Bersilih ganti awan hitam berarak. Mendung langit seakan tidak mahu cerah. Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi tetapi keadaan di luar seakan senja menanti malam. Burung-burung berterbangan laju mencari tempat berteduh.
Raihan yang baru selesai melipat kain di tepi jendela beralih duduk. Sebakul kain yang sudah siap dilipat dijauhkan sedikit dari jendela yang terbuka luas. Rembesan hujan semakin rancak. Dia bingkas menarik daun jendela sedikit, bimbang tempiasnya membasahi kerusi rotan kesayangan Tok Teh.
Langkah kaki diatur laju ke biliknya bersama sebakul kain. Beberapa minit kemudian dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik tok dan wan pula. Rutinnya ketika berada di kampung sebelum ini membasuh, menjemur, melipat dan menyimpan kain baju diteruskan seperti biasa.
Pejam celik, sudah masuk hari kelima dia pulang ke kampung bersama suaminya. Setiap hari lelaki itu ke kebun, menghabiskan masa di sana bersama wan dan tok biarpun hujan membasahi bumi. Dia? Lebih rela menjadi penunggu rumah.
Raihan menghela nafas perlahan. Bakul yang sudah kosong diletakkan di tepi mesin basuh. Dia kembali ke ruang tamu. Direbahkan badannya ke kerusi rotan Tok Teh, terkebil-kebil memandang dinding. Tidak sampai sesaat Raihan bingkas tiba-tiba. Ada sesuatu yang menarik minatnya.
Dia bergerak pantas ke kabinet tv. Matanya meliar ke serata ceruk kabinet. Tiada! Pandangannya dikitarkan pula ke seluruh kawasan ruang tamu yang luas itu pula, mencari-cari sesuatu. Namun apa yang dicari tidak terlihat di mana-mana.
Sah! Semua gambarnya dari zaman kanak-kanak riang sehingga remaja sudah tiada. Tergantung elok gambar dia berkonvo ijazah dan sarjana di bahagian atas panel kabinet tv yang terbuka luas. Entah bila gambar-gambar itu berada di situ. Dia kurang pasti.
Bunyi tayar kereta mencecah batu-batu kerikil di hadapan rumah membuatkan Raihan pantas bergerak ke tepi jendela. Dia mengintai di balik langsir. Kereta yang sama! Mitsubishi Evo X merah menyala singgah di hadapan rumah. Berhenti beberapa minit tanpa ada apa-apa pergerakan. Lebih lama dari semalam.
Raihan mengurut dada beberapa kali. Seram. Serasa meremang bulu roma. Terkumat-kamit bibirnya berzikir, bimbang ada orang berniat jahat. Ucapan hamdalah melantun di segenap hati melihatkan kereta itu bergerak membuat pusingan U di halaman rumah. Raihan masih lagi memerhati, hendak memastikan kereta itu benar-benar pergi.
Tidak boleh tidak, dia menaruh rasa curiga dengan situasi yang sama berulang sepanjang dia berada di kampung beberapa hari ini. Cuma masa sahaja yang berbeza. Yang pastinya ketika dia bersendirian di rumah itu. Tidak lena lena tidurnya beberapa malam ini memikirkan perkara itu.
Tidak pula diceritakan kegusarannya kepada tok mahu pun wan. Bimbang kedua-dua mereka menjadi susah hati. Kepada suaminya? Dia masih lagi mogok suara dengan lelaki itu. Bercakap bila perlu. Perasaannya seperti sengaja didera, dibiarkan ternanti-nanti dalam kelam yang sengaja dicipta.
Terrmenung Raihan di sisi tingkap itu kemudiannya. Entah berapa lama dia berdiri di situ mengenangkan misteri Mitsubishi Evo X yang bercermin gelap itu. Misteri yang mengundang gentar di hati, mengganggu tidurnya di malam hari.
"Allahu Akbar!"
Raihan menjerit sedikit kuat. Jantung berdegup kencang. Sentuhan di bahu kanannya membuatkan dia sungguh terperanjat. Pantas dia berpaling dengan debaran. Tangan mengurut dada beberapa kali. Mutiara jernih meluncur laju menuruni pipi, sederas detakan jantungnya tika itu. Tubuhnya terasa menggigil.
"Raihan, sorry sayang.."
'Ali Hasif pantas mendakap erat sang isteri. Tak disangka isterinya terkejut sebegitu.
"Syhhh.. Hushhh... Calm sayang.. Abang betul-betul minta maaf.. I didn't mean to.."
Cemas lelaki itu memujuk saat air mata isterinya tak berhenti mengalir. Tangisan tanpa suara itu mengundang hiba. Dia menepuk-nepuk bahu Raihan perlahan. Raihan tersentak tiba-tiba. Dia pantas menjauh, seakan tersedar dari mimpi ngeri. Air mata yang masih bersisa segera dilap dengan belakang tangannya.
'Ali Hasif memandang isterinya tak lepas. Dia melangkah setapak ke hadapan, menarik lengan Raihan lembut, membawa isterinya ke kerusi rotan dua tempat duduk di tepi pintu. Raihan menurut tanpa bantahan.
"Kenapa?" Sepatah soalan lelaki itu.
Raihan menggeleng.
"No, there must be something.." Balas 'Ali Hasif yakin. Sebentar tadi dia yang masuk melalui pintu dapur ternampak isterinya sedang ralit termenung sambil memerhatikan sesuatu di luar. Niatnya hendak menegur Raihan tetapi lain pula yang terjadi.
"Hm sayang, what happened?" 'Ali Hasif bertanya lagi.
Raihan menggeleng lagi. Kepalanya ditundukkan, memandang jari jemari dalam genggaman suaminya.
'Ali Hasif diam tak membalas gelengan Raihan. Matanya masih lagi tepat ke wajah isterinya. Dia pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran sang isteri. Beberapa minit berlalu sepi sebelum lelaki itu kembali bersuara.
"Abang yakin ada sesuatu berlaku sampai Raihan terkejut sangat. Raihan yang abang kenal bukannya mudah menangis, tanpa sebab. Abang tahu Raihan strong. So I'm pretty sure something's bothering you right now,"
Raihan masih lagi diam membisu.
"Care to share? Hmm?"
Raihan menggeleng.
'Ali Hasif mengelus lembut tangan Raihan dalam genggamannya. Wajah sang isteri yang menunduk diangkat sedikit, memandangnya.
"You can always count on me, you know.. Let me be the shoulder that you lean on, let me be the rock beneath your feet,"
'Ali Hasif berjeda. Matanya menangkap bunga senyum Raihan.
"Wipe away the slate we'll start a new one?"
'Ali Hasif ketawa lepas. Sesaat. Tak menyangka isterinya membalas bicara, lirik antara lagu kegemarannya.
"You'll see baby you can always count on me," sambung lelaki itu dengan senyuman.
Raihan menggeleng perlahan, menyembunyikan senyum. Dia memberanikan diri bertentangan mata dengan sang suami. Semakin dia cuba menjauh, semakin dia tertarik. Seakan ada kuasa magnet yang mendekatkan dia dengan lelaki bernama 'Ali Hasif itu.
"Russell Hitchcock?"
Raihan menjungkit kening mendengarkan soalan itu.
"Air Supply la,"
"Nope... It's Russell Hitchcock,"
"Whatever it is, he's part of Air Supply, right?"
'Ali Hasif senyum lebar. "Alright, you win.." Balasnya sambil mata tak lepas memandang Raihan.
"Raihan pun suka?"
"No. It's wan,"
Laju sahaja Raihan menjawab soalan suaminya itu. 'Ali Hasif mengulum senyum sambil mengangguk beberapa kali.
"Raihan okay?"
"Hmm.."
"Alright then, kalau itu jawapan Raihan--"
"Tok dengan wan mana?" Potong Raihan sebelum sempat suaminya menghabiskan ayat.
"Allahu Akbar!" 'Ali Hasif menggosok belakang kepalanya. "Abang lupa pulak tok dengan wan ada kat kebun lagi," Dia bingkas dari duduknya.
Berkerut dahi Raihan. Pelik. Kenapa tok dengan wan dekat kebun lagi? Kenapa dia tak perasan pun suaminya balik? Lelaki itu dari mana? Baru sekarang persoalan itu menjengah kotak fikirannya.
"Abang tumpang cucu imam tadi.." Seperti mendengar suara hati sang isteri, lelaki itu segera bersuara sebelum dia berhenti seketika dan menyambung, "Tayar kereta wan pancit, Raihan.. Alhamdulillah mujur cucu imam lalu depan kebun tadi. Naik motor. Lencun jugak la sementara nak sampai rumah ni,"
Tersengih 'Ali Hasif memandang Raihan yang sudah berkerut dahi, seakan baru tersedar baju suaminya yang basah dan pakaiannya yang turut lembap dek dakapan erat lelaki itu sebentar tadi. Pantas tangan Raihan meraba kusyen di sebelahnya. Sedikit lembap. Bulat mata memandang sang suami. Lelaki itu masih lagi menayang sengih sambil mengecilkan mata.
"Biarlah nanti tok marah, padan muka.."
"Takpa, tok sayang abang.."
'Ali Hasif ketawa, membalas selamba. Langkah sudah diatur ke tangga rumah.
"Nak ke mana tu?"
'Ali Hasif yang sudah menuruni dua anak tangga pantas berpaling dan bertanya, "Siapa?" Keningnya dijungkitkan sedikit.
Raihan tidak bersuara. Hanya bibirnya dimuncungkan ke arah sang suami memberi isyarat kepada siapa diajukan soalan sebentar tadi.
"Abang sayang?"
Raihan tak membalas, dia hanya mengetap bibir.
"Sayang abang?"
'Ali Hasif masih belum puas mengusik.
"Sia--"
"Raihan nak ikut, boleh?" pantas Raihan memotong sebelum sempat suaminya menyambung kata. Takut dia tinggal sendirian lagi.
'Ali Hasif tersenyum lebar. "Be my guest.."
"Tak nak tukar baju dulu ke?"
'Ali Hasif ketawa perlahan. Dia memanjat tangga semula, bergerak ke dalam rumah. Sempat dia berhenti di sebelah Raihan, menggosok kepala isterinya perlahan dan bersuara, "Good girl.. Raihan siap dulu, abang nak tukar baju sekejap,"
Hampir lima minit kemudiannya pasangan suami isteri itu sudah berada di bawah rumah. 'Ali Hasif bergerak ke dapur, mengunci semula pintu dapur dan menyimpan kunci di bawah pelapik pasu bunga di tepi pintu.
"Bawak sekali la kunci tu. Bahaya pulak simpan gitu,"
Raihan yang memerhati sedari tadi segera menyuarakan kebimbangannya.
"Tapi tadi tok yang bagitahu abang kunci dapur kat situ siap pesan simpan balik kat tempat yang sama," balas 'Ali Hasif lembut.
"Bahaya la.."
'Ali Hasif terdiam seketika, memikir sebelum dia mengangguk sekali. Kunci yang disorokkan tadi diambil semula. "Okay, nanti abang bagi dekat tok.."
Terangguk-angguk Raihan bersetuju. Seakan paranoid pula dia dengan situasi yang dialaminya beberapa hari itu. Langkah kakinya diatur laju menuruti sang suami selepas dia menutup semua tingkap dan mengunci pintu rumah. Kemudiannya, dia berdiri di sisi kereta, memerhatikan lelaki itu yang sedang memeriksa jack dan pemutar jack di bonet belakang.
"Okay, jom sayang.." Panggil 'Ali Hasif.
Raihan segera menurut. Dia membetulkan duduknya sedikit di tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Hampir melompat dia terkejut saat tangan kanannya dicapai 'Ali Hasif tanpa sebarang isyarat.
"Eh silap pulak.. Abang ingatkan gear tadi," Tersengih lelaki itu, cuba memancing senyum sang isteri.
Bulat mata Raihan memandang suaminya. Macam dia tak nampak pedal gear tangan bukan kedudukannya di tengah antara kerusi pemandu dan penumpang. Bibirnya diketap sedikit. Dalam diam dia menyembunyikan senyum, menangkap gurauan sang suami.
Entah mengapa ada rasa selesa yang menjengah bila bersama lelaki itu. Ada rasa selamat yang bertamu. Ada rasa senang yang tercuit. Wajahnya kembali serius, memikirkan sama ada bibit-bibit kasih kembali bertunas tika itu.
Raihan menghela nafas perlahan. Sesekali ekor matanya menjeling 'Ali Hasif di sisi, tenang memulakan pemanduan setelah membaca doa menaiki kenderaan. Honda CR-V modern steel metallic milik lelaki itu meluncur keluar dari garaj di tepi rumah dan bergerak menuju ke kebun di hujung kampung.

to be continued,
in shaa Allah.. biiznillah
aaaaaa..seteresss ngan 'ali ni tau
ReplyDeletenape xcite kt raihan..
saje je nk raihan tanye la tu
'ali ni pun..aish geram la
Hm tu la lelaki ni kan..
ReplyDeletetak ditanya berabad la nk dpt jawapan
huhuhu.. pukul rata hihi