September 7, 2009

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


Satu setengah tahun kemudian..

“Abil dah call papa?”

“Dah!” Semangat Nabilah membalas. Bunga senyum terlukis di wajahnya. “Papa kirim salam dekat aunty dengan uncle,”

Iklil tersenyum, membalas salam abangnya. Kepala Nabilah diusap sekali. Nuha yang sudah tertidur di sisi Nabilah bergerak sedikit. Iklil melabuhkan punggung di hujung kaki si kecil itu. Perlahan tangannya menyentuh hujung kaki Nuha sambil memanggil namanya lembut. Nuha beralih baring ke kiri dan menyambung lena. Nabilah tersengih menjungkitkan bahu.

“Nuha,” Panggil Iklil lagi.

“Emm,” Nuha menjawab malas dengan mata yang terpejam. Iklil tersenyum. Berhati-hati dia mengangkat tubuh kecil Nuha. Didukung kemas si kecil itu.

“Jom masuk tidur, Nabilah..”

Langkah diatur berhati-hati, memanjat anak tangga. Nabilah yang mengekor di belakang sudah beberapa kali menekup mulut, menahan ngantuk. Pintu bilik ditolak perlahan. Lampu tidur di sisi katil dipulas sedikit. Ruang yang gelap tadi semakin cerah. Nuha diletakkan perlahan di atas katil sebelum Nabilah melompat naik.

“Tidur jangan lupa baca doa,”

Nabilah mengangguk. Iklil menarik comforter merapati dada dua beradik itu. Nuha yang sudah lena tidur tidak berkutik. Nabilah terkumat-kamit membaca doa tidur.

“Assalamualaikum, aunty..”

“Waalaikumussalam sayang,”

Iklil bingkas dari katil. Lampu tidur dimalapkan sedikit. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu bilik.

“Dah tidur ke?”

“Astaghfirullahalazhim,”

Iklil mengurut dada. Jantung berdetak laju. Dia benar-benar terkejut dengan kehadiran suaminya di balik daun pintu. Idin tersengih.

“Abang. Ya Allah.. Gugur jantung Iklil.”

“Takpe, abang tolong sambut..”

Iklil menepuk bahu Idin perlahan. Lelaki itu tersengih lagi.

“Sayang bawak Abil dengan A’a keluar ke petang tadi?”

“Mm.. Pergi rumah Nini. Abang tak baca message? Kan abang yang suruh Iklil bawak Abil dengan A’a jalan-jalan.. Lupa ke?”

Idin menjungkitkan hidungnya sedikit dan tersenyum. Telefon bimbit ditayangkan di hadapan isterinya.

“Abang lupa la sayang.. Bateri pulak out. Tengah abang nak call Iklil petang tadi dia mati..”

Iklil bergerak sedikit. Tangannya menarik lembut tangan Idin, mengajak lelaki itu ke tingkat bawah.

“Bang,”

“Mm hm?”

“Abang ingat tak dulu abang ada tanya dekat Iklil, kenapa Iklil dah tak macam dulu..?”

Idin mengangguk dengan kerutan di dahi. Seluruh ingatannya dikerah semula.

“Abang ingat tak before kita kahwin, abang ada tanya kenapa abang yang selalu kena obey dengan kata-kata Iklil..?”

Sekali lagi Idin mengangguk dengan lukisan di dahi. Makin pelik dirasakannya.

“Sekarang Iklil nak remind jawapan Iklil dekat abang bila abang tanya apa akan jadi bila tiba masanya Iklil jadi milik abang.. Iklil jawab, sedia menurut perintah, tuanku.”

Makin bertambah kerutan di dahi Idin. Kepalanya terangguk-angguk sedikit tanda dia masih lagi mengingati segala apa yang diperkatakan.

“Hmm.. So, Iklil nak abang tahu, Iklil dah ready nak quit my job. I’m ready to serve you everything,”

“Bukan ke kebajikan abang tetap terjaga biar pun Iklil kerja? Bukan ke Iklil sayang kerja Iklil sekarang?”

Iklil mengangguk sekali. Bibirnya menguntum senyum.

“I love you more than my job. I serve you and not for my boss,”

Idin tersenyum lebar.

“Kalau Iklil bahagia, abang lagi bahagia..”

“Thanks bang,”

Iklil tersenyum lebar. Lega mukadimahnya berjalan lancar. Dia yang sudah bersila di atas sofa merapati Idin. Kepala dilentokkan ke bahu sang suami dan lelaki itu merangkul kemas pinggang isterinya.

“Bang,”

“Mm hm?”

“Abang,”

“Iya sayang,”

“Adam Hafiz will have partner soon,”

“Nini pregnant lagi?”

Iklil mengangguk laju. Bercahaya matanya.

“Kita—”

“It’s okay sayang.. Belum rezeki kita lagi. Maybe next time, hm? Not to worry sayang..” Pantas Idin mencantas kata-kata isterinya. Bahu Iklil dirangkul erat dan ditepuk bahu itu beberapa kali. Iklil memuncung. Nafasnya dihela perlahan. Jari jemarinya bermain di tapak tangan Idin.

“Abang—”

“Abang ada berita best nak bagitahu dekat Iklil,” Potong Idin sekali lagi. Berkerut dahi Iklil menantikan butir bicara suaminya.

“InsyaAllah hujung tahun ni abang sambung balik study kat Mesir. Petang tadi lecturer abang call...”


Rancak Idin menyambung cerita tanpa menghiraukan isterinya yang diam menahan sebak. Titis-titis mutiara jelas bergenang di mata Iklil. Hanya menanti saat untuk jatuh menodai pipinya. Iklil hanya diam mendengar tutur kata Idin. Dia mengetap bibirnya kuat.

“Kenapa sayang diam je ni? Tak suka?”

Habis bercerita, Idin mengalihkan pandangan pada isteri kesayangan. Terkedu dia melihatkan wajah itu sudah kemerahan dan basah dengan air mata.

“Iklil dear, kenapa ni?”

“Don’t leave us,” bergetar suara Iklil.

“Ei. Husyhhh.. Calm baby. Siapa kata abang nak tinggalkan Iklil. By the end of this year, abang Amin dah settle down everything. InsyaAllah. Abil dengan A’a pun mesti nak stay dengan their papa, right? So, you’ll be right by my side for you are my habibti, my baby.. Herm? Syhhh.. Tak mau nangis-nangis dah..”

Idin mengeratkan rangkulannya. Bahu isterinya ditepuk lembut beberapa kali.

“You won’t leave us here?”

“I won’t go without you,”

“Promise you’ll bring us along?”

“Iya, sayang. Abang mesti bawak Iklil sekali, insyaAllah.”

Iklil pantas mengesat wajahnya. Terasa sembap mata kerana basah dek air mata.

“Syukran, bang.. We love you!” Laju sahaja Iklil mengucup pipi suaminya. Sekali lagi Idin terkedu. Akalnya ligat memikir.

“Did you just say something, erm.. Erm..”

Idin menggaru kepala yang tidak gatal.

“Sometimes guys are slow to figure this out, Iklil..” Kata-kata Nini petang tadi terngiang di telinga Iklil. Dia tersenyum tiba-tiba.

“Abang.. We. We. Love you..”

Mata Iklil sudah kembali jernih. Wajahnya yang suram tadi kembali bercahaya penuh harapan agar Idin faham apa yang ingin disampaikan.

“Ya Allah,”

Sepatah kalimah jelas menayangkan reaksi lelaki itu. Iklil terasa rangkulan di pinggangnya makin longgar. Sesaat kemudian, kepalanya didongakkan sedikit. Wajah berseri Idin dipandang dengan senyuman lebar.

“6 weeks, bang.”

“Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah..”

Idin menarik Iklil ke dalam pelukannya. Ubun-ubun sang isteri dikucup penuh kasih. Bibir tak henti mengucap hamdan lillah, syukran lillah. Rezeki tuhan buat hamba-NYA yang sabar menanti.

“Nampak gaya, abang kena extend lagi la study abang,”

“Why?”

“Nanti Iklil tak boleh ikut abang pergi sana,”

“Says who?”

“Pregnant woman kan tak boleh naik flight,”

Iklil tersenyum, menggelengkan kepala. “Abang tak baca paper ke abang miss that part?”

“Which part?”

“Normal pregnant ladies are allowed for international flight till 35 weeks of pregnancy tau.”

Idin tersengih. “Ya la, I missed that part agaknya. Paper tahun bila Iklil baca tu?”

Iklil ketawa perlahan mendengarkan usikan suaminya. Dia sendiri pun sudah lupa tahun bila dia membaca berita yang dilaporkan itu. Serasa sudah beberapa tahun yang lalu berita itu dikeluarkan. Iklil tersengih.

“Whatever it is, I’ll take good care and extra attention for you both..”

Lembut dan tenang Idin berbicara. Pasangan suami isteri itu berpandangan seketika. Masing-masing diam, membiarkan mata berbicara. Bicara hati yang menyesakkan jiwa. Ada debar dalam diri keduanya. Debar menantikan cahaya kasih, benih mujahid yang bakal berkembang. Doa keduanya, biar banin atau banat, buah hati mereka itu tidak tersungkur di medan tempur dunia ini.. InsyaAllah.


~~the end~~

15 comments:

  1. hyep jat..
    citer ni simple je..
    byk ilmu yg bleh d'ambil..
    tp ttp besh..
    wat la lg citer cam ni..
    sye x ske sgt cite yg b'deret2 ni..
    17 epi just nice..
    n3 pon post sekaligus..

    ReplyDelete
  2. hihihi..
    2nd times bace..
    besh besh

    ReplyDelete
  3. sweetnyer diorg...

    x boring bcer...

    i love this couple...

    ReplyDelete
  4. senang hati membaca cerita ni.
    tahniah ye cik penulis.

    ReplyDelete
  5. best..
    banyak pengajaran cite ni..
    tahniah..

    ReplyDelete
  6. Jat,
    Hamdan Lillah, syukran lillah. Seronok membaca karya ini kerana ia indah dengan peringatan dan kaya dengan tauladan. Juga sweet untuk santapan minda kerana tak lari dari landasan Islam. Teruskan usaha sebegini. InsyaAllah ada keberkatannya.

    ReplyDelete
  7. best tol r citer ni
    memberi bnyk ilmu btol r
    seronok bcer
    n really loves the couple
    hahaha sweet+cute jer ^_^

    gud job to writer
    n troskn bekarya ^_^

    ReplyDelete
  8. salam...suka sangat karya cik jat ni...
    so sweet

    ReplyDelete
  9. best story evaaaa~
    hik3x ^___^

    ReplyDelete
  10. nk komen jugak2!
    comel2..wondering ade ke Idin secara realiti..huhu

    ReplyDelete
  11. best sgt, tahniah 2 u n teruskan berkarya...

    ReplyDelete
  12. salam.. sume citer awak sweet jer.. saya suka sgt!!

    ReplyDelete
  13. alolo cumel je cite nih..hepi n sweet fmily naaa..ska2..besh sngt

    ReplyDelete
  14. memang sweet couple dorg nie...
    tahniah to penulis atas cerita yang banyak pengajarannya...

    ReplyDelete