June 10, 2009

Bayang-Bayang 3


Kicauan di langit luas yang bersilih ganti seakan ucapan selamat tinggal sang burung kepada rakan-rakannya sebelum pulang ke sarang masing-masing. Mata Puan Dahlia yang sedang duduk bersantai di buaian terarah pada burung-burung yang berterbangan menghampiri bumbung rumahnya di bahagian anjung. Tersenyum dia melihatkan burung-burung yang bijak, mengalahkan sesetengah manusia yang dikurniakan akal oleh Yang Maha Esa.

Hmm.. burung pun tahu balik sarang bila dah nak senja. Manusia pulak yang tak reti-reti sesetengahnya tu. Time-time senja macam ni la dia orang nak bersidai dekat shopping complex.. Puan Dahlia menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali teringatkan suasana senja di bandar, lebih tepat lagi di pusat-pusat membeli-belah.

"Hah!! Mama buat apa tu? Berangan ye?" Dinie menyergah Puan Dahlia sambil menepuk perlahan bahu Puan Dahlia dari belakang.

"Hishh Dinie.. Macam budak kecik. Terkejut mama.." Puan Dahlia mencubit peha Dinie yang sudah duduk di sebelahnya.

Dinie tersengih. Dia menggerakkan buaian dengan kakinya. buaian yang tadinya statik telah berayun ke depan dan ke belakang.

"Mama buat apa kat sini senja-senja ni?"

"Saja ambil angin sekejap.. Tadi mama nak basuh baju kat toilet bawah, tapi ada pulak tuan puteri tu tengah bersiram."

Dinie tergelak mendengar kata-kata Puan Dahlia. "Dah lama Dinie keluar toilet, ma."

"Macam mana first day kerja?" Tanya Puan Dahlia mengalih topik perbualan tadi.

"Hm.. okay, not bad.."

"Mama bukan nak dengar jawapan standard tu. Mama nak dengar cerita Dinie, pengalaman hari pertama kerja dekat legal firm.." Puan Dahlia mencuit manja pipi Dinie.

"Nantilah Dinie cerita. Dah nak dekat maghrib ni.. Nanti lepas dinner, mama buatlah announcement kot-kot ada sesiapa yang berminat nak tengok penglipur lara dari Kajang ni buat persembahan." Dinie tergelak lagi. Kali ini dia bingkas bangun dari buaian sebelum sempat Puan Dahlia mencubit pehanya.

"Dinie tak nak cerita dekat mama tak apa.. Nanti bila-bila Dinie nak cerita, mama tak nak dengar." Ujar Puan Dahlia selamba, separuh mengugut.

Dinie mencebikkan bibirnya. Wajahnya berubah muram. Dia kembali duduk di sisi Puan Dahlia.

"Ala ma... nanti malam Dinie cerita dekat mama. Dinie janji." Dinie memeluk erat lengan kanan Puan Dahlia. Perlahan dia menarik tangan Puan Dahlia mengikut langkahnya yang sudah berdiri tegak. "Sekarang kita kena masuk dalam. Kalau tak nanti..."

"Kena sampuk!" Puan Dahlia menyambung kata-kata Dinie. Dicubitnya pinggang Dinie di sebelahnya. Geram dengan Dine yang gemar mengulang semula kata-katanya pada mereka empat beradik tatkala mereka masih bermain di luar rumah kala senja begini. Puan Dahlia dan Dinie berjalan beriringan masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur yang dibiarkan terbuka.

"Hana.. kenapa tak tutup tingkap? Langsir pun tak tarik." Tegur Puan Dahlia pada Adhana yang sedang berjalan menuruni tangga.

"Alamak! Hana lupa la ma.." Adhana berlari turun ke ruang tamu. Ditariknya tingkap yang terbuka luas dan dilepaskan ikatan langsir menutupi tingkap.

"Angah ni, dah nampak tingkap tu terbuka, tolonglah tutupkan. Takkan nak tunggu Hana jugak." Adhana merungut geram. Dia menghampiri Dinie dan bercekak pinggang di hadapan Dinie.

Dinie hanya menjungkitkan keningnya. Sesaat kemudian pantas sahaja tangannya menggeletek pinggang Adhana. "Saje angah nak bagi Hana bergerak sikit. Kalau tak kerja dia memerap dalam bilik aje. Tak ada exercise langsung."

Adhana menjelirkan lidahnya. Puas hatinya bebas dari terus-terusan menjadi mangsa Dinie. Angahnya yang seorang itu memang suka menggeletek orang, dan dia lah yang sentiasa menjadi target.

"Angah, ada balak handsome tak dekat tempat kerja baru angah ni?"

"Ada, tapi client." Jawab Dinie dalam nada bergurau. Sengaja ditunjukkan raut wajah yang kecewa di hadapan Adhana.

"Haa.. sudah-sudah. Nak maghrib dah ni. Pergi naik atas, ready nak solat. Lepas tu turun makan.."

"Alaa ma.. Hana baru nak dengar cerita pasal balak handsome kat office angah." Memuncung Adhana tatkala Puan Dahlia mencelah perbualan mereka.

"Hmm.. percayalah Hana dengan angah Hana ni. Tak pernah mama dengar dia cerita pasal mana-mana lelaki. Tup-tup tak ada taufan, tak ada tsunami, dia nak cerita tiba-tiba?" Puan Dahlia tergelak perlahan.

"Hana tahu ma.. Saje je Hana nak dengar apa yang angah nak kelentong dekat Hana. Tengok muka angah aje tadi Hana dah tahu trick dia.." Adhana tergelak memandang Dinie. Matanya dikenyitkan pada Dinie.

"Dinie membesarkan matanya dan berkata, "Kenapa? Tak percaya ke angah nak cerita pasal balak handsome?" Dia menekankan sebutan perkataan balak handsome di akhir ayatnya.

Puan Dahlia menggelengkan kepalanya manakala Adhana mencebikkan bibirnya. Dinie tersenyum melihat reaksi mereka berdua. Ohh.. tak percaya.. rugilah mama dengan Hana, sebab aku baru aje nak cerita pasal si lion king t.. Hmm.. mamat unpredictable tu. Dinie tersenyum lagi.

"Ohhh.. iye la.. lupa pulak.. Mana angah boleh lawan Hana. Hana kan champion bab-bab ni.." Dinie tersenyum memandang Adhana. Matanya memandang Puan Dahlia yang sudah menyusun langkah ke bilik air di sebelah dapur.

"Apa cerita kawan-kawan Hana dekat sekolah? Azim sihat? Mukmin kacau Hana lagi tak? Hana ada dapat lagi coklat dari Syakir?" Pecah ketawa Dinie melihatkan Hana yang sudah terjerit kecil mendengar kata-katanya.

"Angah, mama dengar nanti!"

"Biarlah mama dengar. Biar mama tahu anak dara yang baru setahun jagung ni dah gatal!" Usik Dinie tanpa selindung. Dia pulak terjerit kali ini selepas Adhana mencubit tangannya, geram dengan kata-katanya yang tanpa tapisan itu.

"Angah ni saje je tau. Lepas ni Hana tak nak dah cerita apa-apa dekat angah."

Dinie hanya tergelak mendengar kata-kata Adhana. Dia sudah masak dengan perangai Adhana yang tetap akan bercerita padanya walau berjuta kali dia menegaskan tidak akan bercerita lagi.

"One more. Ada tak Han sampaikan salam Fahmi dengan Qudratullah dekat Hana?"

"Angahh!!!" Adhana mengejar Dinie yang sudah berlari naik ke bilik mereka di tingkat atas. "Melampau tau angah ni. Pandai-pandai aje sebut nama kawan-kawan Adhan. Dengar si Adhan tu, mau dia usik Hana pulak nanti. Lagi malu kalau dia bukak mulut dekat babah dengan mama." Adhana mengomel panjang. Dinie ketawa riang mendengarkan rungutan manja adiknya.

No comments:

Post a Comment