“Aku terima nikahnya Dinie Sophea Binti Adli dengan mas kahwinnya…”
Dinie memejam celikkan matanya beberapa kali. Terasa berat sekali kepalanya saat itu. Suara Naqib yang sedang melafazkan akad kedengaran sayup-sayup di telinganya.
“Angah, okay tak ni?” Tanya Adhana perlahan.
Naqib sudah selesai melafazkan akad rupanya dan dia kini sudah sah menjadi milik lelaki itu hanya dengan sekali lafaz. Dinie tersenyum sedikit. Kepalanya dipalingkan menghadap Adhana dan Nuha di sebelah kanannya.
“Angah, abang nak datang sini dah tu..” Nuha tersenyum lebar, memuncungkan mulutnya ke arah Naqib yang berjalan segak ke arah Dinie yang bersimpuh elok di sudut ruang tamu rumahnya.
Dinie menggelengkan kepalanya beberapa kali saat tubuh sasa yang sedang bergerak ke arahnya seakan-akan samar dipandangannya. Matanya dipejam celikkan beberapa kali.
“Angah, okay tak ni?” Suara lembut Nuha yang jelas kerisauan mencecah gegendang telinganya.
Dinie mengerutkan dahinya. Seakan berat mulutnya untuk mengeluarkan kata-kata. Kepalanya dirasakan makin berpusing.
Lambat-lambat Dinie memegang dahinya. Batang tubuh Naqib yang sudah duduk di hadapannya membuatkan Dinie sedikit tersentak. Bibirnya mengukirkan senyum buat Naqib yang tersenyum memandangnya.
Usikan-usikan yang kedengaran tidak dihiraukan Dinie. Kepalanya yang semakin memberat membuatkan dia hanya menumpukan pandangannya pada sang suami di hadapan.
“Sayang kenapa? Okay tak ni?” Bisikan lembut Naqib kedengaran samar-samar di telinganya.
Dinie mengecilkan matanya memandang Naqib yang begitu hampir padanya. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya sekali. Serasa seperti dia masih lagi boleh bertahan dengan sakit di kepalanya saat itu.
Dengan senyuman dalam keterpaksaan, Naqib memandang tepat padanya. Jelas terbayang kerisauan di wajah itu. Dinie menundukkan kepalanya, resah dengan keadaan itu.
Lambat-lambat kepalanya ditegakkan kembali, memandang Naqib saat dia terasa kehangatan tangan Naqib memegang jari jemarinya untuk menyarungkan cincin pernikahan mereka. Berbayang-bayang wajah Naqib di pandangannya saat itu. Biarpun payah, Dinie tetap cuba untuk menghadiahkan senyuman manisnya buat suaminya.
Usikan-usikan nakal semakin membingit. Dinie mengerutkan dahinya. Ditarik tangan kirinya yang dalam genggaman Naqib dan dia mencengkam kuat peha Naqib di hadapannya. Kepalanya semakin berpusing hebat. Pandangannya kelam serta merta.
Suasana kecoh seketika di ruang tamu itu saat Dinie pengsan tiba-tiba. Naqib memangku kepala Dinie di ribanya. Tangan kanannya menyambut huluran mangkuk berisi air putih daripada ummi.
Perlahan-lahan dia menyapu air itu ke wajah isteri yang baru dinikahinya. Dinie masih lagi belum tersedar. Tenang wajah itu saat seisi rumah dalam kerisauan.
“Naqib..” Panggil ummi perlahan. Hajjah Sufiah yang sudah bersimpuh di sebelah Naqib mengusap lembut wajah anak gadisnya di ribaan lelaki itu.
Naqib mengalihkan pandangannya pada ummi. Pandangannya kemudian beralih pada Puan Dahlia di sebelah Hajjah Sufiah.
“Naqib, ummi rasa baik Naqib bawa Piya naik atas dulu..” Lembut ummi bersuara.
“Elok sangat tu Kak Sufi. Risau Lia tengok Dinie tak sedar-sedar jugak ni..” Perlahan suara Puan Dahlia, bersetuju dengan cadangan Hajjah Sufiah. Tangannya mengusap lembut bahu Hajjah Sufiah, faham dengan kerisauan yang menjengah.
Naqib menganggukkan kepalanya sekali. Dikitarkan pandangannya pada mata-mata yang memandang mereka. Senyuman hambar diukirkan pada Idraki yang berdiri beberapa langkah di hadapannya. Perlahan-lahan dia mencempung tubuh kecil itu. Berhati-hati dia berdiri dan mengatur langkahnya menuju ke anak tangga.
“Bilik dekat hujung sebelah tangga Qib,” Encik Adli menepuk perlahan bahu menantunya. Baru sebentar tadi dia menikahkan Dinie dan sekarang anak gadisnya itu sudah tidak sedarkan diri pula.
“Qib naik dulu, bah, ma, ummi..” Naqib menundukkan kepalanya sedikit, bagi menghormati mereka bertiga. Pada Encik Ihsan dan Idraki dihulurkan senyuman penuh keresahan. Dia menganggukkan kepalanya sekali saat matanya menangkap ucapan ‘take care’ daripada pak ngahnya itu.
Perlahan-lahan Naqib berjalan meniti anak tangga dengan penuh berhati-hati. Pintu bilik pengantin yang terbuka luas membuatkan dia memanjangkan langkahnya. Kakinya bergerak ke arah katil dan perlahan-lahan dia membaringkan tubuh Dinie di situ.
Tudung krim yang melitupi kepala Dinie ditanggalkan perlahan-lahan. Dia mengusap perlahan kepala itu sebelum mencium dahi isterinya lembut. Naqib turut melabuhkan punggungnya di sisi Dinie yang seakan lena diulit mimpi.
Matanya merenung Dinie penuh kasih. Sesekali tangan kasarnya mengusap lembut kepala isterinya itu. Lambat-lambat dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Hajat di hati untuk berjemaah dengan isterinya pada malam itu tidak kesampaian.
Namun dia tetap perlu menunaikan solat syukur dua rakaat. Syukur kerana Allah mengurniakan Dinie Sophea padanya. Syukur kerana dipermudahkan urusan pernikahan mereka biarpun isterinya itu pengsan tiba-tiba.
Dinie Sophea membuka matanya perlahan-lahan saat Naqib sedang mengalunkan ayat suci al-quran. Dia memusatkan pandangannya pada Naqib yang sedang solat di sudut hujung bilik itu.
Lambat-lambat badannya disandarkan ke kepala katil. Dia menegakkan duduknya sambil mata masih lagi tidak lepas dari memerhatikan Naqib yang sedang khusyuk solat. Rasa pedih di perut menggantikan pening di kepalanya.
Berkerut dahi Dinie memikirkan situasinya saat itu. Serasa seperti baru sebentar tadi dia sedang dalam debaran menanti lafaz akad Naqib. Bukan sahaja dalam debaran, malah dalam seksa menahan sakit di kepala. Pantas matanya mengerling jam yang tergantung di dinding.
“Ya Allah! Dah pukul sebelas!” Perlahan Dinie bersuara dalam terkejut melihatkan waktu kala itu. Pantas dia bingkas bangun dari katil.
"Ya Allah, apa dah jadi tadi? Jangan kata aku terblackout pulak. Siapa yang bawa aku naik atas ni? Dia ke? Ya Allah malunyaaa…" Dinie menggumam perlahan.
Suara Naqib sayup-sayup memberi salam membuatkan Dinie mengalihkan pandangannya ke sudut bilik itu. Suaminya itu baru sahaja selesai bersolat. Kepalanya dihalakan ke arah Dinie Sophea yang sedang tegak berdiri di sebelah katil.
Mereka bertentang mata seketika sebelum Dinie mengatur langkah lemah ke bilik air. Sempat dia menarik tualanya yang tergantung di penyidai.
“Adoii mak! Lupa pulak nak ambil baju sekali..” Dinie menepuk kepalanya perlahan, baru tersedar dia tidak membawa pakaian untuk ditukar usai mandi nanti. Dinie membuka pintu bilik air perlahan-lahan. Matanya tertumpu pada pintu biliknya yang baru sahaja ditutup.
“Dia keluar agaknya..” Pintu bilik air ditutup kembali dan dia segera membasahkan tubuhnya.
Sebelas minit kemudian Dinie selesai mandi dan berwudhuk. Tubuhnya hanya dibaluti tuala. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air. Liar matanya memerhatikan setiap sudut biliknya itu.
Tersenyum lega Dinie, yakin Naqib sudah keluar sebentar tadi. Pantas langkahnya diatur ke almari pakaian. Dia mencapai pakaiannya dan berlari ke bilik air. Tidak disedarinya kewujudan Naqib yang sedang berdiri di balkoni bilik, menyandar di hujung balkoni menghadap ke dalam bilik.
Naqib tergelak perlahan melihatkan tingkah isterinya itu. Dia menggerakkan badannya sedikit ke belakang pula, menghadap halaman rumah yang terbentang luas.
“Aaaaaa!!!”
Tersentak Naqib mendengarkan jeritan Dinie. Dia berpaling semula dan berjalan pantas ke arah isterinya itu. Pecah tawanya melihakan Dinie yang terduduk di hadapan pintu bilik air.
“Aaaaaaaaaaaaaa!!!” Sekali lagi Dinie menjerit saat ternampakkan Naqib. Pantas Naqib menghampiri Dinie dan menutup mulut comel itu dengan tapak tangannya.
“Piya, saya la ni..”
Sebab awak la saya jerit… Malunya ya Allah! Hatinya menjerit tanpa suara. Dinie menundukkan kepalanya. Makin segan berhadapan dengan Naqib saat itu.
“Awak.. Meh sini.. Bangun.. Itulah, lari macam tak cukup tiles.. Kan dah jatuh..” Naqib menarik perlahan tangan Dinie, membangunkan isterinya itu.
“Dah, Piya tukar baju dulu ye,” Lembut suara Naqib memujuk saat Dinie sudah tegak berdiri di hadapannya, faham dengan keadaan itu. Pantas Dinie berpaling dan masuk ke dalam bilik air.
Naqib tertawa lagi saat pintu bilik air itu tertutup rapat. Senang hatinya melihatkan tingkah Dinie yang masih malu-malu dengannya. Langkahnya segera dihayun ke luar bilik dengan senyuman tak lekang dari bibir.
Lima belas minit kemudian, Naqib kembali ke bilik. Dikuak perlahan daun pintu sambil memberi salam. Matanya tertumpu pada Dinie yang sedang menyidai tikar sejadah.
“Pak ngah, mak ngah, abang Id dengan baby kirim salam dekat Piya,” lembut Naqib bersuara, menyampaikan salam keluarganya saat matanya melihat Dinie hendak menyarungkan tudung di kepala. Pergerakan Dinie terhenti.
“Piya baru je nak turun jumpa semua..” Lemah suara Dinie saat itu. Rasa bersalah membaluti hatinya.
Tersenyum Naqib mendengarkan kata ganti nama yang digunakan isterinya itu.
“Semua dah balik ke?” Tanya Dinie perlahan.
Naqib mengatur langkah ke arah Dinie saat dia menyedari kelainan pada suara gadis itu. Tangan Dinie dicapainya dan ditarik perlahan ke arah katil. Matanya mengisyaratkan supaya isterinya itu duduk di atas katil.
“Semua orang dah balik. Nanti kita pergi rumah diorang ye sayang..” Lembut Naqib memujuk, tahu isterinya itu diserang rasa bersalah. Tangan Dinie dalam genggamannya dielus lembut. Dinie mengangguk lemah.
“Piya nervous sangat ke tadi sampai pengsan-pengsan ni..” Sambung Naqib dengan nada mengusik. “Ummi kata Piya tak makan dari semalam, ye?”
Dinie membulatkan matanya. Kepalanya digelengkan beberapa kali.
“Hana kata Piya tak tidur dua hari ni..”
Sekali lagi bulat mata Dinie memandang Naqib. Kepalanya digelengkan lagi beberapa kali.
“Dah tu macam mana boleh blackout tiba-tiba ni..”
“Piya lapar…” Jawab Dinie perlahan. Hampir tak kedengaran suaranya.
“Piya tak makan dari semalam ye?” Tanya Naqib lagi.
“Makan..” Pantas Dinie menjawab sedikit kuat. “Pagi tadi.. Sikit.” Dinie menyambung kata-katanya perlahan.
Naqib menggeleng sekali, tahu Dinie berselindung dengannya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Dinie.
“Kenapa Piya tak makan? Dari pagi semalam ke Piya tak makan? Kalau kena gastrik macam baby kan susah nanti.. Prevent is better than cure, right? Lepas ni Piya tak boleh makan ikut suka-suka hati je. Mesti on time.. Okay?”
Bulat mata Dinie memandang Naqib.. Aduhaiii cik abang sorang ni.. Orang tengah lapar ni dia nak bagi ceramah pulak.. Dinie memuncung memandang Naqib. Lambat-lambat dia mengangguk sekali.
“Piya nak turun makan?” Tanya Naqib lembut dengan senyuman tak lekang dari bibir.
Pantas Dinie mengangguk beberapa kali. Pecah tawa Naqib melihatkan reaksi Dinie. Dia merapatkan tubuhnya pada isterinya itu, mengurangkan jarak antara mereka.
Dinie bergerak ke kiri sedikit, rasa segan dengan Naqib masih lagi menebal. Naqib tersenyum lebar. Dicapainya jari jemari Dinie yang sedang memintal bantal dalam pelukannya.
“Piya tau tak Piya ni comel…”
Dinie mengerutkan dahinya. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Matanya mengerling sekilas pada tangannya yang sudah kembali berada dalam genggaman Naqib.
Naqib masih lagi tersenyum melihatkan Dinie yang semakin tidak keruan. Lambat-lambat dia mengusap tangan Dinie perlahan. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata sang isteri di hadapan. Dinie pantas menundukkan kepalanya. Bibirnya diketap lembut.
“Piya malu lagi dengan abang ye…” Nakal suara Naqib mengusik. “Kenapa susah sangat abang nak dengar suara Piya malam ni..”
Naqib sudah mula membahasakan dirinya dengan Dinie. Dinie tersenyum dalam diam.
“Haa.. Senyum sorang-sorang tu kenapa? Pikirkan abang la tu..” Giat Naqib lagi dengan senyum nakal terukir di bibirnya.
“Abang…” Panggil Dinie perlahan hampir tak kedengaran. Naqib tersenyum lebar. “Piya lapar..”
“Okay, jom turun.. Mama dengan babah ada kat bawah lagi rasanya.”
“Ummi?”
“Ummi dah balik sayang. Abang suruh ummi balik Bangi dulu sebab Piya dah sedar pun tadi. Kesian abang tengok ummi. Penat satu hari suntuk.”
Dinie menganggukkan kepalanya beberapa kali. “Abang...” Panggil Dinie lembut. “Jom kita balik Bangi,” Perlahan suara itu seakan segan hendak berkata-kata.
Naqib tersengih. Matanya menatap wajah Dinie di hadapannya.
“Abang...” Panggil Dinie lagi.
“Abang tak tahu pulak isteri abang ni manja..” Naqib mencuit lembut pipi Dinie.
“Piya pun tak tahu abang macam mana..” Balas Dinie laju.
Naqib menjungkitkan keningnya sedikit dan berkata, “Dah tu kenapa Piya tak kisah terima lamaran abang?”
“Se… Se… Emm…”
“We’re meant to be, sayang. This is our destiny, insyaAllah..” Jawab Naqib tenang saat Dinie tergagap mencari jawapan. “Lepas ni kita belajar kenal each other. Lagi senang dan meyakinkan, right?”
Berkerut dahi Dinie menendengarkan ayat terakhir Naqib.
“Kita kan dah jadi suami isteri. Abang nak buat apa kat Piya pun takpe…” Serentak dengan itu Naqib mencium lembut pipi isterinya.
Dinie memuncung. “Tak ada kena mengena pun. Jawapan takleh pakai..” Dinie menggumam perlahan.
Naqib ketawa lepas. Dia mencuit pipi Dinie sekali lagi. Tepukan perlahan Dinie singgah di tangannya. Naqib ketawa lagi.
“Abang ni tak reti duduk diam la..”
“Wahh.. Dah pandai mengata abang ye.. Takpe, takpe.. Perubahan yang baik.”
Naqib tersengih memandang Dinie. Tangannya melingkari pinggang isterinya itu. Dagunya dilabuhkan ke kepala Dinie.
“Betullah orang kata bercinta lepas kahwin ni lagi best, lagi nikmat..” Tenang Naqib mengeluarkan kata-kata selepas dia menyelesakan duduknya. Dinie mencebik.
“Aaahhh..” Dinie terjerit perlahan saat tangan Naqib laju sahaja mencuit pinggangnya. “Abang… Tak maula usik Piya lagi…” Dinie kembali memuncung. “Okay, sekarang Piya dah tau abang ni suka mengusik, tak reti duduk diam-diam,” dia menyambung lagi kata-katanya.
Naqib ketawa lepas.
“Good girl..” Naqib bersuara selepas tawanya mati. “You’ll learn more as days pass by.. Jom kita turun bawah. Nanti kang Piya pengsan lagi, kesian kat abang..”
"Kesian kat abang buatpe.. Piya la yang patut dikesiankan..."
Naqib bingkas bangun, menarik perlahan tangan Dinie. Dia hanya ketawa lepas mendengarkan rungutan manja isterinya. Mereka kemudiannya beriringan keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah..

*******************

No comments:
Post a Comment