June 16, 2009

Bayang-Bayang 28


“Bukan salah along semua ni terjadi..”

No! Along sepatutnya datang ambil Dinie dulu. Ini semua salah along. Along pentingkan diri sendiri!”

Azran meraup mukanya sekali.

“Along lupa sebagai seorang abang, sepatutnya along menjaga adik perempuan along. What if something worst happened? Along takkan dapat maafkan diri along kalau apa-apa terjadi pada Dinie.. Semuanya salah along..” Suara yang sedikit keras seketika tadi kedengaran agak lemah tiba-tiba.

“Along.. Menyalahkan diri sendiri sama seperti menyalahkan takdir. DIA telah menentukan segalanya along. Setiap yang terjadi itu ada baik buruknya. Mungkin sebagai peringatan atau juga mungkin ada hikmah yang terselindung di sebaliknya. DIA maha mengetahui segala sesuatu itu, long.. Stop blaming yourself..

Tenang kata-kata itu meluncur keluar dari seulas bibir Dinie yang kemerahan. Tubir matanya yang digenangi mutiara jernih pantas diseka lembut sebelum ia menodai pipi mulus itu.

Azran mengangguk lemah. Mug berisi milo di hadapannya dipandang sepi.

I’ve should thank him..” Tiba-tiba dia bersuara penuh semangat.

Tersentak Dinie yang mendengarnya.

“Tapi…..” Kata-kata Azran mati di situ. Kepalanya ditegakkan, memandang Dinie yang masih menunggu dia meneruskan butir bicaranya.

“Tapi?” Tanya Dinie tidak sabar. Azran tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

“Tak ada apalah.. Along pun dah terlupa apa yang along nak cakap..” Azran tersenyum lagi. Senyuman yang dihulurkan saat itu penuh misteri. Dinie mencebik geram. Tahu Azran tidak berterus-terang dengannya.

Dentingan jam di ruang tamu menyentakkan dua beradik itu. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

“Dinie pergilah tidur. Dah pukul dua ni..” Azran mula menzahirkan sifatnya yang prihatin. Tersenyum dia melihatkan Dinie yang menggeliat perlahan.

“Hmm.. Dinie naik dulu..”

Langkah kakinya diatur laju ke anak tangga selepas Azran menjawab salam yang dihulurkannya. Gerak kakinya yang sedang meniti anak tangga terhenti saat dia teringatkan sesuatu.

“Along..” Panggil Dinie sedikit kuat.

Yes my dear…” Balas Azran berlelucon.

“Dinie lupalah nak basuh gelas tadi. Along tolong ye..”

Dinie tersengih pada Azran yang menjengukkan kepalanya tiba-tiba. Azran menjegilkan matanya pada Dinie tetapi gadis itu hanya tersengih.

Thanks long..” Sengaja Dinie mengenyitkan matanya pada Azran. Melihatkan senyuman yang terukir di bibir itu, Dinie ketawa perlahan. Langkah kakinya diatur semula mendaki anak tagga menuju ke biliknya.

Puas Dinie bergolek ke kiri dan ke kanan tetapi matanya masih tidak mahu lelap.Sepi malam menerbitkan rasa rindu pada Adhana yang tiada di sisinya saat itu. Bunyi telefon bimbit yang berlagu kuat dalam suasana yang sunyi sepi mengejutkan Dinie yang sedang berbaring malas di atas katil.

Dia bingkas bangun dari katil. Garisan halus merentangi dahinya. Seketika kemudian dia mengaturkan langkah pada sofa di sebelah pintu biliknya. Beg sandangnya diangkat dan tanpa menunggu lebih lama Dinie menarik zip begnya itu.

"Baby!” Dinie bersuara perlahan.


*******************


Mata Dinie memerhatikan skrin telefon bimbit Naqib yang berada dalam genggamannya. Sempat dia meminta Azran menemaninya ke bangunan tempat dia bekerja sebelum pulang ke rumah tadi.

Barang-barangnya yang tertinggal di kawasan hitam itu perlu diambil. Saat itulah matanya terpandangkan telefon bimbit Naqib yang terdampar berhampiran begnya. Tanpa berfikir panjang, tangannya mencapai telefon bimbit itu dan menyelitkannya ke dalam beg. Baru kini dia teringatkan telefon bimbit Naqib yang berada dalam simpanannya.

Getaran di tangannya yang mengambil alih bunyi telefon bimbit itu yang berlagu panjang seketika tadi menyentakkan Dinie. Pantas jari jemarinya menekan-nekan papan kekunci. Mesej yang tertera di skrin direnung tanpa kelip.

abg..baby takleh tidur..baby teringatkan mummy..rindukan mama..

Mummy? Mama? Berapa orang mak yang diorang ada ni? Dinie mengerutkan dahinya. Mesej itu dipandang sepi.

Naqib tiada di situ. Naqib di hospital. Nuha sendiri pun tidak diberitahu keadaan abangnya yang kehilangan banyak darah. Lamunannya terhenti saat dia terasa getaran di tangannya.

bang..knp x reply msg by..knp x jwb call..bang,abg igt kan hari ni hari apa?

Hari ni hari apa? Tarikh yang penting buat mereka ke? Gulp.. Dinie menelan liurnya. Timbul rasa bersalah pada Nuha. Bingung memikirkan kewajaran dia membalas mesej itu untuk menyenangkan hati Nuha.

abg..jgn bagitahu baby yg abg x sempat pergi kubur mama n mummy siang tadi..abg..plz answr me.plz return my call ok..

Sekali lagi Dinie tersentak. Mungkin hari ini… Dinie tertunduk, faham dengan apa yang hendak disampaikan Nuha kepada Naqib. Tidak dapat tidak jauh, di relung hatinya terdetik rasa bersalah.

Puas memikirkan apa yang perlu dilakukannya, Dinie melepaskan nafas perlahan-lahan. Langkah kakinya diatur ke katil. Punggungnya dihenyakkan di hujung katil. Kakinya dilunjurkan ke bawah.

Telefon bimbit Naqib diletakkan di sisinya. Tangannya pantas mencapai telefon bimbitnya di kepala katil. Papan kekunci ditekan-tekan dan dia segera melekapkan telefon bimbit itu ke telinga, menanti panggilan itu terjawab.

“Kak…”

Dinie tersenyum sedikit mendengarkan suara yang mengetuk gegendang telinganya.

“Assalamualaikum Nuha..”

“Waalaikumussalam kak..”

Nuha ketawa perlahan sejurus selepas dia menjawab salam Dinie.

“Akak ni sama tau macam abang Nuha..” Sambung Nuha dengan tawa yang masih bersisa.

Hah? Dinie mengerutkan dahinya, pelik dengan kata-kata Nuha. Apa pulak persamaannya dengan Naqib?

“Akak..…”

Rengekan Nuha membuatkan senyuman Dinie melebar. Manja. Nuha sememangnya seorang gadis yang manja. Naqiblah agaknya yang suka memanjakan adiknya nan seorang itu. Dinie membuat telahannya sendiri. Bibirnya menguntum senyum lagi.

“Nuha buat apa tak tidur lagi ni?” Tanya Dinie lembut, berbahasa. Kekekan Nuha menampar telinga Dinie. Dia tersenyum lagi. Senang hatinya mendengarkan tawa itu.

“Akak pun sama tak tidur lagi, kan?” Nuha tertawa lagi sebelum menyambung, “Siap call Nuha lagi.. Macam mana Nuha nak tidur..”

Instinct akak kata Nuha tak tidur lagi.. Tu pasal akak saje je tembak Nuha tadi..” Balas Dinie berselindung. Telinganya dapat menangkap keluhan kecil yang keluar dari bibir gadis itu.

“Nuha takleh tidurlah kak.. Nuha call abang tadi tapi dia tak jawab pun. Nuha hantar mesej pun tak berbalas. Geram Nuha.” Lambat-lambat Nuha membuka cerita.

“Abang Nuha tidurlah tu agaknya. Dah pukul berapa dah ni..” Dinie bersuara tenang menyembunyikan getaran di hatinya.

“Tapi abang tak pernah macam ni. Selalu kalau Nuha tak ada dekat rumah, call pukul berapa pun abang mesti jawab punya. Nuha sebenarnya risau jugak dalam geram-geram ni..”

“Risau? Tak ada apa lah Nuha. Mungkin abang Nuha penat kerja hari ni..” Dinie cuba mententeramkan sekeping hati yang mula dibalut kerisauan itu.

“Itulah yang Nuha risakan. Abang tu kalau dah kerja, lupa semua. Hmm.. kesihatan pun tak jaga. Bukan sihat sangat abang tu..”

Dinie terkelu. Hatinya pula yang digayut keresahan saat itu. “Apa yang tak kena pada Naqib?” Dinie mengumam perlahan.

“Apa dia kak?”

Pertanyaan Nuha menyedarkan Dinie. “Hah? Nothing.. Akak tanya, abang Nuha sakit apa..” Pantas Dinie menjawab, tidak tertahan rasa ingin tahunya saat itu.

“Entahlah kak. Nuha dah banyak kali suruh abang pergi check kat klinik tapi dia tak nak. Nuha tanya abang sakit apa, dia jawab main-main. Abang tu tak pernah serius. Itu yang susah Nuha nak meneka..”

Dinie menelan liurnya. Pahit dirasakannya saat itu. “Don’t worry Nuha. InsyaAllah tak ada apa yang serius..” Perlahan suara Dinie seakan hendak menenangkan hatinya tika itu.

Yeah.. Hope so.. That’s why Nuha suruh abang kahwin cepat-cepat. Tak payah Nuha susah hati pikirkan..” Nuha tertawa perlahan.

Training pukul berapa esok?” Tanya Dinie pantas mengubah hala perbualan mereka. Entah kenapa hatinya seperti dipalu dan jantungnya seakan baru lepas berlumba lari mendengarkan butir bicara Nuha seketika tadi.

“Pukul 7.30 dah kena turun padang.”

Terjungit kening Dinie mendengarkan jawapan Nuha. Matanya dikerlingkan pada jam yang tergantung di dinding. Mengecil anak matanya melihatkan jarum jam dalam keadaan yang samar-samar.

“Eh, dah pukul tiga suku!” Dinie terjerit kecil. Kekekan Nuha membuatkan Dinie tersenyum malu. “Akak ingat baru pukul dua setengah..” Dinie tertawa perlahan menutup malu.

“Berangan ya kak…” Laju sahaja Nuha mengusik Dinie. Dinie tersenyum lebar.

“Tidurlah dulu Nuha. Esok pagi nak kena bangun awal..” Lembut Dinie bersuara lagak seorang kakak yang prihatin. “Jangan lupa baca doa..” Peringatan Dinie mengundang tawa Nuha.

See.. Akak bolehlah geng dengan abang Nuha..” Nuha ketawa lagi. Sekali lagi dahi Dinie direntangi garisan halus. Lambat-lambat bibirnya mengukir senyum.

“Apa-apa ajelah Nuha. Dah, pergi tidur. Tak bangun pulak esok pagi karang..”

“Takpe.. Hana kan ada…” Nuha bersuara dalam tawa yang masih bersisa. “Okay kak.. Nuha tidur dulu.. Thanks for the call..”

No sweat. Sweet dream ye.. Assalamualaikum..”

Dinie mematikan telefon bimbitnya sebaik sahaja Nuha menjawab salam yang dihulurkannya. Badannya direbahkan di atas katil. Telefon bimbitnya diletakkan semula di kepala katil. Terkumat-kamit mulutnya membaca doa, mengharapkan tidurnya lena sampai ke pagi dalam rahmat Tuhan dan jaganya esok dalam kesyukuran..

No comments:

Post a Comment