June 9, 2009

2


“Ha, Wan. Kenapa kamu ada dekat kelas ni?” Tegur Cikgu Haidar sebaik sahaja dia meletakkan buku-bukunya di atas meja.

Siapa budak Aliff ni sebenarnya? Kenapa semua cikgu yang masuk kenal dia? Hebat sangat ke dia masa kat sekolah ni dulu? Atia mengalihkan pandangannya pada Aliff Izwan yang duduk seorang di barisan paling belakang. Semua pelajar di dalam kelas itu duduk berpasangan kecuali lelaki itu. Nasiblah sebab jumlah pelajar kelas ni pun ganjil, 29 orang.. Menyedari pandangannya yang bertaut dengan sepasang mata nakal itu,pantas Atia berpaling ke hadapan semula.

“Kamu tak apply JPA ke?” Tanya Cikgu Haidar lagi melihatkan Aliff Izwan hanya tersengih lebar.

“Ada mintak JPA.. Tapi tak dapat..” Jawab Aliff Izwan tenang. Pandangannya dikalihkan ke luar tingkap, melihat pokok-pokok hutan di sekeliling kelas itu.

Dapat MARA sebenarnya cikgu.. Patut dah ada kat INTEC sekarang, kena attend kelas persediaan ke Korea! Betul ke pilihan aku ni?? Kenapa aku tak rasa apa-apa masa dapat offer dari MARA tu?? Kenapa tak rasa kecewa masa mama dengan babah bagi nasihat panjang lebar?? Kenapa?? Kenapa??? Aliff Izwan mengalihkan pandangannya pada seorang gadis yang duduk di barisan paling hadapan kelas. Pantas dia bingkas bangun, menolak kerusinya ke belakang. “Dum!” Bunyi kerusi kayu itu yang terjatuh membuatkan berpasang-pasang mata membuang pandang ke belakang kelas. Lelaki itu tersengih menunjukkan dua jarinya yang membentuk tanda peace.

“Toilet, cikgu..” Pantas dia menuturkan kata dan mengatur langkah ke luar kelas. Sudahnya sehingga tamat sesi pembelajaran pada hari itu dia tidak menunjukkan wajah.

“Tia, mana pakwe awak pergi ha??” Tanya Nani sebaik sahaja guru mata pelajaran Malaysian University English Test (MUET) melangkah keluar dari kelas itu.

Bulat mata Atia mendengarkan soalan itu. “Siapa?” Tanyanya sepatah. Jujur.

Nani ketawa diikuti dengan sekumpulan gadis di dalam kelas itu. Mereka gemar memadukan orang, dan pasangan yang terbaru adalah Atia Hanan dengan Aliff Izwan. Usikan itu berlarutan kerana Atia bukanlah seorang yang mudah ambil hati apetah lagi untuk marah-marah. Tingkah Aliff Izwan sendiri yang gemar mengusik dan mengganggu Atia menguatkan lagi paduan Nani dan kawan-kawannya. Hanya sesekali mereka berhenti mengusik apabila Yusra mencelah, menggertak mereka saat melihatkan Atia yang letih melayan kerenah kawan-kawannya itu.

“Tia, patutnya Tia marah je diorang tu. Yus tahu Tia tak suka sebenarnya kan?”

“Alamak, Yus silap oranglah.. Tia mana lah reti nak marah-marah orang ni..” Atia menjawab perlahan.

“Dah tu Tia nak biar je sampai habis sekolah?”

Atia menjungkitkan kedua belah bahunya. Dia tersenyum pada Yusra yang membulatkan matanya. Pandangannya ditebarkan pula ke serata kelas yang sudah kosong. Tinggal dia bersama Yusra sahaja, tak lupa beg sandang tepi Shoei, milik Aliff Izwan. Kata Yusra, mat rempit suka pakai beg macam tu. Dia yang tidak tahu apa-apa hanya tersenyum mendengarkan tanggapan itu. Entah betul entah tak.. Bukan dia tak pernah mendengar cerita Aliff Izwan bersama rakan-rakan lepaknya yang akan datang melepak di kelas mereka pada waktu rehat. Kelas mereka umpama markas kaki rempit itu. Namun, akalnya sukar untuk mempercayai bahawa lelaki itu seorang kaki rempit.

“Jom..” Ajak Yusra sebaik sahaja dia selesai mengemas barang-barangnya. Dia melangkah ke pintu belakang untuk menutup pintu itu manakala Atia melangkah perlahan untuk keluar melalui pintu hadapan.

“Buk!”

“Aduii.. Ya Allah...” Pantas Atia menggosok kepalanya yang terhantuk pintu. Seraut wajah yang terjengul di balik pintu itu membuatkan Atia mengalihkan pandangannya.

“Sakit ke?”

Tanya pulak! Dia pergi tolak pintu tu kuat-kuat apehal? Tak pasal-pasal boleh benjol kepala aku ni! Atia segera berpaling dan terus keluar dari kelas itu, meninggalkan Yusra.. dan Aliff Izwan yang baru muncul.

“Kau ni hantulah! Tak menyakitkan orang satu hari tak boleh erk? Kau ingat Tia tu macam kau ke? Dia tu dahla lembut, tak reti nak marah orang. Aku rasa lama-lama pendam marah, boleh gila Tia tu tau!” Yusra berhenti seketika melihatkan raut wajah selamba yang ditunjukkan Aliff Izwan. “Argghh.. Malaslah aku nak cakap lagi dengan mangkuk kucing ni!” Yusra menjerit sedikit kuat, geram dengan reaksi lelaki hati batu di hadapannya itu. Aliff Izwan tersengih dan menjelirkan lidahnya. Dia mengatur langkah laju, ke tempat duduknya di belakang kelas. Barang-barangnya disumbat ke dalam Shoei hitam berbelang kelabu miliknya.

“Chow chin choww!” Aliff Izwan menjegilkan matanya saat dia melepasi Yusra yang masih lagi berdiri tegak di hadapan kelas.


*****************


“Main netball?” Tanya Atia seakan meminta kepastian daripada Yusra yang sedang bercerita sedari tadi. Yusra mengangguk laju. Bersinar matanya tanda dia begitu teruja.

“Tapi Tia dah lama tak main netball, Yus..”

“Ala.. Takpe.. For fun je Tia..”

“For fun? Tapi kita main untuk kelas kan?”

“Yup!” Yusra tersengih lebar.

“Dah tu takkan for fun je? Mestilah kalau boleh nak menang kan?” Sanggah Atia.

Yusra menjungkitkan keningnya beberapa kali. “Then, strive for the best!” Balas Yusra seketika kemudian.

Atia mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali sebelum berkata, “Count me in..”

Yusra tersenyum lebar. “That’s my friend!” Dia memeluk bahu Tia dan mencium pipi kawannya itu. Atia terjerit kecil. Yusra ketawa mengekeh. Perkenalan yang baru berusia 3 bulan itu tak membataskan jalinan persahabatan dua orang gadis itu.

“Huiii... Les!” tegur satu suara.

“What the.....” Yusra mematikan kata-katanya saat terlihatkan Aliff Izwan yang sedang bersandar di RXZ hitam kesayangannya itu. “Jom pergi jauh-jauh sikit Tia.. Malapetaka dah sampai!” Sinis Yusra bersuara, menarik lengan Atia ke bawah pondok berhampiran pagar sekolah. Tawa lelaki itu jelas kedengaran mengetuk gegendang telinga kedua-dua orang sahabat itu.
“Padanlah ustazah jaga mata tak tengok anak teruna.. Dia dah ada ‘balak’ rupanyaa..” Teriakan Aliff Izwan mengundang kerutan di dahi Atia. Berubah raut wajahnya tika itu. Yusra yang menyedari pantas menarik Atia rapat padanya. Dibisikkan kata semangat ke telinga kawannya itu.

“Memang itu aje yang mampu Tia buat, Yus. Besar ganjarannya orang yang sabar ni..” Tia kembali mengukir senyum. Pandangannya dialihkan pula ke tengah padang. Lelaki bernama Aliff Izwan itu sedang bermain ragbi bersama pasukan ragbi sekolah setelah melakukan sedikit regangan di tepi padang sebentar tadi.

“Tia tahu tak, budak tu player sekolah! Dari olahraga ke sukan macam bola sepak, ragbi, basketball, semua dia nak join..” Tutur Yusra, menyedari arah pandangan kawannya itu. Atia memandang Aliff Izwan yang sedang berlari sambil memeluk bola ragbi dengan kerutan di dahi. “Kenapa?” Tanya Yusra pelik.

Segera Tia menggeleng. Dia tersenyum kemudian. Melihatkan rata-rata pemain di padang itu mengenakan seluar pendek yang tidak melepasi paras lutut, pantas dia mengalihkan duduknya menghadap Yusra di sebelah. Jam di tangan dikerling sekilas sebelum dia kembali menumpukan perhatian pada Yusra yang rancak bercerita.

1 comment:

  1. uish! mcm yus jer yg end dgn aliff..
    eh... ye ke?
    hmm... nk bce lg..

    -Q

    ReplyDelete