June 9, 2009

Forever Yours 1


“Ain!! Kasut saya dah polish belum??”

Ain yang sedang membancuh nescafe berlari anak ke ruang hadapan. Sepasang kasut hitam Dr. Cardin dari dalam almari kasut dikeluarkan. Sekilas matanya mengerling kelibat lelaki yang bersuara tadi, sedang menuruni tangga.

“Air mana?? Tercekik dah saya ni. Ain!!”

Laungan kuat dari ruang makan membuatkan Ain menegakkan kepalanya. Seketika kemudian pandangannya dialihkan pada kasut di tangannya. Hmm! Dah cukup kilatlah ni.. Kalau nak kilat sampai boleh jadi cermin, polish sendiri! Ain tersengih nakal, meninggalkan Dr. Cardin hitam itu di tepi pintu. Bergegas dia ke dapur pula, menyiapkan minuman untuk tuan muda itu.

“Nanti awak naik atas, bawak turun briefcase dengan kot saya, ya.”

“Baik Encik..” Panjang langkahnya memanjat anak tangga, menuju ke bilik tuan mudanya.

“Ain, saya teringin nak makan roti bakarlah. Awak letak butter dengan sekaya tu ya.”

Giant ke dia ni? Banyak betul makan. Tadi dah habis nasi goreng, siap tambah lagi.. Ni nak makan roti bakar pulak.. Laju sahaja tangan gadis itu mencapai Gardenia di atas kabinet.

“Stokin saya mana, Ain?”

Aduh mak! Lupa pulak nak letak sekali tadi.. Ain menepuk dahinya sedikit kuat. Dia berlari pula ke tingkat atas, meninggalkan lelaki itu terpacak di tepi pintu.

“Ain, awak start enjin. Saya nak tengok Falah kejap..”

Hishh pakcik sorang ni! Lemah betul aku. Ingat robot ke? Biarpun hati mengomel geram, tangannya tetap mencapai huluran kunci daripada tuan mudanya itu.

“Jaga rumah baik-baik.” Ain menganggukkan kepalanya sekali. “Around ten nanti, Pak Mid datang nak potong rumput. Jangan lupa buat air, okay. Saya pergi dulu..” Ain menganggukkan kepalanya lagi. Langkah kakinya diatur ke dalam rumah sebaik sahaja Hyundai Tiburon V6 SE berwarna biru gelap milik tuannya menghilang di simpang jalan. Suis pagar automatik di tepi pintu ditekan.

Fuh! Letih dia dengan rutinnya setiap pagi. Kalut melayan kerenah tuan mudanya itu seperti menyiapkan anak ke sekolah! Hurmm.. Beginilah hidupnya sekarang, sejak mengambil alih tugas ibu di Istana Takeshi ni! Istana Takeshi?? Meletus tawanya teringatkan game show Jepun yang disiarkan di NTV7 suatu masa dahulu. Sejak ibu tak sihat, dialah yang diamanahkan ibu untuk menjaga kebajikan tuan muda itu sementelah dia tiada pekerjaan tetap dan tinggal bersama ibu.. Mujur gajinya lumayan! RM1000 sebulan. Berbaloilah dengan kerjanya yang terkejar-kejar ke sana dan ke mari, mengukur istana lelaki berusia awal 30-an itu selain menjadi pengasuh puteri tunggalnya dan sesekali dia menjadi driver sambilan tuannya itu. Ah, kejap nanti bangunlah mem kecik tu.. Ain tersenyum lebar mengingatkan keletah si comel yang baru berusia empat tahun itu.


___________________________________________________________________________



Handsfree dikemaskan sebelum dia menekan butang hijau di telefon bimbitnya. Salam yang diberi pantas dijawab mesra.

“Ma.. Awal pagi ni dah call Am. Rindu kat Am la tu..” Tawa perlahan Datin Suhaili mengetuk gegendang telinga Ammar Ghazi.

“Daripada mama rindu Am, lebih baik mama rindu dekat Falah.. Hmm.. Bila Am nak balik sini?”

“Tak sure lagi, ma.. Am busy sikit sekarang ni. Projek baru masuk..”

“Cakap je lah Am tak nak balik..” Suara sebalik telefon itu kedengaran seperti berjauh hati.

“Bukan Am tak nak balik.. Am pun rindu kat mama jugak.. Tapi Am memang banyak kerja sekarang, ma.. Mama tak nak datang rumah Am ke?”

“Takkan mama nak tinggal abah Am sorang-sorang..”

Ammar ketawa perlahan, tahu mamanya tidak betah berjauhan lama dengan abah.

“Anak Mak Dah macam mana?”

“Ain?”

“Ain nama dia? Mama tak ingatlah Am.. Yang mama tahu, Falah dok panggil dia Kak In..”

“Hmm..” Ammar ketawa kecil sebelum menyambung, “Nurin Ain Nazri nama dia.. Okay je. Dah tiga bulan dia kerja kat rumah tu, baru sekarang mama nak tanya?”

Datin Suhaili ketawa mendengarkan nada suara anak bongsunya tika itu. Bukan dia tak mahu bertanya sebelum ni. Setiap kali dia hendak bertanya pasti ada sesuatu yang menghalang sehingga dia terlupa tentang apa yang ingin ditanyakan.

“Am ada jenguk Mak Dah tak?”

“Last time Am jenguk, awal bulan dulu.....” Belum sempat dia menyudahkan ayatnya, Datin Suhaili lebih dulu mencelah.

“Ishh budak bertuah ni. Entah apa yang disibukkan sangat. Bukan jauh mana pun rumah Mak Dah tu dengan rumah Am. Nak tunggu bulan depan pulak ke baru nak pergi jumpa Mak Dah lagi?” Perli Datin Suhaili, geram dengan sikap endah tak endah anaknya.

Ammar tersenyum nipis. Gear ditukar dan klac dilepaskan perlahan-lahan, melihatkan lampu isyarat yang sudah bertukar hijau.

“Ma.. Bukan Am tak nak pergi tengok Mak Dah.. Am betul-betul sibuk sekarang. Tapi Am janji nanti Am pergi hujung minggu ni, InsyaAllah..”

“Bawak Falah sekali.. Rindu dia nak jumpa Tok Dah dia..”

“Falah ada call mama? Bila?”

“Kelmarin dulu Falah call mama.. Mengadu papa dia busy 24 hours. Nasib baik ada Kak In, boleh bawak dia pergi playground. Am busy pun, jangan sampai lupa tanggungjawab Am dekat Falah. Budak tu baru nak besar, nakkan perhatian.. Dah lah tak ada mama. Papa pulak busy sampai tak ada masa dengan anak. Susah-susah sangat, Am bawak je Falah tu tinggal dengan mama..”

“Tak apa, Ain ada..” Pantas Ammar membalas. Biarpun jarang dia menghabiskan masa bersama puteri kesayangannya sejak kebelakangan ini, tapi nama nak dibiarkan anaknya itu berjauhan darinya, tidak mungkin. Takkan sesekali dia berpisah dengan permata hatinya yang satu itu. “Apa dia ma?” Pantas Ammar bertanya saat dia terleka seketika dan tidak mendengar dengan jelas kata-kata mamanya tika itu. Lampu isyarat ke kanan diberi dan pantas dia membelok masuk ke Jalan Camar. Keretanya diparkir di hadapan pintu masuk bangunan 21 tingkat yang menempatkan pejabatnya di tingkat 19.

“Mama tanya Am ni, bila Am nak bagi mama baru dekat Falah tu? Kesian mama tengok Falah..”

Ammar terdiam. Liurnya yang ditelan saat itu terasa berpasir. Mama baru? Dia gusar. Bimbang gagal lagi seperti perkahwinan pertamanya lima tahun lalu. Rumah tangga yang dibina seawal umurnya 26 tahun menemui kegagalan setelah dia melihat sendiri kecurangan Nashreen.


___________________________________________________________________________



“Kak In! Kak In!!”

Jeritan halus itu membuatkan Nurin Ain melangkah pantas memanjat anak tangga. Pintu bilik dibuka dengan hati yang berdebar, bimbang sesuatu terjadi pada si kecil itu. Dakapan erat Falah sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di birai katil membuatkan tangannya segera mengusap lembut kepala si comel yang melekap di dadanya. Rambut ikal yang bertocang dua itu kelihatan sedikit kusut. Esakan halus yang kedengaran membuatkan Ain mengeratkan pelukannya.

“Syhhh.. Kenapa ni sayang?” Lembut dia menenangkan Falah.

“Falah.. Falah.. mim... mimpi.. momok datang..” Bergetar suara si kecil membayangkan ketakutannya. Ain menahan tawa. Dakapan yang terasa semakin erat membuatkan dia tersenyum lebar. Pantas tangannya mengurai pelukan itu, menatap wajah si comel yang basah dengan mutiara jernih. Diusap lembut wajah itu.

“Mimpi je tu.. Mana ada momok..” Perlahan suara Ain.

“Ada.” Pantas Falah membalas. Bersinar matanya yang berkaca. Senyuman Ain makin lebar. Ditarik Falah ke dalam dakapannya. Dibelai mesra kepala si kecil.

“Siapa kata ada momok? Meh sini tunjuk dekat Kak In.. Nanti Kak In lawan dengan momok tu yeh.. Kak In simpan dia dalam botol susu Falah, lepas tu kita buang dia jauh-jauh..” Bersahaja Ain menjawab. Falah ketawa perlahan menampakkan barisan gigi susunya yang comel tersusun.

“Papa yang kata.. Semalam Falah main lukis-lukis. Papa marah. Papa kata kalau Falah tak tidur, nanti momok datang bawak Falah pergi..” Lancar si kecil Falah menjawab. Garisan halus merintangi dahi Ain seketika sebelum dia menggeleng perlahan.

Hishh.. Encik Ammar ni pun satu. Ada pulak cakap macam tu dekat budak kecik ni.. Kalau iya pun nak suruh anak dia tidur, cakaplah benda yang elok. Menakutkan Falah je..

“Kak In..” Panggilan suara halus itu membuatkan Ain menatap kembali wajah si comel. Rambut ikal bertocang dua yang sedikit keperangan itu diusap lagi.

“Iya sayang.. Ada apa?”

“Kak In.. Kak In tidur dengan Falah esok, esok, esok..”

Hah sudah! Ain menepuk dahinya perlahan. Falah memandangnya dengan kerutan halus di dahinya. Ain tersengih kelat.

“Mana boleh sayang.. Kak In kena balik rumah. Karang Tok Dah tinggal sorang-sorang pulak..” Lembut Ain menjawab. Falah mencebik manja.

“Falah scared..” Makin perlahan suara si kecil seakan meminta simpati.

“Papa kan ada sayang..”

“Papa...”

Suara si kecil terhenti. Ain menatap dalam-dalam anak mata hazel itu sebelum si kecil menunduk, bermain dengan jari jemarinya yang comel. Sepi seketika menemani mereka.

“Hurmm.. Tak apa.. Sekarang Falah kena siap nak pergi school kan.. Jom..” Ain bingkas bangun sambil mendukung Falah yang sudah melentokkan kepala di bahunya.

“Falah tak nak pergi school..”

Hampir tak kedengaran suara Falah yang menyembamkan wajahnya di bahu Ain. Ain yang sedang mendukung Falah sambil meniti anak tangga terdiam. Sebaik sahaja sampai di tangga terakhir, Falah diturunkan dari dukungannya. Sayu wajah si kecil itu memandangnya. Ain melutut, menyamakan ketinggiannya dengan puteri tunggal tuan mudanya itu.

“Falah sayang.. Kalau Falah tak pergi school, macam mana Falah nak tolong Kak In ubat Tok Dah.. Kan Falah kata Falah nak ubat Tok Dah sampai sihat..”

Falah membisu. Matanya kembali berkaca. Ain cemas.

“Falah sayang.. Kenapa ni? Cuba cerita dekat Kak In..”

Falah menegakkan kepalanya, menatap wajah Ain. Anggukan Ain yang tertangkap dek matanya saat itu membuatkan dia melontarkan tubuhnya yang kecil itu ke dalam pelukan Ain. Pantas Ain mendakap erat tubuh si comel yang kembali teresak. Entah momok mana pulak yang membuatkan si kecil ini begitu sedih. Ain mengusap lembut kepala si kecil.

“Falah tak suka pergi school..” Tersekat-sekat suaranya diselangi esakan halus. “Nobody wants to be my friend.. Nina dengan Faris kata nobody can be my friend.. Sebab.. sebab Falah.. Falah tak ada mama..” Petah si kecil itu menyampaikan suara hatinya. Esakannya kembali kedengaran.

Ain terdiam. Matanya menatap si kecil dalam-dalam. Dia tahu Falah masih tidak memahami ketiadaan ibunya di sisi. Dia sendiri kelu, tidak tahu bagaimana hendak menyusun kata-kata yang sesuai untuk pemahaman anak kecil berusia empat tahun itu.

“Falah sayang.....”

Deringan telefon mematikan kata-katanya. Pantas Ain bingkas berdiri. Dia melangkah laju menghampiri telefon di sudut tengah rumah itu. Si kecil Falah terkedek-kedek mengekori langkahnya sambil tangan comel itu menggenggam erat tangan kiri Ain.

“Assalamualaikum.. Waalaikumussalam..” Pantas Ain menjawab salam yang dihulurkan tiba-tiba. Salamnya juga turut dijawab dengan sempurna. “Ah, ya Encik.. Kenapa? Falah dah bangun dah pun. Ada ni.. Sekejap ya..”

“Falah.. Papa nak cakap ni..” Ain melekapkan telapak tangannya di hujung gagang itu sambil menundukkan badannya, merapati Dayana Falah. “Meh cakap dengan papa, sayang..” Cepat sahaja dia melekapkan gagang telefon tanpa wayar itu ke telinga si kecil Falah. Didukungnya Falah sebelum dia melabuhkan punggung di atas sofa kecil di sisi meja sudut itu.

“Pa..” Serak suara si kecil itu, tenggelam dengan esakannya. Falah hanya teresak dan sesekali dia menganggukkan kepalanya, seakan papanya berada di hadapannya tika itu. Entah apa yang dikatakan Encik Ammar saat itu. Entah apa tanggapannya mendengarkan tangisan puteri kesayangannya itu berlagu di awal pagi ini. Ain mengusap lembut kepala si kecil itu. Simpatinya menggunung pada anak kecil, mangsa perpecahan rumah tangga itu.

“Kak In..” Ain tersentak. Keningnya dijungkitkan sekali sambil pandangannya dialihkan pada Falah. “Kak In, papa..” Falah menghulurkan telefon ke dalam tapak tangannya. Digenggam erat telefon tanpa wayar yang berwarna putih gading itu sebelum melekapkan gagang itu ke telinganya.

“Encik..” Ain bersuara perlahan. Berdebar menanti balasan daripada tuannya. Bimbang dimarahi kerana membiarkan puteri kesayangannya itu berendam air mata.

“Ain, kenapa dengan Falah?” Tegas suara lelaki itu. Bertanya seolah Ain yang bersalah.

“Err.. Encik..” Suaranya terhenti. “Err.. Ermm.. Fa.. Fa.. Falah...” Tergagap Ain tiba-tiba.

“Falah kenapa?!” Tinggi suara itu membuatkan Ain tergamam. Dia menggigit bibirnya sedikit sebelum menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya perlahan, cuba mencari kekuatan untuk menyampaikan rasa hati puteri kesayangannya itu. Lambat-lambat dia bersuara sedikit perlahan, tidak mahu si kecil Falah yang masih tersedu mendengar perbualannya saat itu.

“Ain..” Mendatar nada suara lelaki itu sebelum menghela nafasnya lemah. Remuk hatinya mendengarkan keluh kesah yang melanda anaknya, Falah. Puterinya itu terlalu kecil untuk memahami masalah yang melanda papanya yang membuatkan si kecil itu terjerumus sama. “Ain..” Sekali lagi Ammar bersuara. Ada ketegasan dalam suara itu.

“Ya, saya..” Balas Ain laju.

“Please do me a favour.. Please help me.. You have to, whether you like it or not. By hook or by crook!”

Ishhh.. Tuan aku ni.. Speaking pulak! Nasib baik laa aku ada masuk kelas Bahasa Inggeris masa lepas SPM dulu..

“Ada apa, Encik?” Bergetar sedikit suaranya, jantungnya berdenyut pantas menantikan bentuk bantuan yang diperlukan. Sesekali matanya mengerling pada Falah yang masih lagi tersedu. Diusap kepala si kecil perlahan.

“Please jadi mama Falah untuk seketika..”

Bunyinya seakan merayu. Ain tergamam. Jantungnya seakan berhenti berdenyut seketika. Mama Falah? Seketika? Apa maksud tuannya itu seketika?

“Ain! Ain!!”

Ain tersentak. Genggaman yang semakin longgar dikemaskan. Nafasnya dihela perlahan. Matanya menatap tajam pada Falah yang sedang mendongak, memerhatikannya. Anak kecil itu seakan takut-takut memandangnya dek kerana matanya yang mencerun saat itu. Lambat-lambat bibirnya menguntum senyum. Menarik si kecil Falah ke dalam dakapannya dengan tangan kirinya. Ubun-ubun kepala si kecil itu dikucup penuh kasih.

“Ain!”

Sekali lagi suara Ammar kedengaran di hujung talian. Lebih keras dari sebelumnya. ‘Ewaahh.. Nak mintak orang tolong, tapi nak marah-marah je tahu!’ Hati Ain serasa terbakar mendengar nada suara tuannya waktu itu. Pantas dia berdehem sedikit sebelum menyahut panggilan itu.

“Ain, please.. Untuk Falah..”

“Jadi mama Falah? Macam mana tu, Encik?”

“Ain tunggu Falah dekat Q-dees sampai balik.. Kalau ada sesiapa tanya, assume that you are her mama.. Okay?”

Hah? Kenapa macam pelik je arahan tu. Siapa nak tanya tiba-tiba? Alah tunggu sampai balik je.. Bukan ada apa pun.. Ain mencebik sebelum membalas, “InsyaAllah..”

“One more, Ain. Pretend to be her mama means, suruh Falah panggil Ain mama sekali. Faham?”

Mama? Hahaaah.. Buat lawak je la Encik Ammar ni..

“Ain dengar tak?”

Erk?? Serius ke dia? Alamak.. Macam mana nak cakap ni.. Boleh selesai ke masalah Falah ni kalau aku buat macam tu. Dah tentu dia pun tahu aku bukan mama dia.. Dah la selama ni dok panggil Kak In.. Tak ke haru.. Dari kakak jadi mama??

“Ain!”

Ya Allah! Boleh tercabut jantung aku macam ni!

“Ya, Encik.. Nanti saya cuba.”

“No trial, Ain. Okay. Kalau ada apa-apa nanti, let me know ya. Saya ada board meeting sekejap lagi..”

“Err.. Nan..” Terhenti kata-katanya mendengarkan talian yang sudah mati. Bulat matanya seketika. Hishh!! Dia ni lah!! Lepas tangan betul!! Ain meletakkan semula telefon tanpa wayar itu di tempatnya. Falah yang sedang merenungnya dipeluk erat. Seketika kemudian dia melepaskan dakapannya. Menatap wajah si kecil yang basah dengan air mata sambil mencuit pipi gebu itu. Laju sahaja Falah mendekatkan wajahnya ke wajah Ain dan mencium pipi Kak In nya itu.. Ain ketawa perlahan. Falah ditarik kembali dalam dakapannya. Pelukannya dieratkan. Nafasnya dihela lemah. Kepala si kecil dalam dakapannya diusap lembut. Demi Falah..

4 comments:

  1. comel nyer la Falah tu...
    laki ke prmpuan falah tu?

    ReplyDelete
  2. cam mnarik jer citer nie...
    x sabr nk smbg bc lg...
    hehehe...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Untuk membuatkan rambut jadi lembut, cara paling cepat adalah dengan melakukan 'rebonding', - pelurusan rambut. Bahan rebonding tu akan buat rambut di 'kikis' menjadikan ia lembut nampak sihat tetapi sebenarnya tak sihat. Tapi jgn risau, sila pelajari cara yg betul dgn merujuk web page ni:

    Cara Melembutkan Rambut

    Semoga berjaya hendaknya. Ok, trimas yah!

    ReplyDelete