“RM4.50 dik,”
Afiqah menghulurkan sekeping not RM50 pada penjaga kaunter yang sedang tersenyum. Meleret senyuman kakak itu melihatkan jumlah wang diunjukkan pelanggannya.
“Kak Nah tak ada duit kecik la dik. Hari ni semua bagi duit besar. PTPTN baru masuk ya,” usik wanita yang membahasakan dirinya Kak Nah itu.
Afiqah tersengih. Beg sandangnya digagau. Diselongkar seluruh isi beg itu, mencuba nasib andai ada sekeping not RM5 yang terselit di mana-mana.
“Alamak, saya tak ada duit kecik jugak la kak,” hampa Afiqah membalas.
“Lambat, beratur belakang la,”
Afiqah tersentak. Suara yang menegur terasa sangat dekat. Dia berpaling ke kanan. Langkahnya mengiring ke kiri sedikit. Bulat mata memandang seraut wajah tanpa riak di belakangnya.
“Dah, dah, pergi cari duit kecik dulu baru makan,”
Lelaki itu melangkah panjang, melintas Afiqah dan mengunjukkan bekas yang berisi nasi beserta lauk.
Afiqah terpinga seketika sebelum dia mengetap bibir. Dulang makanannya dibiarkan di atas kaunter. Laju dia menyusun langkah menuju ke arah Lini yang sedang membaca surat khabar di sudut hujung kafe. Afiqah berbicara seketika dengan Lini sebelum sahabatnya itu tertawa sambil tangan lincah menyelongkar beg sandang. Beberapa ketika kemudian gadis itu kembali melangkah ke kaunter.
“Dah ada orang belanja tadi dik,”
Pantas sahaja Kak Maznah bersuara saat Afiqah menghulurkan sekeping not berwana hijau. Berkerut dahi Afiqah. Hatinya seakan dapat menebak. Namun, segera dia bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Siapa belanja?”
“Si Kasyah tu la.”
Makin berkerut dahi Afiqah. Wajahnya sudah mencuka. Kepala bergerak ke kiri dan kanan sambil mata melilau mencari susuk tubuh milik lelaki itu.
“Tadi suruh orang cari duit kecik. Ni dia pergi bayarkan dulu pulak.” Afiqah menggumam perlahan. Sempat dia mengucapkan terima kasih pada Kak Maznah sebelum berlalu pergi meninggalkan kaunter bersama nasi bungkusnya.
***********
Cermin mata tanpa bingkai diletakkan cermat di atas meja. Afiqah meregangkan kedua belah tangan ke hadapan. Dia bingkas. Air suam di dalam jag air dituang ke dalam gelas. Kalimah bismillah mendahului larian air suam ke tekaknya. Afiqah tersenyum sedikit sebelum senyumannya mati saat ingatan berputar pada peristiwa siang tadi. Tanpa menunggu lama, telefon bimbit di atas meja dicapai. Lincah jari jemarinya menekan papan kekunci. Butang send ditekan pula sejurus selepas itu sebelum dia tersenyum puas.
Tidak sampai sesaat telefon bimbit di tangannya bergetar. Afiqah tersentak sedikit.
hp sngkut kat leher ke?
tanpa membaca balasan mesej yang diterima, gadis itu terus membalas laju.
yep, mcm tasbih,
“Astaghfirullah al-Azhim.. Biar betul mamat ni.” Afiqah menggumam perlahan. Tumpuan kembali pada skrin saat telefon bimbit itu bergetar sekali lagi.
so? apa yg blanja apa yg byr balik? xphm
Afiqah menepuk dahi. Lupa dia belum membaca mesej yang diterimanya sebelum itu. Mesej itu dibaca sekali lagi sebelum dia beristighfar panjang. Lama dia menggenggam gajet putih itu. Beberapa ketika kemudian, Afiqah menghela nafas perlahan. Jarinya kembali menari di papan pemuka, mencipta alasan.
oo tu. utk hntaran
knpa blnja n byr?
'blnja ke kena byr balik?' Afiqah tersengih kelat, teringatkan mesejnya yang menimbulkan persoalan pada lelaki itu. Niat di hati hendak bertanyakan bayaran makanan siang tadi. Namun, lupa dia bahawa lelaki itu tidak mengetahui apa yang dirancang. Sekali lagi Afiqah menghela nafas. Panjang. Skrin telefon bimbit kembali ditatap sebelum dia membalas mesej yang tertera di skrin itu.
nothing la. maaf ganggu mlm2. assalamualaikum,
no it isnt nothing. klu psl kita msti ada smething. so tell me what,
serius its nothing. psl hantaran, kita bincang nxt time ya,
ok if u insist. tp klu ada apa2, just let me knw. ok.
Afiqah menelan liur. Terasa serius bunyi balasan yang diterimanya. Teragak-agak dia menekan papan kekunci untuk menamatkan perbualan tanpa suara itu.
i’m sorry, assalamualaikum,
“Sorry? Kenapa sorry pulak tiba-tiba?” Perlahan ‘Ukasyah menutur kata. Pelik dengan mesej yang diterima daripada tunangannya itu. Ya, dia sudah pun bergelar tunangan orang. Bakal menantu Haji Pian. Afifah Faiqah Binti Haji Ahmad Suffian. Kenapa bukan Afiqah? Afiqah apa ya nama dia? Ummi bagitahu nama Afifah je. Tapi nak buat apa ummi bagitahu nama penuh Afiqah pulak.. Nama tunangnya perlu diberi keutamaan.
Lelaki itu meraup wajah, cuba menerima hakikat yang bakal dihadapinya bila tiba saatnya nanti. Biarlah Afiqah atau Afifah, redha ummi dan abah lebih penting dalam mencari redha-Nya. Kasih dan sayang itu boleh dipupuk.. ‘Ukasyah redha..
Telefon bimbit di tangan kanan diketukkan perlahan ke hujung dagu. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Skrin telefon bimbit direnung lama sebelum dia menggerakkan jarinya di papan pemuka. Lincah. Butang send ditekan sebaik sahaja dia berpuas hati dengan mesej yang sudah diulang baca beberapa kali.
***********
suka, xsuka, - tepi.. kita sma2 usaha utk bina kluarga sakinah, insyaAllah. xsmpai setaun, xsmpai stngah taun, kita sma2 doa ya, kkuatan awk, kkuatan sy. insyaAllah.. waalaikumussalam warahmatullah,
Mesej yang tertera di skrin ditatap tak lepas. Tiap baris ayat diteliti. Tiada riak di wajah Afiqah. Entahkan suka, entahkan tidak. Dia sendiri keliru dengan kata hatinya. Masa yang ada perlu dia manfaatkan sebaiknya. Setiap detik itu nyawa. Andai dia alpa sesaat, sesal seumur hidup pun tiada gunanya lagi kerana tiada butang rewind yang boleh ditekan dalam meniti kehidupan yang hanya sekali.
Apa yang penting, kembali kepada-Nya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui segala sesuatu. DIA yang menetapkan segala sesuatu. DIA yang maha mengurniakan. Afiqah bingkas. Tuala di penyidai ditarik perlahan. Langkah diatur ke bilik air. Beberapa minit kemudian gadis itu keluar. Wajahnya basah dengan wudhuk. Kelihatannya lebih tenang saat hati mula membina keyakinan. Tikar sejadah dibentang. Hanya kepada-Nya dia berserah..
Apa yang penting, kembali kepada-Nya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui segala sesuatu. DIA yang menetapkan segala sesuatu. DIA yang maha mengurniakan. Afiqah bingkas. Tuala di penyidai ditarik perlahan. Langkah diatur ke bilik air. Beberapa minit kemudian gadis itu keluar. Wajahnya basah dengan wudhuk. Kelihatannya lebih tenang saat hati mula membina keyakinan. Tikar sejadah dibentang. Hanya kepada-Nya dia berserah..
ukasyah ni sebenarnya tunang kakak afiqah ke??
ReplyDeletesambungan???? x puas bca
ReplyDeleteai..tertuka ke..
ReplyDeletecayang nye
he... syah kena tipu dek mak dia la.
ReplyDeletesbnrnya tunang dia afiqah. ahaks... ;D