Jus Mangga di dalam jag air berkocak hebat. Umpama tsunami yang mengganas di lautan, begitulah hebatnya badai di hati Ain sedari tadi. Seluruh rasa geramnya disalurkan pada pergerakan tangan kanannya mengacau jus mangga yang sedang dibancuh buat tetamu yang semakin ramai. Sesekali, sepasang mata bundar itu mengerling jam dinding yang tergantung di hujung dapur. Tidak senang duduknya melihatkan kelibat seseorang yang menjadi salah seorang tetamu di teratak tuannya ini.
“Maaf, tumpang tanya, where can I get sudu and garfu?”
Tersentak Ain mendengarkan suara yang lunak itu. Pantas kepalanya dipalingkan ke kiri. Terlepas senduk dari tangannya melihatkan kehadiran sang tetamu itu.
“Sabar Nurin Ain.. Dia tak buat salah pun dekat kau..” Ain menggumam perlahan, cuba menenangkan dirinya.
“Ya?” Suara itu bertanya meminta kepastian, saat dia terdengar Ain seakan bersuara padanya.
Ain hanya tersengih menutup malu. Segera dia bergerak mendekati almari di tepi peti ais. Laci almari ditarik dan dia mengeluarkan satu set sudu dan berserta garfu. Satu dozen kesemuanya. Laju sahaja tangannya menarik kain lap yang tergantung di sebelah almari. Dengan rasa hormat, Ain menghulurkan sudu dan garfu yang telah dilapkan sebentar tadi kepada empunya suara yang bertanya.
“Thanks ya..” Segaris senyuman menawan yang dihulurkan tetamu itu melatari ucapan terima kasih yang kedengaran lunak dari seulas bibir kemerahan itu. Ain mengangguk perlahan. Lambat-lambat dia menguntum senyum dan si empunya suara itu segera melangkah keluar dari dapur. Seketika kemudian, langkahnya terhenti di muka pintu dapur. Dia berpaling pada Ain yang masih memerhati.
“Nurin, right?” Ain mengangguk laju. “Lama tak nampak awak..” Ain mengukir senyum. Hambar senyumannya waktu itu. Tak menyangka dia masih lagi dikenali.
“Lini.. Lamanya you ambil sudu..”
Ain berpaling pantas mendengarkan suara itu. Pandangannya ditumpukan pada jag air di hadapannya. Berdebar jantungnya saat itu.
“Nurin ada dekat sini rupanya..” Suara itu kembali kedengaran. Ain menghela nafasnya perlahan, tak berhasrat untuk menyahut.
“Hishh!” Keluar juga suaranya biarpun tanpa perkataan yang jelas. Tarikan pada hujung tudungnya di bahagian belakang membuatkan Ain mendengus marah. Tawa nakal ‘Imaduddin mengetuk gegendang telinganya.
“Im.. Nakallah you ni.. Tak berubah langsung!” Wanita yang dipanggil Lini tadi kembali bersuara.
Lini.. Tengku Azlini Binti Tengku Adnan.. Teman baik ‘Imaduddin bertahun lamanya. Mereka masih lagi berhubungan rupanya. Rasa geram Ain berubah menjadi meluat saat Lini memperkenalkan sepupunya, merangkap bekas isteri Ammar.. Tak disangka wanita angkuh yang dipanggil Tengku itu adalah bekas isteri tuannya.. Tengku Nashreen.. Mama Falah.. Mama kandung si comel itu. Namun si kecil Falah tidak mahu merapati ibu kandungnya itu walau sesaat. Mungkin si kecil itu bingung, tak faham dengan permainan dunia ini..
“Oh mak!” Ain melatah kuat saat hujung kain baju kurungnya ditarik. Pantas dia menunduk. Pada Falah yang tersengih manja dihadiahkan senyuman manis. Ain mencangkung, menyamakan ketinggiannya dengan si kecil itu. Kelibat ‘Imaduddin dan Tengku Azlini sudah tiada lagi di ruang dapur itu. Ain menghela nafasnya perlahan, lega melihat ketiadaan mereka berdua.
“Ma.. Falah nak puding..” Suara comel Falah kedengaran manja. Ain ketawa perlahan. Sampai ke dapur si kecil ini mencari puding jagung kesukaannya. Tiada sesiapakah yang mahu melayannya di luar sana? Mana papa kesayangannya? Pasti sedang bercanda ria dengan bekas isterinya itu sehingga terlupa pada puteri kesayangannya.. Ain menarik Falah rapat padanya. Pipi gebu itu dicuit geram.
“Papa mana sayang?”
“Papa kat luar.. Papa suruh Falah masuk dalam, mintak puding dekat mama..”
Ain menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kepala si kecil itu diusap lembut. “Jom kita keluar.. Mama ambil puding kat luar ye sayang..” Ain mencapai jag berisi jus mangga di atas kabinet. Tangan kirinya menggenggam erat tangan comel Falah. Falah mengangguk laju dengan sengihan yang lebar. Sampai di muka pintu rumah, Ain berpaling pada Falah. “Sayang nak makan dekat dalam ke luar?” Tanya Ain lembut.
Falah tersengih nakal. “Can I watch cartoon while eating?” Laju sahaja si kecil itu membalas. Ain mencuit pipi Falah sekali lagi.
“Kalau macam tu, sayang tunggu dekat dalam dulu. Nanti mama datang.. Okay?” Falah mengangguk laju sambil tersenyum riang, menampakkan barisan gigi susunya yang elok tersusun. Ain kemudiannya mendudukkan Falah di atas sofa yang bertentangan dengan almari perhiasan yang menempatkan sebuah televisyen. Suis televisyen itu dibuka. Riuh mulut Falah minta dibukakan siaran cartoon network kegemarannya. Falah ketawa riang melihat Tom and Jerry yang sedang berkejar-kejaran. Ain tersenyum senang. Langkahnya diatur ke luar rumah, meneruskan tugasnya.
Beberapa orang tetamu sudah pun berangkat pulang sebaik sahaja selesai majlis bacaan doa selamat tadi. Elok sahaja majlis bacaan doa selamat itu tamat, muncul pula Tengku Azlini beriringan dengan Tengku Nashreen. Masing-masing berkebaya ala mak datin. ‘Imaduddin yang sedang bersalam-salaman dengan qariah surau segera mendapatkan dua orang tetamu itu. Berlainan pula dengan Ammar yang masih setia melayani tetamu dan menjemput mereka untuk menikmati sedikit jamuan yang telah disediakan tanpa mempedulikan kehadiran dua orang tetamu yang mengundang perhatian ramai itu. Majlis sempena menyambut kepulangan ‘Imaduddin pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa selamat selepas solat isyak tadi. Jamuan juga telah disediakan buat tetamu-tetamu yang hadir. Agak ramai jemputan yang hadir ke rumah itu memandangkan mereka ini golongan berada dan tentunya mempunyai kenalan yang tak terkira banyaknya..
Ain melemparkan senyum pada ibunya dan Datin Suhaili yang sedang duduk di bangku kayu meja bulat yang terletak di satu sudut pada halaman rumah yang luas ini. Entah apa yang dibualkan oleh dua orang wanita itu. Rancaknya perbualan mereka sejak dari awal pertemuan petang tadi. Sesekali kedengaran tawa kedua-dua mereka. Ain tersenyum lagi. Jag air di tangannya segera diletakkan di atas meja. Puding jagung di atas meja itu telah pun habis. Ain melilaukan pandangannya pada meja makan berhampiran kolam ikan. Lebar senyumannya melihatkan bekas-bekas kecil yang masih berisi puding jagung kesukaan Falah di dalamnya. Pantas dia mengatur langkah, menghampiri sasarannya.
“You jangan mimpi nak rampas Falah dari I. You tak ada hak!” Keras suara Ammar yang kedengaran jelas mengetuk gegendang telinga Ain membuatkan langkahnya mati.
“She’s mine, by right..” Sinis balasan itu. Suara Nashreen amat dikenalinya. Ain menelan liur, mematikan diri.
“Apa hak yang you ada? As a mom? You jangan buat I naik darah Reen. You tak pernah nak mengaku Falah tu anak you and somehow you want her back? Nonsense!!” Suara Ammar makin meninggi.
“Whatever..” Nashreen menjawab tanpa nada. “I malas nak cakap panjang. I Cuma nak beritahu you, I want my girl back!” Sambung Nashreen. Suaranya kedengaran angkuh.
“Come on Reen.. We both know you tak pernah nak anak kita tu.. We both know you tak pernah nak mengaku anak you.. Suddenly you want her back?! Apa muslihat you Reen? Apa yang you nak buat dekat Falah? Jangan ingat you boleh dapat Falah senang-senang. I takkan benarkan ia terjadi..”
“Am! You jangan nak buat I marah, Am.”
Ammar ketawa perlahan. Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Siapa yang patut marah sebenarnya? You tetamu tak diundang dekat sini. Jangan sampai I buat report pulak..” Ugut Ammar.
Nashreen mendengus marah. Tangannya yang memeluk tubuh dilepaskan. Dia meramas jari jemarinya kasar, geram mendengarkan patah-patah kata yang keluar dari mulut bekas suaminya itu. Ain yang menjadi pendengar dan pemerhati sedari tadi menelan liurnya sekali lagi. Kebimbangan menerjah tangkai hatinya mendengarkan pergaduhan bekas pasangan suami isteri itu. Tak disangka begitu keruhnya perhubungan mereka. Lantas wajah Falah bermain di mindanya. Wajah si kecil yang tidak mengetahui apa-apa itu mengundang simpatinya. Mungkin inilah puncanya Falah disuruh masuk ke dalam rumah sebentar tadi.. Agar kedua-dua ibu bapanya dapat berbincang.. Berbincang? Benarkah mereka berdua berbincang? Adakah perbualan mereka berdua tadi boleh dikira sebagai perbincangan?
Dalam keadaan yang penuh debaran itu, mata Ain tertangkap pada kelibat sepasang merpati sejoli yang sedang berjalan dari pintu rumah menuju ke arahnya. Bulat mata Ain melihatkan kewujudan mereka berdua. Dia terasa seperti tersepit. Sebolehnya dia tidak mahu bersemuka dengan mereka berdua tetapi dia juga tidak mahu muncul tiba-tiba dan menjadi saksi pergaduhan Ammar dan Nashreen. Ain gelisah. Langkah ‘Imaduddin dan Azlini yang semakin menghampiri membuatkan dia kaku. Namun tanpa sebarang isyarat, Ain sudah melangkah beberapa tapak ke hadapan. Kakinya telah mencurangi pertimbangan hatinya seketika tadi. Ain kaku di hadapan Ammar dan Nashreen yang tampak terganggu dengan kehadirannya.
“Hmm.. Now I know what am I going to do..” Nashreen senyum sinis. “I’ve told you once, kalau I tak dapat apa yang I nak, jangan harap hidup you akan senang, Am.. Dialah orang pertama yang akan mendapat balasannya..” Jari runcing Nashreen menunjukkan tepat pada Ain yang kelihatan tergamam. Terbayang-bayang kekasaran Nashreen tempoh hari.
“Reen.. She has nothing to do with us. You jangan nak buat hal, Reen.” Tajam mata Ammar menikam pandangan Nashreen. Nashreen ketawa lepas.
“She has nothing to do with us? Are you sure?” Penuh sarkastik suara Nashreen tika itu.. “Just wait and see, babe..” Nashreen bersuara manja tiba-tiba. Saat itu suara ‘Imaduddin kedengaran, menyapa mereka bertiga.
Ain mengurut dadanya perlahan. Kehadiran ‘Imaduddin dan Azlini mematikan kerancakan pertelingkahan Ammar dan Nashreen. Padanlah harimau bertukar kucing.. Ain menggelengkan kepalanya perlahan. Pandangannya dialihkan pada meja makan di sisi mereka. Pantas langkahnya diatur menghampiri meja itu. Dua bekas kecil yang berisi puding jagung diambilnya dan segera dia berpaling untuk pergi dari situ. Tidak mahu lagi dia menjebakkan diri dalam permainan orang-orang kaya ini. Dia tahu dirinya tak setanding mereka. Namun dia pasti harga dirinya lebih bermakna dari pangkat dan kekayaan mereka.
“Ain.. I’m so, so sorry..”
Tangan kiri Ain melekap di dadanya pantas. Entah bila tuannya berada di sisinya, berjalan beriringan dengannya. Terlalu asyik dengan perasaan hendak menjauhkan diri membuatkan dia tidak peka dengan keadaan di sekelilingnya. Debaran di dadanya terasa hebat saat itu.
“Maafkan saya. Saya tak sepatutnya melibatkan Ain dalam masalah ini.. Ain jangan risau. Saya akan pastikan Nashreen tak apa-apakan Ain..” Ammar meraup wajahnya sekali. Ain diam tidak membalas. Tidak tahu apa yang perlu dituturkannya saat itu. Lantas langkahnya terus diatur ke dalam rumah. “Puding? Untuk Falah?” Ammar bertanya mesra, sebaik sahaja matanya ternampakkan bekas puding jagung itu di tangan kanan Ain. Ain mengangguk pantas.
“Falah a.....”
“I’m here..” Belum sempat Ain menghabiskan ayatnya, suara Falah kedengaran. Si kecil itu berlari laju ke arah Ain seakan terbau kehadiran puding jagung itu. Laju sahaja tangan comel Falah menyambut huluran bekas puding itu. Falah tersenyum lebar. Sekelip mata si kecil itu berada dalam dukungan papanya. Ammar mencium pipi puterinya di sebelah kanan dan kiri. Ain hanya memandang sepi. Butir-butir bicara Ammar dan Nashreen yang sempat didengarnya sebentar tadi terngiang-ngiang di telinganya. Sayu pandangannya pada si kecil Falah. Terbit kasihan di sudut hati kecilnya pada Ammar. Tak pernah disangka masalah sebegitu berat yang membebani tuannya.
Lambat-lambat Ain menghela nafasnya perlahan. Langkahnya diatur menjauhi Ammar dan Falah tanpa sebarang bunyi, tidak mahu mengganggu keduanya. Bibirnya menguntum senyum sambil dia melangkah, mendengarkan rancaknya suara Falah bercerita tentang tikus comel yang sentiasa mengenakan kucing nakal yang asyik memburunya dalam kartun Tom and Jerry. Ammar melayan Falah tanpa jemu. Ain tersenyum lagi dan melajukan langkahnya ke halaman rumah, meninggalkan Ammar bermesra dengan puteri kesayangannya..

No comments:
Post a Comment