“If you're happy and you know it, clap your hands.”
Ain menepuk tangannya perlahan. Falah tersengih riang, kembali menyambung nyanyiannya.

Sekali lagi Ain menepuk tangannya perlahan, mencebik ke arah Falah.
“If you're happy and you know, then your face will surely show. If you're happy and you know it, clap your hands.”
Semakin lemah tepukan Ain. Falah mula memuncung.
“Mama..” Suara si kecil itu sudah meleret manja. Tak puas hati Falah melihat prestasi mama In nya saat itu. Ain terkekeh melihat Falah yang menjeling tajam padanya. Nampak manja jelingan penuh geram itu.
“Boringla.. Asyik mama je yg kena act bila dengar Falah nyanyi. Mama nyanyi pulak nak?”
Falah mencebik. Ain mencuit geram bibir mungil itu. Tak sampai sesaat pipi gebu Falah ditarik lembut.
“Okay.. Mama nyanyi pulak..” Falah melompat naik ke atas riba Ain, melunjurkan kakinya ke bawah. Ain membetulkan duduknya di atas bangku di halaman rumahnya itu. Dia berdehem seketika sebelum mula menyanyi.
“If you're angry and you know it, stamp your feet.”
Falah menghentakkan kakinya sedikit kuat. Ain tersengih lebar, kembali menyambung nyanyiannya.

Hentakkan kaki si comel itu tidak lagi kuat seperti tadi. Makin lebar sengihan Ain.
“If you're angry and you know, then your feet will surely show. If you're angry and you know it, stamp your feet.”
Falah bingkas bangun dan menghentakkan kakinya dengan senyuman yang lebar. Si kecil itu tertawa seketika kemudian.
“If you're happy and you know it, shout hooray!”
“Hoo-ray!”

“If you're happy and you know, then your voice will surely show. If you're happy and you know it, shout hooray!”
“Hoo-ray!!” Falah melompat girang. Dia memeluk Ain erat.
“If you love me and you know it, hide your eyes!”
“Mama... Mana ada macam tu.”
“Just do it la sayang.. Falah tak sayang mama ye..” Ain mencubit kedua-dua belah pipi gebu Falah. Si kecil itu menggeleng laju. “Aha.. Got you! Falah tak sayang mama.....”
Sekali lagi Falah menggeleng laju. “Ma.. mestilah Falah sayang mama..” Sekejapan pipi Ain dicium lembut. Falah tersengih menampakkan barisan gigi susunya. “Nyanyi lagi ma..” Rengek si kecil itu manja.
“Okay.. If you love me and you know it, hide your eyes.”
Comel Falah menutup matanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Lebar senyuman Ain saat itu.
“If you love me and you know it, hide your eyes.”
Ain ketawa perlahan melihat Falah di hadapannya menutup mata dengan kedua-dua belah tapak tangan gebunya itu.
“If you love me and you know, then your eyes will surely show. If you love me and you know it, hide your eyes.”
“Why should I?”
Mati senyuman di bibir Ain. Jantungnya seakan berhenti berdetak mendengarkan suara itu. Entah bila susuk tubuh itu muncul di belakang, menghampiri ke sisinya.
“I won’t hide my eyes for each might shows that you mean so much to me.”
Ain benar-benar terkaku. Falah di hadapan Ain terkebil-kebil melihatkan kehadiran papanya. Bingung si kecil itu dengan situasi yang tak difahaminya saat itu.
“Ain.. Kenapa lari dari abang?”
Ain menggeleng laju. Dia bingkas berdiri, menggenggam erat tangan comel Falah.
“Jom tukar baju sayang, papa dah datang..” Ain terus berjalan beriringan dengan Falah yang terpinga-pinga.
“Ain, please talk to me..” Lengan baju kurung Ain sempat ditarik Ammar. Langkah Ain terhenti.
“Assalamualaikum..”
Dua pasang mata milik Ain dan Ammar beralih ke pintu pagar. Masing-masing sudah berpaling menghadap pintu pagar yang terbuka luas. Falah seperti tadi, masih lagi terkebil-kebil.
“Nurin, ibu k.....”
“Abang, kenapa lambat sampai. Lama dah Nurin tunggu.” Ain bersuara manja pada Hussin yang baru sahaja sampai.
“Nurin, ibu k.....”
“Nak pergi rumah ibu dulu ke bang? Dah lambat dah ni..” Belum sempat Hussin menghabiskan ayatnya, Ain terlebih dulu mencelah. Matanya dikerdipkan sekali pada lelaki itu yang memandangnya pelik. Aishh Usin ni slow betullah! Sempat Ain menjegilkan matanya pada Usin sedang Ammar menarik Falah ke dakapannya.
“Hah ye. Takpe la kalau dah lambat. Kita pergi beli barang untuk hantaran dululah. Nanti balik baru kita pergi rumah ibu..” Panjang balasan Hussin. Bulat mata Ain mendengarkan kata-kata tanpa dirancang itu. Sepantas itu Ain mengangguk laju. Sempat Ain tersenyum mesra pada Hussin. Hussin menganggukkan kepalanya pada Ammar yang memandang tepat ke arahnya.
“Hussin,” sapa Hussin sambil menghulurkan tangannya. Ammar menyambut sambil tersenyum sedikit. Nampak janggal senyuman itu.
“Ain tak cakap pun...”
“Ain dah lambat dah..” Tanpa menunggu lama, Ain memintas kata-kata Ammar.
“Erm, abang faham. Maaf ganggu Ain. Ain, jangan risau, lepas ni abang tak ganggu Ain dah. Abang takkan susahkan Ain untuk jaga Falah lagi.” Ammar membalas tenang.
“Tak, Ain...”
“Tak apa, no need to worry. Abang akan jaga Falah lepas ni. Come Falah. Let’s go home..”
“Ain,”
“It’s okay. Really sorry for everything. Falah salam mama dulu. Papa tunggu dekat kereta ye sayang.” Ammar menurunkan Falah dari dakapannya. Falah pantas mendapatkan Ain biarpun dia kurang jelas dengan keadaan waktu itu.
“Falah balik dulu, ma.. I love you..” Falah mencium lembut pipi Ain. Tangan Ain ditarik perlahan. Si kecil itu bersalaman dengan Ain. Pantas Ain mendakap erat tubuh kecil Falah. Bergenang matanya saat itu memikirkan kemungkinan dia tidak dapat berjumpa dengan Falah lagi. “Assalamualaikum, ma..” Ain mengangguk lemah, membalas salam Falah.
“Falah jalan dengan Uncle Usin ye sayang..” Bergetar suara Ain. Pada Hussin dia memberikan isyarat supaya menghantar si kecil itu ke luar. Tak sanggup dia hendak menghantar Falah ke kereta. Lebih dari itu, dia tak sanggup hendak berhadapan dengan Ammar lagi.
“Usin, kau tolong hantar Falah kejap, Sin..” Hussin menyambut tangan kecil Falah. Beriringan mereka berjalan ke arah pintu pagar. Sempat Falah berpaling dan melambai beberapa kali. Ain pantas berpaling dan melangkah masuk ke dalam rumah sebaik sahaja bayang si kecil itu hilang di balik pagar rumah.
“Nurin.. Ooo Nurin..”
Beberapa minit kemudian, kedengaran suara Hussin melaung kuat nama Ain. Terkocoh-kocoh gadis itu keluar rumah, lupa akan kehadiran Hussin.
“Apa jerit2 ni Usin. Bisingla..”
“Dah tu takkan aku nak masuk dalam panggil kau kot..” Tersengih-sengih Hussin pada Ain yang menjegilkan matanya. “Ha, yang bengkak-bengkak ni apa kes? Menyesal?” Cepat sahaja Hussin menegur saat mata Ain yang sembap dek kerana baru lepas menangis menjadi santapan matanya.
“Ish kau ni. Straight je cakap..”
“Dah tu aku nak cakap apa lagi.. Janganlah sedih lagi Nurin. Esok-esok okay la tu.. Macam tu?”
Ain menjegilkan matanya pada Usin. “Kau ni...”
“Iyela.. Aku kesian dekat dia tu. Kenapa kena macam tu? Apa masalah kau sebenarnya ye? Tak nak share dengan aku?”
Ain terdiam. Matanya memandang tepat pada Hussin yang sedang menunggu balasannya. Lambat-lambat, Ain menggeleng perlahan, menundukkan kepalanya.
“It’s okay kalau kau tak nak share. Aku tak paksa. Cuma aku harap masalah kau ni boleh settle cepat-cepat. Aku kesian sangat dekat dia tu. Kau tahu apa dia pesan dekat aku tadi?”
Pantas Ain mendongak. Anak matanya tertumpu pada Hussin.
“Dia pesan kat aku suruh jaga kau elok-elok. Dia kata kat aku, jangan sakitkan hati kau..”
Berkerut dahi Ain mendengarkan kata-kata Hussin. Kenapa Ammar pesan macam tu? Kenapa mesti kena pesan macam tu? Makin bertambah kerutan di dahi Ain saat itu.
“Kau dengan dia selalu bergaduh ke Rin?”
“Tak.” Berkerut dahi Ain. Kepalanya digelengkan laju, beberapa kali.
“Okay, okay. Kalau tak, jangan la nak marah pulak..” Hussin tersengih mengangkat kedua-dua belah tangannya.
“Bila pulak aku nak marah ni..”
“Tu yang berkerut-kerut tu apehal? Siap mata tajam je pandang aku..”
“Aku tengah pikir la bijakkk!” Bulat mata Ain pada Hussin yang terkekeh menahan tawa.
“Hurm kau datang ni ada apa? Ibu bagitau aku balik sini ke?” Rasanya ibu suruh Ammar cari aku dengan Falah dekat sini jugak la tu.. Ain terangguk-angguk seketika sebelum dia menumpukan perhatian pada Hussin semula.
“Ha’ah. Aku cari kau kat rumah ibu kau tapi kau takde. Ibu kau bagitau kau balik sini kejap. Lama dah kau tak balik rumah ni kan?”
“Selalu je. Tapi jarang aku overnight kat sini.”
“Kenapa pulak?”
“Entah. Macam sunyi.. Tak seronok..”
“Dah tu yang kau beli rumah ni dulu, apa kes?”
“Case closed!” Ringkas jawapan Ain, malas mahu bersoal jawab tentang itu.
“Okay, aku paham..” Hussin sengih lagi. “Hurmm.. Aku nak bagitau ni, Hujung bulan ni aku dengan Ina nak buat kenduri. Kau jangan tak datang pulak tau. Kau VVIP. Masak, basuh pinggan, layan tetamu, semua aku amanahkan dekat kau..” Sambung Hussin selamba. Dia tersenyum lebar melihatkan Ain yang terlopong mendengar kata-katanya tadi.
“Ohh.. Pandai ye kau. Aku VVIP ke kuli?”
Pecah tawa Hussin. Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Rin, don’t get me wrong.. Kau kan bff aku. Bila lagi best friend forever nak saling membantu, kan..” Husiin menjungkitkan keningnya beberapa kali. Ain mencebik.
“Iyela tu.. Kau memang.. Nak mintak tolong kat aku, dan-dan aku jadi best friend forever konon..” Hussin ketawa lagi. “Kenduri tu hujung bulan, yang kau datang bagitau awal-awal ni kenapa? Takleh tunggu jumpa kat kafe esok?” Sambung Ain lagi.
“Aku nak cop kau awal-awal, Rin.. Kau kan busy memanjang je sejak dua menjak ni.. Lagipun esok aku nak turun JB. Ada meeting kat sana.”
“Alah. Macam la meeting seminggu..”
“Memangla bukan seminggu. Sehari je. Lepas tu ada kursus pulak untuk junior. Minggu depan aku kena tengok site dekat Kuching pulak..”
“Wahh.. Kau yang busy ke aku yang busy??” Ain mencebik lagi pada Hussin.
“Kenapa tiba-tiba kau macam banyak sangat kerja ni, Sin?”
“Well.. Nak jadi bapak memangla kena rajin..” Hussin ketawa lepas. “Nurin, nanti kau tolong tengok-tengokkan Una ye. Ina sekali kalau boleh..”
“InsyaAllah.. Apa gunanya aku jadi bff kau kalau aku takleh tolong kau.. Right?” Ain mengerdipkan matanya sekali sambil tersengih. Hussin menjungkitkan keningnya.
“Thanks, Rin..”
Ain membalas dengan segaris senyuman terukir di wajahnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------
“Mama tak sayang Papa ke?”
Suara manja Falah mula kedengaran. Ammar menarik Falah ke dalam dakapannya. “Kenapa tanya macam tu?” Ammar bertanya lembut. Falah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Mama tak kawan dengan papa dah ke?”
“Hmm?” Terjungkit kening Ammar mendengarkan patah-patah kata itu. Dicuit hidung comel Falah mesra. Ammar bingkas bangun, mengibas belakang badannya. Tangan kecil Falah ditarik lembut. “Come sayang. Lama dah kita duduk tengok sunset dekat sini. Jom balik rumah..” Ammar menggeliat, membetulkan uratnya yang agak tegang. Duduk bersila di atas bukit itu tanpa beralih arah dengan memangku Falah membuatkan kakinya terasa kebas sedikit.
“Papa.. Falah nak balik rumah Tok Dah, nak jumpa mama..”
“Cannot sayang.. Kita balik rumah kita, ye. Rindu papa, dah dua hari tak jumpa Falah. Falah dah sihat kan sayang?” Falah mengangguk laju. Rambutnya yang diikat dua beralun lembut.
“Falah dah sihat, kita kena balik rumah kita..” Sambung Ammar lembut.
“No.. Falah nak tidur dengan mama..”
“Sayang.. Falah tak sayang papa? Papa ada kerja luar. Falah ikut papa, ye sayang. I bet you’ll love it.”
“Really?”
“Iya sayang..”
“Tapi Falah nak mama jugak..”
Ammar terdiam. Falah sudah pun melompat naik ke dalam Hyundai Tiburon v6 miliknya. Lelaki itu melangkah lemah menuruti jejak puteri kesayangannya. Entah bagaimana hendak dinyatakan pada Falah tentang semua yang telah berlaku lewat petang tadi. Pintu kereta ditarik perlahan saat dia sudah menyelesakan dirinya di tempat duduk pemandu.
Ammar membuang pandang pada Falah. Si kecil itu terkebil-kebil memandangnya. Dia tunduk mencium ubun-ubun puteri kesayangannya itu sebelum enjin kereta dihidupkan. Lambat-lambat dia menekan klac dan memasukkan gear. Pedal minya ditekan sedikit. Kereta itu mula meluncur menuruni bukit, meninggalkan tempat dia melepaskan rasa sebentar tadi.
Sesekali mata lelaki itu mengerling Falah yang sudah terlelap di tempat penumpang di sisinya. Kepala si kecil itu diusap beberapa kali bersama keluhan yang keluar dari seulas bibirnya. Ammar mengeluh lagi untuk kesekian kalinya memikirkan apa yang terbaik buat puteri kesayangannya, Dayana Falah. Dia menggumam perlahan, “I have to, sayang.. I’m so sorry..”

aduh...sedihnyer...huhuhu
ReplyDelete