“Leno! Mana Bob?”
“Bob ambil barang yang Tengku nak tadi dekat kereta. He’ll be here in any minutes..”
“Shit! Wasting my time. He’s supposed to keep the cam with him!”
“Mama,”
Astaghfirullahalazhim.. Ain mengucap panjang. Terbang ingatannya sebentar tadi. Dada diurut beberapa kali. Bulat matanya memandang Falah yang tersengih-sengih.
“I’m sorry..” Manja suara si kecil itu mencari simpati. Tubuh kecilnya merapati Ain. Perlahan dia memeluk mama In nya erat. Sempat dikucup pipi Ain sekali.
“Nasib baik jantung mama sihat lagi tau,”
Falah ketawa perlahan. “Papa suruh panggil mama.. Papa kata kalau mama lambat, papa tinggal.”
Makin bulat mata Ain mendengarkan kata-kata yang dimuntahkan si kecil itu.
“Papa kata macam tu?”
Falah mengangguk laju. Ain mencebik. Ammar sudah kembali seperti dulu. Suka mengusik!
“Falah nak balik dengan mama atau nak balik dengan papa?”
“Ma—”
“Eh tak, tak.”
Belum sempat Falah menghabiskan jawapannya, Ain pantas mencelah.
“Hermm.. Falah sayang,” Ain bingkas bangun. Falah ditarik dalam pelukan sebelum si kecil itu didukung kemas. “Falah.. Falah balik dengan papa dulu, boleh? Cakap dekat papa, mama jumpa kawan sekejap.”
“Where’s your friend, ma?”
Ain tersenyum malu. Mata Falah tak lepas dari memandangnya. Payah hendak berselindung dengan si kecil itu.
“Sekejap lagi mama nak jumpa kawan mama. Sayang balik dengan papa dulu ye,”
Falah memuncung. “Falah nak balik dengan mama..” Si kecil itu merengek manja. Kepala dilentokkan ke dada Ain. Ain memuncung sedikit.
“Falah..” Meleret suara Ain. “Falah mana boleh ikut mama.. Mama ada surprise untuk Falah..”
“Really?” Kepala Falah sudah tegak memandang Ain. Bersinar mata si kecil itu mendengarkan perkataan surprise. “Mama nak bagi present dekat Falah yeaaa..” Suara manja Dayana Falah kembali kedengaran. Tersengih-sengih si kecil itu menayangkan barisan gigi susunya.
“Falah suka?”
Falah mengangguk laju. Terbuai rambut ikalnya saat itu. Ain tersenyum lebar. Falah diturunkan dari dukungan. Ain menunduk sedikit. Kepalanya dihala tepat ke arah si kecil Falah. Serentak dengan itu susuk tubuh Ammar singgah di matanya. Pantas Ain menarik Falah rapat padanya. Wajahnya didekatkan dengan wajah comel Falah.
“Sayang balik dengan papa tau. Papa dah ada dekat kedai hujung sana,” Mata Ain mengisyaratkan pada outlet MPH beberapa lot di belakang mereka, “Falah balik dulu. Ingat pesan mama tadi,”
“Em,” Falah tersenyum lebar. Laju sahaja bibir comel itu hinggap di pipi Ain. Ain membalas dengan usapan di kepala Falah. “Mama jangan balik lambat tau,”
“Iya sayang.. Lagipun kan mama nak buat puding untuk Falah malam ni,”
Falah mengangguk kesukaan. Bibirnya menguntum senyum. Sempat si kecil itu melambai pada Ain sebelum berlari ke arah Ammar. Ain pantas berlalu sebaik sahaja Ammar memegang erat tangan si comel Falah. Sekelipan bayangnya hilang di celah orang ramai.
----------------------------------------------------------------------------------
“Una rasa macam mana?”
Ain diam. Tekun mendengar suara Husna di hujung talian. Telefon bimbit dilekap kemas, rapat ke telinga yang dilitupi tudung coklat gelap bersulam di hujung. Sesekali kepala Ain terangguk-angguk perlahan.
“Em.. Memang Rin sure apa yang Rin dengar malam tu,”
Penuh semangat Ain bersuara. Duduknya yang mengiring rapat ke kanan membuatkan dia tidak sedar tempat di hujung bangku kayu itu telah diduduki. Gadis itu makin rancak menyuarakan rasa hatinya.
“Rin baru je terfikir pasal ni. Rin rasa macam Rin dah kena tipu hidup-hidup dengan Tengku Nashreen, Una. Memang Rin pasti orang Tengku tu tak sempat nak rakam apa-apa,”
Berkerut dahi Ain seketika. Keriuhan di sekeliling sedikit pun tak mengganggu tumpuannya.
“Entahla.. Rin susah hati jugak ingat-ingat balik. Tapi bila fikir dua tiga kali, Rin rasa Rin boleh handle benda ni.”
Ain menganggukkan kepala, mendengarkan balasan Husna.
“InsyaAllah. Rin pun harap dia betul-betul berubah kali ni. Tak tau kenapa Rin terfikirkan benda tu balik lepas Nashreen datang minta maaf last week. Rin asyik teringat je, Una..”
Ain tersenyum. Kepalanya digelengkan perlahan. Beberapa kali.
“Nikah hujung bulan, kenduri esoknya. Mana tak seram.. Herm.. Una macam mana? Widad meragam tak hari ni?”
Ain ketawa perlahan mendengar balasan Husna.
“Rajin abi dia datang melawat ye. Siap bawak tok mama Widad lagi tu. Untung Una. Aunty Suhaili memang baik.. Anak Aunty Suhaili apetah lagi...”
Ain sambung ketawa. Kepalanya digelengkan sekali sebelum kembali bersuara.
“Hish. Ke situ pulak. Segan la Rin.”
Berkerut seketika dahi gadis itu. Kepala yang tidak gatal digaru sedikit.
“Hii.. Tak mahulah. Seganlah Rin. Memang la Rin dah okay dengan dia.. Tapi.. Emm entahlah. Susah la nak cakap, Una..”
“Apa yang susah nak cakap ni?”
Ain pantas menoleh ke sisi. Wajah Ammar terbias di kornea. Dia bingkas, tegak berdiri di sisi bangku kayu itu. Berapa lama Ammar di situ? Adakah dia mendengar semuanya?? Mata Ain meliar ke kawasan di sekitarnya. Bayang Falah tak ternampak dek mata.
“Falah ada dengan Nashreen,”
Bulat mata Ain mendengarkan jawapan ringkas Ammar. Lelaki itu nampak tenang.
hope hepi ending
ReplyDeleteain n ammar..
waaa....akhirnya =)
ReplyDeletemintak-mintakla hepi ending..
suke..
nashreen ek yg pndg tuh..
ReplyDeletetulaa..dulu wat jht..skang nyesal..
hope dye pon jmpe laki len yg ley bimbing dye..
huhu..
nk ain ngn ammar..
hepi ending..smbung2..
Falah, Ammar n Ain yang cumil.. =)
ReplyDeletenashreen, tolonglah insaf. janganlah lukakan hati ain, falah dan ammar.
ReplyDeletehappy ending please :)
Miss Nina...
ReplyDeleteNashreen tu dah insaflah...
huhu padam muka dia, dulu buat jahat lagi,
skarang dah dapat balasannya...