May 5, 2011

:. Keterlaluankah Aku 1 .:



Keterlaluankah Aku?


Nama aku panjang. Id Yahoo Messenger aku, Zaza. Glamour tak? Aku biasa sahaja orangnya. Sederhana.


In English, average.


Aku sederhana dalam semua aspek termasuklah dalam pendidikan, gaya hidup, rupa fizikal, ketinggian dan tak lupa, kelebaran.


Tinggi aku = 153cm dan berat aku = 45kg. Sederhana bukan?


Oh ya! Umurku pun sederhana juga. Aku sudah 25 tahun 3 bulan.


Pendidikan separa formal yang paling awal aku terima adalah selewat enam tahun di tadika. Kemudiannya aku bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah.


Aku juga pernah bersekolah menengah tinggi demi menyambung pelajaran ke tingkatan enam. Alhamdulillah, pendidikan tertinggi yang pernah aku terima adalah di universiti.


 Misi sebenar aku menjelang usia 25 tahun adalah untuk menamatkan zaman dara. Tapi aku buntu.


Terlalu kurangkah calon? Atau adakah aku terlalu memilih?


Bagaimana kalau aku katakan, belum ada adam yang kulihat boleh membimbing bahtera rumahtanggaku nanti?


Keterlaluankah aku?


Atau mungkin aku yang belum cukup ilmu dan amal untuk menempuh alam berdua denganmu pasti lebih baik..... Mungkin ya!



 “Kak Dik!”


Satu suara melaung sedikit kuat. Sesusuk tubuh tiba-tiba muncul daripada pintu kayu yang terbuka luas. Zulfah Zayanah a.k.a Zaza mengurut dada beberapa kali. Terjegil dia memandang adik bongsunya, Zaim Zaidan yang tersengih sambil melompat ke atas katil. Pantas Zaza menutup skrin laptopnya saat Zaim mencuri pandang. Kedudukannya yang bersila di sisi katil membuatkan Zaim senang untuk mengintai sementelah adiknya itu sudah berbaring elok, meniarap di atas katil.


“Zaim!”


Remaja berumur 17 tahun itu menayang sengih sekali lagi.


“Kau ni, tak reti bagi salam ke? Kalau aku ada heart attack, boleh jalan dah tau. Tak sempat aku nak settle entry untuk blog aku,” Zaza membebel panjang. Lengan adiknya dicubit geram. Zaim ketawa lepas.


“Kak Dik buat blog? Serius?”


Zaza tersengih. Sesaat kemudian lidahnya dijelirkan sedikit.


“Kau budak-budak, apa tahu?”


Zaim mencebik.


“Kak Dik....”


“Hah apa?”


Zaza berpaling ke kiri. Wajah Zaim rapat. Sangat rapat sehinggakan terasa nafas anak muda itu di telinganya. Zaza menjegilkan mata melihat Zaim yang terkebil-kebil.


“Macam ayam berak kapur ni, Kak Dik dah boleh agak dah. Ha tak mau, tak mau. Pergi ajak Kak Long. Tak pun Kak Ngah. Kak Lang tu pun tengah free rasanya. Dah syuuuh syuuhh, pi main jauh-jauh,”


“Ala, Kak Dik.. Tak sporting la. Jom la.. Kak Long, Kak Ngah dengan Kak Lang jiwa lain. Mana masuk dengan Zaim. Kak Dik je yang hebat,”


“Oo pandai ye kau menjawab. Bodek la tu...”


Zaza bingkas. Laptop diletakkan cermat di atas meja belajarnya di tepi tingkap. Dia membebel panjang sambil bersiap. Sempat ditolak Zaim ke luar bilik sebelum dikunci pintu bilik itu.


***********


“Heh! Ini yang kau kata hebat. Hampeh! Masuk longkang sembilan kali ada la. Buat kena gelak dengan orang je,”


Zaza mengetuk perlahan hujung topi di kepala Zaim. Remaja lelaki itu ketawa lepas. Mereka bergerak menghampiri deretan kerusi, membiarkan pasangan lain menyambung permainan.


“Terror apa Kak Dik. Member-member Zaim tu pun boleh kalah tau kejap lagi.”


“Hurm kau orang ni ‘beng-beng’. Orang main bowling, yang strike tu dikira menang tapi dia orang terbalik pulak. Senget betul la otak kau orang ni.”


Zaim ketawa lagi. Bahu Zaza dirangkul perlahan.


“Sikit lagi je kita nak menang, kak..”


“Kau sengaja kan Zaim. Mentang-mentang aku tak reti main, kau ajak aku.”


“Ala, sporting la sikit Kak Dik.. Kalau Zaim menang, dia orang janji nak ganti class duty for a month. Tak gempak ke kak dik? Tak payah Zaim jadi Cinderella Man,”


Zaim menjungkitkan keningnya beberapa kali. Sekali lagi hujung topinya itu diketuk Zaza. Kali ini agak kuat sehingga topi Adidas hitam itu melurut sedikit ke bawah. Zaim ketawa lepas.


“Kau, otak senget ni, aku tak tau la inherit dari mana. Family abah clear, family mama pun alhamdulillah, suci murni jugak. Tak ada lagi sejarah orang tak betul macam kau ni Zaim,”


Zaim tersengih menayangkan barisan gigi putih bersih. Gigi yang sedikit bertaring di kedua-dua belah kanan dan kiri menampakkan lagi kehenseman Zaim, satu-satunya waris lelaki dalam keluarga Zainuddin dan Zahrah.


Kata orang, gigi taring yang terkeluar sedikit menjadi aset bagi seseorang kerana sesetengah orang yang bergigi taring kelihatan manis pabila tersenyum. Tapi itu semua kata orang, dia sendiri pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya itu. Zaza menjungkit bahu tiba-tiba.


“Eh, eh. Apa kes ni? Sawan ke apa Kak Dik ni?”


Terjegil Zaza memandang Zaim.


“Dengarlah suara kau sekali lagi Zaim, Kak Dik quit,”


Zaim mengangguk laju. Tangan menekup mulut, separuh bergurau.


***********


“Oi kak.. This is not fair!”


Zaza tersengih lebar. Keningnya dijugkit sekali. Mata dikerdip nakal.


“Fair enough, my dear Zaim Zaidan Zainuddin.”


Pipi Zaim dicubit lembut. Zaim mengacah mahu menggigit tangan kakak bongsunya itu. Zaza ketawa lepas.


“Kak Dik sengaja tau,”


“Eh sengaja apa.. Mana aci kalau Zaim seorang je yang tak jadi Cinderella Man, Kak Dik pun teringin jugak untuk tak jadi Cinderella.. Zaim tolong ganti duty akak ya dik.. Ala basuh baju and pinggan tiga hari je. Bukan lama mana pun..”


“Okay then.. Zaim setuju. Tiga hari je tau.”


“Um hm, you have my words. Zaim jadi prince dekat kelas sebulan tau. Kak Dik jadi princess tiga hari je,” sayu gadis itu bersuara sambil terkebil-kebil memandang adiknya.


“Okay la, okay la, okay la..... 1 week. Deal?”


Haha! Zaza ketawa lepas. Sesaat. Dia tersengih memandang Zaim.


“You’re so sweet my dear,”


Pipi adiknya itu dicuit manja. Zaim hanya mencebik sebelum menggeleng dengan senyuman yang terukir di bibir.


:. to be continued, insyaAllah .:



p/s: assalamualaikum everyone and salam ukhuwwah. maaf lama dah tak update blog ni. bersawang bagai dah. terlalu leka mengejar kesibukan merancang P&P, melaksanakan P&P, menyibukkan diri dengan segala urusan untuk latihan mengajar. alhamdulillah, ada masa untuk berlibur juga akhirnya biar pun tempoh praktikal masih berbaki 2 minggu 1 hari setengah.. and so this is the latest entry for you, you and you to read. tak mengapa andai entry ini dikerling sahaja. masing-masing ada taste tersendiri. saya percaya itu.. (",) anyway, feel free to drop a comment.. dan tak mengapa juga andai sekadar membaca sahaja tanpa mengulas. saya sendiri lebih gemar komen dalam hati.. wink2 (>.<)


6 comments:

  1. besh~!
    x sbr nk 2nggu yg str0snyer...

    ReplyDelete
  2. semua karya awak menarik, saay suka!!! dan harapnya karya seterusnya pun begitu.....intro diatas pun x kurang hebatnya....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wow...karya awk sebelum2 nie sy bc cikit2 jer...tp karya awk yg nie sy nak bc dr awal sampai abis. awk memang berbakat. teruskan menulis ya...;)

    ReplyDelete
  5. suka suka..
    cite family triple z ya..
    zzz..hihihi

    gud luck ya..

    ReplyDelete