June 16, 2011

:. Keterlaluankah Aku 8 .:


Saya tak memaksa, hanya mencuba dan berusaha,”


Anak pakcik banyak kekurangannya,”


Usaha saya menjadi pelengkap Zulfah. Dan... saya percaya Zulfah mampu melengkapi kekurangan saya, biiznillah.”


Anak makcik belum cekap urusan dapur,”


Ada bunga senyum terlukis di wajah anak muda yang dihujani kata demi kata.


Hidup ni satu pembelajaran, makcik, pakcik. Saling membantu, insyaAllah kecekapan akan datang tanpa kita sedar,”


Zainuddin tersenyum, membalas pandangan isterinya.


Zayanah sayang,”


Zaza mendongak sedikit mendengarkan suara Zahrah. Matanya memandang redup mata mamanya sekilas sebelum beralih pada Zainuddin yang mengukir senyum. Lambat-lambat bibirnya menguntum senyum pada kedua-duanya. Terbang ke langit lamunannya tentang kehadiran seorang lelaki bertemankan seorang sahabat ke rumah itu seminggu yang lalu.


Ma, bah,”


Zulfah Zayanah,”


Ya, bah..” Pantas Zaza membalas.


Abah tak pernah paksa anak-anak abah. Abah terima apa saja keputusan anak-anak abah asalkan tak melanggar syarak dan mendatangkan kebaikan,”


Zaza mengangguk beberapa kali. Kepalanya ditundukkan memandang lantai di bawah kaki.


Zulfah Zayanah dah ada keputusan?”


Lambat-lambat gadis itu mengangguk.


Istikharah?”


Zaza mengangguk lagi. Ada keyakinan di situ. Kepala sudah tegak ke hadapan, memandang abah dan mama yang duduk bertentangannya.


Alhamdulillah.. Apa saja keputusan Zulfah Zayanah, abah terima, mama terima.” Zainuddin tersenyum lagi memandang anak gadisnya.


“Baik Zarfan mahu pun Amal, dua-dua abah percaya untuk membimbing anak abah,” sambung lelaki itu penuh hemah. Anak gadisnya dipandang tak lepas.


"Biar pun Zarfan anak kawan abah dengan mama, abah tak paksa Zulfah Zayanah terima dia atas sebab tu. Abah terima apa saja keputusan anak abah. Siapa yang lebih layak untuk jadi imam Zulfah Zayanah, bukan abah yang akan tentukan. Abah cuma boleh bagi nasihat mana yang perlu, selebihnya abah percaya dekat anak abah. Hm?” Lembut Zainuddin menutur kata.


Zaza menghela nafas. Dia mengangguk sekali tanda memahami butir bicara ayahnya.


Hampir seminggu dia memikirkan perkara itu. Dibentangkan segala kebaikan Zarfan dan Amal dalam lipatan mindanya. Baik Zarfan mahu pun Amal, kedua-duanya terlalu baik untuk dihampakan. Zarfan dan Amal terlalu baik untuk dirinya.


Dia keliru. Namun, dia tak mengenali Amal sebagaimana dia mengenal Zarfan. Tidak pernah dia bercakap walau sepatah dengan pemilik nama Amal Mujahid itu. Jangankan suara, segaris senyum pun tak pernah diukirkan buat pandangan lelaki itu.


Entah bagaimana dia yang terpilih antara tiga beradik perempuan yang ada. Mujur Zaim pantas mengingatkannya tentang istikharah. Entah bagaimana dia boleh terlupa usaha yang meyakinkan itu.


Zayanah nak beritahu abah dengan mama sekarang?”


Erm? Apa dia, ma?” Tersipu malu Zaza mengenangkan dia yang mengelamun sebentar tadi.


Zahrah turut sama tersenyum. Dia bingkas. Duduknya beralih ke sebelah Zaza. Dipeluk bahu anak gadisnya itu. Mesra.


Mama tanya, Zayanah nak beritahu keputusan Zayanah sekarang?”


Zaza tersengih malu sekali lagi. Zahrah menjungkitkan keningnya sekali.


Ada pulak mama tanya gitu,”


Besar mata Zahrah memandang anaknya dengan gelengan di kepala. Zainuddin tersenyum lebar.


Dah tu Zayanah nak mama tanya macam mana?”


Zaza menjungkit bahu. Dia malu. Malu berbicara perihal hati dengan Zahrah dan Zainuddin.


Erm.. Kalau bukan sekarang, boleh tak ma? Bah?”


Maksud Zayanah?”


Zaza menghela nafas. Wajah keibuan Zahrah dipandang lama, cuba membina kekuatan untuk menyusun ayat.


Erm maksud Zayanah, bukan sekarang..... lepas Kak Ngah dengan Kak Lang. Mama dengan abah fahamkan apa yang Zayanah nak sampaikan?”


Zahrah berkalih pandang. Wajah suaminya ditatap sesaat. Ada bunga senyum yang terukir di wajah itu. Zahrah turut sama tersenyum.


Zayanah,”


Tangan kanan Zaza ditarik perlahan. Dielus lembut tangan itu.


Takut orang kata langkah bendul ke?”


Zaza mengangguk.


Kak Long kan dah kahwin,”


Tapi Kak Ngah dengan Kak Lang belum,” pantas Zaza membalas perlahan.


Zahrah masih lagi tersenyum. Suami yang duduk bertentangan dipandang sekilas, menghantar isyarat.


Zulfah Zayanah,”


Terangkat kepala gadis itu mendengarkan suara ayahnya.


Langkah bendul tu semua datang dari kita.. Tak ada istilah langkah bendul dalam Islam, kan?”


Lambat-lambat Zayanah mengangguk.


Biar apa orang nak kata sebab kita tak boleh halang apa yang orang lain nak fikir—”


Tapi bah,”


Suara Zaza terhenti di situ. Dua pasang mata memandang tak lepas, menanti butir bicara anak gadis mereka.


Tapi?” Soal Zainuddin setelah menanti beberapa saat dan anak gadisnya itu seperti tidak mahu menyambung kata-katanya.


Erm tapi bukan ke orang kata kita kena elakkan daripada buat sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah,”


Zainuddin menggeleng sekali, dan tersenyum. Giliran dia bingkas, merapati anak gadis yang sudah menundukkan kepala. Kepala Zaza diusap lembut penuh kasih seorang bapa.


Fitnah yang macam mana maksud Zulfah Zayanah dalam urusan nikah ni?”


Zaza terdiam tidak tahu hendak membalas.


Anak abah ni malu tapi mahu rasanya,”


Pantas Zaza mendongak, memandang wajah Zainuddin dengan kerutan di dahi sebelum dia tersengih sedikit.


Abah ni... Buat lawak pulak. Zayanah cakap yang betul ni bah..”


Iya la, itu sebab abah tanya tadi, fitnah yang macam mana...”


Zaza menggeleng. “Entah la, bah, ma..”


Zayanah, dengar sini mama nak cakap,”


Em,”


Zahrah berjeda seketika, memerhatikan suami yang sudah kembali ke tempat duduknya.


Nikah ni sunnah nabi. Antara perkara yang elok dipercepat bila sampai masanya. Tak berkaitan kata menimbulkan fitnah sebab kita dahulukan agama sayang, bukan adat. Jodoh Zayanah sampai lebih dulu daripada Kak Ngah dengan kak Lang. Mama dah tanya, baik Kak Ngah atau pun Kak Lang, dua-dua lebih gembira daripada Zayanah mama rasa.”


Lambat-lambat Zaza mengangguk.


“Ni abah nak tanya,”


Ya bah?”


Anak abah betul dah bersedia?”


Bersedia? Betul-betul bersediakah aku?



:. to be continued, insyaAllah .:



 Bila hati mula terdetik, jangan biar ia terus berdetik.
Nikmat dunia hanya sementara, usah kita terus sengsara.

7 comments:

  1. zarfan...amal....zarfan....amal....emm, sapalah yg bertuah tu ye

    ReplyDelete
  2. aaa..
    kak dik..
    buat saspen la..

    ReplyDelete
  3. agak2 siapa ye pilihan zulfah zayanah?hmm..

    zarfan, kak dik cakap terlalu baik untuk dia..
    amal, zulfah tak pernah pun kenal sebelum ni..

    cik jat...nak next n3..heheh..tak sabar nak tau siapa pilihan zaza;P

    ReplyDelete
  4. siapa ye.....pilihan Zaza?????? 90% goes to Amal...............hheheeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. wah...amal mujahid! comey nye nama...

    ReplyDelete