July 29, 2009

Forever Yours 25



“Mama, mama..” Suara halus Falah kedengaran kuat, memanggil Ain.


“Mmm ye sayang..” Ain membalas laungan si kecil.


Falah tersenyum lebar, berlari masuk ke dalam bilik melalui pintu yang terbuka luas. Dia melompat naik ke atas katil dan mendakap erat bahu Ain. Gadis itu yang sedang melipat baju berkalih pandang ke sisi. Sengihan Falah menampakkan barisan gigi susunya.

“Mmm.. Suspicious!”


Si kecil ketawa riang. Makin erat dan kemas rangkulan Falah. Sesaat kemudian, pipi Ain dikucup mesra. Ain pantas menarik tubuh kecil Falah. Diribanya si kecil itu. Tangan mengusap lembut kepala Falah.


“I love you..”


“Ye, mama tau..”

“I love you so much!”


“Mm hm..”


“I love you soooo much!!”


“Iya, mama tau..”


Falah tersengih lebar. Kepala dilentokkan ke dada Ain.


“Mama..”


Mendayu-dayu suara manja si kecil itu memanggil.


“Mmm..”


“Mama..”


“Iya sayang.. Ada apa ni?”


Falah mendongak, menayangkan gigi.


“Falah ternampak cake..”


“Oo~ Falah terrrnampak atau Falah curi-curi tengok?”


Pantas jari jemari Ain mencuit pipi gebu Falah. Makin lebar sengihan si kecil itu.


“I love you.. thanks ma!!”


Bibir Falah melekap di pipi Ain sekali lagi. Lama. Ain mendakap Falah erat. Tangannya mengusap kepala si kecil itu.


“Happy birthday my dear little princess.”


Falah tersipu-sipu. Ain menunduk sedikit. Ubun-ubun Falah dikucup lembut.


“You are another year older. Dah cukup lima tahun. So, Falah dah tak boleh jadi baby papa lagi..” Usik Ain. Hujung jarinya mencuit hidung Falah. Si kecil itu memuncung seketika.


“Kalau Falah tak jadi baby papa, siapa nak jadi baby papa?”


Ain menjungkit kening. Tersenyum dia memandang Falah. Diam seketika sambil tangan mengusap kepala si kecil itu penuh kasih.


“Falah nak jumpa papa?”


“Erm!” Falah mengangguk laju. Ain mengerling Quartz di dinding. Hampir pukul 12 tengahari.


“Get ready ye sayang. Lepas mama habis lipat baju ni, kita pergi tengok papa..”


“Can we bring the cake?”


Ain tersenyum, menggeleng. “No need my dear.. Siapa yang nak makan nanti?”


Falah terdiam. Sesaat kemudian dia tersengih dan mengangguk.


“Falah nak wish birthday dekat papa, Falah nak kiss papa, Falah nak say I love you dekat papa,”


Bibir Ain menguntum senyum. Celoteh si kecil itu makin meleret. Panjang angan-angannya. Ain hanya tersenyum dan mengangguk sesekali, cuba menjadi pendengar yang baik.


Tarikh lahir Ammar dan Falah yang sama menyebabkan Falah menjadi lebih gembira biarpun papanya masih belum sedar dari koma. Sudah tiga minggu lelaki itu di alam lain.. Ain menghela nafas perlahan.


-------------------------------------------------------------------------


Ammar gelisah. Sudah puas kakinya mengatur langkah. Namun jalan yang dilaluinya seakan tak berpenghujung. Sesekali telinganya menangkap suara comel si kecil Falah. Tapi bayang permata hati yang satu itu tak kelihatan di mana-mana... dan suara gemersik itu.. Alunan bacaan kalamullah yang seringkali menjadi santapan telinganya mengundang damai di hati. Langkah kaki diatur lagi tanpa tahu arah tuju.


“Ma, Falah nak kiss papa..”


“Mm..”


“Tak sampai..”


“Come here,”


Cupp!!


“Falah sayang!!” Ammar berteriak kuat. Biarpun bayang si kecil itu tak nampak dek mata, namun tetap dirasakan kehadirannya. Seakan dapat dirasakan basah pipinya dengan kucupan dari bibir si comel itu.


Cupp!! Pipi kiri pula.


“Falah!!” Serasa sudah kuat teriakannya itu namun tiada tindak balas yang diterima. Ammar terduduk.


“Happy birthday pa.. Falah rindu sangat dekat papa. Mama pun sama. Falah nak jalan-jalan dengan papa. Falah janji Falah tak naughty. Falah janji.. Papa bangunla pa..”


Ammar kaku di situ. Tubir matanya mula digenangi air. Pipi terasa basah namun dia tak berdaya untuk menyapunya. Dibiarkan mutiara jernih itu mengalir membasahi pipi.


“Abang, Ain minta maaf bang. Ain tahu abang kecil hati dengan Ain. Tapi Ain nak abang tahu, Ain tak berniat.. Bukan niat Ain nak melarikan diri dari abang. Ain tak rela menjauhkan diri dari abang. Ain takut, bang.. Ain takut..”


“Ain!!!” Sehabis daya dia mengeluarkan suara tetapi ia seperti tertahan. “Abang tak kecil hati Ain. Abang tak nak Ain jauh dari abang. Abang sayang Ain,” Ammar merintih sayu biar pun suaranya seakan tersekat di kerongkong.


“Pa.. Bangun la pa.. Lama Falah tunggu papa.. Nanti papa bangun, kita makan kek sama-sama. Mama bakes cake for us..”


“Falah.. Ain..” Tersekat-sekat suara Ammar. Dia menggagahkan diri, berdiri dan kembali mengatur langkah. Lemah. Tenaganya sudah kehabisan. Dia benar-benar tak berdaya. Terasa lemah seluruh sendinya. Seakan nyawa bercerai dari badan. Dia terduduk kembali.


“Abang.. Ain doa abang cepat sembuh. Ain mohon abang bangkit. Ain mohon abang kuat hadapi semua ni. Ain tak nak tinggalkan abang. Ain janji Ain tak lari dari abang lagi. Ain janji, bang. Ain janji.”


... dan segalanya makin kabur. Ammar terduduk di situ. Air mata yang merembes di pipi seakan seperti air paip yang mengalir tanpa henti. Teresak-esak dia, cuba mencari saki baki kekuatan yang ada..


----------------------------------------------------------------------------


“Ain janji, insyaAllah.”


Ain berbisik perlahan. Ubun-ubun Falah dikucup lembut. Kepala didongakkan sedikit, mendengarkan bunyi yang berterusan dari mesin bantuan hayat. Riak wajahnya bertukar cemas saat melihatkan turun naik bacaan di mesin bantuan hayat.


Denyutan jantung yang semakin rendah membuatkan gadis itu bergegas, bingkas dan memanggil jururawat yang menunggu di kaunter. Dalam keadaan genting itu, dia terlupa pada butang kecemasan di sisi katil. Falah dihujung katil terkebil-kebil.


“Ma, kenapa dengan papa?”


Ain sebak, cuba menahan tangis. Dia harus kuat biar apa pun yang terjadi. Dia perlu kuat demi si kecil Falah.


“Papa tak apa-apa kan, ma?”


Ain menarik Falah perlahan. Sekejapan si kecil berada dalam dukungannya. Dakapan dikemaskan. Satu ciuman singgah di kepala Falah.


“Kita tunggu dekat luar ye sayang,” Ain pantas bersuara tatkala beberapa orang doktor semakin menghampiri. Langkah diatur longlai dengan doa dan zikir yang tak putus. Sesekali ubun kepala Falah dikucup lembut. Kelu dia seketika untuk membalas pertanyaan bertubi-tubi si kecil itu.


“Ma..”


“Mm ye sayang,”


“Mama..” Falah sudah teresak. Kepalanya dilekapkan ke dada Ain. Basah tudung gadis itu dengan mutiara jernih Falah. Si kecil itu mula merasakan kegentingan suasana yang dihadapi biar pun dia tak memahaminya. “Ma... ma...” Tersekat-sekat suara yang semakin serak itu.


“Syhhh.. Calm sayang.. Tak ada apa-apa. Papa will be fine, hmm?”


Kepala Falah diusap lembut sebelum sebuah kucupan hinggap di ubun-ubun si kecil itu. Belakang badannya ditepuk lembut.


“Husyhhh..” Pipi gebu Falah yang basah dengan air mata dicium Ain. Seketika kemudian kepala si kecil itu diusap lembut.


“Ma..”


“Husyhhh.. Jangan nangis sayang. Papa mesti tak suka tengok Falah menangis, hmm..”


Falah kembali menyandarkan kepala di dada Ain. Tersedu si kecil itu menahan tangis. Setitis air mata gadis itu gugur juga akhirnya. Langkah diatur lemah, mundar-mandir di hadapan ICU sambil memujuk lembut si kecil Falah. Dalam hati tak putus menyebut zikrullah agar dia tenang menghadapi apa jua yang mendatang.


--------------------------------------------------------------------------


“Aaa~ Uncle ‘Im.. Tak nak la kacau Falah.. I want to finish this first..”


‘Imaduddin menjungkitkan kening beberapa kali. Rengekan manja Falah membuatkan dia terasa ingin mengusik lagi. Pantas tangannya mengusap kepala si kecil itu yang bertocang dua. Kemudian jarinya bergerak ke tengkuk si kecil itu sebelum beralih ke pinggang pula.


Falah menggeliat kegelian. Laju sahaja tangan gebu itu menepuk jari jemari ‘Imaduddin yang rancak menari di pinggangnya.


“Uncle ‘Im..” Sekali lagi Falah merengek manja.


‘Imaduddin ketawa lepas. Kedengaran nakal tawa itu. Dia merapatkan tubuh ke sisi Falah sebelum menarik si kecil itu ke ribanya. Anak rambut Falah diusik dengan hujung jari.


“Mama mana sayang?” ‘Imaduddin bertanya perlahan.


“Downstairs.”


Sepatah jawapan yang keluar dari seulas bibir comel itu. Kepala masih menunduk menghadap jigsaw puzzle yang sudah siap 95%.


“Uncle tahulah mama dekat bawah.. Tapi dekat mana? Buat apa?”


Falah mencebik dan menggeleng serentak.


“Falah sayang..”


“Emm..”


“Falah nak uncle tolong?”


“No need,”


“Sombong tau mem kecik ni sekarang.”


‘Imaduddin mencuit pipi Falah. Si kecil itu berpaling sedikit dan tersengih. ‘Imaduddin mencebik. Hujung rambut Falah ditarik pula. Geram dengan si kecil yang semakin comel dan lincah itu.


“Falah.. jom la kita turun tengok mama..”


Falah memuncung. “Five minutes,”


Bulat mata ‘Imaduddin mendengarkan kata balas itu.


“Two minutes,”


“Three..”


“One!”


“Okay, okay.. Two,” Falah sengih lebar. ‘Imaduddin senyum kemenangan.


Beberapa minit berlalu..


“Okay now,”


“Hmm..” Falah berpaling memandang ‘Imaduddin. “Mamaaaaaa~”


Serentak dengan itu suara halus Falah kedengaran kuat, memanggil mamanya. Pantas ‘Imaduddin menekup mulut si kecil itu.


“Jangan jeritlah sayang eyy,”


Falah mengangguk laju. ‘Imaduddin melepaskan tekupan tangannya di mulut si kecil itu.


“Maaaaaaaaaaa~ Uncle ‘Im ka—”


Belum sempat si kecil Falah menghabiskan ayatnya, suaranya terhenti sendiri. Bulat mata si kecil itu memandang mamanya yang sudah bercekak pinggang di tangga yang paling atas.


“Mama,” Falah tersengih lebar. Dia bingkas dan merapati mamanya yang semakin menghampiri.


“Kenapa ni Falah?” Ain menjegilkan sedikit matanya. Tangannya mencuit geram pipi si kecil itu.


“Uncle ‘Im kacau Falah ma..” Falah merengek, mengadu manja pada mamanya.


Ain berkalih pandang pada ‘Imaduddin yang sudah melunjur dan bersandar di sisi sofa. Lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas sedikit.


“I’m innocent,”


Ain menjungkitkan keningnya sedikit, berkalih pandang pada si kecil Falah yang tersengih lebar.


“Ma... I’m hungry,”


“Dah, jom turun makan..”


Makin lebar sengihan si kecil itu. Pantas tangannya mencapi jari jemari Ain. Telapak tangan kedua-duanya bertaup erat. Langkah diatur kemas menuju ke tangga.


“Jom turun makan, bang..”


Sempat Ain berkalih pandang pada ‘Imaduddin yang tak lepas memandang. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Ain membalas mesra. Tangan comel Falah digengam erat. Beriringan kedua-duanya bergerak menuruni tangga.


“Abang, Ain lupa ke?”


Langkah Ain terhenti di tangga tengah. Kepala didongakkan sedikit, melihat kepala yang terjengul sedikit dari bingkai tangga di bahagian atas. Bibir mula menguntum senyum. Makin lebar senyuman itu bila dia turut mendapat balasan yang sama.


“Come, let’s have our lunch together..”


“Together-gether..?”


Ain ketawa perlahan. Keningnya dijungkitkan sekali.


“Siapa nak makan, turun. Siapa tak nak turun, Falah dengan mama habiskan makanan..”


Suara comel Falah menjerit nyaring. Empat pasang mata beralih tepat pada si kecil itu yang tersengih manja.


“Ain turun dulu..” Pantas Ain menarik lembut tangan Falah. Si kecil itu sempat mengerdipkan mata pada papanya yang masih memandang.


Meleret senyuman di bibir Ammar. Batang tubuh Ain dan Falah sudah tak nampak dek mata namun dia masih lagi tak berkalih pandang.


“Dah tak ada dah anak dara sorang tu.. Turun la makan..”


Pantas kepala Ammar berpaling ke kiri. Wajah ‘Imaduddin terbias di mata. Kembarnya itu tersenyum sedikit.


“Bila nak kahwin ni? Am lambat, ‘Im potong line.”


Ammar ketawa lepas. ‘Imaduddin menjungkit keningnya sekali. Senyum bertukar tawa perlahan. Wajah Ammar diapandang tak lepas. Rambut kembarnya itu sudah mencanak naik seperti sediakala.


‘Imaduddin tersenyum lebar. Dalam hati tak putus dia mengucapkan syukur kerana lelaki itu sudah pun sembuh dari lena yang panjang.


“Berangan!”


‘Imaduddin tersentak. Dia tersenyum lagi. Tangannya merangkul bahu Ammar.


“Jangan tunggu lama-lama, Am..”


Ammar ketawa perlahan. Perut ‘Imaduddin disiku lembut.


“Ada plan nak tackle Ain balik ke?”


‘Imaduddin ketawa kuat. Kepalanya digelengkan beberapa kali.


“We never know what lies inside,”


“Ya.. We never know what lies behind..” Balas Ammar sambil menganggukkan kepala sedikit. “Gaya macam dah plan something je ni,” sambung Ammar lagi.


‘Imaduddin ketawa lagi. “Guess why I’m here?”


Ammar menjungkitkan keningnya. “Spell out,”


‘Imaduddin tersenyum. “Balik rumah mama petang ni..”


“Itu ayat mengajak atau tanya?”


“That’s an order,”


“Okay then.. InsyaAllah. Sure you have something good to tell,”


“Balik la dulu..”


“Mm hm. Saing la sekali nanti..”


“Okay,”


“Pa!! Uncle ‘Im!! Turun makan~”


Laungan nyaring Falah membuatkan Ammar dan ‘Imaduddin berpandangan. Kedua-duanya mencebik sedikit sebelum bibir meletuskan tawa.


“Your princess..”


7 comments:

  1. hehehe..daa bjangg0t tnggu n3
    bru...huhuhu..thkx!cpt2 smb0nk blk

    ReplyDelete
  2. salam,
    jat, tqvm.....bestnye ada n3 baru...masa kat office td sempat jengah, tp tak sempat nak baca...busy...sampai je rmh terus bukak....he he....sambung lg ye jat....i luv this story very much....tq again... -az-

    ReplyDelete
  3. jat.....
    thanks for the n3.....suke sgt Ammar dh bgn.....

    ReplyDelete
  4. yeah... da baek
    so next yg hepy2 je ek hihihi

    ReplyDelete