September 6, 2009

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


Kringggggggg!!!!!

Idin yang masih mamai bingkas dari baringnya. Tawa halus Iklil menampar telinganya. Termangu-mangu lelaki itu seketika sebelum dia kembali berbaring di atas katil King size di tengah bilik. Sempat tangannya menarik comforter di hujung kaki.

“Abang, bangunla..”

Iklil mara menghampiri Idin. Tangannya mencapai Nokia 3310 di atas bantal dan mematikan telefon yang jarang diguna pakai itu. Ditariknya comforter yang menyelimuti tubuh sang suami.

“Awal lagi la sayang..”

Tangan Idin menarik balik comforter namun dihalang Iklil pantas.

“5.30 dah bang. Awal apanya..”

Sebentar tadi seronok dia mengatur rancangan hendak membalas dendam. Malangnya Idin sudah immune dengan bunyi deringan Nokia 3310 yang membingitkan itu.

“Abang..”

Panggil Iklil lagi. Tak puas hati melihat suaminya yang nyenyak tidur sedari semalam sedangkan waktu tidurnya terganggu dengan keletihan. Letih berebut bantal..

“Iklil nak tidur mana tu?”

Iklil yang sedang mengusung bantal dan comforter ke tepi katil berpaling pada suaminya. Lelaki itu menutup skrin Sony Vaionya yang sudah gelap dan mula menapak ke arah Iklil.

“Iklil isteri ke bibik?”

“Zaujah..” Laju sahaja Iklil membalas. Dia tersengih sedikit. Mata tak lepas dari sang suami.

“Good,” Idin mengusap kepala isterinya beberapa kali. Iklil masih lagi dengan senyum serba tak kena. Nampak janggal senyuman itu. Idin senyum simpul menahan tawa. “Isteri abang tidur atas katil bukan sebelah katil,” tenang lelaki itu menyambung kata. Iklil bergerak ke katil semula. Idin hanya memerhati dengan senyuman di bibir.

“Abang?”

Mati senyuman Idin. Berkerut dahinya memandang Iklil.

“Abang tidur atas katil la ju—”

“Eh, no! Cannot!”

“Why not?”

“Erm.. Herm.. Ermm..”

“Abang suami ke gardener?”

“Driver,” selamba Iklil membalas. Dia tersengih lebar. Tubuhnya sudah pun terhenyak di hujung katil. Makin lebar sengihan Iklil, mengetap gigi saat Idin mendekat.

“Driver ye..” Idin menjegilkan matanya sedikit. Iklil terkebil-kebil memandang. Letih mendongak, dia menundukkan kepala memandang bantal di tangan.

“Driver dengan gardener pun tidur atas katil jugak. Bukan husband je..” Perlahan Iklil menggumam. Jari jemarinya memintal hujung bantal busuk kesayangan yang diambil di atas katil sebaik sahaja dia memijakkan kaki ke bilik itu.

“Aaa~”

Terjerit kecil Iklil saat Idin merampas bantal di tangannya.

“Abang..” Memuncung Iklil. Sayu mata memandang bantal di tangan Idin.

“Siapa suruh Iklil nakal..” Idin tersengih. Lelaki itu yang sudah menempel di sisi isterinya mengerdipkan mata sekali.

“Abang.. Berapa minggu dah Iklil tak tidur dengan my precious tu..”

“Takpe. Malam ni abang ada.. Mana lagi precious, abang ke bantal busuk sayang?”

“Psych orang pulak..” Iklil merungut manja.

Idin ketawa lepas. “Dah. Iklil tidur dulu, abang nak kunci pintu bawah jap..” Idin bingkas dan menuju ke pintu.

“Bantal Iklil?” Bulat mata gadis itu melihat Idin mengelek bantalnya sekali.

Idin mematikan langkah di depan pintu. Dia memusingkan tubuh menghadap Iklil.

“Bantal Iklil ni bagi abang dulu la..” Lelaki itu berpaling kembali, ingin menyambung langkah.

“Iklil dah kunci pintu dah..”

Idin berpaling menghadap Iklil semula.

“Sliding door?

Iklil mengangguk laju.

“Pintu dapur?”

“Done.”

“Hmm good, but it’s not enough for you to have your so-called precious back..” Idin menjungkitkan keningnya beberapa kali.

“Please..”

Terjingkit-jingkit Iklil, cuba menarik bantal yang dijulang Idin. Idin ketawa perlahan melihat cubaan itu. Tergawang-gawang tangannya mengubah arah saat Iklil berkalih, mencuba di beberapa sudut. Gaya dah macam nak shoot basketball.

Cubaan demi cubaan selama lima belas minit, sampaikan satu bilik itu jadi gelanggang mereka. Malangnya satu pun tak berhasil. Hanya letih yang dia dapat. Sudahnya dia terduduk di sisi katil. Idin yang ketawa lepas dijeling geram.


“Best tak exercise malam-malam?”

“Tau la abang sportsman. Buli orang pulak.. Takpe.. Nanti Iklil beli bantal baru je..”

Makin galak Idin ketawa. Dia bergerak ke sisi Iklil dan duduk di birai katil. Iklil bingkas berdiri. Tanpa sebarang isyarat, tangannya cuba menarik bantal dalam tangan Idin. Masih gagal. Lelaki itu cukup tangkas pergerakannya.

“Aaaaaa~”

Terjerit Iklil saat Idin menarik tangannya laju. Hampir-hampir dia rebah ke pelukan suaminya. Pantas dia berkalih baring di sebelah Idin. Tangan menyiku suaminya lembut.

“Abang lagi nakal dari Iklil tau. Buli orang je kerja. Macam ni lebih baik Iklil tidur bilik belakang tu je. Dengar suara Bobby lagi best dari dapat penat.. Letih tau..”

“Lagi?”

“Abang..!!”

Iklil mengetap gigi, geram dengan usikan tanpa henti suaminya itu.

“Iklil nak tidur..”

Bantal di atas katil ditepuk-tepuk sedikit sebelum dia merebahkan kepalanya di situ. Penat. Letihnya seakan lumba lari 4x400! Idin di birai katil dijeling sekilas. Suaminya hanya tersenyum memandang sebelum dia bingkas menyimpan bantal Iklil di dalam almari dan mengunci almari setinggi pinggang itu. Kunci almari disimpan ke dalam poket seluar.

Bulat mata Iklil memandang usaha gigih Idin yang tak mahu bantal itu terlepas ke tangannya. Langkah Idin kemudiannya diatur kemas ke bilik air di sebelah pintu bilik. Iklil yang berbaring mengiring, memandang tanpa kelip.

Beberapa minit kemudian Idin keluar dari bilik air. Tuala disangkut ke penyidai. Baju sudah pun bertukar. Idin mendekat dan ikut berbaring di sisi isterinya. Bantal Iklil yang diambil dari almari sebentar tadi dijadikan alas kepala. Iklil diam memerhati. Tersungging senyuman di bibir nipis itu.


“Tak tidur lagi?”

Iklil mencebik sedikit, menggelengkan kepala di atas bantal.

“Peluh-peluh ni sayang.. Macam mana nak tidur..” Idin mengesat peluh di dahi Iklil. Isterinya itu bingkas duduk di atas katil.

“Pi masuk bilik air... bersihkan badan, ambil wuduk, tukar baju and bum! Tidur.. Baru boleh lena.. Nabi kata, kalau nak tidur ambil wudhu dulu macam nak solat,”


Panjang lebar nasihat Idin. Iklil diam memandang Idin tanpa kelip. Pantas dia teringatkan baris-baris hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :

“Apabila kamu mahu tidur ambil wudhu dulu seperti kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.”


Mengenangkan hadis itu, Iklil bingkas dari katil. Idin tersenyum memandang tiap langkah Iklil hingga bayang isterinya hilang di balik pintu bilik air. Beberapa minit kemudian saat Iklil keluar dari bilik air, Idin sudah pun melelapkan mata. Lena tidurnya tanpa sebarang gangguan. Iklil juga yang tak boleh tidur. Penat dipujuk, mata masih tak mahu lelap. Sudahnya di atas sejadah dia mencari damai sebelum mata menilik wajah tenang suaminya.

“Iklil..”

Iklil tersentak. Berkecai lamunannya sebentar tadi. Suara Idin menyedarkan Iklil. Gadis itu yang bersandar di kepala katil memandang suaminya, terkebil-kebil.

“Nak kata tidur, celik.. Nak kata celik, no reaction at all.. Berangan nombor satu!”

Suara Idin menampar lembut telinga Iklil. Lambat-lambat Iklil tersenyum. Dia sudah pun berdiri di sisi katil. Baru sahaja tangannya hendak mencapai tangan Idin, lelaki itu melangkah setapak ke belakang.

“Abang dah ambil wudhu sayang.. Dah pi ambil wudhu dulu, kita solat sama-sama. Jap lagi nak pergi rumah Abang Amin..” Idin tersenyum mesra. Ada bunga tawa di wajah itu.

Terangguk-angguk Iklil. Matanya memandang Idin yang sudah lengkap berbaju Melayu dan berkain pelikat. Begitu lama dia melayan lamunannya sehinggakan Idin sudah selesai mandi pun dia masih belum sedar.

Iklil tersengih dan pantas berlalu ke bilik air. Idin tersenyum lagi, menggelengkan kepala. Iklil, Iklil.. Kalau dah melamun, tak ingat dunia..


“Abang jangan nak ngata Iklil aa..”

Laungan Iklil dari bilik air kedengaran jelas. Mati senyuman Idin, tak sangka isterinya itu ada sixth sense! Senyumnya bertukar tawa perlahan. Langkah diatur ke penyidai, mencapai dua helai tikar sejadah. Lelaki itu tersenyum lagi..

1 comment: