September 6, 2009

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


“Ma, malam-malam macam ni selalunya mama buat apa?”

Hajjah Khalilah yang sedang menghirup Nescafe panas menjungkitkan keningnya sedikit. Wajahnya ditala ke sisi, memandang sang menantu yang tersenyum mesra. Mug berisi Nescafe diletakkan di atas meja kopi di sisi sofa.

Iklil menarik perlahan tangan kiri ibu mertuanya. Dielus lembut tangan itu. Seakan terubat rindu pada mama yang sudah tiada..

“Ma nak buat apa lagi, either tengok tv atau baca buku... macam ni,” Hajjah Kalilah tersenyum sambil menayangkan Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain di tangan kanannya. “Tapi kadang-kadang kalau habis mengaji awal, mama enjoy jugak sewing waktu-waktu macam ni.”

Iklil tersenyum lebar. Matanya melirik Quartz yang tergantung di dinding.

“Kejap-kejap lagi balik la Idin tu,” Seakan mengerti, Hajjah Khalilah bersuara lembut. Tersenyum dia pada Iklil yang tersipu malu.

“Ma..”

“Mmm... Hmm..”

“Abang long umur berapa, ma?”

“Along?”

“Mmm..”

“Along dah 35 tahun ni,”

“Angah?”

“Angah, 33.. Adik, 29.. Acu, 23..”

“Ohh..”

Iklil tersenyum lebar. Dalam kepala dia mencongak, mengagak umur suaminya. Tak pernah sekali pun dia mengambil tahu perihal keluarga Idin apetah lagi kisah lelaki itu. Tak pernah dia tahu berapa umur suaminya? Bila dia kehilangan walidnya? Siapa adik-beradiknya? Anak-anak buah?

Ahh aku bukan isteri yang baik! Iklil terasa serba salah. Serba tak kena dek kerana terlalu mengikutkan perasaan dan memikirkan pelbagai kemungkinan..


“Iklil tak tanya dekat Idin?”

Tercantas lamunan Iklil dengan pertanyaan itu. “Hmm?”

“Idin tak pernah cerita pasal yang lain ke?”

Iklil tersengih sambil menggeleng. “Iklil yang tak tanya, ma..”

“Betul ni Iklil tak nak minum Nescafe?” Hajjah Khalilah bertanya lembut. Tangannya mencapai mug di meja sisi dan menghirup air sekali. Gelengan Iklil dibalas dengan senyuman.

“Ma,”

“Mmm... Hmm..?”

“Ma.. Abang, masa kecik-kecik dulu macam mana, ma?”

Hajjah Khalilah ketawa perlahan. Spek mata ditanggalkan dan diletakkan di atas meja sisi. Dia mengiring ke arah Iklil yang tersenyum malu.

“Idin?”

Iklil mengangguk laju, mengetap bibir. Tawa Hajjah Khalilah kedengaran lagi, membuatkan Iklil tersengih malu.

“Abang Iklil tu masa kecik-kecik macam budak nerd.”

Terjungkit kening Iklil seakan tidak percaya dengan kenyataan itu.

“Senang jaga Idin sebab dia pandai jaga diri sendiri. Dalam semua adik-beradik, Idin tak banyak kerenah. Apa yang dia dapat, itu yang dia terima.”

Iklil mengangguk beberapa kali.

“Dia tak suka gaduh atau rebut apa-apa dengan yang lain. Banyak mengalah. Idin tak banyak cerita masa kecik-kecik dulu, Iklil. Semua dia pendam je. Bila dah besar ni baru dengar sikit suara dia.”

Hajjah Khalilah tersenyum lebar, seronok membuka hikayat anaknya. Terasa seperti baru semalam dia melihat jatuh bangun Idin mengayuh basikal. Tapi hari ini anaknya itu sudah besar panjang malah telah pun mempunyai tanggungjawab. Lima orang anak lelaki, masing-masing berbeza sikap dan perwatakan. Namun dia bahagia membesarkan kelima-lima mereka. Hajjah Khalilah tersenyum lagi..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Sesaat kemudian kedengaran humming Srikandi Cintaku. Perlahan mengikut rentak asal. Idin yang sudah beberapa minit berdiri di depan pintu bilik tersenyum. Matanya meliar ke serata bilik. Tersenyum lagi dia saat batang tubuh Iklil singgah di matanya.

Gadis itu leka melayan perasaan di hujung balkoni. Bangku panjang berwarna coklat gelap itu menjadi tempat dia bertapa. Perlahan langkah diatur menghampiri Iklil. Sepi malam membuatkan humming dari seulas bibir gadis itu kedengaran jelas. Makin lebar senyuman Idin.


Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi srikandi cintaku

Rangkap terakhir dinyanyikan Idin perlahan, mematikan humming yang hampir sampai ke hujung. Iklil tersentak. Pantas dia bergerak sedikit ke hujung bangku, menepuk perlahan ruang kosong di sisinya.

“Come.. Have a seat” Iklil tersenyum sedikit.

Berkerut dahi Idin melihatkan reaksi yang tak disangka itu.

“Come la..”

Pantas tangan Idin ditarik Iklil lembut. Segaris senyuman terukir di wajahnya. Idin terpana. Dia berdehem sedikit setelah dia duduk selesa di bangku panjang itu.

“Lama dah abang balik?” Tanya Iklil lembut. Sekali lagi Idin terpana. Awak terkejut? Letih tau orang praktis sementara tunggu awak balik dari masjid.. Iklil diam menyembunyikan senyum..

“Iklil dah makan?”

Iklil pusing tepat ke arah Idin. Idin menepuk dahi perlahan, tersengih malu. Iklil tersenyum lebar. Bukan ke kita dah makan sama-sama lepas maghrib tadi.. Iklil menggeleng sekali.

Tadi bukan main lagi menyanyi, tapi sekarang... hahah! Iklil ketawa kuat dalam hati. Matanya mengerling Idin yang mencuri pandang ke arahnya.


“Tengok je la bang.. Tak kena bayar pun. Duty free.”

Idin tersengih sedikit sebelum tawanya meletus. “Pandai laa..”

Bahu isterinya ditarik lembut. Mereka duduk bertentangan. Mata bertentang mata. Masing-masing tak mahu mengalah. Perlahan-lahan Idin merangkul leher Iklil, menarik isterinya rapat ke dada.


“This is just.. Herm.. Too good to be true..” Bisik Idin lembut.

Iklil tersenyum. “Dare to dream,” Gadis itu membalas mesra. Malam menjadi saksi pasangan suami isteri itu beradu mata mencari makna kasih yang tersirat..

No comments:

Post a Comment