"Mustahil untuk aku tersuka dia buat kali kedua. Tak mungkin, Mala.." Raihan berjeda, memandang Kamala di sisi sebelum kembali menyambung, "Hmm.. That's it. 3 reasons, right?"
Kamala yang khusyuk mendengar terangguk-angguk.
"Hurm.. confident kau,"
"Eh, mesti." Laju sahaja Raihan membalas. Yakin 100%.
"Kau serius ke mau tahu apa yang aku rasa?" Kamala menjungkit kening beberapa kali.
"Apa?" Sepatah Raihan bertanya.
Senyum lebar ditayangkan gadis Borneo itu, sengaja berlengah-lengah.
"Betul kau mau tahu?"
"Try me,"
Kamala tersengih. Keningnya dijungkitkan sedikit.
"Apa dia, Mala?" Tanya Raihan lagi.
"Herm... you know what? Kau boleh deny, An.. But I know you better. Even kau tak pernah mention nama dia way before, aku tetap boleh rasakan sesuatu."
Berkerut kening Raihan memandang Kamala.
"Ey babe, I've told you once.. Masa dekat KL Central last time.. Doesn't ring a bell?"
"Eh hello girl, way before I mean, waaayyyyy before.. Memang kita baru kenal last few months?"
Pecah tawa Raihan. Sesaat. Kamala hanya tersenyum. Tangan Raihan dielus lembut.
"And you know what? I believe his name is already written in your heart. Dah terpahat and you actually cannot get rid of him easily.."
"Nonsense,"
Kamala ketawa perlahan. "Like I said, An.. You can deny... or think of more excuses and whatnot but I know it's different this time. I can feel it. There's something. Believe me.. Deep down inside, An.."
Panjang lebar Kamala membalas. Tersenyum dia melihat Raihan yang tidak senang duduk. Termenung panjang sahabat baiknya itu sebelum tersentak dengan tepukan kuat di lengannya.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~
Suara Kamala seakan melantun-lantun di telinga. Raihan menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. Rindu pada sahabatnya yang seorang. Bersama mendaki puncak kejayaan, untuk mendapatkan segulung ijazah dan menghabiskan sarjana. Kamala setia bersama ketika jatuh bangunnya.
"Mala... Aku rindu," Bisik Raihan pada angin malam, mengharapkan rindunya sampai pada sahabat yang satu. Kamala mendapat tawaran kerja yang lebih menarik di Kuching. Beberapa hari selepas pernikahannya, gadis itu berangkat pergi dan menetap terus di sana.
"Raihan,"
Panggilan namanya yang diikuti dengan ketukan di muka pintu membuatkan Raihan tersentak. Tegak kepalanya yang dilentokkan di atas meja solek sebentar tadi. Dia berpaling ke arah pintu bilik. Wajah suaminya yang menjenguk di balik daun pintu terbias di kornea. Raihan menjungkitkan kening sekali.
"Raihan nak cakap dengan mama tak?"
'Ali Hasif menayangkan telefon bimbitnya.
Mama?! Berkerut dahi Raihan. Terkejut. Gementar. Namun pantas sahaja dia mengunjukkan tangannya, tanda meminta telefon bimbit itu.
"Line abang tak kuat dalam ni, takut putus nanti.."
"Putus call la balik," Raihan menggumam perlahan sambil tersengih sendiri. "Sekejap Raihan keluar, nak simpan kain pelekat jap." Sebentar tadi dia sibuk mengelamun sehingga terlupa untuk menyimpan tiga pasang kain pelekat suaminya yang baru siap dilipat.
"1 minit je, cepat sikit.."
Mendengarkan kata-kata 'Ali Hasif, Raihan bingkas, bergerak laju menuju ke almari laci empat tingkat di tepi meja solek. Sebaik sahaja tangannya mencapai laci, bilik menjadi gelap tiba-tiba. Tidak sampai sesaat cerah kembali.
Raihan yang sedang membongkok untuk menarik pintu laci tadi sudah berdiri tegak. Matanya diarahkan pada susuk tubuh sang suami di muka pintu. Lelaki itu menayangkan wajah serius, tanpa segaris senyuman. Berkerut dahi Raihan, memusingkan tubuhnya menghadap almari semula.
Gadis itu kembali menunduk, menarik laci kedua dari bawah. Elok sahaja dia meletakkan kain pelekat di dalam laci, bilik kembali gelap. Tergagau Raihan, membetulkan letak duduk kain pelekat di dalam laci. Lebih sesaat, bilik cerah kembali. Raihan yang sudah berdiri tegak, menunduk sedikit untuk menutup pintu laci.
Tap! Gelap pekat. Kali ketiga! Teraba-raba Raihan berjalan perlahan menuju ke pintu bilik. Tap! Bilik sederhana luas itu kembali cerah. 'Ali Hasif ketawa nakal. Raihan yang sudah sampai di muka pintu menyigung perlahan perut suaminya sebelum dia melintasi lelaki itu dan bergegas keluar bilik.
Bersambung tawa 'Ali Hasif. Senang hati dapat mengusik Raihan. Dapat ditangkap senyuman sang isteri saat Raihan melintasinya sebentar tadi. Langkah diatur ke ruang tamu rumah dengan tawa yang masih bersisa. Raihan yang sudah menyelesakan diri di atas kerusi menyelak helaian majalah Anis, pura-pura tidak mendengar tawa nakal sang suami.
Jam di dinding dikerling Raihan sedikit. Sudah melepasi 10.30 malam. Tok dan wan masih belum pulang dari masjid. Dia pulang beriringan dengan suaminya usai solat terawih tadi. Kebiasaan barunya sejak beberapa hari yang lalu. Pasti tok dan wan sedang bertadarus waktu ini, fikir Raihan.
"Eh, mama?" Terpacul soalan di bibir Raihan. Dia beralih duduk, menghadap 'Ali Hasif di kerusi bertentangan. Lelaki itu menayang senyum. Raihan menjungkit kening sekali dan dibalas suaminya dua kali. Raihan mencebik.
"Tipu ya?"
"Tipu apa?"
"Habis tadi tu..?"
'Ali Hasif tersenyum. "Tadi apa sayang?"
"Tadi la.. Tanya nak cakap dengan mama ke tak kan?"
"Siapa tanya?"
Raihan diam tak membalas. Tahu dia kalah di situ.
"Herm... Siapa tanya?"
Tiada sebarang jawapan lisan mahu pun gerak tubuh. Raihan hanya terpaku, tunduk memandang majalah.
"Abang baru tanya Raihan dulu nak cakap dengan mama ke tak.. Abang belum call mama lagi, sayang.." Lembut 'Ali Hasif bersuara kemudiannya. Tangannya cuba mencapai tangan sang isteri di atas meja kopi tetapi gagal.
Raihan terlebih dahulu menarik tangannya, bersedia untuk bangun dan berlalu. Terasa diri seperti tertipu dengan perbuatan suaminya. Namun jauh di sudut hati, dia tahu lelaki itu tidak bersalah, dia yang salah tafsiran. Tapi entah kenapa hatinya terasa membara.
"Sekejap, sayang. Abang belum habis cakap lagi ni,"
Raihan yang baru menapak, menghentikan langkah. "Nak cakap apa lagi?" Tanpa berpaling dia membalas. Tiada nada untuk ditebak perasaannya tika itu.
"Banyak yang abang nak cakapkan--"
"Kenapa baru sekarang nak cakap?" Potong Raihan. Dia sudah berpaling menghadap suaminya.
"Abang tunggu masa yang sesuai,"
"Sekarang masa yang tepat?"
"Let me explain, dear--"
"Stop addressing me like that," Pintas Raihan sekali lagi. Resah. Seakan tidak boleh didengarinya panggilan sayang daripada lelaki itu.
"Raihan duduk dulu, boleh?"
Tenang 'Ali Hasif memanggil isterinya, ditarik perlahan tangan halus itu. Sebaliknya yang berlaku, Raihan menarik semula tangannya dari pegangan sang suami.
"Listen first--"
"No, I don't think this is the right time. I've had enough,"
"Kenapa tiba-tiba ni Raihan? Tadi kita okay je kan?" 'Ali Hasif sudah tegak berdiri menghadap sang isteri. Suaranya masih lagi lembut, tenang. Bimbang api disimbah minyak akan lebih marak menyala.
"Ask yourself,"
"Raihan, please.. Listen first. Raihan tak bagi peluang untuk abang explain sekarang ni--"
"Masa yang ada selama ni bukan peluang? Kenapa tak sebelum ni? Kenapa baru sekarang? Everything ada expiry date,"
"Let's say this is the time--"
"No, enough is enough."
"Kalau bukan sekarang, bila boleh Raihan dengar?"
"Kenapa tak sebelum ni?"
"Raihan, Hasif, kenapa ni?"
'Ali Hasif dan Raihan tersentak. Masing-masing terkejut dengan teguran wan yang muncul tiba-tiba di muka pintu. Entah bila daun pintu itu dibuka, mereka tidak sedar. Entah berapa lama wan dan tok menjadi saksi, mereka tidak pasti.
"Raihan kenapa sampai tinggi suara dengan suami? Wan dengan tok tak pernah ajar Raihan macam tu,"
"Raihan mintak maaf," Raihan tunduk, bersuara perlahan. Ada mutiara jernih yang bergenang di matanya. Dia bergegas ke bilik, menutup daun pintu rapat-rapat. Terduduk gadis itu, menyandar di pintu. Teresak sendiri.
'Ali Hasif menghela nafas, perlahan. Dia kembali duduk di kerusi rotan itu, meraup wajahnya sekali.
"Bukan salah Raihan, wan... tok... Hasif minta maaf. Semuanya silap Hasif.. Hasif yang jadi punca Raihan hilang sabar,"
Lelaki itu menghela nafasnya sekali lagi. Tok dan wan menggeleng kepala. Tidak menyangka hubungan cucu dan cucu menantunya itu agak keruh. Patuh Raihan mungkin kerana dia seorang isteri.
Wan berjalan ke arah 'Ali Hasif dan duduk di sebelah lelaki itu. Ditepuk bahu bahu cucu menantunya beberapa kali. Tok Teh hanya menjadi pemerhati.
"Wan pasti ada jalan penyelesaian untuk semua ni, Hasif. Wan tak tahu apa yang telah berlaku antara Hasif dan Raihan. Tapi wan tahu marah Raihan tak lama.. Wan percaya Hasif boleh lembutkan hati Raihan,"
'Ali Hasif meraup wajahnya sekali sebelum tangannya menggosok belakang kepala beberapa kali. Nafas ditarik panjang, matanya memandang wan dengan penuh harapan..

to be continued
in shaa Allah..
��
ReplyDelete