January 18, 2011

Kills Two Birds With One Stone [end]



‘Abang terpaksa je sebenarnya. Terpaksa terima Iqa,’


Kata-kata ‘Ukasyah seakan bergema di telinga Afiqah. Dia terkelu, berbalas pandang dengan suaminya. Lama. Bunga senyum yang dapat dilihat di raut wajah suaminya itu membuatkan Afiqah mengetap bibir, geram. Lengan lelaki itu ditepuk perlahan.


“Abang, main-main tau. Sikit lagi je Iqa nak terasa tadi,”


‘Ukasyah ketawa lepas. “Dari awal lagi abang rasa seronok kalau dapat kacau Iqa,”


Afiqah mencebik.


“Abang redha tak dapat doktor sebab abang tau Iqa pun kerja hospital jugak nanti,” tersengih ‘Ukasyah di hujung kata-katanya.


“Bila pulak Iqa nak kerja dekat hospital?”


“Hospital kanak-kanak,”


Afiqah menggeleng dan mengerutkan dahi memandang ‘Ukasyah, menghantar isyarat dia masih belum memahami butir kata lelaki itu.


“Iqa major in special edu kan?”


Afiqah mengangguk laju.


“Minor?”


“Maths,”


“Hmm.. Lebih kurang macam hospital kanak-kanak la jugak kan Iqa. Kalau ajar pendidikan khas, jumpa kanak-kanak istimewa. Ajar matematik, jumpa student yang baru nak cerdik maths. Macam hospital pendidikan, got it?”


Afiqah mengangguk lambat-lambat. “Kalau macam tu semua cikgu kira macam kerja hospital la,”


“Em hm. Doktor pendidikan,”


“Kalau gitu kena ambil master and PHD la dulu,”


“Itu untuk title la sayang.. Kalau Iqa ikhlas mengajar student, boleh dikira macam doktor la jugak,” ‘Ukasyah tersenyum mengerdipkan mata.


“Em abang, Iqa betul-betul minta maaf tau. Iqa cuma nak tengok ummi senang hati,”


“Abang okay la Iqa, dah tak marah pun. Abang boleh terima. Memang silap abang sendiri. Kalau dari awal abang terima kerja dengan abah, ummi takkan buat semua ni. Kills two birds with one stone ummi kata dekat abang lepas nikah tadi. Abang dapat Iqa, ummi pun dapat apa yang ummi doakan, abang kerja dengan abah.”


Afiqah diam mengukir senyum. “Bang,” panggil Afiqah lembut.


“Em hm?”


“Kita stay Kuala Selangor nak lepas kenduri along lusa ni?”


“Stay sana?”


“Em.. Kenduri kat rumah abang kan hujung minggu nanti. Ada lagi empat hari. Boleh la kita stay sana.. Nak?”


‘Ukasyah diam. Memikir.


“Iqa dah lama tak jumpa family angkat dekat Kampung Penambang. Boleh la bang..”


“Family angkat?”


“Em em. Family angkat masa program bakti siswa last year. Program buat dekat Kampung Penambang, Kuala Selangor. Kampung nelayan. Kalau abang nak tahu, Abang Kasyful anak ketua kampung nelayan tu tau. Iqa kenal dia masa program tu la. Tup-tup sekarang jadi abang ipar pulak,” senyum lebar Afiqah terkenangkan masa lalu.


“Oohh. Padanla petang tadi abang tengok Iqa mesra dengan family Kasyful, macam dah kenal lama..” Terangguk-angguk ‘Ukasyah.


“Hm so? Boleh tak, bang?”


“Em cannot. Negative. Iqa tak boleh pergi mana-mana.”


“Kenapa?”


“Saja. Abang kan kuku besi. Arahan mandatori abang bagi ni. Iqa nak jadi isteri solehah kena ikut cakap abang. Kita terus balik sini lepas kenduri Ifah dengan Kasyful dekat kampung Penambang nanti,”


“Abang... Iqa minta maaf,” tersedar Afiqah suaminya itu sudah mendengar kata-katanya pada Afifah sebelum ini. “Ya Allah, Iqa betul-betul minta maaf,”


“Iqa ingat dengan maaf boleh padamkan memori apa yang dah jadi sebelum ni?”


Afiqah menggeleng pantas. Betul-betul sesal dengan keterlanjuran kata.


“Kenapa panggil abang kuku besi?”


“Sebab abang garang,” perlahan Afiqah menjawab seakan berbisik. Takut-takut.


“Siapa kata abang garang?”


Afiqah menikus di hadapan ‘Ukasyah. Dia mengetap gigi. ‘Tu bukan garang ke???’ Hatinya menjerit geram. Hanya seketika. Dia beristighfar kemudiannya, sedar silapnya sendiri.


“Abang, Iqa minta maaf sekali lagi. Iqa janji Iqa tak panggil abang yang bukan-bukan lagi,” berkaca mata gadis itu mengharapkan pengampunan. Sedar keterlanjuran kata bukan boleh diundur. “Bang, Iqa sungguh-sungguh minta maaf dengan abang kali ni,” setitis air mata mengalir di lekuk pipi.


Belum sempat dia mengesat mutiara jernih itu, tangan ‘Ukasyah lebih pantas bergerak. Suam telapak tangan itu di pipinya. Afiqah tersedu sedikit, menentang pandangan suaminya. Lelaki itu mengerdipkan mata. Nakal. Ada bunga tawa yang terhias di balik senyum penuh makna itu. Pantas tangan Afiqah mencuit lengan suaminya.


“Tak penat ke usik orang?” Tanya Afiqah dalam sendu.


“Naa when it comes to you my dear,”


‘Ukasyah tersengih nakal. Afiqah mencebik. Namun, sesaat kemudian dia meraih tangan suaminya.


“Abang betul-betul terasa ke bang? Iqa minta maaf sangat kalau abang terasa dengan apa yang Iqa kata tadi,”


‘Ukasyah menggeleng. “Biasa dah Iqa.. Dari sekolah lagi ada yang panggil abang, Hitler.”


Bulat mata Afiqah. “Habislah Iqa macam ni,”


Pecah tawa ‘Ukasyah. Afiqah tersengih.


“Not to worry sayang.. Dengan Iqa, abang boleh jadi Johnny Depp atau Jack Black or maybe Pierce Brosnan, tapi Hitler, no..”


Afiqah ketawa perlahan. “Ada-ada je la abang ni,” Afiqah mengesat sisa air mata di tubir matanya.


“Ala kesiannya dia.. Tak mau nangis dah ya. Kita tidur Kuala Selangor je nanti. Boleh tengok kelip-kelip, boleh singgah Pulau Ketam.. Nak?”


Afiqah ketawa lagi. Dia menggeleng. “Tak nak.. Nak pergi jumpa family angkat Iqa je,”


“Okay, okay. Abang tak kisah nak buat apa pun. Janji Iqa ada dengan abang,”


Afiqah mengangguk laju. ‘Ukasyah bergerak sedikit. Rapat pada Afiqah. Dirangkul bahu isterinya lembut. Kepala gadis itu ditolak perlahan, menyandar ke bahunya.


“Berkat abang tak lawan cakap ummi, abah.. abang dapat Iqa. Iqa yang hampir sempurna di mata abang, pelengkap abang. Allah Maha adil, Maha sempurna. Segala kesempurnaan kembali kepada-NYA, menjadikan kita hamba yang kerdil. Semoga abang dapat jaga Iqa, bimbing Iqa, bimbing keluarga kita. Semoga kita dapat bina keluarga hasanah.


“InsyaAllah, bang.. Kita sama-sama usaha. InsyaAllah,”


“InsyaAllah..”


‘Ukasyah menyambut penuh yakin. Tangan Afiqah digenggam erat. Simbolik kesatuan dua hati dalam menegakkan syiar Islam.




:. the end .:

7 comments:

  1. Alhamdulillah... seronok baca cerita ni. Walaupun agak slow, tapi menarik. Ternanti-nanti endingnya.TQVM.

    ReplyDelete
  2. tahniah..
    akhirnya..
    habis gak stori ni..
    suka sangat..
    thanks jat

    ReplyDelete
  3. erm...thumbs up. alhamdulillah.
    lessonnya :
    stiap perkara yang belaku ada hikmahnya.
    keputusan ibu bapa tu yang terbaik
    &
    kalau dah memang jodoh, memang tak ke mana.

    alhamdulillah.

    terima kasih untuk ceritanya. ^^

    ReplyDelete
  4. bleh x tbe2 nk nangis???
    nice ending..

    ReplyDelete
  5. nanges jugak.tak tawu nape.huuu

    ReplyDelete
  6. jat ada cerita dah ke pasal suraya adnan? n kenapa sebenarnya ummi dia tipu ek? apa kaitan dgn suruh kerja?

    ReplyDelete