May 7, 2011

:. Keterlaluankah Aku 3 .:


  
  
   4 Comments





  nama aku pjg jgk tp org panggil kd je. ruginya aku!

   
               
syukran tazkirah. apa kelebihan muazzin?



  woho! bc dh blog kak dik! hack-hack. hahah. -zinedine zidane-


  family aku..... masing2 dgn haluan sndiri. bosan. bosan.





“Zaim Zaidannnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!”


Bergegar seisi rumah mendengarkan jeritan itu. Sepi seketika. Ada pergerakan pantas di luar sebelum pintu bilik Zaza dibuka dan ditutup semula. Rapat.


“Weh Kak Dik. Behave la,”


Zaim menegur perlahan dengan suara yang seakan berbisik. Ada ketegasan di situ.


“Weh. Zinedine Zidane konon. Ingat aku t—”


“Ya Allah Kak Dik,”


Serentak dengan kata-kata itu, mulut Zaza ditekup kemas.


“Syuuuuuttt. Volume tu slow sikit. Ada tetamu la dekat bawah tu Kak Dik sayanggg.. Malu abah dengan mama nanti,”


Bulat mata Zaza mendengarkan kata-kata Zaim. Kedua-dua belah keningnya dijungkitkan sekali tanda bertanya siapa. Jari telunjuk mengisyaratkan ke tangan Zaim yang masih menekup kemas mulutnya. Zaim tersengih sebelum mengangkat tangannya.


“Lemas aku wei,” dalam nada berbisik Zaza bersuara.


“Itulah.. Lain kali tidur lagi siang-siang. Tetamu datang pun tak sedar. Celik mata terus online pulak tu. Suara sampai satu taman boleh dengar. Tak payah pakai mike,”


“Haa sudah-sudah. Kau ni kalau dah start membebel, aku pun boleh kalah tau tak.”


Pantas Zaza mencelah saat tak tertahan telinganya mendengar kritikan itu biar pun kena tepat pada batang hidungnya.


“Siapa datang tu? Kenapa datang tengah hari gini? Mesti nak langkah kanan makan lunch sekali,”


“Astaghfirullah al-Azhim,”


Zaza tersenyum sedikit sebelum dia menayang sengih.


“Aku gurau je la Zaim oi. Takkan la susah payah abah hantar belajar tinggi-tinggi aku nak simpan tabiat su’uzon dekat orang..”


Gadis itu menumbuk perlahan bahu adik lelaki kesayangannya. Zaim tersengih menggelengkan kepala.


“Tau tak apa. Tetamu tu bawa rahmat. Abah dah selalu pesan kan,”


Zaza terangguk-angguk mendengar peringatan adiknya. Abah memang melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Anak-anak tak lekang dengan nasihat dan peringatan. Tazkirah kata abah. Tersenyum gadis itu seketika memikirkan ayah kesayangan.


“Kak Dik tak nak turun?”


“Siapa yang datang tu Zaim? Aku kenal ke?”


Lembut suara Zaza bertanya. Lupa sudah amukannya pada Zaim.


“Kak Dik tak kenal. Confirm.”


Serius dan penuh keyakinan Zaim membalas. Berkerut dahi Zaza.


“Dah tu siapa je ada kat bawah? Mama dengan abah?”


“Yup. Mama and abah. Kak Lang dekat dapur.”


Terangguk-angguk Zaza sekali lagi. Ligat otaknya berfikir. Kak Long? Ohhh... balik kampung abang Yusuf dengan si kecil Rayyan. Kak Ngah? Ohhh... outstation dari semalam. Zaza terangguk-angguk lagi. Anggukan itu terhenti saat bahunya disigung Zaim.


“Tak nak turun?”


Sekali lagi Zaim bertanya.


“Kena ke?”


“Entahlah Kak Dik. Zaim pun tak tau nak kata. Urusan orang tua ni...”


Hah sudah. Lain macam je bunyi ayat tu. Berkerut dahi Zaza. Bibirnya dimuncungkan sedikit.


“I smell something fishy,”


“Tak ada siapa yang siang ikan kat bawah. Tak adanya bau-bau ikan,”


Pantas Zaza menjegilkan mata saat Zaim berlelucon.


“Tetamu datang merisik la kat bawah tu, Kak Dik.”


Jelas Zaim tanpa selindung. Makin bulat mata Zaza. Bunga manakah yang dirisik di taman larangan ini??? Gadis itu menelan liur.



perbendaharaan kata

su'uzon - sangka buruk


:. to be continued, insyaAllah .:

4 comments:

  1. o-o..
    siapa yg jd pilihan hati

    ReplyDelete
  2. siapekah???
    nk ag!nk ag!!!
    c0mey jer zaim tuhs...

    ReplyDelete
  3. wahhh...!! zaza la tu dh kena risik.....

    ReplyDelete
  4. nk tnya sket..owner blog ni ex-almashoor ke?
    -aishah

    ReplyDelete