“Isteri solehah jaminan syurga bagi mereka,”
Kepala Afiqah berpusing 90˚ saat mendengarkan satu suara yang sedang membaca tajuk artikel pada majalah yang sedang dipegangnya.
“Tak sabar nak kahwin ke cik adik?”
Afiqah menjeling geram. Lini di sisi hanya tersipu-sipu.
“Tunang kau orang mana?”
Berkerut dahi Afiqah. Majalah Aniqah di tangannya ditutup kasar.
“Bila nak nikah?”
“Be—”
“Nak nikah nanti bagitau aku,” potong ‘Ukasyah laju sebelum dia berlalu pergi meninggalkan laman kecil di sudut Perpustakaan Tuanku Bainun. Afiqah menghela nafas. Panjang.
“What was that?” Sebaris pertanyaan terluah dari bibir Afiqah.
Azlini menjuihkan bibirnya sedikit sambil bahunya dijungkitkan sekali.
“Apa pakcik tu buat dekat sini?” Giliran Lini pula bertanya.
“Entah lah Lini. Tak kuasa kita nak fikir,”
“Bila nak nikah?”
Nikah? Afiqah mengerutkan dahi. Bahunya dijungkitkan sekali sambil kepalanya menggeleng perlahan. Beberapa saat berlalu tanpa suara antara mereka berdua.
“Next week dah start final exam. Macam mana ni Lini..”
Rengekan manja Afiqah yang tiba-tiba kedengaran membuatkan senyuman Azlini meleret. Tahu mood sahabatnya itu sudah kembali seperti biasa.
“Macam mana apa lagi... sambung study la.” Azlini bingkas bangun. Buku-buku di atas meja batu itu dikumpul dan dipeluk kemas dalam lengan kirinya. Tangan kanannya menarik lengan Afiqah perlahan. “Let’s go upstairs. It’s study time!”
Afiqah mencebik. “Study time? Bukan show time ke?”
Tawa Azlini meletus perlahan. Pipi Afiqah dicubit geram.
“Kita tak bawak laptop la sayangku Afiqah. So tak ada show time. Just study,” Serentak dengan ayat terakhir itu Azlini pantas membuka langkah.
Afiqah tersenyum lebar. Dia bingkas bangun seketika kemudian, mengejar langkah Lini yang sudah jauh di hadapan. Biarpun kaki melangkah laju, mindanya terbayangkan baris-baris ayat yang sempat dibaca sebelum pembacaannya terganggu dengan kehadiran ‘Ukasyah.
Sabda Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ahmad, “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya; Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai,”
Afiqah menghela nafasnya. Perlahan. Langkahnya semakin pendek sebelum dia berhenti di hadapan rak.
Zip beg sandang ditarik perlahan. Sebatang pen ditarik keluar bersama dua buah buku nota. Beg dompet kecil diambil dari poket di hadapan beg dan disimpan ke dalam poket baju kurungnya. Telefon bimbit digenggam erat dalam tangan kanan. Beg sandang tepi warna hitam itu disumbat jauh ke dalam rak.
Langkahnya kembali diatur kemas memasuki ruang legar Perpustakaan Tuanku Bainun. Meliar matanya mencari Azlini sebelum dia mengukir senyum pada sahabat yang sedang melambai. Misi mengukuhkan ilmu sebagai persediaan mengejar kejayaan dalam peperiksaan akhir semester sudah pun bermula bagi dua orang sahabat baik itu.
*******************
“Tunang?”
“Mm hm. Syah tak nak?”
“No, no. Bukan Syah tak nak, Mi..” Pantas ‘Ukasyah membalas. Bimbang hati ibunya terguris. Hanya ummi dan abah harta tak ternilai yang dimilikinya di dunia ini. Justeru hati kedua-duanya perlu dijaga sebaiknya agar dia dapat membina sebuah tempat untuk berteduh di syurga Allah kelak.
“Syah tak suka?”
“Ehh bukan-bukan. Syah suka..”
‘Ukasyah menelan liur. Telefon bimbit dilekapkan di telinga kiri pula.
“Mi,”
“Em hm?”
“Why not tunang sekali dengan nikah?”
“Tunang sekali dengan nikah?”
“Em yep.” ‘Ukasyah terangguk-angguk seakan umminya di hadapan mata. “Tunang kan tak digalakkan kecoh-kecoh—”
“Kecoh-kecoh?”
Wups! Wrong choice of words! Itu bahasa orang muda. Agak kasar bagi pendengaran ummi.
“No, ummi, maksud Syah, tak digalakkan kita uar-uarkan berita pertunangan. Kalau nikah baru boleh kita umumkan dekat semua,” lembut ‘Ukasyah menerangkan sepatah-sepatah pada ibu kesayangan. Ilmu yang dipelajari sebelum ini, hadis hasan yang mengatakan bahawa, sembunyikanlah pertunangan dan iklankan nikah membuatkan dia terfikirkan hikmah disebaliknya.
“Syah dah pergi kursus kahwin ke?”
Hajah Fatimah membalas dengan persoalan pula.
“Dah mi. Dekat kampus ni ada buat kursus kahwin untuk student. Harga student. Syah join sekali. Em, kalau ummi nak tahu, anak Haji Pian pun ada sekali. Afiqah, adik Afifah.” Bersama segaris senyuman ‘Ukasyah bercerita. “Calon menantu ummi dah ada sijil ke?”
“Ada la tu,”
“Iya ke ni?”
‘Ukasyah melempiaskan tawa, mengusik umminya.
“Ada-ada je lah kamu ni,” Hajah Fatimah pantas membalas. Dia tersenyum seketika sebelum kembali bersuara, “Syah tak balik minggu ni?”
“Tak mi. Dua minggu ni jadual Syah memang padat. Budak-budak dah start final exam next week.”
“Weekend pun Syah tak balik? Ummi suruh mintak kerja dekat-dekat sini kamu tak nak..”
‘Ukasyah terdiam seketika mendengarkan keluhan sang ibu. Mindanya mencongak hari. Jari mengetuk laju papan pemuka bas Suasana Edaran yang dibawanya sejak beberapa bulan yang lalu.
“Nanti dah confirm, Syah bagitahu ummi. Lagipun Syah baru je balik last week, kan? Takkan dah rindu.. Macam mana Syah nak kahwin kalau macam ni,” usik ‘Ukasyah lembut.
“Dah kahwin nanti tinggal dengan ummi je la,”
Tawa ‘Ukasyah meletus sekali lagi. “Ummi, ummi..” Lelaki itu menyambung tawa perlahan.
“Tak boleh duduk sekali dengan ummi?”
“Kalau calon menantu ummi setuju,”
“Bang, bas dah penuh~” Satu teriakan kedengaran sayup-sayup dari bahagian belakang bas.
‘Ukasyah tersentak sedikit. Cermin pandang belakang dikerling sekilas. Tangan kanannya diangkat dengan ibu jarinya terangkat sedikit menayangkan isyarat bagus. Butang di papan pemuka ditekan. Serentak dengan itu pintu bas tertutup perlahan. Rapat. Handsfree ditarik dari atas papan pemuka sebelum dicucuk ke telefon bimbit. Earphone yang dipasang di telinga kirinya dikemaskan sedikit.
“Mi, nanti Syah call ummi lagi ya.”
“Kamu bawak bas tu elok-elok. Ingat, nyawa orang yang kamu bawak tu.”
“InsyaAllah,”
“Apa-apa nanti call ummi,”
“Siapa lagi Syah nak call kalau bukan ummi,”
Hajah Fatimah ketawa perlahan senang hati. “Kamu jangan jadi anak emak pulak Syah. Perempuan takut nak dekat.”
Pulak! ‘Ukasyah menepuk dahi perlahan.
“Syah kan dah ada calon isteri pilihan ummi.. Lagipun, Syah kan memang anak ummi..” Meleret suara lelaki itu membalas manja sebelum dia tertawa nakal.
“Main-main kamu ya,”
‘Ukasyah kembali menyambung tawa. “Ummi ni saja buat Syah rindu dekat ummi tau,”
“Sekarang-sekarang je la kata rindu. Lepas-lepas ni tak ingat dah dekat ummi.”
‘Ukasyah tertawa lagi. “Mana boleh tak ingat dekat ummi,” Lelaki itu membalas perlahan.
“Syah, hal tunang kamu ni nanti ummi bincang dengan abah.”
“Em hm,”
“Ummi ikut kamu je la, mana-mana yang kamu senang. Ummi tak nak paksa.”
‘Ukasyah tersenyum meleret. “Syah tak nak susahkan ummi dengan abah. Mana-mana yang terbaik, ummi bagitahu Syah, okay?”
“Mm hm. Apa-apa pun, kami kena bincang dengan Haji Pian sekeluarga juga.”
‘Ukasyah terangguk-angguk mengiyakan kata-kata ibunya. Dia tersenyum sedikit, lupa ibunya tiada di sisi.
“Okay, mi. Nanti Syah call ummi. Kirim salam dekat abah,”
Hajah Fatimah meletakkan gagang telefon di tempatnya selepas membalas salam ‘Ukasyah. Dia tersenyum lebar. Gagang telefon diangkat sekali lagi. Kali ini nombor telefon pejabat suaminya yang menjadi sasaran.
“Assalamualaikum,”
Salam berbalas tidak sampai sesaat.
“Bang—”
“Aha, Mah. Awak jadi operator ke hari ni?” Tawa Haji Abdullah kedengaran mesra. Hajah Fatimah sudah memuncung mendengar usikan suaminya. “Abang call dari tadi engage je,”
“Imah call Syah la bang. Abang balik pukul berapa hari ni? Tak lunch dekat rumah?”
“Abang balik kejap lagi. Kenapa?”
“Malam nanti kita pergi rumah Haji Pian?”
“Imah ajak abang ke Imah tanya pendapat abang ni?”
Hajah Fatimah ketawa perlahan. “Imah tanya la bang.. Imah nak ajak abang pergi rumah Haji Pian. Kita bincang, boleh?”
“As you wish,”
“Alhamdulillah..”
“Urusan jodoh ni baik kita percepatkan. Syah pun cukup syarat dah tu. Malam nanti kita pergi ya, insyaAllah..”
“Em hm, insyaAllah.. Imah tunggu abang,”
wawawa..
ReplyDeletesyah nak kawin ya..
alhamdulillah..
dengan adiknya tau!!!! bukan akak nya...............
ReplyDeleterasa macam hajah fatimah ni romantik pulak dgn suami dia. hahaha...
ReplyDelete