“Assalamualaikum..” Sekali lagi Naqib mengucapkan salam. “Awak…” Panggil Naqib perlahan.
“Ah.. iya, waalaikumussalam..” Bergetar suara Dinie saat itu.
“Awak okay?” Tanya Naqib lembut. Dia tersenyum lebar, membayangkan Dinie berada di hadapannya saat itu.
“Hmm..” Sepatah jawapannya sambil mengangguk laju, terlupa dia hanya berbicara melalui alat komunikasi.
“Awak okay?” Naqib mengulang lagi soalannya tadi. Tersengih dia pada Alice yang menjadi pemerhati.
“Encik Naqib macam mana? Getting better?” Pantas Dinie bertanya tanpa menjawab soalan Naqib terlebih dahulu.
Naqib menghembuskan nafasnya perlahan. “Awak…” Lemah suaranya tika itu.
“Hmm...” Lembut Dinie menyambut.Matanya dikerlingkan pada Azran yang menjadi pemerhati. Tersenyum Azran pada Dinie, mengerti panggilan itu datang daripada Naqib.
“Awak…” Panggil Naqib lagi.
“Hmm..?” Dinie mengerutkan dahinya. Resah menanti butir bicara lelaki itu.
“Saya rindu awak.. Bila awak nak datang?” Lancar sahaja kata-kata itu meluncur keluar.
Terkedu Dinie mendengar kata rindu Naqib. “Mmm... Err… Mmm…” Gagap dia seketika, sukar untuk menyusun ayat saat hatinya juga dijengah kerinduan.
“Awak datang ya. Saya tunggu..”
Tenang kata-kata itu mengetuk gegendang telinga Dinie. Terangguk-angguk Dinie, bagaikan Naqib berdiri gagah di hadapannya kala ini. Tersipu malu dia pada Azran yang menjungkitkan keningnya beberapa kali.
“Awak…” Naqib masih tega memanggil Dinie yang dirasakan agak jauh darinya saat itu. “Awak dengar tak…” Rendah suara itu seakan berjauh hati.
“Iya Encik Naqib. Saya dengar.”
Seakan mengerti, Dinie pantas memberikan jawapannya.
“InsyaAllah saya datang waktu melawat nanti dengan along saya. Pukul dua belas kan? Hospital Putrajaya? Saya janji.. Encik jangan risau ya. Yang penting, Encik jaga diri baik-baik. Lagipun, saya nak bagi balik something milik Encik yang ada pada saya sekarang..” Sambung Dinie lagi tanpa memberi ruang untuk Naqib bersuara. Tawa kecil Naqib mengundang garis halus di dahi gadis itu.
“Lajunya. Macam bullet train..” Naqib bersuara perlahan dalam tawanya yang masih bersisa.
Dinie mencebik geram mendengar kata-kata Naqib. Beberapa saat kemudian batuk-batuk kecil Naqib mengetuk gegendang telinganya.
“Hmm.. Sakit-sakit pun ada hati nak mengutuk orang..” Dinie merungut perlahan. Bibirnya menguntum senyum.
“Bukan kutuklah sayang…” Naqib tertawa lagi.
Hah! Dia dengar ke? Malunyaa!!
Bulat mata Dinie mendengarkan suara Naqib. Memikirkan Naqib tiada di hadapannya saat itu, Dinie mengurut dadanya perlahan. Segaris senyuman menghiasi wajahnya. Panggilan sayang daripada Naqib menggetarkan hati perempuannya.
“Awak… Apa dia something milik saya yang awak nak bagi balik tu?” Tanya Naqib perlahan sebaik sahaja tawanya bernokhtah.
“Hmm… Errr…” Terkelu pula Dinie hendak menyusun kata, terasa seperti menyimpan telefon bimbit Naqib suatu kesilapan yang besar.
“Awak…” Sekali lagi Naqib memanggil Dinie.
“Ermm.. Handphone Encik Naqib ada pada saya. Handphone Encik jatuh dekat dengan beg saya, so saya tolong simpankan untuk Encik.. Nanti saya bagi balik, ya.”
“Hmm.. A…..”
“Ada lagi satu perkara yang saya nak bagitau Encik, ” potong Dinie sebelum Naqib sempat menghabiskan ayatnya.
“Hmm?”
“Semalam…” Kata-kata Dinie terhenti. Dia menelan liurnya sekali.
“Hmm... Semalam…” Ulang Naqib lembut.
“Semalam Nuha call Encik Naqib. Call and sms.”
“Nuha cakap apa?”
“Saya tak jawab call tu. Saya baca mesej yang Nuha hantar lepas tu saya call Nuha.”
“Nuha tahu?”
Faham dengan pertanyaan ringkas itu, Dinie segera menjawab, “Encik Naqib jangan risau. Nuha tak tahu keadaan Encik sekarang. That’s why saya tak jawab call atau reply mesej Nuha semalam.” Tenang Dinie menghabiskan kata-katanya. Berdebar dia menanti penerimaan Naqib.
“Saya call Nuha tadi. Tapi dia tak jawab pun..” Perlahan suara Naqib seakan meluahkan kerisauan yang dirasainya saat itu.
“Oh.. Mungkin Nuha tak habis training lagi rasanya. Semalam Nuha kata dia ada training pagi ni..”
“Ohh… Hmm okay…” Naqib menghembuskan nafas kelegaan. “Thanks awak..” Lembut suara itu menuturkan kata.
“Thanks?”
Untuk apa ucapan terima kasih itu.. Dinie mengerutkan dahinya, pelik dengan kata-kata Naqib.
“Hmm… Thanks…” balas Naqib. Dia tersenyum sendiri. “Awak datang ya nanti. Saya tunggu..” Sambungnya lagi.
“Hmm.. InsyaAllah..” Balas Dinie ringkas.
“Awak…”
“Hmm?”
“Awak, saya tak ada ni, awak jaga diri baik-baik tau..” Lembut suara Naqib meninggalkan pesan.
“InsyaAllah..”
Bergetar suara Dinie saat dia teringatkan luka semalam. Setitis air matanya menitik menuruni lekuk pipinya. Segera dia menyeka mutiara jernih itu agar tidak terlihat oleh Azran yang setia menunggu di sebelahnya.
Dinie mematikan telefon bimbitnya sebaik sahaja dia menjawab salam yang dihulurkan Naqib. Kepalanya dipusingkan menghadap Azran, tersenyum dia pada alongnya itu.
“Dah boleh balik?” Tanya Azran dalam nada gurauan.
“Dah.. Jom..”
Dinie menjeling manja Azran di sebelahnya dan dia bingkas bangun, menarik tangan Azran menurutinya.
“Encik Naqib kirim salam dekat along..”
Perlahan suara Dinie menyampaikan salam Naqib pada Azran. Gelak tawa Azran mengundang kerutan di dahinya. Pantas dia memalingkan wajahnya pada Azran. Kedua belah keningnya dijungkitkan sedikit.
“Ada pulak panggil Encik Naqib. Tak mesra betul. Macam bos dengan staff je..” Azran tertawa lagi sebelum menyambung, “Orang panggillah abang ke, sayang ke…” Meleret tawa Azran saat terlihatkan bulat mata Dinie yang menjelingya.
“Apehal tah along ni.. Naqib tu tak cakap apa, dia pulak yang lebih-lebih..” Dinie menggumam perlahan dalam kegeraman.

No comments:
Post a Comment