January 18, 2011

Kills Two Birds With One Stone 11




“Assalamualaikum, Syah dekat mana ni? Semua orang dah tunggu. Kadi pun dah tunggu lama,”


“Waalaikumussalam warahmatullah, mi.. Syah.. Ermm Syah..”


“Cepat sikit Syah. Tadi ummi ajak naik satu kereta, Syah nak drive sendiri. Kadi dah lama tunggu tu Syah.”


“Erm Syah minta maaf mi. Can we..... call off the wedding?”


“Astaghfirullah al Azhim. Syah.. Jangan buat main-main. Syah dekat mana sekarang? Kita bincang elok-elok sayang,”


“Syah tak sanggup nak tipu diri Syah lagi mi. Syah kecewa. Syah minta maaf..”


“Syah, kita bincang dulu sayang. Ummi tak nak Syah menyesal kemudian hari,”


“Ummi, Syah betul-betul minta maaf,”


“Abid ‘Ukaysah!”


“Syah betul-betul minta maaf, mi,”



***********



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-MU, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.


Bait-bait doa yang tercetak di dalam kad undangan majlis kesyukuran dibaca Afiqah berulang kali. Hatinya tak putus memanjangkan doa, meminta diberikan kekuatan dan ketenangan untuk berhadapan dengan situasi yang sudah dijangkakan ini. Pintu bilik yang terkuak perlahan beserta iringan salam membuatkan Afiqah pantas berpaling dan membalas.


“Along...”


Mata Afiqah menatap sayu wajah kakaknya. Ada mutiara jernih yang bergenang di situ. Dia bingkas dari katil yang berhias indah. Kad yang tadinya dipegang kemas sudah tercampak ke tengah katil. Laju langkahnya mendapatkan Afifah yang lengkap berpakaian dan bertudung, tersenyum di muka pintu.


“Kenapa dengan adik along ni? Tak tentu arah je along tengok,”


Afiqah mencebik sedikit. Soalan kakaknya dibiarkan berlalu sepi.


“Iqa baru naik ke?”


Afiqah menggeleng. Jam dinding dikerling sedikit. Duduk melayan perasaan, tidak sedar masa berlalu. Sudah hampir sejam dia berteleku di atas katil itu.


“Along nak turun ni. Iqa nak ikut?”


Tanpa perlu berfikir lama, Afiqah pantas menggeleng lagi.


“Ramai lagi kat bawah tu. Betul ni Iqa tak nak turun?”


Afifah bertanya sekali lagi, minta kepastian. Riuh di bawah dengan suara saudara mara terdekat yang masih rancak berbual. Tidak ketinggalan kanak-kanak yang belum puas bermain seharian. Belum sempat Afiqah membalas, jam dinding yang tergantung di ruang tengah berhampiran tangga berdenting beberapa kali. Sudah pukul sebelas malam.


“Dah lewat long.. Lagi pulak, Iqa dah siap-siap kemas dekat bawah tadi sebelum naik. Tak ada kerja dah pun long,”


“Siapa kata tak ada?”


Berkerut dahi Afiqah memandang wajah kakaknya yang tersenyum penuh makna.


“Ada lagi tau. Kerja kita, duduk sekali dengan saudara mara dekat bawah sambil buat gaya anak dara Haji Pian yang paling sopan. Paling afdhal, duduk bersimpuh sebelah cik abang. Rapat-rapat.”


“Along. Dengan kuku besi tu—”


“Along belum habis lagi Iqa.. Emm lagi.. Senyum je dekat semua. Jawab apa yang orang tanya. Kalau cik abang mintak air, terus bangun pergi dapur and buat air. Semanis yang boleh—”


“Habis kencing manis la kami,”


Usikan Afifah pada adiknya dicantas satu suara. Afifah pantas berpaling. Pinggangnya diraih lembut. Tersengih dia pada ‘Ukasyah dan Kasyful yang sedang berdiri di anak tangga paling atas. Entah bila kedua-duanya berada di situ.


Afiqah sudah pun menghilang ke dalam bilik saat terdengarkan suara yang membalas usikan kakaknya sebentar tadi. Pintu bilik yang tadinya hampir terbuka luas telah pun dirapatkan sedikit.


“Bila naik ni bang? Diam-diam je ya,” faham situasi Afiqah yang tidak menutup aurat sepenuhnya seketika tadi, Afifah melangkah menjauhi pintu bilik sedikit.


“Nak kena buat announcement pengantin lelaki naik bilik ke?”


Pecah tawa Afifah sesaat. Pinggang suaminya dicuit sedikit. Seketika kemudian tersipu pula dia teringatkan ada seseorang bersama mereka saat itu.


“Erm yang dekat sebelah abang tu pun sama. Diam-diam je ya dia. Nak buat surprise dekat Iqa agaknya,” Afifah tersenyum, belum puas lagi mengusik.


“Ifah nak turun ke?”


Afifah berpaling memandang suaminya. Dia mengangguk. “Ifah baru nak turun balik ni bang. Abang nak turun sekali?”


“Em abang turun sekalilah. Tak best pulak tak ada geng,”


“Tapi kalau abang tak nak turun, tak apa, Ifah tak jadi turun la jugak gitu,”


“Ermm.. Masuk dulu ya,” Perbualan Afifah dan suaminya terhenti seketika.


“Em masuk, masuk. Make yourself at home,” Afifah segera membalas saat adik iparnya bersuara tiba-tiba, meminta izin. Sebuah senyuman terukir di wajahnya.


Lelaki itu mengangguk sedikit. Sempat mereka berbalas senyuman sebelum dia melintas pasangan pengantin baru di hadapannya. Pintu bilik dikuak sedikit dan dia melangkah kemas. Bayangnya hilang di balik pintu. Suara Afifah kembali kedengaran, sayup-sayup berbalas dengan suaminya. Pasangan itu melangkah turun sebaik sahaja pintu bilik Afiqah tertutup rapat.


No comments:

Post a Comment