September 7, 2009

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


“Adik marah abang lagi?”

“Naa..” Gelengan disertakan dengan senyuman segaris. Tampak ikhlas senyuman Iklil, senang hati mendengarkan kata ganti nama yang digunakan Aminuddin.

“Abang rasa bersalah sangat sebenarnya,” Satu keluhan berat dilepaskan. Iklil berkalih pandang. Aminuddin meraup wajahnya sekali sebelum tangannya mengusap belakang tengkuk beberapa kali.

“What past is past, bang. Adik dah let go everything and there’s nothing to feel sorry cause you are my only brother..”

Aminuddin tersenyum sedikit. Tangan memeluk bahu adiknya erat. Sebuah kucupan singgah di ubun-ubun kepala adiknya itu.

“Abang.. Habis rosak tudung Iklil..”

Aminuddin sudah berkerut dahi memandang Iklil. Gadis itu ligat membetulkan lipatan tudungnya. Sesaat kemudian, kepalanya didongakkan sedikit, memandang Aminuddin di sisi. Tersengih lebar Iklil.

“Gurau je la,” Bibir Iklil menguntum senyum melihat kerutan di dahi Aminuddin yang sudah sirna.

“I love you, sis. You are my everything..”

Iklil ketawa perlahan. “Abang ni macam jiwang la. Sentimental pulak hari ni..” Gumam Iklil, menayangkan sengih pada Aminuddin yang tersenyum lebar.

“Macam ni la abang sebenarnya.. Adik je yang tak tau sebab abang garang dengan adik dari kecik lagi..” Aminuddin ketawa lepas. Iklil mencebik.

“Memang pun. Macam adik tiri pulak tau.. Dengan Nurun abang okay je.. Sebab tu dulu adik benci sangat dengan abang..”

Bulat mata Aminuddin mendengarkan perkataan benci yang ditekankan. Iklil tersengih menayangkan gigi. Lidahnya dijelirkan sedikit.

“Benci sangat?”

“Ehm. Dulu.. Once upon a time..” Makin kecil mata gadis itu dengan tawanya.

“Once upon a time?”

Iklil mengerdipkan mata. Dia ketawa lagi. “Tapi takde la benci pun bang.. Biasa-biasa je,” Iklil tersengih.

“So sekarang dah tak benci la ni kan?”

Iklil mengangguk laju.

“I’m really sorry, dik. Abang sayangkan adik and I always want the best for you. Abang takut adik leka, takut adik hanyut..”

Iklil diam mendengar luahan Aminuddin. Kepala dilentokkan ke bahu lelaki itu.

“Mama. Ermm.. Sehari sebelum mama admitted mama ingatkan abang, tengok-tengok adik, jaga adik... sebab mama takut adik jadi macam mama.”

Suara Aminuddin terhenti seketika melihatkan Iklil yang sudah menunduk. Kakinya yang mencecah tanah digerakkan perlahan. Serentak, buaian yang diduduki dua beradik itu berayun sedikit.

“Adik tahu mama pesan apa dekat abang dari kecik sampai dah besar?”

Iklil mengangkat kepala. Tubir mata sudah berkolam. Aminuddin mengeratkan pautan di bahu adiknya.

“Mama kata, hati adik macam sarang semut. Sekali diusik habis berderai. Rapuh. Abang rasa abang tak ada cara lain selain menjadi konkrit bertulangkan besi supaya sarang semut kukuh binaanya. Tak runtuh walau Katrina datang melanda..”

Iklil ketawa perlahan dalam bunga tangis yang semakin luruh. Pantas dikesat air mata itu dari terus menodai pipinya.

“You sound like a poetic, bang..” Iklil bersuara perlahan. Aminuddin tersenyum.

“Have I done my job good enough?”

“Perfect, bang.. Sarang semut dalam ni,” Tangan kanan Iklil melekap ke dada. “... cope well with the concrete wall..” Iklil menyambung kata dengan senyuman di bibir.

Tapi ia tetap rapuh bila bersama Idin. Hanya suaminya yang bisa mengusik sekeping hati itu. Selama ini, biar pun berjuta rintangan yang menghalang, dia tetap cekal menghadapi. Namun kini, bila bersama Idin serasa seperti dia seorang yang sangat lemah. Seakan mahu dikongsi segala hiba yang terpendam supaya beban di dada dapat diringankan. Iklil menghela nafas perlahan.

“Adik dengan Idin macam mana?” Aminuddin bertanya tiba-tiba. Iklil memusingkan kepala ke kanan, bertentang mata dengan lelaki itu.

“Macam mana, macam mana?” Iklil bertanya balas.

“Idin tu baik orangnya dik,”

Iklil mengangguk sedikit. Segalka kebaikan suaminya terbayang di mata. Bibir mula menguntum senyum.

“Dia yang terbaik untuk adik..”

“Erm, abang..” Mati senyuman Iklil. Ada sesuatu yang melintas di benaknya saat itu.

“Hm?”

“Abang ingat tak masa abang paksa adik kahwin dulu..”

Aminuddin menghela nafas perlahan. Pautan di bahu Iklil dilepaskan. Tubuhnya sudah mengiring sedikit, memandang Iklil di sisi.

“Adik nak tanya pasal deposit yang abang kata dulu tu ye?” Seakan mengerti, lelaki itu bertanya lembut.

Iklil mengangguk laju. Itulah satu-satunya perkara yang merantai jiwa bila dia berhadapan dengan Idin. Tak dapat tidak, ingatan tentang bayaran itu sentiasa membelenggu dirinya.

“Abang minta maaf, dik. Part deposit tu memang salah abang. Abang berdosa sangat dekat adik. Abang takut adik lari macam mama lari dari kena kahwin dengan ayah Amat..”

Iklil terdiam. Dia mengaku, terkadang dirinya menjadi seorang yang sangat keras kepala dan mengikut anginnya sendiri sahaja. Dia tidak salahkan abang Aminnya itu. Kebimbangan abang Amin ternyata berasas. Iklil kembali terkenangkan riwayat hidup mama yang pernah diceritakan kepadanya sebelum mama pergi meninggalkan mereka..

Mama sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata kerana papa. Ayah Amat ditinggalkan tanpa pesan biarpun tarikh pernikahan mereka sudah ditetapkan. Papa yang dinikahi setahun kemudian mula membuat onar dan mama sering menjadi mangsa papa melepaskan marahnya.

Tapi sekali pun mama tak pernah mengadu. Mungkin bagi mama, itulah harga yang perlu dibayar kerana membelakangkan kedua orang tuanya suatu waktu dahulu.
Tabah mama membesarkan Abang Amin dan dirinya sehinggalah Ayah Amat datang membela nasib mama. Waktu itu papa sudah lebih setahun meninggalkan mereka.

Papa kemalangan sejurus selepas papa memecut keluar dari rumah, membiarkan mama separuh nyawa, dipukul di hujung tangga. Pengakhirannya, dek kerana penderitaan yang disimpan dalam diam, mama pergi membawa duka yang ditanggung sendiri.


Iklil menghela nafas. Bibir diketap kuat, menahan tangis. Tapi dia gagal. Benteng air matanya mudah pecah saat berbicara perihal mama.

“Adik rindu mama, bang..” Sayu suara Iklil dalam tangisan yang tertahan-tahan. Aminuddin sebak. Tubuh Iklil dipaut erat. Bahu adiknya itu ditepuk lembut beberapa kali.

“Thanks, abang.. Thanks a lot. Kalau bukan sebab abang strict dengan adik, adik takkan jadi macam sekarang. Mungkin adik semakin jauh dari keluarga kita..”

“Syhhh..” Aminuddin menenangkan Iklil yang semakin teresak. Habis lencun tudung gadis itu dengan air mata yang mengalir laju bak empangan yang pecah.

“Syhhh.. Husyhhh.. Tak mau nangis lagi, dik. Nampak Idin kang dia ingat abang cari gaduh dengan adik lagi..”

Iklil tersenyum. Tangan mengesat air mata yang berbekas di pipi. Hatinya puas. Tak pernah dia sebegitu rapat dengan abang Aminnya sebelum ini.

“Adik ingat tak, mama pernah kata dulu.. Hidup ni terdiri daripada tiga perkara,”

Iklil mengangguk laju. Aminuddin tersenyum lebar.

“Semalam, hari ni dan esok..” Dalam sendu, Iklil bersuara perlahan.

“Hmm.. Semalam tu adalah pengalaman. Hari ni, kesedaran—”

“Esok, persediaan..” Potong Iklil dengan senyuman manis terukir di seraut wajah yang basah dengan air mata itu. Aminuddin ketawa perlahan.

“Apa yang dah berlalu tu semua pengalaman bagi kita, dik. Hari ni, kita sedar, kita aware dengan perjalanan hidup kita.. Esok, kita kena be ready, get prepared for our next stop. Hidup ni kita tak tahu sampai bila..”

Iklil mengangguk lemah. “Adik sayang abang.. Adik sayang Ayah Amat..” Baru kini dia sedar betapa berharganya kasih sayang itu. Dia sedar kasih sayang itu bukan boleh diukur pada luaran..

“Dik, I’m really sorry for that ‘deposit’ thing..”

Iklil mengukir senyum. Dia menggeleng sedikit.

“Ayah Amat tak ambil deposit pun dan memang tak ada deposit apa pun. Abang terlepas cakap perkataan tu sebab abang takut adik lari. Abang nak adik kahwin dengan Idin. Abang tahu Idin lelaki yang baik..”

“Abang memang dah kenal Idin ke?”

Aminuddin menggeleng sekali. Dia tersengih sedikit. Mata lelaki itu seakan tersenyum nakal.

“Abang upah orang untuk siasat Idin?” Laju Iklil bertanya, tak betah melihat pandangan yang menimbulkan rasa curiga itu.

Aminuddin tersenyum lebar. Matanya dikerdipkan sekali. Bulat mata Iklil memandang abangnya. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

Abang, abang.. Tak ubah-ubah perangai tu.. Macam kes Lutfi waktu mereka sama-sama di tingkatan enam. Lelaki itu sedang berpacaran dengan Nini tapi abang Amin tersalah anggap. Sudahnya, dia hanya belajar setengah tahun di sekolah dan selebihnya dia belajar sendiri dengan mengikuti tuisyen di luar.

Betapa cekapnya orang suruhan Aminuddin sehinggakan tawaran belajar di IPT yang kebetulan diterima di tempat yang sama dengan Lutfi turut sampai ke pengetahuan abangnya itu. Disebabkan itulah Aminuddin tak membenarkan dia menyambung pelajarannya bersama rakan-rakan yang lain..

“Overprotective,” Sepatah kata yang terlontar dari bibir Iklil mengundang tawa Aminuddin.

“I’m too anxious for you,” balas lelaki itu sebelum menyambung tawa. “Tapi kan dik, percaya la cakap abang, Idin paling sesuai buat adik..”

Iklil mencebik. Aminuddin melemparkan sengih, menayang sebaris giginya.

“Abang bukan saja suka-suka buat semua ni, dik. Orang masuk meminang tiba-tiba, mestilah kita kena tahu datangnya dari mana, betul ke niat dia.. Takkan nak accept just like that.. Right?”

“You’ve got your point there..”

“Abang doa both of you will last forever, insyaAllah.. Iklil jangan risau sebab abang tahu he’s the best for you.. Believe me, dear..”

Lambat-lambat Iklil tersenyum. Makin lama makin lebar senyumannya itu. Sedari tadi Aminuddin mengkhabarkan kebaikan Idin dan sememangnya Iklil arif tentang itu. Gelak tawa Nabilah dan Nuha yang kedengaran kuat dari dalam rumah membuatkan Iklil dan abangnya berpandangan.

Hmm, abang la tu! Iklil tersenyum tiba-tiba. Sebentar tadi dia meninggalkan si kecil berdua itu pada Idin. Dua beradik itu pada mulanya nampak kekok ketika bersama Idin. Entah apa yang dilakukan Idin sehinggakan mereka kedengaran semakin mesra. Iklil tersenyum lagi buat kesekian kalinya. Dada terasa semakin lapang. Hidup seakan lebih bermakna. Ada janji yang terpateri dan terukir dalam hatinya saat itu..

No comments:

Post a Comment