June 9, 2009

7


haiii bebeh.. miss me?? wink2

Aliff Izwan membaca semula mesej yang ditaipnya tadi sebelum menekan butang send. Hampir lima minit menanti, telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Pantas dia membuka flip telefon bimbitnya itu.

assalamualaikum. do I knw u?

Berkerut dahi Aliff Izwan membaca mesej yang dibalas itu. Takkan dia dah delete nombor aku? Hishh makcik sorang ni memang suka buat otak aku kurang oksigen..

sampai hati ko lupa kat pakwe ko ni..

siapa ni? aliff?? is that u??

good! nasib baik long term memory ko still available!

whatever~

There she goes.. Still the same! Aliff Izwan ketawa perlahan. Dia tersenyum nakal beberapa ketika kemudian.

miss u!!!

nice try!

mmuaaahhhhh!!!

Aliff Izwan ketawa lepas. Padan muka Tia.. Mesti makcik tu bengang! Nakal riak wajah lelaki itu menyambung tawanya.

msg pagi-pagi ni ada apehal?

ko ni garangla! padan muka kene cium pepagi nih! ;P

apehal?

ko ni... sampai ati... dahla x igt kat aku. sombong plk tu! ko, sombong2 dgn aku, masuk minang kang!

Aliff Izwan tersengih, membayangkan Atia di hadapannya. Pasti gadis itu menundukkan kepala sebelum memandangnya dengan mata bulat yang bersinar garang. Getaran telefon bimbit mematikan bayangannya.

sori.. org punya hp hilang.. misplaced! so takde yr number..

dah tu, ni nombor lama ni?

Pantas Aliff Izwan membalas. Macam manalah boleh misplaced. Ke kena cilok! Makcik ni memang kuat berangan.. Tak peduli orang keliling pulak tu... Aliff Izwan menggelengkan kepalanya beberapa kali.

yg ni postpaid, beli nombor yg sama..

“... diorang ni jenis yang suka stick to one..” Tersengih Aliff Izwan, teringatkan perbualannya dengan Hafiz beberapa hari lepas.

aku tgh cuti ni.. lusa dah nak balik sana..

mana?

Erk? Takkan makcik ni tak tahu? Mustahil! Ke buat-buat tak tahu ni? Tapi takkan Yus atau Aunty Aisyah tak cerita apa-apa? Hermm.. Aunty Aisyah mesti takkan cerita apa-apa sebab aku dah bagitahu dulu, jangan cerita dekat anak dara sorang tu yang aku still in touch dengan ummi dia yang best ni..

Aliff Izwan memandang skrin telefon yang sudah gelap itu dalam-dalam sebelum jarinya pantas menekan butang-butang di papan kekunci.

jom jumpa!

aa?

ko ni.. bazir kredit aku je.. penat aku taip sikit pnya pjg, ko reply nak x nak.. kecik ati aku tau!

sori.. tia demamla aliff.. x de mood sikit..

ko dah makan ubat blom?

x yah mkn.. sat lg baik la..

mn pnya teori ko pakai ni? baik ko gi mkn panadol dulu. kalau x, jgn terkejut tgk aku dtg rmh ko nanti...

yela2.. tgkla kalau larat nanti.. sebokla aliff ni.. +_+

Aliff menggelengan kepalanya beberapa kali, membaca mesej yang dibalas Atia. Pantas dia bingkas bangun dari kerusi panjang di hujung bilik bujangnya. Kunci kereta di atas rak bukunya dicapai dan laju sahaja dia bergegas turun ke bawah. Mujur along meninggalkan kenderaan pacuan empat rodanya sepanjang dia bertugas di luar minggu ini. Aliff Izwan menghela nafasnya perlahan. Flip telefonnya dibuka pantas dan butang di papan kekunci telefon itu ditekan, mencari speed dial.


*****************


“Aunty jangan risau. Aliff pergi sana sekarang, okay..” Aliff Izwan menutup flip telefon bimbitnya dan memberhentikan Rexton hitam milik alongnya di stesen minyak Petronas.

Pintu kedai serbaneka itu ditolak kasar. Pantas tangannya mencapai 100 Plus botol besar dan meminta sekotak panadol pada jurujual yang memakai baju berbelang hijau itu. Tidak sampai lima minit Rexton hitam itu sudah kembali meluncur laju di atas jalan. Elok sahaja dia memarkirkan kereta di hadapan pagar rumah teres dua tingkat itu, telefon bimbitnya berlagu perlahan.

“Assalamualaikum aunty.. Aliff dah kat depan rumah ni. Tia kat dalam kan? Hurmm.. Aliff dah beli dah. Okay, nanti Aliff tunggu Abang Ilham dulu baru Aliff balik. Aunty jangan risau.. Okay..” Aliff Izwan menutup flip telefon bimbitnya setelah membalas salam yang diberi.

Mujur dia masih berhubungan dengan Aunty Aisyah, ummi Atia Hanan. Biarpun dia sudah ‘lost contact’ dengan Atia, tidak dapat tidak, pasti dia akan menghubungi Aunty Aisyah sebulan sekali. Saja dia suka berbual dengan ummi Atia yang sangat memahami dan peramah itu. Namun, tak pernah sekalipun dia bertanya tentang Atia pada Aunty Aisyah sepanjang perbualan mereka. Bimbang rasa hatinya yang lama dipendam tersingkap.

Aliff Izwan melompat keluar dan menghampiri pintu pagar kayu yang tertutup rapat. Salam diberi dan suis loceng di tembok yang gah berdiri ditekan beberapa kali. Hampir sepuluh minit menunggu masih tiada respon. Lelaki itu mula gusar, bimbang sesuatu terjadi pada Atia Hanan. Dia menunggu lagi lima minit. Casio di pergelangan tangannya dikerling.

“Wah! 7.25 dah! Sekejap lagi maghrib..” Dia menggumam perlahan. Telefon bimbit dalam kocek seluarnya dicapai. Pantas nombor Atia ditekan.

Dalam hati dia berdoa agar Atia menjawab panggilan itu, biarpun dia faham Atia tidak suka menerima panggilan telefon daripada mana-mana lelaki. Tiga kali mendail, panggilannya dijawab perlahan.

“Aliff nak apa?”

“Tia, bukak pintu.. Aliff datang ni. Bawak ubat.. Ummi Tia yang suruh Aliff datang.. Turun ye, Aliff tunggu..” Pantas Aliff membalas sebelum menutup flip telefon bimbitnya perlahan.

Lima belas minit menunggu, Atia muncul di muka pintu rumah. Tersarung elok jubah hitam di badannya dengan tudung krim terletak kemas di kepala.

Tanpa menunggu Atia, Aliff Izwan membuka pintu pagar dan berjalan laju menghampiri gadis itu yang jelas kelihatan tidak sihat.

“Nah ni, 100 Plus dengan panadol. Tia dah makan?”

Atia menggeleng lemah. Wajahnya yang pucat mengundang simpati Aliff.

“Nanti Aliff beli roti, Tia makan dulu. Then, baru Tia makan ubat. Okay..”

Belum sempat Atia membuka mulut, Aliff Izwan sudah berlari ke Rexton yang terparkir di hadapan rumah. Lima minit kemudian, lelaki itu pulang dengan sebuku roti gandum.

“Eh, Tia buat apa kat luar ni?? Tia kan demam mana boleh dok kat luar...” Aliff Izwan mula bersuara, melihatkan Atia yang menunggunya di buaian pada halaman rumah.

“Meh masuk. Makan roti dulu, baru makan Panadol.”

Atia memandang Aliff Izwan pelik. Biarpun dia tidak larat waktu itu tapi otaknya masih berfungsi dengan baik. Rumah siapa sebenarnya ni? Beriya Aliff Izwan mengajaknya masuk. Dan... kenapa lelaki ini muncul tiba-tiba setelah mereka terputus hubungan dua tahun yang lalu?? Pening kepala Atia memikirkannya.

“Ma... suk...” Panggil Aliff Izwan lagi, melihatkan Atia yang tidak bergerak dari buaian perak itu. Tangannya menggamit Atia. Atia menghela nafasnya sebelum mengatur langkah menghampiri Aliff Izwan.

“Aliff buat apa kat sini?” Perlahan suaranya bertanya.

“Nah, makan roti ni dulu..”

Lambat-lambat Atia menyambut huluran Aliff Izwan. Dahinya sudah berkerut menahan geram. Geram melihatkan Aliff yang bersahaja sedangkan dia tertanya-tanya. Gelas berisi 100 Plus yang dituangkan lelaki itu tadi segera diambil dan dibawa ke ruang tamu di hadapan.

Pintu rumah dibiarkan terbuka seluasnya, bimbang kehadiran Aliff waktu itu disalah ertikan. Dentingan jam membuatkan dua pasang mata itu terarah pada jam antik yang tergantung di dinding.

“Aliff nak solat dulu?” Lambat-lambat Atia bertanya setelah dia mencongak waktu Aliff Izwan tiba lebih setengah jam yang lalu. Melihatkan anggukan lelaki itu, dia menyambung kata-katanya, “Aliff pergilah kat bilik bawah tu. Sebelah dapur. Toilet kat hujung dapur. Sejadah ada sangkut kat tepi katil.”

Aliff Izwan memandang Atia lama sebelum tawanya meletus. Lucu mendengarkan kata-kata Atia yang seperti nak tak nak sahaja.

“Nah, Tia makan ubat dulu lepas ni, okay..” Aliff Izwan menghulurkan panadol dan segelas air suam sebelum langkahnya diatur menuju ke bilik air.

Usai solat, lelaki itu melangkah keluar. Atia Hanan sudah tiada di ruang tamu itu. Malah bayangnya juga tak kelihatan di ruang bawah. Teringatkan pesan Aunty Aisyah, Aliff Izwan melangkah ke halaman rumah. Dia melabuhkan punggungnya di atas buaian dan menghayun buaian itu perlahan. Matanya menatap langit malam yang terang dengan cahaya bulan dan taburan bintang. Leka dia sejenak, melayan layaran fikirannya..


*****************


“Maaf. Kami tak terima alasan kamu. Biasanya mereka yang ditangkap tak pernah lari dari alasan yang pelbagai. Kamu tahu berdua-duaan itu dianggap berkhalwat?”

“Tapi Encik, kami tak buat apa-apa. Dia di dalam dan saya di luar.” Bela Aliff Izwan melihatkan Atia Hanan yang sudah tersedu.

“Kamu ada dua pilihan sahaja sekarang. Sama ada kamu berdua bernikah atau selesaikannya di mahkamah.” Tegas lelaki berkopiah putih itu bersuara. Rakan di sebelahnya mencatatkan sesuatu setelah mengambil kad pengenalan mereka berdua. Dua lagi lelaki berkopiah putih hanya mengangguk-anggukkan kepala mereka.

Aliff Izwan memandang tepat pada Atia Hanan. Gadis itu hanya menundukkan kepalanya. Sesekali tangannya dilihat mengesat air mata yang semakin laju menuruni lekuk pipi itu.

“Encik, kami tak salah.” Sekali lagi Aliff Izwan mencuba.

Lelaki berkopiah putih itu menggelengkan kepalanya. “Tak guna kamu memberi alasan sekarang.”

“Tapi kami memang tak buat apa-apa!” Keras suara Aliff Izwan, menggenggam jari jemarinya. Serasa seperti mahu ditumbuk lelaki berkopiah di hadapannya itu.

“Kamu berdua, sila ikut kami ke balai.” Ringkas lelaki itu membalas, langsung tidak mempedulikan bantahan Aliff Izwan.

Aliff Izwan berpandangan dengan Atia Hanan. Melihatkan anggukan gadis itu, dia melangkah dengan rasa yakin, mengikuti gerak lelaki berkopiah putih tadi.

3 comments:

  1. alamak~ nape tia bg aliff masuk....
    hayaaaaa

    ReplyDelete
  2. sorg kat luar sorg kat dlm pon kira khalwat gak ka??

    ReplyDelete
  3. maaf sy masih x faham
    mmg jabatan agama akan serbu n x kita x leh explain apa2 ke??
    hanya boleh pilih kahwin or denda..
    kalu org x bersalah camne plak??

    sory kalu soalan biadap..but i need to know..

    #insan yg perlukan jawapan

    ReplyDelete