"Okay, berhenti dulu semua.. Kita makan ni, nasi lemak panas-panas."
Enam pasang mata terarah pada Idraki yang bersuara kuat memberikan arahan yang lebih kepada ajakan. Aina yang sedang menaip segera berhenti dan berjalan ke arah Idraki yang masih tercegat di pintu masuk pejabat.
Dinie meneruskan kerjanya di mesin fotostat. Tinggal lagi satu dokumen yang perlu dibuat salinan. Lenguh berdiri dia segera duduk di kerusi sebelah mesin fotostat.
"Eh, duduk pulak awak. Meh sini ambil nasi ni, bawak masuk dalam bilik sebelah tu," jari telunjuk Idraki mengarahkan pada bilik yang digunakan Dinie.
Eh, eh dia ni. Kak Aina kat sebelah tu ada nak suruh orang pulak. Mengada betul.
Dinie tidak mengendahkan arahan Idraki malah dia bergerak ke mesin fotostat dan membelek-belek muka surat yang telah difotostat, menunjukkan gaya seolah-olah terlalu sibuk membuat kerja.
Humaira yang mengerti dengan keengganan Dinie segera bersuara, "Apa kata Encik Idraki masuk je bilik tu dan letak kat dalam." Dia tergelak selepas menghabiskan ayatnya itu.
"Mati akak kalau kene buang kerja sebab derhaka dengan bos, Dinie.." Humaira yang sedang berjalan ke arah Idraki sempat berbisik perlahan pada Dinie sewaktu berjalan di belakangnya.
"Hmm... Baik saya letak sendiri kan. Kalau macam tu, awak Dinie toksah makan ye. Orang suruh tolong pun tak nak.." Idraki segera berjalan masuk ke dalam bilik diikuti Aina dan Humaira yang sempat tersengih memandang Dinie. Dinie menyembunyikan senyumnya memikirkan karenah Idraki.
"Senyum, senyum. Sakit mata saya tengok," tegur Idraki tiba-tiba dan terus berjalan menuju ke pantry.
Bulat mata Dinie mengiringi langkah Idraki. "Hish... masak aku dengan bos yang macam ni. Semua benda tak kena. Tapi kalau angin baik, buat silap 90 kali pun dia tak kisah." Dinie merungut perlahan.
"Tak apa, tak apa.. Akak makanlah dulu.." Dinie bersuara agak kuat selepas mendengar panggilan Aina dan Humaira dari dalam bilik.
Sebaik sahaja Dinie meletakkan dokumen yang telah siap difotostat di atas meja Humaira, loceng pintu berbunyi. Dia segera mengambil kunci yang tersangkut di penghadang dan berjalan ke arah pintu masuk. Dinie mendekati gril dan memasukkan anak kunci ke dalam lubang gril. Dipusingnya anak kunci tersebut ke arah kiri.
Alamak, buat hal pulak gril ni.. Tangannya ligat mencuba membuka gril yang terkunci. Matanya pula tercari-cari gerangan tetamu yang menekan loceng tadi. Dia terpandang susuk tubuh yang berdiri menyandar di besi tangga.
Fuh..nasib baik orang tu kat sana. Kalau dia tunggu depan pintu ni, gelabah aku. Dinie menarik nafas lega sebaik sahaja dia dapat membuka gril yang terkunci. Dia menjengah keluar untuk memanggil tetamu itu masuk. Dinie menelan liurnya sebaik sahaja matanya melihat wajah tetamu itu yang bersandar di besi tangga sambil memerhatikan tingkah lakunya, dari awal tadi mungkin...
"Assalamualaikum," lembut suara itu memberi salam. Lelaki itu tersenyum memandang Dinie.
"Hmm.. Err.." Aduh dia ni lagi! Dahla bagi salam pun elok je siap senyum pulak tu. Kan aku dah jadi kelam-kabut ni. Berbeza dari pertemuan pertama dulu. Kalut Dinie memandang tetamu itu yang sudah berdiri tegak.
"Assalamualaikum.." Sekali lagi suara itu memberi salam. Kali ini dia berada betul-betul di hadapan Dinie.
"Err... Err.. Waa.. Waalaikumussalam.." Tergagap-gagap Dinie menjawab salam. "Ma... Masuklah. Kak Aina ada kat dalam." Sambung Dinie lagi memikirkan kemungkinan kehadiran Naqib di situ adalah untuk berjumpa dengan Aina memandangkan inilah kali pertama Naqib menjejakkan kaki ke situ selepas pertemuan mereka pada hari pertama dia bekerja dulu.
"Kenapa ni?" Tanya Naqib perlahan. Dia tercegat di muka pintu memerhatikan Dinie yang sudah berpusing untuk masuk ke dalam.
Dinie berpaling menghadap Naqib dan bertanya, "Ke.. Kenapa aa... apa?"
Aduhaii.. kenapa la aku jadi gagap pulak hari ni. Dinie segera menundukkan kepalanya menyedari mata Naqib yang terarah tepat padanya.
"Kenapa kalut semacam je ni.." Naqib tersenyum memandang Dinie. Aii.. comel la pulak dia ni kalut-kalut macam ni.
"Hmm?"
"Hah Naqib. Sorry, sorry. Lupa pulak aku kau ada kat bawah. Itu yang aku kunci gril lepas masuk tadi," Tiba-tiba suara Idraki kedengaran kuat di belakang Dinie.
Dinie tersenyum lega. Nasib baikla kau ada Idraki.. Dalam menyakitkan hati, ada jugak kebaikannya. Kalau tak makin kalut aku kat depan Naqib ni nanti. Ada pulak tanya direct macam tu.
"Hah, yang awak bercandaria dekat sini kenapa. Pergi masuk makan. Orang dah belanja tak nak makan pulak,"
Suara Idraki yang kuat kedengaran menyentakkan Dinie. Terkejut dia dengan sergahan Idraki tiba-tiba. Ai dia ni. Aku dok puji dia dalam hati, dia tunjuk belang pulak. Tadi dia yang beriya tak nak bagi aku makan.
Orang belanja? Siapa? Kalau dia yang belanja sure aku bagi kak Mai aje yang makan. Tanpa menunggu lebih lama Dinie segera berjalan masuk dalam dan menuju ke toilet.
"Jom, join makan sekali.."
Dinie yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik air tergamam dengan kehadiran Naqib di depan pintu bilik air. Ya Allah.. Terkejut aku. nasib baik tak melatah tadi. Apa pulak yang dia buat kat depan ni?
"Jom. Mai dah buat air milo favourite awak." Naqib bersuara lagi melihatkan tiada balasan daripada Dinie. Matanya memandang tepat pada Dinie. Sengaja dia menunggu Dinie di hadapan bilik air setelah agak lama Dinie berada di dalam. Mana tahu kot-kot pengsan, ada hero boleh tolong selamatkan. Naqib tergelak kecil mengenangkan kata hatinya tadi.
Eh, gelak pulak mamat sorang ni. Tak betul ke apa? Dahla tiba-tiba dok tercatuk kat depan pintu toilet ni. Nasib baikla aku tak singsing kain tadi. Kalau tak, tengok free show la si Naqib ni. Eh, mana dia tahu milo favourite aku?? Hm.. kak Mai ni memang nak kena. Mesti dia yang bukak cerita dekat Naqib ni.
"Apa lagi yang awak fikir ni?
"Hah?"
"Jom la pergi makan dekat sana. Semua orang tengah tunggu tu. Kerut-kerut dahi, entah apa yang awak fikirkan.." Naqib tergelak. Dia terus berjalan meninggalkan Dinie, mengandaikan Dinie akan mengikutinya nanti.
Apa kena Naqib ni? Dia tahu ke aku suka tengok dia? Eh, tak boleh.. tak mungkin.. mustahil! Jumpa pun baru sekali, mana mungkin dia tahu. Bukannya ada magik pun dia tu... Aku pun satu. Kenapa la gelabah sangat depan dia. Relaks Dinie, relaks.. Sambil berusaha menenangkan dirinya, Dinie berjalan melangkah masuk ke bilik conference yang menjadi ruang makan mereka.
"Datang pun tuan puteri kita ni. Ingatkan tadi merajuk tak nak join kita orang makan," Idraki bersuara sebaik sahaja ternampak kelibat Dinie.
Dinie mengetapkan giginya, geram mendengar kata-kata Idraki. Dia terus berjalan mendekati mereka. Mukanya dimaniskan memandang mereka berempat.
"Meh sini, dok sebelah akak." Aina memanggil Dinie sambil tangannya menarik kerusi di sebelahnya. "Kita orang dah makan tinggal Dinie dengan Encik Naqib ajelah yang tak makan lagi," sambung Aina perlahan. Nasik lemak yang masih di dalam plastik dikeluarkan dan dihulurkan kepada Dinie.
Dinie membuka bungkusan itu. Tersenyum dia melihatkan ada sambal kerang dan telur mata kerbau yang menjadi lauk nasi lemaknya itu. Tanpa memandang kiri dan kanan, tangannya segera mencapai sudu disebelahnya dan mula hendak menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Namun suapan itu terhenti tatkala ada suara yang menegurnya.
"Baca Bismillah tak?"
Hiii.. mati selera aku nak makan. Walaupun rasanya baik jugak niat Naqib ni nak ingatkan aku, tapi tetap mengganggu. Dah tu sekarang semua tengah pandang pulak tu!!
Dinie tersengih malu. Dia mengangkat kepalanya memandang Naqib yang entah bila sudah duduk selesa di hadapannya. Nampak sangat yang dia terlalu asyik dengan nasi lemak di hadapannya itu.
"Hm.. dah, dah.." Senyuman terpaksa dihadiahkan buat Naqib yang masih lagi memerhatikannya dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. Hish.. Nasi lemak kat depan tu, makan ajelah. Pandang-pandang pulak. Tahulah awak tu handsome, lagi nak senyum lama-lama. Dinie mengalihkan pandangannya pada Aina dan Humaira di sebelah kanannya. Tersengih dia memandang mereka berdua.
"Sambunglah makan Dinie. Kita orang sambung kerja dulu ye," Aina dan Humaira bingkas bangun mengambil cawan yang telah digunakan mereka dan berlalu keluar.
Hah sudaah! Kenapa kak Mai dengan kak Aina tinggalkan aku dengan dia orang berdua ni?? Mati kutu aku nanti. Aduuhh. nak buat apa ni. Nak suap nasi pun rasa lemah je tangan ni. Dinie mengeluh perlahan. Pandangannya diarahkan pada Naqib dan Idraki yang duduk bersebelahan.
Deheman Idraki membuatkan Naqib ketawa tiba-tiba. Terangkat kening Dinie melihatkan Idraki dan Naqib yang berinteraksi dengan isyarat yang pelbagai. Perlahan-lahan Dinie menyambung suapannya yang terhenti tadi. Tidak dihiraukannya Idraki dan Naqib yang rancak 'berbual' lagak dua orang bisu berbicara. Dinie menjeling sekilas ke arah nasi lemak Naqib yang masih berbungkus.
"Nak ke?" Tanya Naqib tiba-tiba. Dia tersengih melihatkan riak wajah Dinie yang jelas terkejut dengan pertanyaan itu.
"Eh? Tak, tak.." Dinie segera menundukkan kepalanya kembali. Dia menguis nasi lemak di hadapannya.
"Tak sedap ke nasi lemak yang saya beli tu?"
"Hah?"
"Saya tanya, tak sedap ke nasi lemak tu?" Naqib mengulang soalannya tadi.
"Encik Naqib yang beli nasi ni?" Dinie mengajukan soalan kepada Naqib tanpa menjawab pertanyaannya. Macam tahu-tahu je aku suka makan apa. Nasib baik Naqib yang belanja. Kalau Idraki, sekarang jugak aku bayar balik.. Kalau tak nanti diungkitnya pulak..
Haii.. dah dengar lagi nak tanya. Tak menjawab soalan aku pulak tu. Macam mana lah dia jawab periksa selama ni. Naqib hanya tersenyum sinis sebagai jawapan kepada Dinie. Kemudian dia membuka bungkusan nasi lemak di hadapannya, membaca bismillah dan mula menyuap. Dinie di hadapannya memerhatikan segala perbuatan Naqib tanpa kelip.
"Ehemmm.. Ehemmm.."
Tersentak Dinie mendengarkan deheman mengada Idraki. Dia mengalihkan pandangannya pada Idraki yang sudah tegak berdiri. Idraki tersengih memandangnya.
"Weh, aku keluar dulu la Naqib. Kena jumpa client pukul sebelas ni." Idraki bersuara sambil tangannya mengutip cawan yang digunakannya tadi.
Naqib melihat jam tangannya sekilas. Dia mengangkat keningnya pada Idraki dan berkata, "Hm.. kau carry on la dengan apa yang kau nak buat. Kejap lagi aku nak masuk office dah pun."
"Takpe ke aku tinggalkan kau orang berdua aje kat sini? Bahaya ni. Aku tak nak tanggung kalau jadi apa-apa. Aku boleh nampak sekarang apa yang ada kat tengah-tengah korang ni," Idraki gelak besar dengan kata-katanya itu.
Lelaki itu menyambung tawanya itu saat matanya menangkap jelingan maut Dinie. "Uihh... tak boleh la aku dok sini lama-lama, Qib. Tak tahan aku. Karang kena rebut dengan kau pulak.." Idraki tersengih. Dia bergerak mendekati Naqib, menepuk bahu sepupunya itu sekali dan bergegas keluar.
Dinie mencebik mendengar kata-kata Idraki. Ada-ada aje dia ni. Malas nak ambil port dengan apa yang dia cakap. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Selamat hidup.. Dinie menyambung suapannya yang terakhir. Selepas itu tangannya mencapai teko dan menuangkan air milo ke dalam cawan yang masih kosong di sebelah kanannya. Belum sempat tangannya mengangkat cawan itu, tangan Naqib lebih dulu mencapainya.
Naqib tersengih memandang Dinie. "Thanks.." Sepatah katanya buat Dinie yang memandang tepat padanya. Naqib meneguk air milo itu sekali. "Hm.. memang sedap pun. Padanlah awak suka."
Dinie mencebik mendengar kata-kata Naqib. Dia kemudiannya mencapai cawan kosong di hujung meja dan menuangkan milo ke dalamnya.
Bunyi nada dering telefon bimbit mematikan pergerakan Dinie. Dia memandang ke arah meja komputer, melihat telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja komputer itu. Pandangannya beralih pada Naqib serta-merta mendengarkan Naqib yang bersuara.
Alamak! sama la pulak ringtone! Nasib baikla tak pergi terus nak jawab call tadi. Dinie tersengih seorang diri. Pandangannya masih terarah pada Naqib sambil telinganya mendengar perbualan Naqib.
"Abang tak masuk office lagi. Baby call office ke?"
Baby?! Siapa tu?? Berkerut dahi Dinie mendengar kata-kata Naqib.
"Kenapa ni? Itulah.. Kan abang suruh baby makan sikit pagi tadi, tak nak.."
Dinie masih lagi memasang telinga walaupun dia berpura-pura asyik dengan keratan surat khabar bungkusan nasi lemak tadi. Manjanya berbaby-baby. Rimas pulak aku dengar.
"Ubat gastrik tak bawak? Okay, okay.. abang datang sekarang. Baby jangan pergi mana-mana. Tunggu abang dekat situ, okay." Naqib bingkas bangun. Dia merenyukkan bungkusan nasi lemak yang telah pun kosong dan bergegas ke pantry tanpa membawa bersama bungkusan yang telah direnyukkan itu. Milo yang diminumnya tadi masih lagi berbaki.
Tidak sampai seminit, Naqib keluar semula dari pantry. Dia masuk ke bilik Idraki dan keluar semula tak lama kemudian. Naqib terus berjalan keluar tanpa sepatah kata dengan riak wajah yang penuh kerisauan.
Kedudukan Dinie yang bertentangan dengan pintu memudahkannya untuk melihat apa yang berlaku di luar melalui cermin kaca di sebelah pintu. Setiap gerak-geri Naqib diperhatikannya sehinggalah Naqib hilang di balik pintu masuk utama.
Wahh.. Untungnya isteri dia. Dapat suami yang macam ni, take care habis.. Dengar aje isteri tak sihat terus tinggal semua. Aku jugak yang jadi mangsa tukang kemas. Nasib baik tangan tak lupa nak basuh.. Hah?? Naqib dah kawin?!
_____________________________________________________________________________________
Betul ke Naqib dah kahwin? Berapa ye umur dia? Macam mana isteri dia agaknya? Siapalah yang bertuah tu.. Hishh! Apa ni! Kenapa mesti dia yang aku pikir?! Di luar kesedaran Dinie, dia mencampakkan bantal kecil yang dipeluknya tadi. Bantal itu jatuh betul-betul di hadapan pintu bilik.
Astaghfirullahalazhim.. Dinie beristighfar panjang. Dia bingkas bangun dari katil dan mengambil semula bantal yang dicampaknya sebentar tadi. Hish.. Kenapa dengan aku ni. Untuk apa aku fikirkan pasal mamat tu pulak. Tak mendatangkan kebaikan langsung. Lagi melalaikan adalah.. Sampai solat Isyak pun lambat.
Dinie menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia mengambil tualanya yang tersangkut pada ampaian di balkoni biliknya dan bergegas masuk ke bilik air.
Adhana yang sedang mengulang kaji pelajaran di meja studi memandang Dinie tanpa kelip, pelik dengan tingkah laku angahnya itu. Sebaik sahaja Dinie melangkah keluar dari bilik air, Adhana meluru ke arahnya dan meraba dahinya.
"Eh, apa ni?" Dinie menolak perlahan tangan Adhana.
"Sejuk je.. Suam pun tak.." Adhana bersuara perlahan.
"Apahal ni Hana. Mengigau ke?" Dinie menampar lembut pipi Adhana.
"Hana yang patut tanya dekat angah.. Angah okay tak ni?"
Dinie tersenyum memandang Adhana. "Okaylah. Apa yang tak okay pulak.." Dinie berjalan ke balkoni, menyangkut tualanya di ampaian dan masuk semula ke dalam. Mata Adhana tak lepas dari memandang Dinie.
"Serius angah okay? Hana tengok angah lain macam aje malam ni. Kenapa? Kena marah dengan bos ye?"
"Allah.. Hari-hari angah kena bambu dengan bos, Hana. Tak ada apa lah. Biasa je. Hana yang perasan aje kot," tanpa menghiraukan Adhana, Dinie membentang tikar sejadah dan memakai kain telekung.
"Hm.. Hana tanya pun bukannya angah nak cerita apa-apa. Angah simpan ajelah cerita angah sorang-sorang. Hana nak tidur dululah." Adhana berjalan menuju ke meja studi dan mengemas barang-barangnya.
Dinie tersengih melihatkan Adhana yang merajuk. Langkah kakinya diatur mendekati Adhana. Dinie mencubit kedua belah pipi Adhana perlahan. "Merajuk ye.. Angah tak ada cerita apa-apa lah. Biasa je. Tak ada yang menarik pun." Ujar Dinie perlahan.
"Menarik tak ada tapi yang tak menarik maybe ada.." Adhana masih lagi mahu mengetahui apa yang tersirat.
"Eh, pandai aje budak kecik ni. Dah, dah.. pergi tidur. Esok nak sekolah," Dinie mendorong Adhana ke arah katil. Riak wajah yang ceria ditunjukkan bagi menyembunyikan resah di hatinya.
"Angah ni memang tau. Kalau tahu macam ni, tak nak Hana cerita apa-apa dekat angah petang tadi," Hana mencebikkan bibirnya.
Dinie tergelak mendengar kata-kata Adhana. "Tak cerita dekat angah, Hana nak cerita dekat siapa? Ad?" Dinie berkata dengan sebelah keningnya terangkat.
Adhana menjelirkan lidahnya pada Dinie. Dia yang sudah berbaring sempat berpesan kepada Dinie supaya menutup lampu dinding dan memasang lampu tidur.
"Oii.. anak dara mengeliat macam tu, buruk betul la. Nak tidur, tidur betul-betul. Angah bukak balik lampu karang," Dinie yang sudah berdiri di atas tikar sejadah berjalan perlahan ke katil dan mengambil bantal kecilnya dari atas katil. Bantal itu dicampakkan pada Adhana yang sedang menggeliat malas di atas katil.
Terkekeh Adhana mendengarkan Dinie yang membebel marah. Dia kemudiannya mengambil bantal kecil Dinie dan menutup sebahagian daripada mukanya.
"Tidur jangan lupa baca doa.." Dinie mengangkat bantal yang menutupi wajah Adhana dan menghulurkan selimut.
"Thanks.."
"Dah.. tidur, tidur.. Angah nak solat..."
"Lain kali abang suruh makan, makan.. Jangan nak derhaka cakap abang." Naqib mencubit pipi Nuha yang duduk di sebelahnya. Tidak dihiraukan jelingan Nuha yang tidak gemar diperlakukan sedemikian. "Baby potong line tau hari ni. Abang baru aje nak dating pagi tadi, baby pulak call tiba-tiba."
"Hah? Dating? Really? Oh.. jadi abang tak masuk office pagi tadi sebab nak dating ye.. Orang dating malam-malam ke, baru romantik. Ini pagi-pagi, time kerja pulak tu," Nuha menyandarkan kepalanya pada bahu Naqib.
"Eh, abang nak dating? Siapa la yang malang tu bang.. Kesian baby dengan bakal kakak ipar baby tu.. Tak sangka pulak ada jugak yang nak dekat abang ye," Nuha tersengih memandang Naqib. Dia menepuk bahu Naqib sekali dan mengucapkan tahniah padanya.
"Abang tak boleh terima tahniah tu lagi. Belum dapat lagi bakal kakak ipar baby tu." Naqib bersuara sedih.
"Sebab baby kacau pagi tadi ke? Sorry.. Baby tak tahu. Baby tak sengaja tertinggal ubat gastrik dekat rumah. Tak sangka pulak nak kena gastrik lagi sejak hujung tahun lepas. Sorry ye bang.."
Eh, no lah.. It's not because of you.. Abang je yang slow sikit. Mana abang reti bab-bab ni. Seumur hidup abang dekat nak masuk 29, baru first time abang rasa macam ni,"
Nuha tergelak mendengar kata-kata Naqib. Sebentar tadi, dia pun agak terkejut mendengarkan cerita Naqib mengenai temu janji tak jadinya itu. "Sentimental pulak abang malam ni. Siapalah gerangannya orang tu yang buat abang jadi macam ni.." Nuha tergelak lagi.
Naqib membesarkan matanya memandang Nuha yang masih lagi tergelak. Geram dia melihatkan Nuha yang seakan mengejek dirinya. "Okay, time's up. Esok sekolah kan? Dah.. Pergi masuk tidur.."
"Eh, sekolah ke? Bukan doktor bagi mc ke?"
"Nampak ni?" Naqib menunjukkan penumbuknya pada Nuha.
Nuha tersengih melihatkan gaya Naqib. "Nampak, nampak.." Dia menurunkan tangan Naqib yang digenggam erat itu.
"Abang yang jadi doktor Baby tadi. Sekarang abang tengok Baby dah sihat. So, secara rasminya doktor menarik balik mc Baby."
"Tipulah abang ni. Pagi tadi beriya cakap kat Baby, esok tak payah pergi sekolah. Malam, lain pulak cakapnya.." Nuha menarik muncung mendengarkan kata-kata Naqib.
"Baby dah sihatkan? Jangan lupa tahun ni ada periksa besar.." Naqib mengingatkan Nuha.
"Hm.. yelah, yelaahh.. Esok orang pergi sekolah.. Tapi dengan syarat,"
Kedua belah kening Naqib terangkat memandang Nuha.
"Esok abang kena buat nasi goreng special untuk Baby.."
"No sweat.."
Nuha tersenyum puas mendengar jawapan Naqib. Dia bingkas bangun dari sofa dan berjalan menuju ke tingkat atas.

*******************

No comments:
Post a Comment