“Sal!!”
“Nada!!!”
Teriakan berbalas kedengaran agak kuat bergema dari aras 1 Blok MP, Kolej Kediaman Phloem.
“Which floor?”
Salsabila memuncung.
“Which floor my dear?”
Nada Raihanah bertanya sekali lagi.
“Langit ketujuh..” Meleret suara Salsabila membalas.
“Ha-Ha. Tingkat 11? House number..?”
“9”
“Yosh!! Welcome home neighbour..”
Sekejapan tubuh Salsabila berada dalam dakapan Nada Raihanah. Salsabila ketawa lepas beberapa ketika kemudian. Pelukan dieratkan sebelum mereka kembali berdiri berhadapan.
“Boleh la Nada tolong angkat barang-barang Sal,”
Ikhlas Nada Raihanah menawarkan bantuan. Salsabila tersenyum lebar.
“No need my dear. Sal ada troli,”
“Troli?”
“Yep. T.R.O.L.I. Troli,”
Salsabila tersengih menjungkitkan keningnya sekali.
“Wah-wah-wah. Maju dah final year. Siap bawak troli. Tak sabar nak angkut barang balik hujung sem nantikah?”
Tawa dua sahabat bersatu seketika. Sesaat Cuma.
“Then where’s the trolley?”
“Tu, dalam..”
Memuncung Salsabila mengarahkan pada ruang tamu rumah yang penuh dengan barang.
Cuti semester sudah pun berakhir. Bermulanya semester baru, setiap pelajar Kolej Kediaman Phloem akan dipindahkan ke rumah yang baru dan ini bermakna setiap pelajar dikehendaki untuk mengosongkan rumah lama mereka. Para pelajar juga diberi kemudahan untuk menyimpan barang-barang mereka di rumah tertentu di aras satu yang telah dijadikan stor sementara.
Terdapat dua buah blok apartmen 11 tingkat di Kolej Kediaman Phloem. Casuarina Equisetifolia atau CE adalah blok kediaman yang dikhaskan kepada pelajar lelaki manakala Mimosa Pudica (MP) adalah blok kediaman bagi pelajar perempuan. Di bawah Blok MP ditempatkan pejabat kolej, pejabat pengurusan kolej dan juga Phloem Mart. Bilik Gimnasium, bilik bacaan, perpustakaan mini dan kafeteria pula bertempat di bawah blok CE. Blok MP dan blok CE masing-masing dipisahkan dengan sebuah surau dua tingkat, Surau Khulafa’ Ar-Rasyidin. Bangunan pentadbiran, fakulti, dewan kuliah dan sebagainya pula terletak satu kilometer dari Kolej Kediaman Phloem.
***********
“Why?”
“Why Why Love?”
“Why that look la. Tembak kang, main-main pulak Nada ni tau,”
Nada Raihanah ketawa perlahan. Kepalanya bergerak perlahan ke kiri dan ke kanan.
“Tu ha, mana dapat tah troli besar gabak tu,”
Tersengih Salsabila menampakkan barisan giginya.
“Sal pinjam dekat orang maintenance la,”
“Ooo..”
Salsabila mengangguk tiga kali.
Lif terbuka luas. Nada Raihanah bergegas masuk dan menekan butang open sebelum memberikan laluan kepada Salsabila untuk menolak masuk troli yang penuh dengan barang-barangnya. Pintu lif tertutup kembali dan kedua-dua orang sahabat itu hilang dari pandangan.
***********
“Huuu.. Penatnya Nada.. Jauhnya kelas kali ni.”
Nada Raihanah tersenyum dan mengangguk. Beg galasnya diletakkan di sisi katil sebelum dia duduk di situ.
“Cabaran final year,”
Ringkas balasan gadis 25 tahun itu.
“Sal nak mandi sekejap, Nada tunggu tau..”
Salsabila tersengih lebar sambil menarik tuala di penyidai.
“Wait Sal, your phone..”
Nada Raihanah mengunjukkan Samsung Monte Salsabila yang sedang berlagu panjang. Langkah Salsabila terhenti dan dia kembali menapak ke arah Nada Raihanah.
“Nada balik rumah kejap, I’ll be back soon, InsyaAllah.”
“Okay, see ya!”
Tersenyum Salsabila pada Nada Raihanah yang melangkah pergi sebelum dia menjawab panggilan.
“Assalamualaikum,”
“Salam kembali,”
Ringkas balasan Salsabila.
“Siapa nak salam dia?”
Tawa Salsabila kedengaran manja.
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wa maghfiratu wa ridhwan,”
“Good. That’s my girl.”
“Dah makan?”
“Not yet. Tak ada cook dah sekarang. Cook pindah rumah,”
Salsabila ketawa lagi.
“Salsabila dah makan?”
“Cook is forbidden untuk main masak-masak for the time being.. Pity kan,”
“Tak makan lagi?”
“Will,”
“Will which means going to right?”
“Yep,”
“Kenapa makan lewat sangat. It’s already 5. Tengah hari tadi pun tak makan apa-apa kan?”
Diam. Sepi tanpa balasan.
“Diet?”
Sepi lagi.
“Okay, I got it. See you soon, Assalamualaikum.”
Salsabila menghela nafas. Panjang. Samsung Monte hitam oren miliknya dicampak perlahan ke atas bantal. Bergegas dia menuju ke kamar mandi seketika kemudian.
***********
“Ada orang maintenance baru kan Jia,”
“A’aa. Smart kan that guy,”
“Em hm,”
“Pagi tadi tiga orang datang rumah aku, sekali dengan abang baru tu.”
“Buat apa?”
“Fix benda-benda yang rosak..”
“Kau dah buat report dekat office ke?”
“Belum. Aku pun tak tahu mana diorang tahu. Maybe dah inspect time cuti hari tu kot,”
Pintu lif terbuka di ground floor. Empat pasang kaki melangkah keluar.
“Ita, your left. That new guy,”
Empat pasang mata melilau ke sebelah kiri lif. Seketika kemudian dua pasang mata berpandangan. Kedua-dua orang itu bergegas mengatur langkah menjauhi dua orang sahabat yang rancak bercerita di dalam lif sebentar tadi. Pecah tawa kedua-duanya sebaik sahaja mereka berada di hadapan pintu pagar kolej.
“That new guy.. Ingat siapa la tadi. Sal tak rasa macam new guy pun.”
Salsabila ketawa lepas. Nada Raihanah tersengih.
“Smart huh?”
“Tang mana tu. Dari rupanyakah atau dari gayanyakah?”
Tawa Nada Raihanah bergabung dengan Salsabila. Sesaat cuma. Kedua-duanya tersenyum lebar.
“Smart apa that guy.”
Nada Raihanah kembali menyambung kata sebelum Salsabila membalas,
“Ya, of course.”
***********
“Assalamualaikum,”
Tiada sahutan.
“Assalamualaikumm,”
Tiada balasan.
“Assalamualaikummm,”
Sepi salam dibiarkan berlalu.
“Okay, cukup. Tiga kali sudah.. Kunci mana Man?”
“Weh. Aku bagi salam lagi la Di. Kot anak dara kat dalam bertuala je ke naya kita kena saman nanti,”
“Okay..”
“Assalamualaikummm..”
Masih sunyi seperti tadi.
“Assalamualaikummm MP 11 9. Ada orang tak dekat dalam??”
“Should be home,”
Hampir tak kedengaran suara lelaki yang meminta kunci tadi. Dia bergerak setapak, mendekati pintu rumah.
“Yes, sorry,”
Pintu terbuka dari dalam tiba-tiba, disambut dengan suara halus yang membalas perlahan.
“June—”
Aaa~. Satu jeritan halus pula kedengaran tiba-tiba diikuti dengan bunyi dentuman pintu. Senyum nakal terbit di wajah lelaki yang berdiri tegak di hadapan pintu masuk. Aroma Lavender yang memenuhi segenap ruang rumah menimbulkan keselesaan pada mereka. Lelaki itu membuka kasut but hitamnya dan melangkah masuk. Buku log di tangan rakan sekerjanya ditarik tanpa isyarat.
“Man, aku handle rumah ni kau pergi rumah depan."
Buku log kecil yang diselitkan di belakang seluarnya ditarik dan dihulurkan pada Azman. Azman menjungkitkan bahu sekali dan bergerak ke rumah hadapan. Prosedur memberi salam kembali berulang. Troli besar penuh dengan kelengkapan membaiki rumah dibiarkan di laluan tengah antara rumah MP 11-9 dengan MP 11-5.
“So you, June?”
Gadis yang mematung di tepi pintu menganggukkan kepala.
“Housemate nama apa? May or July?”
June ketawa lepas.
“Okay, ada masalah lampu?”
“Tak,”
“Pasti?”
“Sure,”
“okay, tengok ni,”
Buku log panjang warna merah hati yang terbuka luas ditayangkan di hadapan June.
Lampu balkoni – break down
“Oh really? Baru tahu.. sebab kami tidak on lampu balkoni,”
Baku sebutan June jelas menunjukkan gadis manis itu kelahiran Sabah Sarawak. Lelaki itu hanya tersenyum sambil menutup buku log di tangannya.
“Ada lain-lain kerosakan?”
“Saya tidak pasti,”
“Em. Ada. Suis bilik 1 short. Mana bilik 1?”
Melilau mata lelaki itu memandang dua buah bilik yang bertentangan. Penuh makna senyuman yang dilayangkannya sekali imbas pada June.
“Di sana. Tapi ada orang. Wait,”
Pintu bilik 1 diketuk perlahan sebelum dikuak sedikit. June menyelit masuk ke bilik itu.
“Sal, that maintenance man nak fix the switch,”
“Fix switch? Which one?”
“Don’t know. Ada suis yang short dalam bilik ni katanya,”
“Herm. Got it,”
Salsabila membalas senyuman June lambat-lambat. Dia bergerak malas menuju ke pintu.
“Ey, where’s your this?”
Tangan June mengisyaratkan tudung di kepala.
Salsabila tersengih malu.
“June kata tadi nak pergi settle add drop subjects. Dah settle?”
“About to go. Can I leave you alone?”
“Sure,”
“I’ll be in town afterwards. Sal nak beli apa-apa?”
“Emm.. tak ada la agaknya,”
Ketukan di muka pintu membuatkan dua orang teman serumah itu tersentak.
“Sebentar,”
June bersuara agak kuat membalas panggilan di balik pintu.
“Err June, if possible carrot cake.. Secret Recipe please,”
“Sure thing,”
“Thanks dear,”
June mengangguk, tersenyum dan berlalu pergi. Kedengaran suara gadis itu berbual seketika dengan penyenggara di luar bilik sebelum bunyi pintu utama rumah dibuka laju. Beberapa ketika kemudian pintu bilik Salsabila pula terkuak. Sekujur tubuh tegap melangkah masuk, membiarkan pintu terbuka luas.
“Hi there,”
“Assalamualaikum,”
Tersengih lelaki itu seketika sebelum salam Salsabila dijawab penuh kemudiannya.
“Suis mana yang short? Okay je semua,”
Lelaki itu tersenyum lebar mendengar kata-kata yang dimuntahkan.
“Okay ye semua?”
“Yep,”
“Sure? I thought ada yang short,”
“Tak ada.”
“Em hm. Short yang sangat kritikal ni,”
Lelaki itu mara ke arah Salsabila. Lengan kiri Salsabila ditarik cermat. Digenggam tangan kanan Salsabila dan dibawa ke dada Salsabila.
“Sini yang short,”
Salsabila memuncung.
“Hangus dah ni. Memang rosak dah suis ni. How am I going to fix this one?”
“Stop doing nonsense,”
“This is for your sake dear,”
“Don’t waste your time here,”
“I’m doing nothing,”
“Yes you did something,”
“And what is it?”
Sepi seketika.
“Salsabila, semuanya baik-baik je kan before this. I thought you can accept me for who am I,”
“Ya Allah,”
Kalimah kebesaran itu terungkap dari bibir Salsabila. Seakan satu keluhan yang dilepaskan. Tangannya ditarik dari genggaman lelaki itu. Dia bergerak tiga langkah ke belakang. Pegangan lelaki itu pada lengan kiri Salsabila terlepas.
“Please.. Be where are you suppose to and stay as who you are. This isn’t your place,”
“My place is with you my dear,”
Sepatah-sepatah lelaki itu membalas.
“My place is with you,”
Salsabila mengulang kembali. Lebih jelas.
“But please, bear with this for three months. Just three months,”
Lelaki itu mara ke hadapan, merapatkan ruang antaranya dan Salsabila. Pinggang Salsabila dirangkul kemas. Tubuh Salsabila didakap kemas seketika kemudian.
“Salsabila—”
“Astaghfirullahalazhim,”
Suara lelaki itu tercantas tiba-tiba. Pelukan diuraikan. Salsabila ditolak pantas ke belakangnya. Dia berdiri tegak memegang erat lengan kiri Salsabila yang menyorok di belakangnya.
“Keluar dulu, Man!”
Agak keras suara itu kedengaran.
“Duduk dalam bilik, Salsabila.”
Sejurus selepas memberi arahan, lelaki itu bergegas keluar, menolak tubuh Azman. Pintu bilik ditutup rapat.
“Apa kau buat, Di?”
“Aku boleh explain,”
“Kau dah la baru masuk Di. Buat hal pulak. Kalau pihak kolej dapat tahu, kau dah kena buang.”
“Aku boleh explain, Man.”
“Apa lagi. Jelas dah aku nampak semua. Kau tu Islam. Jangan Islam pada nama je dosa mengalir laju macam air terjun,”
“Aku—”
“Ibaratnya kepala ditusuk dengan besi panas bila bersentuhan dengan yang bukan mahram,”
“Ya Allah,”
“Bertaubatlah Di. Allah Maha pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka. Dia Maha penyayang,”
“Man, Man. Dengar.”
“Aku nampak, tak perlu lagi aku dengar apa-apa.”
“Dia isteri aku.”
“Apa?”
“Dia isteri aku. Isteri aku yang sah.”
“Kau tak dalih?”
“Astaghfirullah. Aku pun kenal dosa pahala. Hidup aku bukan untuk bersuka ria. Aku pun mencari redha-Nya.”
Izdihar menggagau poket seluarnya. Wallet Polo hitam dikeluarkan. Sekeping kad ditarik keluar dan dihulurkan pada Azman. Azman terdiam.
“Kenapa kau rahsiakan?”
“Aku buat semua bersebab,”
“Aku minta maaf,”
“Aku pun sama. Aku yang buat onar sebenarnya. Aku minta maaf aku rahsiakan dari kau dan semua.”
***********
“Serves you right,”
Izdihar tersengih lebar. Suara halus yang mengetuk gegendang telinganya membuatkan dia rasa tenteram.
“As long as it’s worth it, why don’t we give a try, right?”
Salsabila mengangguk lambat-lambat, mengakui kebenaran kata-kata itu.
“Abang ni betul-betul degil tau. Nanti yang keluar pun degil jugak, put the blame on you.”
Izdihar ketawa kuat. Wajah Salsabila yang sudah memuncung dipandang sekali lalu.
“Em tengok tu. Lelaki, bila dah ada depan mata tak dipandangnya. Bila dah tak ada, ada pulak akalnya pandai pulak try so on and so forth untuk tengok hari-hari,”
Izdihar ketawa lagi. Lelaki itu mengengsot sedikit, menghampiri isterinya di hujung sofa. Bahu Salsabila didakap erat seketika kemudian, menarik tubuh kecil itu rapat padanya.
“Best kan rumah kita ni,”
“Lari topik,”
“Best kan dapat duduk rumah Felo yang lengkap serba serbi ni,”
“Best lagi duduk 11th floor. View pun cantik.”
“Abang mintak June tukar sini nak? Kita duduk atas,”
Salsabila menyigung perut suaminya perlahan.
“Banyakla. Atas tu rumah student. Orang maintenance tak payah sibuk-sibuk duduk atas. Dapat duduk rumah Felo ni pun kira bersyukur la tau,”
Izdihar kembali tersengih.
“Abang pun tak nak Salsabila duduk tinggi-tinggi. Em, tak sangka Azman adik pengetua kolej ni. Baik sangat Azman tu siap tolong abang dapatkan rumah Felo ni lagi,”
“Mujur Miss Lynda dah pindah lepas kahwin last semester. Kalau tak jangan harap abang nak dapat senang-senang tau,”
“Hujung minggu ni abang nak balik KL. Salsabila ikut sekali tau,”
“Balik untuk apa?”
“Tender Park Avenue due end of this month. Kak Hawa suruh abang buat final check wiring dekat bangunan yang dah siap,”
“Suruh? Bukan mintak tolong?”
Izdihar tersengih lebar mendengar soalan cepumas itu.
“Herm serves you right!”
Salsabila ketawa lepas. Sesaat cuma.
“Mesti Kak Hawa marah dekat abang ni. Padan muka. Kerja dah elok-elok dekat satu tempat, cari beban lagi.. Nak jugak jadi maintenance man dekat sini. Nasib baik accepted. Kalau rejected, Sal tak tahula apa lagi usaha abang nak masuk kolej ni.”
Salsabila berpaling memandang suaminya di sisi. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Sal tak nak susahkan abang. Sal tahu jaga diri Sal tau. Bukannya Sal baru daftar masuk tahun pertama. Dah tahun akhir pun bang.. Tolak cuti mid sem dengan cuti minggu ulang kaji, berapa lama sangat Sal dekat kolej ni,”
Izdihar diam lagi tidak membalas. Hanya senyuman dilayangkan pada isterinya yang mengerling sekilas.
“Say something please..”
Izdihar tersenyum lagi.
“Abang...”
Lelaki itu tersengih mendengar suara isterinya yang sudah meleret.
“Nak cakap apa lagi. Abang nak dengar suara Salsabila je. Abang tak nak cakap apa-apa,”
“Okay, abang nak dengar Sal cakap apa?”
“Thanks,”
“Thanks?”
“Ya, thanks.”
Salsabila merapatkan wajahnya dekat pada Izdihar. Pipi kanan lelaki itu dikucup sekali.
“That’s it. With all my love,”
Izdihar ketawa kuat. Pipi isterinya dicuit geram.
“Okay, acceptable. You know it’s hard to be in this college. It’s not easy to make yourself comfortable with what you are not familiar and used to. Yet, I try my very best to be with you as I care for you. No matter how..”
“Yes abang, I can see ‘the no matter how things’..”
Giliran Salsabila tertawa pula. Sesaat cuma. Puas dapat mengusik suaminya.
“At least I’m qualified enough to be a maintenance man,”
“Ya, you are my hero..”
Salsabila tersengih lebar. Matanya dikerdipkan sekali.
“And this is my hero,”
Izdihar melekapkan telapak tangan kanannya di atas perut Salsabila. Lelaki itu tersenyum senang.
“Abang rasa ralat kalau tak dapat tengok Salsabila, tak dapat jaga Salsabila. Abang tak nak rasa menyesal if anything happens.”
“You do have your reason, don’t you?”
Izdihar tersenyum. Salsabila membalas senyuman itu. Mesra.
Pap! Ruang tamu gelap gelita tiba-tiba. Izdihar dan Salsabila berpandangan dalam gelap sebelum tawa kedua-duanya bersatu sesaat. Pasangan suami isteri itu bergerak perlahan menuju ke balkoni.
“Rumah lain cerah je bang,”
“Mm hm.. Abang lupa Azman kata wire rumah ni problem,”
Salsabila mencebik sedikit.
“Not to worry. I can fix it.”
Ceria suara Izdihar membalas cebikan isterinya. Salsabila tersengih sebelum kembali bersuara,
“Lucky I’ve got my maintenance man,”
-The End-
Moral of the story, seeing is believing but then sometime there's always something to ponder on..
Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama,
1) Azman berkata, “Ibaratnya kepala ditusuk dengan besi panas bila bersentuhan dengan yang bukan mahram,”
Hadis sahih riwayat At-Thabrani & Al-Baihaqi, Dari Ma’qil Bin Yasaar katanya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesungguhnya jika ditusuk kepala salah seorang daripada kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahram)
Huraian : Marilah sama-sama kita memartabatkan Islam. Hidup zaman millennium, segala dan serba serbi nampak remeh sehinggakan perempuan dan lelaki yang bukan mahram bertepuk tampar, bersalam-salaman dan bercuit-cuitan adalah diibaratkan sebagai perkara biasa. Maka janganlah kita meneruskan aktiviti tidak sihat ini. Penyakit hati baik dijauhi.
2) Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bahagian dari zina pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang. Kedua telinga, zinanya adalah mendengar. Lisan zinanya adalah ucapan. Kedua tangan zinanya ialah menyentuh. Kedua kaki zinanya ialah melangkah, zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya,”
Wallahua'alam.
terima kasih utk perkongsian. =)
ReplyDeleteThanx cik writer.
ReplyDeletecerita yang ada pelajaran & juga romantik...i like it!!!
ReplyDeleteoh nice 1!! ;))
ReplyDeletesuka cite ni... penuh dengan moral of story.
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteKami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: Yang Indah itu Budi, Ynag Cantik itu Bahasa, Opposite Attract, Kills Two Bird with One Stone, Keterlaluankah Aku & Forever Yours
yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).
Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).
Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.
Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.
Sekian.
Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com
Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.