May 21, 2010

Kills Two Birds with One Stone 6


'Ukasyah tenang, tegak berdiri memeluk tubuh. Tenungan sang ibu dibalas dengan sengihan nakal.


"Abang tengoklah anak abang. Kita cakap untuk kebaikan dia, bukan nak suruh buat benda tak elok pun. Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.."


"Eh abang pulak.. Bukan abang yang ajar dia jadi liat macam sekarang. Siapa yang pampered Syah selama ni?"


Balasan selamba Haji Abdullah mengundang tawa 'Ukasyah. Pantas dia bergerak menghampiri Hajah Fatimah, memeluk erat bahu ibunya itu.


"Kamu jangan lupa Syah. Nombor Afifah yang ummi bagi tadi, simpan.."


"Ya, mi. Baik. Syah dah simpan kertas yang ummi bagi tadi.."


"Betul ni?"


"Iya mi.. Syah tak tipu,"


"Jangan simpan je Syah. Save dalam phone tu,"


'Ukasyah sengih nakal. Tangan kanan Hajah Fatimah dicapai dan dicium lembut belakang telapak tangan ibunya itu.



"Syah balik dulu mi, bah.."



"Bawa kereta tu elok-elok Syah," Haji Abdullah menepuk sekali bahu anak lelakinya sebelum anak muda itu melompat masuk ke dalam kereta.



"Baca doa sebelum bawa kereta tu,"



"InsyaAllah,"



'Ukasyah menghidupkan enjin kereta dan menutup pintu perlahan. Tingkap kereta direndahkan sedikit sejurus kemudian.



"Syah,"



"Ya mi?"



Panggilan lembut Hajah Fatimah segera dibalas.



"Syah jangan lupa apa yang ummi pesan. Macam mana Syah nak sara anak dara orang nanti kalau kerja pun tak menentu. Kebajikan cucu-cucu ummi mesti terjaga. Ummi tak nak kamu main-main Syah. Belajar tinggi-tinggi tapi sia-siakan ilmu yang kamu ada,"



'Ukasyah mengangguk laju. Tersenyum simpul lelaki itu menahan tawa.



"Imah.. Awak ni, Syah tu kahwin pun belum. Jauh angan-angan awak sampai ke cucu. Bukan cucu pulak tu tapi cucu-cucu. Awak nak cucu berapa ramai ni?" Usik Haji Abdullah sambil memeluk erat pinggang isterinya. 'Ukasyah yang hanya mendengar ketawa lepas. Kepalanya digelengkan beberapa kali.



"Ummi, ummi.."



'Ukasyah menyambung tawa. Dia bergegas keluar dari kereta melihatkan jelingan maut umminya. Hajah Fatimah pantas dihampiri dan satu kucupan singgah di pipi wanita separuh abad itu.



"Syah tak lupa mi. InsyaAllah. Ummi bagi Syah masa,"



"Masa, masa. Berapa lama ummi nak bagi masa dekat kamu lagi. Bukan baru sebulan dua kamu bawa bas tu."



'Ukasyah hanya mampu tersenyum. Langkah diatur lambat-lambat menuju ke keretanya. Haji Abdullah menggeleng.



"Dah, bawa kereta elok-elok. Jangan difikir sangat, yang penting kerja biar ikhlas."



Tegas Haji Abdullah bersuara sebelum dia menutup pintu kereta di bahagian pemandu itu. 'Ukasyah mengangguk dan melambai. Sempat dia mengucapkan salam sebelum keretanya meluncur keluar dari rumah berkembar dua tingkat itu.



"Awak ni Imah, bukannya si Syah tu pergi mencuri atau buat kerja tak elok pun. Biarlah dia belajar tentang kehidupan ni sikit. Bukan senang nak senang, kan sayang. Hina ke orang yang bawa bas ni?"



Lembut suara lelaki lebih separuh abad itu menegur isterinya. Satu persoalan ditinggalkan Haji Abdullah membuatkan Hajah Fatimah tersenyum dan menggeleng pantas. Ada makna yang tersirat di balik senyuman sang ibu itu. Kedua-duanya melangkah masuk ke dalam rumah beriringan lagak pasangan muda baru bermadu kasih.




**************


From: +0193991984
11/05/10
14:33
berkata saidina Ali, kesabaran itu ada tiga macam. kesabaran dalam menghadapi musibah, kesabaran dalam ketaatan dan kesabaran untuk tidak berbuat maksiat..


"Em herm.. Kesabaran menghadapi musibah, dalam ketaatan? Erm.. Last one? Tak buat maksiat.. Okay. Good reminder."


'Ukasyah tersenyum. Mesej di telefon bimbitnya direnung lama. Eyh. Nombor ni! Pantas kocek di sebelah kanan seluar digagau dan wallet Polo hitam dikeluarkan. Secebis kertas ditarik dari kumpulan kad yang tersusun elok.



afifah - 019 3991984


It's her! 'Ukasyah senyum lebar. Telefon bimbit diketuk pada dagu beberapa kali. Sesaat kemudian, pantas jarinya menekan-nekan papan kekunci. Butang send ditekan sejurus selepas itu bersama senyuman yang meleret.


jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua orang insan, anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah, sms menjadi penghubung antara saya dan?


Beberapa ketika kemudian telefon bimbit di genggaman 'Ukasyah bergetar menandakan ada mesej yang baru masuk. Lelaki itu tersenyum lebar.


From: +0193991984
11/05/10
14:45
saya! (",)


siapa saya?


From: +0193991984
11/05/10
14:47
saya, saya laa..


saya, saya. super saiyan??


hahahah~ 'Ukasyah ketawa lepas sebaik sahaja butang send ditekan. Tanpa dipinta barisan Super Saiyan yang paling kuat seperti Goku, Vegeta, Gohan, Trunks dan Goten berebut-rebut menerjah ke ruang memori di kepalanya. Balik KL nanti harus dia mencari gali manga Dragon Ball yang telah disimpan kemas di dalam kotak. Pastinya kotak itu selamat berumah tangga di dalam stor. 'Ukasyah tersengih seorang diri teringatkan kegilaannya pada suatu ketika dahulu.


From: +0193991984
11/05/10

14:47

buat kerja baik-baik, drive elok-elok.. assalamualaikum
.


'Ukasyah tersenyum senang. Salam dijawab penuh dalam hati. Telefon bimbit diletakkan penuh cermat di atas papan pemuka bas Suasana Edaran itu. Stereng bas diketuk perlahan mengikut lagu yang sedang rancak bermain dicorong radio. Lelaki itu tersenyum lagi.


Namun, sesusuk tubuh yang menerjah ke kornea mata membuatkan wajahnya kaku tiba-tiba. Senyumannya mati. Butang di papan pemuka ditekan dan pintu bas tertutup serta merta. Bas yang belum penuh muatannya itu bergerak perlahan sebelum meluncur meninggalkan pintu timur, meninggalkan para pelajar yang berpusu-pusu keluar menuju ke tempat menunggu bas.


'Sorry,'


'Ukasyah menggumam perlahan. Wajah berkerut Afiqah memandang bas yang berlalu pergi terbayang di matanya. Dia tahu dia telah melanggar etika sebagai pemandu Suasana Edaran yang berhemah. Dia telah dikuasai perasaan dan dia telah mengambil tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.


Seakannya dia menganiaya mereka yang menggunakan perkhidmatan bas untuk berulang-alik ke kolej kediaman. Sudahlah waktu tengah hari ini jumlah bas berkurang dan dengan cuaca panas terik seperti ini, kasihan mereka yang menantikan bas untuk pulang berehat di kolej kediaman masing-masing. 'Ukasyah beristighfar.


Ya Allah ya Rahman ya Rahim. Ya Allah yang Maha Mengetahui, Kau kuatkanlah hati ini. Tetapkanlah hati ini. Permudahkanlah urusanku dan berilah petunjuk kepadaku Ya Allah..


Lelaki itu menghela nafas perlahan. Dalam hati dia berdoa panjang..

5 comments:

  1. o-o...
    ukasyah..
    kenapa kamu ni

    ReplyDelete
  2. alahhh...
    syah ngan afiqah takde jodoh la ye..
    T_T

    ReplyDelete
  3. mmg syah dgn fiqa...............cuma hjh fatimah silap nama tu.............
    confirm syah dgn fiqa.............kan ada conversation between fifah dan fiqa about the pakcik, kan!!!!! apapun, akak follow.....................

    ReplyDelete
  4. sye pon setuju...

    sje je wat gimik...

    hehe~

    ReplyDelete
  5. rse cm dy dpt dua2 je...
    hahaha

    ReplyDelete