May 15, 2011

:. Keterlaluankah Aku 5 .:



“Zayanah,”


“Ya ma,”


Pamitan sang ibu membuatkan Zaza tersengih lebar. Makin lebar saat lengannya ditarik lembut.


“Nak ke mana ni?”


Zaza menayang sengih lagi.


“Ya Allah anak kesayangan abah ni, mama tanya dia sengih. Ada la akalnya tu.”


Haha~ Tawa gadis itu meletus sesaat. Dia melabuhkan punggung di sisi ibunya sambil memeluk mesra lengan sang ibu.


“Mama ni... Dengar dek kak ngah, kak lang dengan Zaim karang jealous pulak dia orang tahu Zayanah anak kesayangan abah,”


Giliran Puan Zahrah tersengih lebar. Wanita lebih separuh abad itu menggeleng perlahan.


“Semua anak kesayangan abah.. Dengan kak long pun mama cakap macam tu jugak,” lengan Zaza dielus lembut. Puan Zahrah mengukir senyum.


“Ala baru nak bangga,” sekali lagi Zaza ketawa riang. Sesaat.


“Nak ke mana ni, sayang? Tak jawab lagi soalan mama,”


Zaza tersenyum. “Book fair,”


Puan Zahrah terangguk-angguk sebelum bersuara, “Dengan kak long sekeluarga?”


Zaza mengangguk beberapa kali. “Mesti mama lupa ni.. Zayanah dah bagitahu mama last week. Zaim pun ikut sekali. Mama jangan risau ya, ma. Dekat abah pun dah Zayanah ingatkan subuh tadi.” Sebuah senyuman diukirkan buat ibunya.


“Baik-baik ya dekat sana nanti mesti ramai orang. Jaga diri Zayanah baik-baik.”


“Insya Allah.. Mama jangan risau. Zayanah bawak bodyguard,”


“Apa bodyguard, bodyguard ni,”


Suara Zaim jelas kedengaran tiba-tiba. Zaza tersengih. Seketika kemudian dia terjerit perlahan. Penangan cubitan Zaim di pipi. Pantas Zaza menepuk tangan adiknya.


“Tak lalu makan kak dik nanti siap la Zaim,”


Zaim ketawa lepas. “Ingat baby lagi ke,” usik Zaim.


“Tengok Zaim ni, ma..” Zaza merengek manja sambil mengusap pipi beberapa kali. “Sakit tau,” disigungnya Zaim yang sudah menyelit di sisi.


“Zaim nanti jaga kak Zayanah baik-baik ya,” lembut suara Puan Zahrah mengingatkan. Tersenyum sang ibu, menggelengkan kepala saat Zaim mengangkat tabik hormat.


***********


“Kak dik, lambat lagi ke?”


Zaza menjeling Zaim sekilas. Wajah bosan Zaim dipandang tanpa perasaan.


“Mana belajar diskriminasi ni, Zaim?”


“Diskriminasi apa pulak tiba-tiba ni,”


“Kau kalau keluar dengan Utbah, Musytaq, Ifham... hurm sapa lagi?”


“Luqman,” balas Zaim selamba.


“Em Luqman. Relax je kan. Tak ada pulak boring rasanya,” sambung Zaza sambil menyiku perut Zaim.


Anak muda itu mula tertawa saat dia memahami tutur kata kakak bongsunya. Zaza menjeling tajam.


“Wo, wo.. Chill, sis. Cool down,” Zaim menyambung tawa sebelum tangan kirinya merangkul bahu Zaza. “Kak Dik ngamuk ni kenapa? Okay, okay. Zaim sempoi je. Kak Dik nak singgah booth mana pulak lepas Telaga Biru ni? Galeri Ilmu, kan? It’s okay, take your time for I’ll be right beside you, waiting for you my dear sweet sister,” berjela bicara Zaim, cuba mengembalikan mood ceria kakak kesayangannya.


Zaza masih lagi menayang riak serius. Namun, ada bunga tawa yang terlukis pada seraut wajah itu. Sekali lagi perut Zaim disikunya. Lebih perlahan.


“Ada, ada je tau. Malas aku nak layan.”


Zaim tersengih lebar. Keningnya dijungkitkan beberapa kali.


“Oi sudah, sudah. Kak Long semua mana?”


Zaim menjungkit bahu.


“Kita baliklah Zaim. Nak Asar dah ni,”


“Balik? Tak nak singgah Galeri Ilmu?”


Mencerun pandangan Zaza pada Zaim.


“What?”


“Kau kalau nak ikut aku, biar ikhlas Zaim.”


“Apa kena pulak tiba-tiba ni, Kak Dik?”


“Kak Dik tak tahu la nak kata kau ni Zaim in Wonderland ke apa. Cuba Zaim tengok ni booth apa? Buku dalam plastik ni mana punya publisher,”


Zaim meliarkan pandangan. Dia tersengih lebar.


“Dah, dah jom. Call Kak Long tanya ada dekat mana,” sambung Zaza ringkas.


“Baik chief!”


Selamba Zaim mengangkat tabik hormat. Zaza memusingkan kepala menahan tawa. Dia bergerak pantas menuju ke pintu keluar. Tak malu tau Zaim ni!


***********


“Fuuuhhhh ramainya tourist, Kak Long..”


Meliar mata Zaza memerhatikan sekitar kawasan Masjid Negara. Teruja melihatkan berduyun pelancong asing yang datang. Azan asar baru sahaja selesai bekumandang. Bertebaranlah pelancong-pelancong asing di perkarangan masjid tika itu.


“Rayyan, nanti dah besar sikit kena biasakan datang masjid tau. Bawak ummi, bawak walid,”


Si kecil Rayyan tersengih. Kak Long di sisi Zaza ketawa perlahan. Zaza tersenyum lebar. Kepala si kecil Rayyan dalam dukungannya diusap lembut sebelum dicium ubun-ubun kepala si kecil itu.


“Macam paham pulak budak kecik ni Kak Dik oi,”


Zaza menjeling geram pada Zaim yang berjalan di sisinya.


“Nah, ambik Rayyan ni. Kami orang perempuan pun nak solat khusyuk-khusyuk jugak,”


Meletus tawa Zaim. Tangan tetap menyambut si kecil Rayyan yang baru menjengah dua tahun.


“Jangan risau Zaim. Rayyan ni senang nak jaga,” Abang Long yang diam sedari tadi mula bersuara. Kak Long mengangguk tanda bersetuju. Rayyan terkebil-kebil dalam dakapan Paksunya.


“Memang la senang. Ngantuk dah tu,” sambung Zaza sambil tersenyum. “Jom Kak Long,”


Kak Long mengangguk sekali sebelum bersuara, “Bang tu kawan abang rasanya tu,” terjungkit kening Kak Long mengarahkan pada sesusuk tubuh yang sedang berjalan bertentangan mereka. Masing-masing menuju ke tangga di bahagian tengah.


“Em, betul la tu,” tersenyum Yusuf mengiyakan kata-kata isterinya. “Zahirah dengan Kak Dik turun ambil wudhuk dulu. Biar abang dengan Zaim jaga Rayyan. Abang nak jumpa kawan sekejap,”


Kak Long mengangguk. Zaza tersenyum sambil mengerdipkan matanya pada Zaim.


“Baby-sit Rayyan baik-baik tau Zaim. Jangan bagi nangis pulak,” sempat Zaza mengusik sebelum jasadnya hilang menuju ke tempat wudhuk di bahagian bawah.


Zaim hanya tersenyum. Sesekali tangannya menepuk perlahan belakang badan Rayyan, mendodoikan si kecil itu.


Usai solat berjemaah selang beberapa lama kemudian...


“Zaim, Zaim,”


Satu suara memanggil sedikit kuat dalam nada berbisik. Anak muda itu yang sedang berdiri memandang kolam pantas mendongak sedikit. Pancaran flash yang singgah pada matanya membuatkan Zaim mengetap gigi. Pantas dia menoleh ke kanan saat gegendang telinganya menangkap tawa halus yang kedengaran perlahan di sisi.


“Kalah tourist yang ramai-ramai tu,”


Tawa Zaza meletus lagi. Tidak sampai sesaat.


“Sempat pulak Kak Dik bawak masuk kamera.”


Zaza menjungkitkan kening beberapa kali.


“Kamera Kak Long la tu.. Meh sini Zaim snap pulak,”


“Rayyan sayang, come to Acik,”


Kamera dan Rayyan bertukar tangan.


“Snap cantik-cantik tau Zaim. Bukan senang aku nak datang Masjid Negara ni,”


Zaim menggeleng beberapa kali. “Memang kalah la tourist ramai-ramai tu,” usik Zaim lagi.


Zaza hanya mencebik. Dakapan pada Rayyan dieratkan lagi sebelum dia mengucup pipi si comel itu. Sekejapan pancaran flash menyinar. Zaza pantas mendongak.


“Orang pro, beb. Gambar candid mesti lagi cun.” Ada riak bangga di situ. Zaza mencebik.


“Kalau tak cantik siap kau Zaim.”


“You can count on me, sis,”


Sekali lagi Zaza mencebik. “Dah jom pergi kat kereta.. Eh tu. Bukan ke kawan Abang Long tadi? Hensem la Zaim,”


“Astaghfirullah al-Azhim... Sempat lagi dekat masjid ni,”


Zaza tertawa sesaat. Mata masih tak lari daripada memerhati sesusuk tubuh yang semakin dihampiri seorang wanita berjubah dan berpurdah hitam.


“Wohh. Aku tak boleh lawan la Zaim. Orang baik, pasangannya baik jugak,”


Wanita berjubah dan berpurdah hitam tadi bersalaman dengan lelaki itu sebelum dia tunduk mengucup belakang tangan lelaki itu penuh hormat. Kepala wanita itu diusap sekali.


Zaza menghela nafas, menyembunyikan rasa cemburu yang datang tiba-tiba. Dia tersenyum sedikit sebelum berlalu pergi. Zaim yang turut sama memerhati menjungkitkan bahunya sekali. Langkah Zaza yang laju tanpa menoleh walau sesaat dituruti perlahan. Berkerut dahi lelaki itu memikirkan sesuatu.



:. to be continued, insyaAllah .:

3 comments:

  1. pandai zaza kenakan zaim ya
    sapa tu..
    urmm

    ReplyDelete
  2. hurm...kak jat, masih x phm citer ni.. heh. x pe. haliban tunggu. ^^

    ReplyDelete
  3. nice..
    memberikan sesuatu yang di paksa hilang.. biarpun sekadar luaran tapi cukup menyunting indra tertutup. apa pun arah, moga ilham terus ke depan untuk mengindahkan lagi rasa yang di anugerah.

    o(^_^)o
    juruboneka

    ReplyDelete