“Bihun kat pinggan dia dah tambah dua kali.. Nak bubur yang aku buat untuk Falah, pun dah bagi.. Apa lagi yang dia nak ni, pandang-pandang orang dari tadi.. Hishh.. Tak nampak ke aku tengah bancuh air ni. Rimas betul! Karang aku tuang satu tin susu ni kat dalam nescafe dia, baru tahu!” Ain menggumam geram, mengerling Ammar dengan ekor matanya. Kurang senang dia dengan pandangan Ammar yang akan beralih padanya selang beberapa minit.
Tanpa menghiraukan pandangan tuannya, Ain membawa teko berisi nescafe panas ke meja makan di sudut dapur rumah itu. Teko lutsinar itu diletakkan perlahan-lahan di hadapan Ammar sebelum dia mengambil cawan dan piring dari atas rak kabinet di hujung dapur. Mata Ammar masih setia mengikuti pergerakan Ain.
“Ain, hujung minggu ni awak tak boleh cuti,”Ammar membuka mulut tiba-tiba. Lelaki itu bersuara perlahan tanpa nada, sebaik sahaja Ain berada di sebelahnya sambil mengangkat teko untuk menuangkan nescafe ke dalam cawan yang sudah diletakkan di hadapannya. Terhenti pergerakan gadis itu seketika, mendengarkan kata-kata Ammar.
Erk? Ini arahan ke permintaan? Tak pun hukuman? Bulat mata Ain memandang Ammar. Hishh.. Apa kes nak hukum aku tiba-tiba.. Takkan sebab kejadian dekat dapur rumah Datin Suhaili dua minggu lepas tu pulak? Mengarutlah! Dah tu kalau aku tak cuti hujung minggu ni, macam mana dengan ibu? Takkan nak biar ibu sorang-sorang dekat rumah? Hujung minggu pulak tu! Siapa nak bawak ibu pergi hospital? Hiii.. Semaklah Encik Ammar ni. Apesal pulak tak bagi aku cuti macam biasa.. Ain kembali menunduk, saat Ammar merenungnya tanpa kelip. Mimpi apetah pakcik ni semalam! Pelik semacam je perangai dia pagi ni.. Tanpa sedar, Ain menuangkan nescafe di atas pinggan kosong di hadapan tuannya itu.
“Ain!” Ammar menjerit spontan dek kerana rasa terkejut dengan kecuaian gadis itu dan ditambah dengan percikan nescafe panas ke dadanya. “Ya Allah.. Berangan ke? Ini pingganlah bukan cawan..” Ammar bersuara dalam nada yang rendah, tahu gadis itu tidak sengaja.
Ain terdiam. Kaku memandang Ammar yang sedang merenungnya. Beberapa minit berlalu. Sepi beraja antara mereka sebelum Ammar kembali bersuara, “Ain... Yuhuuu...” Ammar melambaikan tangannya di hadapan wajah Ain.
“Ya, saya. Astaghfirullahalazhim.. Ya Allah! Maaf Encik, maaf..” Mengucap panjang Ain dengan kecuaiannya saat itu. Kalut dia melihatkan kemeja lengan panjang warna hijau pucuk pisang yang dipakai Ammar, bertompok dengan percikan air yang bukannya sedikit!
“Hei, Careful!”
Prangg!! Berderai teko putih jernih yang masih berisi nescafe panas sebelum sempat Ammar menahan. Entah apa yang difikirkan gadis di sebelahnya itu. Fikirannya seakan terganggu dan pergerakannya jadi tak menentu.. Ah! Aku pun satu.. Dok usha dia dari tadi macam tak pernah tengok pulak sebelum ni..
“Auww!!” Ain terjerit perlahan tiba-tiba. Berkerut wajahnya menahan pedih akibat serpihan kaca yang mengenai kakinya. Ammar bingkas bangun mendengarkan jeritan itu.
“Are you okay, Ain? Oh, I don’t think so..” Ammar menjawab sendiri soalan yang ditanyakan pada Ain saat matanya melihatkan merah darah yang mewarnai stokin gadis itu. “Come with me to the clinic..” Dalam kekalutan, Ammar menunduk sedikit, membuang kaca di kaki Ain. Beberapa ketika kemudian, dia memegang lengan Ain kejap, menarik gadis itu mengikuti langkahnya.
“Encik! Encik!” Ain yang berjalan terhincut-hincut menghentikan langkahnya dan merentap tangannya kasar. “Sikit je ni. Tak apa..”
“Sikit apa.. Berdarah kan tu?” Mata Ammar terarah pada kaki gadis itu. Ain menunduk sedikit, menggigit bibirnya menahan sakit.
“Tak apa.. Saya dah biasa. Sikit je ni. Lepas letak minyak gamat okay la..”
“Are you sure?”
Ain mengangguk pantas. Ammar mengeluh perlahan. “Serius? Betul ni tak nak pergi klinik?”
“Tak apa.. Sikit je..” Ain menggeleng perlahan.
“Don’t worry.. Everything is on me..”
Bulat mata Ain tiba-tiba. Heh! Ingat aku tak ada duit ke nak pergi klinik?! Everything is on me konon! Kau tak tahu duit yang aku simpan dah banyak mana! Entah-entah nak beli banglo ni pun, aku mampu tau! Ain menjeling Ammar tanpa sedar. Ammar kalut melihat reaksi Ain.
“No, no.. Don’t get me wrong.. Maksud saya, awak kan kerja dekat sini.. Injured time kerja pulak tu.. So kalau ada apa-apa yang berlaku dekat awak, saya yang bertanggungjawab.. Faham?”
Berkerut dahi Ain mendengarkan penjelasan panjang lebar Ammar tanpa dipinta. Hmm.. Cakap je la apa pun.. Aku peduli apa.. Dah namanya lelaki, kaya pulak tu.. Memang kaki putar belit je la.. Dalam hati, Ain mengutuk tuannya itu sepuasnya. Meluap-luap kemarahannya seakan ada duka lama yang terkubur sepi dan ingin dibongkar tanpa sedar.. Mangsanya? Sudah tentu Ammar yang berada di hadapannya saat itu..
“Tak apa, Encik.. Saya okay.” Tanpa menunggu kata balas Ammar, Ain berpaling ke belakang, melangkah ke dapur semula. Pantas. Tak mahu Ammar menjadi mangsa sakit hatinya.
“Eh, nak ke mana pulak tu Ain?” Ammar pantas bersuara melihatkan arah laluan Ain.
“Nak kemas dapurlah..” Ain menjawab malas, tanpa memandang Ammar.
“Tak apa. Biar saya yang kemas..” Ammar membalas perlahan, tahu gadis itu terasa hati dengannya.
“Tak apa.. Ini kerja saya..” Tanpa mempedulikan Ammar, Ain kembali mengatur langkah.
“Biar saya buat..” Ammar cuba berlembut. Ain mendengus perlahan.
“Tak apa.. Saya dibayar untuk bekerja dekat sini..”
“Jangan degil, Ain.”
Langkah Ain terhenti. Beberapa saat kemudian, dia bergerak terhincut-hincut menuju ke dapur.
“Ain!”
“Encik, saya kata tak apa, kan? Saya okay.. Saya kerja dekat sini bukan makan gaji..”
“Berhenti, Ain!” Tengking Ammar kuat saat matanya melihat Ain yang kembali mengatur langkah. Ain terdiam. Langkahnya mati. Tubir matanya yang digenangi mutiara jernih dikesat pantas.
“Papa.....” Rengekan Falah dari tangga atas mengusir sepi antara mereka. “Pa...” Sekali lagi Falah memanggil papanya. Kekecohan sebentar tadi telah menakutkan si kecil itu. Sedu sedan Falah mula kedengaran. “Mama...” Sekali lagi suara si kecil berbunyi, memanggil mama In nya pula. Ain pantas mendongak, memandang ke arah tangga biarpun tubuh kecil Falah tak terlihat dek matanya. Esakan si kecil makin kuat kedengaran.
“Go and get her! Saya bayar awak untuk kerja dekat sini. Jangan nak makan gaji pulak!” Keras suara Ammar memberi arahan dengan sindiran yang agak menyakitkan.
Ain berselawat panjang. Nafasnya dihela perlahan. Dia berpaling semula, menukar haluannya. Tudung di kepala dibetulkan sedikit lipatannya. Langkahnya diatur perlahan-lahan menuju ke arah tangga.
“Maaf..”
Bisikan kata maaf Ammar saat dia melintasi tuannya itu membuatkan Ain terpegun seketika. Ah.. Peduli apa aku.. Tak mahu leka disapa angin penyesalan membuatkan Ain mengeraskan hatinya. Terhincut-hincut langkah gadis itu, berusaha mengawal pergerakannya agar darah pada stokinnya tak terkena pada lantai marmar. Ammar hanya memerhatikan langkah Ain dengan penyesalan yang berbuku. Nafasnya dihela lemah. Langkahnya diatur ke dapur sebaik sahaja bayang Ain hilang dari pandangannya.
“Mama! Kenapa kaki mama ada darah? Papa pukul mama ke? Papa tak sayang mama!”
Setitis air mata lelaki itu gugur mendengarkan suara permata hatinya itu yang tertangkap dek telinganya. Dia melajukan langkahnya menuju ke dapur di hujung rumah.
________________________________________________________________________
“Kenapa papa cakap kasar-kasar dengan mama? Falah tak sayang papalah..” Falah memuncungkan bibirnya.
“Falah sayang.. Jangan cakap macam tu..” Ain mengusap kepala si kecil itu. Dia meletakkan Falah ke atas katil semula. Langkahnya diatur perlahan menuju ke bilik air kecil di bilik Falah. Falah melompat turun dari katil, mengekori langkah mamanya. “Mama terpecahkan kaca tadi sayang.. Kena dekat kaki mama ni.. Bukan papa Falah pukul mama..” Ain bersuara lembut, menyedari Falah berada di sisinya. “Tadi papa nak bawak mama pergi klinik, tapi mama yang tak nak.. Sebab tu papa marah mama.. Macam papa marah Falah kalau Falah tak nak pergi klinik..” Ain mencuit pipi Falah. Tangannya menarik stokin krim yang sudah bertompok merah perlahan-lahan.
“Hisss... Sakitnya mama...” Pecah tawa Ain, terhibur dengan keletah Falah. Dia yang terluka, Falah pula seakan terasa keperitannya. Berkerut-kerut wajah comel itu melihat lukanya yang agak panjang di beberapa tempat.
“Mama sayang papa tak?” Tanya Falah tiba-tiba saat Ain ralit membasuh lukanya. Darah masih lagi mengalir. Lukanya agak dalam..
“Kenapa Falah tanya?”
“Nothing..” Falah tersengih.
“Hmm.. Kalau mama tak sayang papa, mama tak ada dekat rumah ni lah sayang..” berhati-hati Ain menjawab agar Falah faham apa yang cuba disampaikannya.
Falah mengangguk-anggukkan kepalanya, seakan memahami. Mata hazel yang comel itu masih lagi tertumpu pada pergerakan Ain.
“Falah..” Panggil Ain perlahan.
“Hmm?” Falah mendongak, memandang Ain yang sedang merenungnya.
“Falah sayang papa kan?”
“Ermmm..” Falah terdiam seakan memikir. “Masa papa marah-marah, Falah tak sayang papa.”
“Falah.. Tak boleh macam tu sayang.. Falah kena sayang papa macam papa sayang Falah..” Lembut Ain membalas. Tangannya diangkat sedikit, mengusap kepala si kecil itu perlahan. “Mama tak nak dengar Falah kata tak sayang papa.. Okay?” Sambung Ain dengan senyuman terukir di wajahnya. Falah mengangguk laju.
“Falah janji Falah sayang papa.. Always!” Falah mencium pipi Ain lembut. Ain tersenyum senang. Lega hatinya dapat mengusir rasa yang kurang enak dalam diri puteri kesayangan tuannya ini.

“Saya hantar Falah hari ni..” Ammar bersuara perlahan saat matanya menangkap langkah Ain yang sedang mendukung Falah terhenti pada tangga terakhir, melihatkan dia yang sedang bersantai di ruang tamu.
Ain menurunkan Falah. Pantas si kecil itu berlari laju, melompat ke dalam dakapan papanya. Ammar tergamam. Disangkakan Falah berjauh hati dengannya, mendengarkan pertanyaan yang keluar dari mulut comel itu awal pagi tadi.
“Saaayang papa!” Falah mencium pipi Ammar. Kiri dan kanan. Sekali lagi Ammar kaku. Terkejut dengan reaksi Falah. Lambat-lambat tangannya memeluk Falah erat. Ditarik Falah rapat ke dakapannya sebelum dia mencium ubun-ubun kepala anaknya itu.
Ain yang menjadi pemerhati tersenyum lebar. Langkahnya diatur perlahan menuju ke dapur berhati-hati. Bekalan si kecil itu perlu disiapkan pula. Berkerut dahinya tiba-tiba, teringatkan sesuatu. Encik Ammar tak kerja ke? Baju pun dah tukar pakai T-shirt biasa.. Ahh.. Peduli lah! Syarikat dia.. Dia bos.. Apa nak susah.. Ikut suka hati dialah kan.. Ain tersengih menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ain okay?”
Ya Allah!! Terkejutnya aku.. Nasib baik tak melatah tadi.. Ain mengusap dadanya perlahan. Lambat-lambat dia mengangguk.
“Saya off hari ni.. Saya jaga Falah. Ain jangan risau..”
“Hmm..” Ain menjawab perlahan tanpa memandang Ammar. Segan bertamu tiba-tiba.
“Ain tak payah masak hari ni.. Nanti saya beli..” Ammar bersuara lagi memancing kata-kata Ain.
Ain terdiam sebelum mengangguk. Namun anggukannya terhenti tiba-tiba sebelum suaranya mengambil alih, “Ermm.. Luka saya dekat kaki.. Kaki yang cedera, bukan tangan.. Otak saya pun berfungsi dengan baik lagi.. Tak apa, biar saya masak.. membazir je beli dekat luar, Encik Ammar..” Panjang lebar Ain membalas. Masih lagi tak berpaling memandang tuannya. Ammar tersenyum puas.
“Okaylah kalau Ain dah kata macam tu..” Ammar menjawab senang hati. Dia melangkah keluar dari dapur dengan senyuman lebar di bibirnya. Falah yang leka memunggah beg sekolahnya dipeluk erat. Diciumnya pipi si kecil itu bertalu-talu.
Sementara itu di dapur.. Ain tersenyum melihat keadaan yang kembali kemas seperti lazimnya. Dalam diam dia memuji tuannya itu. Suara Falah yang tak henti bercerita diselangi dengan tawa comel si kecil itu membuatkan senyuman Ain bertambah lebar. Jauh di sudut hatinya dia berdoa agar Ammar dapat meluangkan lebih masa untuk anaknya seperti hari ini. Lebih-lebih lagi dalam urusan persekolahan si kecil itu biarpun Falah baru ke tadika.
“Papa...” Rengekan manja Falah menyedarkan Ain yang terleka. Pantas dia menyiapakan bekalan Falah seperti kebiasannya. Bibirnya tak putus-putus menguntum senyum seakan membayangkan hatinya yang kembali ceria tanpa dibayangi lukisan kedukaan yang bakal membuatkan hatinya mendung kembali tanpa diduga..

wah..
ReplyDeleteape nk jd pasni???
x sbr nk br n3 lps ni..
hehehe..
wah..ske2..nape ngn ain..hati die pnh terluka ke??
ReplyDeleteceh..hahaha