June 16, 2009

Bayang-Bayang 37


“Meh sini dekat abang...”

Naqib memanggil Dinie perlahan, usai solat subuh berjemaah. Isterinya itu sudah pun menapak ke balkoni di luar bilik mereka. Naqib mengerdipkan matanya sekali.

Dinie menggeleng perlahan. Malu dengan suaminya itu. Kepalanya ditundukkan sambil tangannya lincah mengelap rambutnya.

Naqib tersengih melihatkan reaksi Dinie yang masih malu-malu dengannya.

“Piya...” Panggil Naqib lembut. Dia bingkas bangun dari katil dan bergerak ke arah Dinie Sophea yang sedang duduk selesa pada bangku panjang di balkoni.

Dinie mendongakkan kepalanya. Bibirnya terkunci dan matanya seolah-olah sedang berbicara.

Naqib tergelak perlahan. Segera dia mengambil tempat di sebelah isterinya itu. Laju sahaja tangannya menarik tuala di tangan Dinie dan mengelap rambut isterinya itu.

Terdiam Dinie, terpana dengan setiap pergerakan Naqib. Dia mematikan dirinya tanpa sepatah kata, menanti bicara dari suaminya itu.

“Piya nak ikut abang?” Tanya Naqib perlahan.

Dinie menganggukan kepalanya. Laju. Beberapa kali.

Tawa Naqib mengusik gegendang telinganya. Dinie memalingkan kepalanya ke kanan, melihat Naqib. Sebuah ciuman hinggap di pipinya.

Terpana Dinie sekali lagi. Memuncung dia dengan tindakan tanpa diduga itu. Naqib kembali membantu mengeringkan rambut isterinya itu. Tawanya masih lagi berbaki.

“Piya nak ikut abang pergi mana ni?” Naqib bertanya nakal. Tersengih dia melihat Dinie yang menjeling geram ke arahnya. Tangannya masih lagi lincah menyudahkan khidmatnya.

“Piya tau tak, ini la kerja abang kat rumah dulu.. Masa baby kecik-kecik dulu, abang la yang tolong jaga dia..” Lambat-lambat Naqib membuka cerita, memancing minat isterinya itu. Ternyata Dinie tertarik mendengarkan kata-kata Naqib.

Really? Hmm...” Dinie tersenyum. Kepalanya dipalingkan ke arah Naqib. Senyuman manis dihadiahkan buat suaminya itu.

“Hmm.. French Braid pun abang pandai buat tau.. Mula-mula abang tengok mama buat macam mana, lepas dari tu abang pulak tolong mama. Masa tu rambut baby panjang lagi. Macam mummy, cantik.. Curl kat bawah..” Naqib tersenyum.

“Mama? Mummy?” Dinie mengerling sekilas pada Naqib.

“Papa kahwin dua..” Tenang Naqib bersuara, faham isterinya itu sedang keliru mendengar kata-katanya.

“Hmm?” Dinie mengerutkan dahinya memandang Naqib.

“Hmmm... Papa kahwin dua, sayangku Dinie Sophea...”

Naqib mencuit geram pipi isterinya itu. Dinie tersenyum sedikit, serba salah dengan tindak balasnya tadi.

“Mama, ibu abang.. Mummy, ibu baby. Mummy Italian kalau Piya nak tau,”

“Kalau Piya tak nak tau?” Laju sahaja Dinie membalas kata-kata suaminya.

Bulat mata Naqib mendengarkan kata-kata itu. Pergerakannya terhenti. Pantas tangannya melingkari pinggang Dinie, menarik isterinya rapat kepadanya.

“Kalau Piya tak nak tahu,” Naqib bersuara perlahan, sepatah-sepatah. Bibirnya didekatkan ke telinga Dinie. “Abang tak nak bawak Piya pergi mana-mana..”

Naqib bersuara tepat di telinga Dinie. Dinie menggeliat kegelian. Namun beberapa ketika kemudian pecah tawanya saat otaknya mentafsirkan kata-kata Naqib.

“Abang,” Panggil Dinie perlahan.

Naqib diam tanpa riak. Dinie tergelak lagi, tahu suaminya itu merajuk dengannya. Naqib bingkas bangun dari bangku panjang itu dan menggeliat perlahan. Dia menjeling Dinie sekilas sebelum mengatur langkah ke dalam bilik.

Dinie ketawa lepas.

“Abang...!” Terjerit kecil Dinie saat Naqib membuka pintu bilik, menuju ke luar. Dia bingkas bangun dan berlari ke arah Naqib. Ditarik perlahan lengan suaminya itu.

“Abang..” Panggil Dinie perlahan. “Abang nak pergi mana ni? Kan ada majlis petang nanti..” Lembut Dinie bersuara, bimbang suaminya membawa diri akibat rajuk yang sengaja dicipta.

Naqib masih diam membisu. Dinie tergelak lagi.

“Ya Allah.. Abang jangan nak buat lawak pulak subuh-subuh ni bang.. Takkan merajuk dengan Piya kot..” Dinie memeluk erat lengan Naqib.

Naqib menjungkitkan keningnya sedikit, kagum dengan keberanian isterinya yang seakan bermanja dengannya saat itu.

“Abang..” Dinie memanggil Naqib lembut.

“Abang...” Panggil Dinie lagi. Lengan Naqib dielus perlahan.

“Abang sayang intan payung...” Dinie menggoyang-goyangkan pula lengan Naqib perlahan. Suaranya manja memanggil Naqib.

Naqib ketawa senang hati. Pantas Dinie menampar lembut dada Naqib, geram dengan tingkah suaminya itu.

“Merajuk macam budak kecik. Kalah baby agaknya..” Dinie menyiku perut Naqib.

“Adoii.. Sakit la sayang..”

Dinie mencebik. “Abang ni.. Hilang macho buat perangai macam ni tau. Buat la selalu..”

“Memang pun. Lagi seronok.. Nanti Piya pujuk lagi macam tadi.. Confirm abang buat lagi lepas ni..” Naqib tergelak perlahan. Meleret tawanya saat Dinie mencebik geram.

“Dulu masa mula-mula jumpa, garang macam singa. Sekarang ni dah kenal, baru tau macam mana sebenarnya..” Dinie merungut perlahan. Naqib ketawa lepas.

“Siapa yang garang macam singa? Abang? Piya silap orang la.. Abang la insan yang paling baik kat dunia ni tau..”

Dinie menjungkitkan hidungnya sekali. “Iya, abang garang macam singa dulu.. Malas Piya nak ingat lagi..”

“Garang? Masa mula-mula jumpa?” Tanya Naqib lembut.

Dinie diam tanpa suara. Matanya memandang ke arah Naqib seolah-olah sedang meminta penjelasan.

“Saje abang buat-buat garang sikit. Sikit je tau.. Mana ada garang pun. Actually abang dah lama dok usha Piya dengan babah kat dalam kereta pagi-pagi tu.. Entah kenapa abang rasa macam nak kenal sangat dengan tuan puteri yang ala-ala kelam kabut tu..” Sambung Naqib lagi, membongkar cerita lama.

Bulat mata Dinie mendengarkan pengakuan Naqib. Dia mencubit geram lengan Naqib. Naqib hanya tersengih.

“Nasib baik abang jumpa Piya kat depan firm tu. Itulah bunga-bunga jodoh kita..” Naqib tergelak perlahan, menyudahkan ayatnya. Dinie tersenyum malu.

“Dah, dah.. Abang jangan nak bukak cerita zaman dulu kala pulak..”

“Malu la tu...” Usik Naqib nakal.

Dinie mengalihkan pandangannya. Malu dengan suaminya itu masih menebal. Sepi menyelubungi mereka seketika.

Naqib memusatkan pandangannya pada Dinie manakala Dinie berusaha mengalihkan wajahnya dari Naqib.

“Ehem.. Ehem..”

Pasangan pengantin baru itu memalingkan kepala mereka serentak ke arah pintu yang terbuka luas, mendengarkan bunyi deheman nakal dari luar.

Azran sedang tersengih sambil mengucapkan salam. Pantas kedua-duanya menjawab salam dan tersenyum lebar.

“Abang nak pergi pukul berapa?” Azran bertanya Naqib perlahan. Kunci kereta di tangannya dipusing-pusingkan.

“Abang plan nak pergi pukul lapan nanti... atau babah yang dah pergi, Ran?”

“Babah tak balik dari surau lagi bang..”

“Babah kata kalau balik awal, babah yang nak pergi. Tapi kalau babah tak sempat pun takpe, abang ada..”

“Abang nak pergi mana?” Tanya Dinie lembut setelah puas menjadi pendengar.

Naqib menjungkitkan sebelah keningnya. “Rahsia.” Sepatah jawapannya buat Dinie.

Dinie memuncung. Azran ketawa lepas, faham dengan perangai adiknya itu.

“Abang tak nak bagitahu sebab Piya nakal tadi..”

Bulat mata Dinie mendengarkan kata-kata Naqib. “Mana ada Piya nakal. Abang yang nakal..” Balas Dinie tidak puas hati dengan kenyataan Naqib tadi.

Naqib tersengih. Sesaat kemudian tawanya bersatu dengan tawa Azran.

“Dahla.. Malas nak layan semua orang.. Baik tolong apa-apa yang patut dekat bawah tu..”

Dinie mengatur langkah menuju ke tangga. Baru melangkah beberapa tapak, Naqib menarik lengannya perlahan.

No.. No.." Naqib menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan beberapa kali. "Piya takleh pergi mana-mana. Piya kena teman abang je..” Naqib menunjukkan riak nakalnya. Azran mendepangkan tangannya dan ketawa lepas.

“Nasiblah Dinie kahwin dengan kaki buli..”

Azran menumbuk perlahan bahu Naqib. Naqib mengenyitkan matanya sekali sambil tersengih nakal. Azran berlalu ke bawah dengan tawa yang masih bersisa.

Dinie memuncung. Matanya memandang tepat pada Naqib.

“Piya janganlah pandang abang macam tu. Seram tau..”

Dinie mencebik. “Abang nak pergi mana? Piya nak ikut..” Lambat-lambat Dinie bersuara.

“Piya mesti kena ikut..” Naqib mengerling sekilas jam yang tergantung di dalam bilik sebelum menyambung kata-katanya, “Sekarang dah tujuh suku, setengah jam lagi kita siap ye. Sempat rambut Piya kering sikit nanti..”

“Nak pergi mana?” Sekali lagi Dinie mengulang pertanyaannya sebentar tadi.

“Rahsia.. Sekarang kita turun bawah dulu ye sayang,”

“Jap, jap.. Piya nak pakai tudung dulu..” Pantas Dinie masuk semula ke dalam bilik dan menyarungkan tudung kelabu ke kepalanya. “Abang nak pergi mana sebenarnya ni?” Tanya Dinie lagi masih tidak puas hati saat dia sudah kembali ke sisi Naqib.

“Jom turun bawah dulu. Jumpa semua orang..”

Naqib menarik lengan isterinya lembut, menuruni anak tangga. Tersengih dia melihatkan Dinie yang memuncung. Dicuit pinggang isterinya itu, tahu kelemahannya di situ. Dinie terjerit kecil. Ditampar perlahan tangan Naqib yang melingkari pinggangnya.

“Abang ni memang tak reti duduk diam la.. Seganla dengan diorang kat bawah tu..”

Dinie memuncungkan mulutnya pada Adhana dan Adhan yang sedang tersengih-sengih. Dijelirkan lidahnya sedikit pada dua beradik nakal itu.

“Haipp.. Apa ni macam kanak-kanak ribena..” Naqib menampar lembut lengan Dinie. Dinie tersenyum malu. Seketika dia terlupa Naqib ada di sebelahnya.

“Dinie, ajak Naqib makan dekat depan. Mak Long Shibah dengan Pak Long Man tengah breakfast sekali tu..”

Tiba-tiba kedengaran suara Puan Dahlia yang baru keluar dari dapur. Pantas Dinie menarik tangannya yang masih dalam genggaman Naqib seketika tadi.

Naqib tersengih nakal. Dinie tersipu malu. Sempat dia menjegilkan matanya sekali pada Naqib.

“Takpelah ma.. Qib nak keluar kejap nanti. Balik nanti baru breakfast..”

“Oh.. Qib nak ambil ummi ye? Pukul berapa nak keluar?” Tanya Puan Dahlia lembut.

Naqib mengerling sekilas pada Dinie yang mencebik memandangnya. Tersengih dia seketika sebelum menjawab pertanyaan Puan Dahlia tadi.

Around 7.45 nanti ma..”

“Hmm.. Bawak kereta elok-elok ye,” pesan Puan Dahlia sebelum berlalu ke ruang makan di hadapan.

Naqib memusingkan badannya menghadap Dinie. “Dengar tu mama pesan bawak kereta elok-elok..” Naqib mengulangi pesan Puan Dahlia. Keningnya dijungkitkan beberapa kali. Riak nakal jelas terpancar di matanya.

Dinie mengerutkan dahinya. Lambat-lambat dia mencebikkan bibirnya. Pandangannya dialihkan pada Adhana dan sepupu yang lain sedang ralit menyusun bungkusan kek buah untuk diedarkan kepada tetamu yang hadir nanti.

Pantas Dinie mengatur langkah menuju ke arah mereka dengan niat hendak membantu. Namun langkahnya mati saat Naqib menarik lengannya sekali lagi. Dinie berpaling ke arah Naqib. Keningnya dijungkitkan sekali.

“Piya jangan lupa, 7.45 nanti.. Abang tunggu dekat kereta ya?”

Dinie menganggukkan kepalanya beberapa kali. Naqib mengenyitkan matanya sekali sebelum mencuit pipi isterinya itu. Dinie menampar lembut tangan Naqib. Naqib ketawa lepas dan mengatur langkah kemas ke ruang makan di hadapan.

Dinie menggelengkan kepalanya beberapa kali. Bibirnya menguntum senyum, senang hati dengan suaminya itu..

No comments:

Post a Comment