak jumpa yang rambut merah atau yang rambut putih?” Tanya Ain pantas, tak mahu berahsia lagi. Falah ketawa riang dan bersorak kuat.
“Hurmm.. Falah nak rambut merah!!” Falah tersengih manja menampakkan barisan giginya. Laju sahaja dia menjawab, faham pilihan yang perlu dibuat antara McD dan KFC.
“As you wish.. Tapi sebelum tu, Falah kena teman mama beli barang dapur dulu. Nanti karang papa balik, tak ada benda nak makan..” Balas Ain panjang lebar. Falah mengangguk laju. Ain mengusap kepala si kecil lembut. Tersenyum dia melayan Falah yang asyik bercerita tentang makanan segera yang mahu dibelinya nanti. Tidak lupa juga patung Hello Kitty yang ditawarkan dalam Happy Meal pada bulan itu.

“Haii.. Mana pulak perginya orang kat rumah ni.. Call tak berangkat. Merayap mana ni..” Ammar merungut panjang sambil tangannya meletakkan telefon bimbit di atas dashboard keretanya. Beberapa ketika kemudian, tangannya mencapai kembali Nokia E65 dari atas papan pemuka itu dan menekan semula nombor rumahnya. Sekali lagi dia hampa.. telefon bimbit warna hitam metalik itu dibawa ke dagu dan diketuk perlahan dagunya beberapa kali. “Aha!” Ammar menegakkan duduknya dan mendail nombor telefon bimbit yang diberikan pada Ain untuk kemudahan gadis itu. Beberapa saat menunggu, panggilannya dijawab.
“Assalamualaikum..”
Lajunya dia ni bagi salam.. Ammar tersenyum sedikit sebelum membalas, “Waalaikumussalam.. Hah, Ain ada kat mana sekarang?” Tanpa menunggu lama, dia terus bertanya.
“Saya ada kat luar Encik.. Beli barang sikit..”
Aduh.. Tahula kat luar.. Itu sebab aku call handphone.. Ain, Ain.. “Kat luar, kat mana? Falah ada sekali?”
“Alamanda... dengan Falah sekali la ni. Lepas ambil Falah dari tadika, terus datang sini. Kenapa Encik?”
Ammar terdiam seketika, memikir. Alamanda... Matanya mengerling jam di dashboard. “Hurmm.. Tunggu saya.”
“Hah?”
Aiyyo.. Aku bukan cakap Bahasa Urdu pun.. Takkan suruh tunggu pun tak paham. Jari-jemari kirinya mengetuk stereng kereta beberapa kali. Tapi macam pelik kot. Tiba-tiba suruh tunggu nak-nak lagi office hour macam ni.. Ammar tersengih dan kembali bersuara, “Tunggu saya dekat sana ye Cik Nurin Ain, mama Falah...” Sebutan mama Falah itu ditekankan sedikit. Ammar tersengih nakal. Dapat dibayangkan kekalutan Ain mendengarkan panggilannya sebentar tadi.
“Err.. Hurmm.. Okay, okay.”
Aku dah agak! Dia mesti kalut tu.. Ammar tahan tawa. Dia berdehem sedikit sebelum menjawab, “Apa-apa nanti saya call, okay..” Panggilannya terus dimatikan.
Ammar ketawa lepas. Dia memang suka mengganggu ketenangan gadis itu. Entah kenapa dia senang hati melihat gadis itu yang terkejar ke sana dan ke mari, melayan kerenahnya. Bukannya dia tak boleh buat semua itu sendiri dan bukannya Mak Dah yang menguruskan segalanya sebelum ini. Sengaja dia memberi kerja lebih buat gadis itu untuk melihat sejauh mana gadis itu mampu bertahan. Ammar ketawa lagi.
Nokia E65 yang baru dibelinya minggu lepas dicampakkan perlahan ke tempat duduk penumpang di sebelahnya. Masuk Nokia E65 yang ini, sudah tiga kali dia bertukar telefon dalam masa tak sampai setahun. Semuanya gara-gara dia menghempaskan telefon itu saat Nashreen mengganggu. Tanpa menunggu lama, Ammar pantas mengenakan tali pinggang keledar dan keretanya bergerak perlahan kemudiannya sebelum meluncur laju membelah lebuh raya.

“Hish! Menyusahkan! Memang menyusahkan” Ain menggumam geram sambil menyimpan kembali Nokia E65 pemberian tuannya itu ke dalam beg galasnya. Falah dalam dukungannya memandang Ain pelik.
“Kenapa, ma?” Tanya Falah manja.
Ain mengukir senyum tawar. Papa Falah la ni! Tak habis kat rumah buat orang kelam-kabut, dia nak datang sini pulak! Hishh!! Siang tadi kata ada meeting kat luar.. Habis awal la tu sampai ada masa nak jalan-jalan kat sini.. Hishh! Kacau, kacau.. Ain mengetap giginya seakan menzahirkan rasa hatinya yang sedang berperang dengan perasaan geram yang menggunung. Entah kenapa dia tak selesa andai tuannya itu ada bersama saat dia meluangkan masa dengan Falah..
“Ma.. tu.. troli kat sana..”
Suara Falah membuatkan Ain tersengih malu. Geram dekat Encik Ammar punya pasal, laju sahaja kakinya melangkah masuk ke cold storage tanpa mengambil troli seperti kebiasaannya. “Pandai pun Falah.. Mama saja nak tengok Falah tahu ke tak troli tu ada kat mana..” Ain menjungkitkan keningnya beberapa kali sambil menggeletek Falah yang sudah berdiri tegak di hadapannya.
Usai membeli barang-barang keperluan dapur, Ain dan Falah menuju ke restoran makanan segera, McDonalds. Falah tersenyum lebar sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk ke dalam McD. Laju sahaja tangan comel itu menarik Ain ke meja empat tempat duduk berdekatan dengan pintu masuk. Ain meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi di atas kerusi sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan dengan Falah.
“Okay, mama nak Fillet-O-Fish je la ye sayang. Satu set tau. Air dia, tukar Sprite, okay?” Ain berkata selamba, menongkat dagu di atas meja. Falah ketawa riang. Terkekeh dia mendengarkan pesanan Ain.
“Mama...” Falah merengek manja. “Falah kan small lagi.. Nanti orang tu tak nampak Falah pun..” Sambungnya dengan sengihan lebar.
Ain ketawa perlahan. Panjang tangannya mencuit pipi si kecil itu. Bijak! Buah hati Encik Ammar ni memang bijak.. Siapalah mama dia yang sebenar ye. Teringin jugak nak kenal.. Ain tersenyum sedikit. Dia bingkas bangun, merapati Falah.
“Falah nak tunggu sini?” Falah mengangguk laju. “Okay, mama pergi order kat sana. Kejap je. Falah duduk baik-baik tau. Kalau ada orang kacau, buat apa?”
“Scream!!” Falah menjawab laju dengan sengihan yang lebar. Ain mengusap kepala Falah perlahan sebelum melangkah. “Ma,” Panggilan itu membuatkan Ain menoleh pantas. “Mama tau kan Falah nak apa?” Tanya si kecil dengan suara yang manja.
“Hello Kitty je, kan?” Ain mengerdipkan matanya sekali. Falah memuncung. Pantas Ain merapati Falah kembali dan mencuit pipi gebu itu. “Alaah.. Mama tau laa..” Ain kembali mengatur langkah mendengarkan tawa si kecil itu. Pesanan segera dibuat setelah menunggu seorang pelanggan di hadapannya selesai. Sesekali matanya memerhati ke arah Falah yang ditinggalkan keseorangan, bimbang terjadi sesuatu pada si kecil itu.
Elok sahaja dia selesai membuat pesanan, telefon bimbit dalam beg galasnya berbunyi panjang. Digagau beg itu sebelum tangannya mencapai telefon bimbit yang terperosok jauh ke dalam beg. Matanya masih lagi memerhatikan Falah. Si kecil itu turut memandang ke arahnya. Tersenyum dia melihatkan Falah yang menunjukkan isyarat bagus ke arahnya.
“Ah, ye Encik..” Pantas Ain menjawab setelah butang hijau ditekan. “Dekat McD..” Ain memerhatikan pula pekerja di hadapannya yang sedang menyiapkan pesanannya sebelum matanya beralih semula pada Falah. “Dekat tingkat bawah.. Ah, ye... sebelah Reject Shop..” Ain mendengus perlahan dan menyimpan semula telefon bimbit itu. Dia ni kan, memang tau. Tak pernah nak tamatkan perbualan baik-baik. Menyakitkan hati je! Ain tersenyum pada Falah yang tersengih memandangnya. Pandangannya dialihkan pada pekerja dihadapannya yang sudah selesai dengan tugasnya.
“Terima kasih,” ucapnya perlahan. Dulang di tangan ditatang berhati-hati. Langkahnya mati tiba-tiba. Bulat matanya melihatkan tuannya yang sudah duduk di tempat Falah sambil meriba puteri kesayangannya itu. Perlahan-lahan dia mengatur langkah semula, berdoa supaya dia tak dimarahi, meninggalkan Falah seorang diri.
“Kenapa tinggal Falah sorang-sorang” Keras suara lelaki itu memulakan perbualan tanpa salam.
Hish! Dah agak dah! Belum sempat letak tray ni, dah kena bambu.. Dulang di tangan diletak perlahan-lahan. Lambat-lambat dia melabuhkan punggungnya di tempat duduknya tadi, bertentangan dengan tuannya itu.
“Err.. Dah lama sampai, Encik?” Tanya Ain perlahan, berbasa-basi. Wajahnya ditundukkan, seram hendak melihat wajah tuannya tika itu.
“Nasib baik saya sampai cepat, sebelum anak saya kena bawak lari entah mana..”
Hishh.. Celuparlah dia ni! Kena bawak lari betul-betul karang, padan muka! Tapi aku jugak yang susah hati, dah jatuh sayang dengan baby girl sorang ni.. Ain mengangkat wajahnya sedikit, tersenyum pada Falah.
“Tak order untuk saya sekali?” Belum sempat Ain menjawab, Ammar lebih dulu bersuara.
Erk? Mana ada.. Manalah aku nak tau kau sampai secepat ni Encik Ammar oii..
“Belikan saya set ni,” Tangan Ammar menunjukkan ke arah set yang dipilih Ain tadi. “Ha, air tu, saya nak Pepsi..” Selamba lelaki itu menyambung pesanannya tanpa sempat Ain membalas apa-apa. Tanpa menunggu sesaat, Ain bingkas bangun dengan rasa sebal. Makin menggunung geramnya pada tuannya yang satu itu.
“Falah sayang Mama In?” Tanya Ammar perlahan sambil mengusap kepala puterinya itu.
Falah mengangguk laju. “Sayang!”
“Papa pun..” Balas Ammar laju.
“Tipu. Papa tak sayang. Papa selalu buli mama In.. Selalu cakap kasar-kasar dekat mama..” Falah mencebik. Ammar tersengih. Wajahnya dirapatkan ke wajah Falah dan pantas dia mencium wajah comel itu bertalu-talu. Falah ketawa kegelian.
“Pa.. Rambut papa tajam..” Rengek Falah, cuba melarikan wajahnya.
Ammar ketawa lepas. “Ini janggutlah sayang... bukan rambut.” Ammar menggeselkan dagunya ke pipi puterinya itu.
“Papa.. Geli..” Rengek Falah lagi.
“Kata papa sayang mama dulu, baru papa berhenti..” Ugut Ammar nakal. Puas dapat bergurau dengan permata hatinya itu.
“Okay, okay.. Papa sayang mama..”
“Hmm.. That’s my girl!” Ammar memeluk erat Falah yang sedang ketawa riang.. Pandangannya dihalakan ke hadapan saat dia terasa seperti diperhatikan. Bulat matanya melihat susuk tubuh di hadapannya itu yang sedang memandang tepat ke arah mereka.
“Nashreen!” Perlahan bibirnya membentuk kata..

oh tidak!
ReplyDeletedah agk falah tu msti girl!
clever me..
HAHA. jokin
Q.deonly... iyer la sgt...
ReplyDeletealamak pemusnah kedamaian dh smpai...
huk huk huk...
erkk??
ReplyDeleteitu olang jahat ke?
haiyakk xmo la ada si jahat nasshreen