Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram nur kasih
"Abang!!" Jelas suara Nuha berteriak memanggil Naqib yang sedang mencuci kereta di serambi rumah. Tenggelam suara kumpulan In-Team yang sedang mendendangkan lagu Nur Kasih dengan teriakan Nuha yang agak kuat itu.
Naqib yang sedang mencuci tayar kereta segera mengangkat kepalanya. Pandangannya dihalakan pada Nuha yang sedang berdiri di depan pintu sliding yang terbuka luas. Lelaki itu mengangkat keningnya pada Nuha yang sedang tersengih-sengih memandangnya. Melihatkan reaksi Naqib, Nuha segera keluar, menyarungkan selipar ke kakinya dan berjalan laju mendekati Naqib.
"Eh, jalan tu elok-elok sikit. Basah lantai tu.. licin," tegur Naqib perlahan melihatkan Nuha yang terburu-buru mendekatinya.
"Bang.." Nuha yang sudah mencangkung di sebelah Naqib bersuara.
"Hmm.." Naqib menyahut panggilan Nuha. Tumpuannya beralih pada tayar kereta di hadapannya.
"Bang, sejak bila abang dengar Ikim ni? Mana pergi Hitz fm abang?" Nuha bertanya separuh mengejek. Hairan dengan selera Naqib yang berubah tiba-tiba.
Naqib tergelak perlahan mendengar pertanyaan Nuha. Dia memalingkan mukanya memandang Nuha dan mengenyitkan matanya pada Nuha.
Nuha menumbuk perlahan bahu Naqib dan berkata, "Apahal kenyit-kenyit mata pulak ni. Baby tukar Hitz balik ye.." Nuha kembali berdiri tegak, berkira untuk melangkah ke dalam rumah.
"Haipp.. jangan usik radio tu."
"Laa.. Dulu
"Itu dulu... Dulu lain, sekarang lain. Manusia
"Hmm.. Iyelah tu. Baby tukarlah ye," Nuha segera bergerak mendekati pintu sliding. Namun langkahnya mati separuh jalan saat dia terasa belakang badannya yang basah tiba-tiba.
Nuha berpaling ke arah Naqib semula. Bulat matanya melihat Naqib yang menayangkan baldi kecil yang sudah kosong bersisa air sabun sedangkan seketika tadi baldi kecil itu penuh dengan air sabun.
Naqib tergelak melihat Nuha yang sudah memuncung. Nuha yang sudah hampir kepada pintu sliding segera berjalan laju ke arah Naqib. Belum sempat Naqib mengingatkan Nuha tentang lantai yang licin dengan air sabun, Nuha telah jatuh terduduk betul-betul di hadapannya.
Makin memuncung gadis itu memandang abangnya yang sudah ketawa lepas. Laju sahaja tangannya mencapai paip getah yang berada di tangan Naqib dan memancutkan air dari paip getah itu yang masih terpasang tepat pada badan Naqib. Suasana pagi yang tenang menjadi hingar dengan keriuhan mereka dua beradik. Penat bergurau senda, Naqib dan Nuha terduduk di sebelah kereta yang belum siap dicuci.
Nuha melunjurkan kakinya sambil tangannya melipat hujung seluarnya yang sudah lencun. "Bang, baby tukar Hitz balik ye.." Nuha kembali menggiat Naqib.
"Kalau abang dengar Hitz lagi lepas ni dekat dalam rumah, tahulah abang siapa yang tukar. Lepas tu jangan menyesal pulak kalau abang simpan radio tu dalam bilik abang." Ugut Naqib dengan jari telunjuknya yang digoyang-goyangkan di hadapan Nuha.
"Ha... Nak tuduh baby lah tu. Mana tahu kot-kot Mak Jah yang tukar ke..?"
"Aha.. Mak Jah datang sini kalau abang kena pergi kerja dekat luar aje. Pandai ye baby nak salahkan Mak Jah pulak." Naqib mencuit hidung Nuha.
Nuha tergelak perlahan. Telinganya dapat menangkap bait-bait lagu Setanggi Syurga nyanyian kumpulan In-Team.
Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung di basah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman
Nuha mengalihkan pandangannya pada Naqib. Dilihatnya Naqib sedang tersenyum seorang diri. Nuha tersengih dan bersuara, "Eh kenapa dia orang asyik pasang lagu In-Team aje dari tadi?"
"Mana ada asyik.. Baru 2 lagu je dari pagi tadi." Sanggah Naqib.
"Wahh.. Abang bukak Ikim ni dari awal pagi tadi la ye. Subuh-subuh dah pasang radio?" Nuha bertanya sambil menjungkitkan sebelah keningnya. "Kuat jugak penangan dia ye," sambung Nuha dengan pandangan mata yang tak lepas dari Naqib.
"Dia? Siapa dia?" Naqib bertanya lagak orang yang tidak tahu menahu tentang apa yang diperkatakan.
"
Naqib tersenyum lagi. Dia memeluk bahu Nuha seraya berkata, "Ini yang buat abang tambah sayang dekat baby ni.."
Nuha mencebik mendengar kata-kata Naqib. "Tak sayang kat baby, abang nak sayang siapa lagi.." Nuha mengenyitkan matanya pada Naqib.
"Informer abang kata, dia suka dengar Ikim." Naqib bersuara tiba-tiba menghalau sepi yang mula bertandang.
"So tengah praktislah ni?" Pantas Nuha bertanya. Naqib tersengih mendengar pertanyaan Nuha. "Bang, siapa informer tak bergaji abang tu?" Tanya Nuha lagi melihatkan tiada tanda Naqib hendak menjawab soalan cepu emasnya tadi.
"
"Amboi! nak tahu pasal sorang je tapi yang nak menyampaikan maklumat sampai tiga orang. Tak dapat jugak, tak tahulah baby nak cakap apa. Abang kena mandi bunga lah kot nanti." Nuha ketawa lepas. Naqib menjegilkan matanya pada Nuha mendengarkan kata-kata Nuha yang seakan mengutuknya itu.
"Kalau nak mengutuk abang, laju je baby ye." Naqib menarik sedikit hujung rambut Nuha yang dibiarkan lepas tidak berikat. Rambut separas bahu yang sedikit keperangan itu hanya dipinkan di bahagian hadapan sahaja. Nuha kemudiannya menolak perlahan tangan Naqib.
"Lepas ni baby jangan potong rambut lagi," sambung Naqib dengan suara yang sedikit tegas. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Nuha.
Berkerut dahi Nuha mendengarkan kata-kata Naqib. Aikk.. ini arahan ke permintaan? Atau pun nasihat?? Nuha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Abang lagi suka tengok rambut baby panjang macam dulu. Baby ingat lagi tak time baby rambut panjang dulu?" Naqib pantas bersuara menyedari Nuha yang sedikit pelik mendengar kata-katanya tadi.
Rambut panjang? Macam dulu? Kepala Nuha terangguk-angguk. Kenangan waktu kecil dahulu mengintai kotak memorinya.
Tersenyum dia teringatkan Naqib yang sentiasa rajin menocangkan rambutnya sebelum dia pergi ke tadika. Malah Naqib jugalah yang rajin untuk mengeringkan rambutnya setiap kali lepas mandi dan basah kepala. Rambutnya yang sedikit bergulung di bahagian hujung dan sedikit keperangan kelihatan cantik jika dibiarkan panjang melepasi bahu.
Tapi itu dulu... Sepuluh tahun yang lalu. Semenjak berjauhan dengan Naqib hampir empat tahun, dia tidak pernah menyimpan rambut panjang lagi. Naqib yang pulang bercuti agak terkejut melihatkan rambutnya yang telah dipotong pendek. Senyumannya mati tiba-tiba.
"Itulah.. Siapa suruh abang tinggalkan baby dengan pak ngah and mak ngah.." Nuha mencebik memandang Naqib. Dia menjeling Naqib di sebelahnya.
Pecah ketawa Naqib melihatkan reaksi Nuha yang seakan hendak meluahkan rasa geram terhadapnya. "Habis tu takkan abang nak bawak baby tinggal dengan abang dekat asrama," Naqib mencubit perlahan pipi Nuha. "Geram tau abang tengok rambut baby dah pendek masa abang balik cuti akhir semester."
"Oh.. that's why abang bawak baby tinggal dekat rumah kita sepanjang abang cuti
"Orang muda, darah tengah panaslah kata
Naqib tergelak perlahan sebelum menyambung, "Tapi kalau baby girl, mummy nak baby tu nanti ayu macam mama. Rambut nak panjang macam mummy.." Kata-kata Naqib terhenti. Dia mengusap kepala Nuha yang sudah melentok di bahunya.
"Harapan mummy... nak tengok rambut baby macam rambut mummy. Sebab itu abang rasa ralat bila tiba-tiba jumpa baby, rambut baby dah pendek macam rambut abang je lebih kurang," sambung Naqib lagi.
"Baby rindulah.." Nuha bersuara perlahan.
"By... abang
Naqib melunjurkan kakinya. Kepala Nuha yang terlentok di bahunya ditolak perlahan-lahan menghadap wajahnya. "Abang
Seketika kemudian, Nuha menundukkan kepalanya. Sedaya-upaya dia
Perlahan-lahan Nuha memanggung kepalanya. Dia memandang Naqib dengan pandangan yang serius. Melihatkan Naqib yang masih lagi menayangkan muka selambanya, Nuha mencubit kuat lengan Naqib.
"Eh, apa ni ambush abang time abang tak ready lagi." Naqib mengusap bekas cubitan Nuha yang agak perit rasanya.
"Nama pun ambush, bang.." Nuha ketawa lepas. Naqib tersenyum senang melihatkan Nuha yang kembali ceria. Tiada lagi riak duka yang bertamu di wajahnya.
"Bang." Panggil Nuha perlahan. Naqib yang sedang menatap wajah Nuha segera menjungkitkan sebelah keningnya. "Bila abang..." Kata-kata Nuha mati saat Toyota RAV4 milik Idraki meluncur laju masuk ke perkarangan rumah mereka.
Idraki memarkirkan keretanya di sebelah kereta Naqib yang belum siap dicuci. Dia segera melompat keluar dari sport utility vehiclenya yang berwarna merah metalik itu melihatkan Naqib dan Nuha yang sedang bersantai di sebelah kereta Naqib. Sebaik sahaja ternampak Idraki, Naqib bingkas bangun.
"Oii kau.. tak ready lagi?" Idraki bertanya sambil menumbuk perlahan bahu Naqib. Naqib tersengih memandang Idraki. Dia menggaru kepalanya tiba-tiba.
"Sorry, sorry.. Aku lupalah." Naqib menjawab dengan sengihan lebar. "By nak ikut abang?" Tanya Naqib sambil memandang Nuha yang sudah pun berdiri tegak di sebelahnya.
Nuha menjungkitkan keningnya tanda inginkan penjelasan lanjut daripada Naqib.
"Ala Nuha toksah ikutlah. Ini semua kerja orang lelaki je. Tak ada yang menarik pun.." Selamba Idraki berkata. Dia tersengih melihatkan Nuha yang menjelingnya geram.
"Baby nak ikutlah bang. Abang nak pergi mana sebenarnya ni?" Nuha bertanya pada Naqib perlahan. Ohh.. tak nak bagi aku ikut ye. Abang Id ni memang tau. Saje je mengusik orang pagi-pagi ni. Dia tak bagi ikut, lagi aku nak ikut..
"Abang Id ajak abang pergi mancing kat Pulau Ketam."
"Pulau Ketam? Laa kenapa tak bagitahu awal-awal? Kalau tak boleh tidur semalam kat
"Kira nasib baiklah abang Id bagi Nuha ikut sekali hari ni. Kalau tak jangan haraplah abang Id nak bawak Nuha pergi.."
Nuha menjeling Idraki. Dia menjelirkan lidahnya pada Idraki sambil tangannya memeluk lengan Naqib yang sudah menyelukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar bermuda yang dipakainya.
"By pergi siap dululah. Abang nak habiskan cuci kereta dulu," Naqib bersuara sambil menepuk perlahan pipi Nuha. Dia tersenyum melihat Nuha yang sudah memuncung memandang Idraki.
"Tak habis cuci lagi??" Terbuntang mata Idraki memandang Naqib. "Sampai-sampai tadi aku tengok kau dengan Nuha bukan main lagi bersantai kat luar ni. Rupa-rupanya kereta pun tak habis cuci lagi," Idraki membebel panjang.
Naqib hanya tersengih memandang Idraki. "Kalau macam ni baik kau pancing ikan dekat pasar Kajang nu.. Sebutlah ikan apa yang kau nak, semua ada. Tunjuk je dah boleh dapat."
"Mahal tu nak kena bayar lepas tunjuk.."
Idraki menjungkitkan hidungnya mendengar kata-kata Naqib. "Nak makan pun kedekut. Kalau kau nak kepala ikan yang besar and save budget kau, pergi tunggu dekat depan Tesco lepas Subuh."
Naqib ketawa besar mendengar kata-kata Idraki yang lebih kepada menyindirnya. "Betul apa aku kata. Kau gelak ni apahal. Hujung-hujung minggu ni kalau kau pergi Tesco waktu macam ni, alamatnya beraturlah kau nak dapat kepala ikan. Kalau nasib baik ada la.." Sambung Idraki lagi melihatkan Naqib yang tertawa dengan kata-katanya sebentar tadi.
Terangguk-angguk Naqib mendengar kata-kata Idraki.
"Tunggu apa lagi Nuha, siaplah cepat. Lambat karang abang Id tinggal aje. Menangislah Nuha sorang-sorang.." Selamba Idraki menggertak Nuha yang masih lagi berdiri malas di sisi Naqib.
Sekali lagi Nuha menjeling Idraki. Kali ini dia bergerak laju ke arah Idraki dan menumbuk geram perut Idraki sebelum langkah kakinya diatur pantas meninggalkan Idraki dan Naqib berdua. Idraki yang tidak sempat mengelak mengaduh kuat. Tertunduk dia dengan tumbukan kuat yang tiba-tiba itu.
"Uiii... Bahayalah adik kau tu Qib. Macam jantan. Aku rasa baik kau cepat-cepat cari kakak ipar untuk dia. Boleh dia belajar sopan-santun sikit."
Tergelak Naqib mendengar cadangan Idraki. Dia berjalan ke arah paip air, mengisi air ke dalam baldi kecil yang sudah kering dan bergerak semula ke keretanya. Dia meneruskan kerja-kerjanya yang terhenti tadi.
"Kau pun bukan muda lagi. Tiap tahun umur makin meningkat." Sambung Idraki lagi. Matanya memerhatikan kelincahan Naqib mencuci Honda Jazz birunya itu.
Naqib yang mendengar kata-kata Idraki segera berpaling ke arah Idraki dan berkata, "Kau dah kahwin ke Id?"
Idraki tersengih mendengar pertanyaan Naqib. "Kau lupa ye aku lagi muda dari kau.. Ima pun tak lama lagi dapat anak yang kedua. Kau bila lagi?"
"Aku takpe.. Aku tunggu kau lepas, baru aku join kau lepas tu.." Jawab Idraki dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Naqib tersengih mendengar jawapan Idraki.
"Bang!!" Dari dalam rumah Nuha menjerit memanggil Naqib. Naqib mengarahkan kepalanya pada Nuha yang sudah berdiri di beranda biliknya yang menghadap ke serambi depan. "Abang nak bawak towel yang baru basuh tu ke?" Nuha segera bertanya melihatkan Naqib yang sedang memandangnya. Terangguk-angguk Naqib mendengar pertanyaan Nuha. "Baby simpan dalam beg abang, ye."
"Okay sweetie.." Laung Naqib sambil menujukkan isyarat ibu jari pada Nuha. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
"Kau buat apa breakfast tadi, Qib?" Tanya Idraki yang sedang menyandar di pintu keretanya yang terbuka.
"Aku tak buat apa pun pagi ni. Nuha kata tadi nak buat sandwich. Kau pergilah tengok kat dapur tu ada ke tak.."
"Nuha yang buat? Serius ke ni? Nak pengsan aku dengar Nuha masuk dapur.." Kutuk Idraki selamba.
"Kau mengata adik aku pulak ye. Aku kahwinkan korang dua baru tahu," Naqib berkata separuh bergurau.
Idraki yang mendengar kata-kata Naqib tergelak besar dan berkata, "Kalau abangnya nak bagi, adik iparnya setuju aje."
Bulat mata Naqib memandang Idraki yang sudah pun bergerak masuk ke dalam rumah. Dia tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali selepas itu.
No comments:
Post a Comment