“So how?”
“How? What?” ‘Ukasyah mengangkat kepala. Tangannya yang sedang membilas cermin kereta terhenti seketika. Hajah Fatimah yang sedang duduk di atas buaian dipandang sekilas sebelum dia kembali meneruskan kerja.
“Syah,”
“Yes mi.....” Meleret sahutan ‘Ukasyah. Tersengih lelaki itu melihat wajah serius ibunya.
“Kenduri Syah end of this month tau,”
“Em hm, Syah tau.” Diam tak diam, cepat sahaja masa berlalu. ‘Ukasyah menghela nafas perlahan. Tangan masih lagi lincah menghabiskan bilasan terakhir.
“So?”
“What?”
“Abid ‘Ukasyah,”
“Yes ummi, semua dah settle bukan? Barang hantaran dah ada, catering dah siap tempah, khemah pun dah settle. Herm... Baju dah sewa, tok kadi pun dah book, kad pun dah pos separuh. Cuma pelamin je tak ada. Pelamin anganku musnah..”
“‘Ukasyah,”
Terabur ketawa ‘Ukasyah. Jelingan ibunya dibalas dengan senyuman. Lelaki itu yang baru selesai mengelap cermin kereta segera menghampiri ibunya di buaian berhampiran pintu masuk rumah. Besi bulat di hujung buaian digenggam kukuh sebelum dia menghayun perlahan-lahan.
“Ummi jangan risau, everything will be just okay,”
“Kamu tahu tak ummi cakap pasal apa ni Syah?”
“Bukan pasal kenduri hujung bulan ni?”
“Kamu ingat ummi buat majlis khatan ke cukur jambul? Kamu tu nak kahwin dah ‘Ukasyah. Ummi risau ni kamu nak bagi anak orang makan apa, nak sara macam mana,”
“Syah kan dah kerja sekarang,”
“Bawak bas tu kamu kata kerja?”
‘Ukasyah terdiam seketika sebelum dia mengangguk.
“Kamu tu bukan kahwin dengan suri rumah. Bakal isteri kamu tu nanti habis belajar kerjanya dekat hospital. Kamu? Apa orang kata nanti Syah.. Kamu nak orang kata isteri tanggung suami?”
“Tapi Syah yang jaga isteri Syah nanti mi. Biarlah apa yang orang nak kata. Orang luar bukannya tahu hal sebenar,”
“Itu ummi tahu Syah. Tapi kita sendiri tak boleh buka ruang untuk orang mengata, buat fitnah semua ni,”
‘Ukasyah diam seketika. Nafasnya dihela perlahan.
“Syah, ummi tak kata bawak bas tu salah. Ummi tahu itu pun satu kerja mulia. Apa-apa perkerjaan yang tidak menyalahi agama, biar angkut sampah sekali pun, andai kita buat dengan ikhlas ada balasannya buat kita, tetap mulia di sisi Dia. Cuma ummi, sebagai ibu.. Syah satu-satunya anak ummi dengan abah, kami nak tengok anak kami terjamin hidupnya. Syah ada kelulusan. Kenapa disia-siakan anugerah yang Allah bagi,”
“Ummi nak Syah buat apa?”
“Find a better job that suits you,”
“Contoh?”
“Tak ada contoh yang boleh ummi bagi. Terpulang dekat Syah,”
“Kerja dengan abah?”
“That sounds better,”
‘Ukasyah tersenyum. “Memang ummi nak Syah kerja dengan abah kan,”
Hajah Fatimah tersenyum sedikit. Dia tidak mengangguk mahu pun menggeleng.
“Kenapa Syah tak nak kerja dengan abah? Cuba Syah terus terang dengan ummi,”
“Tak ada kenapa pun mi,”
“Kalau tak ada sebab, kenapa tak dari dulu lagi Syah kerja dengan abah? Sampai sanggup ambil lesen lagi,”
‘Ukasyah tersengih. Tangannya sekali lagi menghayun buaian. Perlahan. Terbuai Hajah Fatimah melayan angin petang yang berhembus lembut.
“Syah, erm.. Syah..”
‘Ukasyah membisu pula seketika. Nafasnya ditarik panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan.
“Erm ummi kenal kan Suraya?”
“Suraya?”
“Em hm. Classmate Syah masa dekat MRSM Taiping dulu,”
“Suraya anak kawan abah tu?”
“Em hm. Suraya Binti Adnan.”
“O. Ummi kenal. Kenapa dengan dia? Kamu suka dia?”
“Haish. Ummi.. Ke situ pulak. Syah dah bertunang ni mi,”
“Hm tau pun. Tapi tak ada pula difikir masa depan tu,”
‘Ukasyah tersengih lagi.
“Bukan tak fikir mi. Dalam proses. Sebabkan fikir tu la Syah ganti tempat paksu dulu. Timba pengalaman orang kata. Em.. Syah dengan Suraya tu kawan sekolah je mi,”
“Memang kawan sekolah je la pun. Anak kawan abah tu pun dah menikah Syah. Jangan diusik hak orang,”
“Iya ke?”
“Iya la,”
“Yang ummi tanya Syah suka tadi tu kenapa?”
“Tak boleh ke?”
‘Ukasyah menggaru kepala.
“Ummi,”
“Em,”
“Bila Su kahwin? Dengan siapa?”
“Susah hati pulak ke?”
‘Ukasyah menggeleng dengan senyum lebar. Lagi senang hati ada la ummi...
“Kenapa Syah tak tahu pun Su dah kahwin,”
“Kenapa Syah nak kena tahu?” Hajah Fatimah berbalas tanya dengan anak bujangnya itu. Dia menahan senyum yang hampir sahaja terukir melakar di wajahnya tika itu.
“Tak ada la mi. Saja. Care orang kata,” ‘Ukasyah membalas bersahaja dengan sengihan lebar. Terasa seperti disiram embun pagi. Hatinya sejuk.
“Esok pagi-pagi Syah bagi surat dekat bos,”
“Bos mana pulak ni Syah?”
“Syah nak kerja dengan abah. Titik.”
“Apa halnya titik-titik ni. Ummi tak habis lagi cerita dengan kamu. Kenapa tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, terus buat keputusan?”
‘Ukasyah tersengih lebar. Keningnya dijungkitkan sekali. “Tak ada apa-apa ummi. Ummi toksah risau. Syah sihat walafiat. Ummi anggap sahaja Allah dah kata kun fayakun untuk doa ummi yang tak putus selama ni,”
Hajah Fatimah menggeleng dalam senyum yang semakin lebar. ‘Ukasyah di sisinya berlagu riang.
Yahooo!! Kahwin hujung tahun ni.. Biar dia tutup kisah lama, buka buku baru. Ada hikmahnya setiap apa yang terjadi. ‘Ukasyah redha menerima takdir yang tersurat. Lelaki itu tersenyum lagi. Seketika kemudia dia mengajak ibunya masuk ke dalam sebelum senja melabuhkan tirainya.
p/s: mungkin ada yang konfius lagi bila baca cerita ni, jat janji, ending dia nanti akan hilang segala kekonfiusan. insyaAllah. dan mungkin ada yang tak konfius. somehow, i'll try my best to finish this a.s.a.p. insyaAllah. terima kasih ya semua! (",)
hihihi..
ReplyDeletethanks jat..
xsabar nak tau end nye..
kemudia~kemudian
ye.ye. sila sambung agi kak jat.^^
ReplyDelete