June 10, 2009

Bayang-Bayang 4


Tombol pintu dipulas dan Dinie melangkah laju ke arah meja kecil di sisi katil tatkala mendengar telefon bimbitnya berbunyi tidak henti. Matanya memandang skrin Nokia 6030 miliknya yang sudah berada dalam genggaman. Berkerut dahinya melihatkan nombor tanpa nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu. Sesaat kemudian dia meletakkan semula telefon bimbit itu di atas meja kecil tadi. Langkah kakinya diatur ke balcony di hujung bilik.

"Angah, handphone dok bunyi dari tadi. Kenapa tak jawab?" Adhana yang sedari tadi mengintai di sebalik pintu bilik berjalan menghampiri Dinie yang sedang mengangkat tualanya dari ampaian di balkoni. Tangannya menghulurkan telefon bimbit pada Dinie.

"Biarlah Hana.. Malas angah nak jawab call yang angah tak sure dari siapa," Dinie mencebik pada Adhana.

"Angah.. tak baik tau. Mana tahu kot-kot urgent ke ngah." Adhana masih mahu memujuk Dinie untuk menjawab panggilan itu. "Hmm.. mana tahu kot-kot secret admire ke..?" Sambung Adhana lagi dengan sebelah keningnya terangkat. Tergelak dia melihatkan Dinie menjulingkan mata dan menjelirkan lidah padanya.

"Angah ni tak baik tau.. Hmm.. tengok ni, ada 9 missed called!" Hana terjerit kecil melihatkan baris-baris perkataan di skrin telefon bimbit itu sebaik sahaja ia berhenti berbunyi.

"Ala.. baru 9. Kecohlah Hana ni.." Dinie mencubit manja pipi Adhana. "Dah, dah.. angah nak masuk toilet ni," sambung Dinie sambil tangannya menolak perlahan Adhana yang menghalang laluannya.

"Aikk.. tadi berjam-jam dekat toilet bawah, sekarang nak masuk toliet lagi? Ada date dengan abang Syai ke senja-senja ni.."

Dinie tersenyum mendengar kata-kata Adhana. Dia mengenyitkan matanya pada Adhana.

"Hiii... seramlah Hana dengan angah ni." Adhana membesarkan matanya memandang Dinie.

"Dah, dah.. malas angah nak layan Hana lagi. Merapu aje kerja dia," Belum sempat Dinie melangkahkan kakinya ke dalam bilik air, telefon bimbitnya berbunyi lagi.

"Angah, angah. Ni, ada nama ni.." Adhana mengunjukkan telefon bimbit Dinie tepat pada matanya. Dinie menggerakkan kepalanya ke belakang sedikit untuk melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit. Tangannya segera mengambil telefon bimbit dari tangan Adhana dan menekan butang berwarna hijau.

"Hello, Assalamualaikum.." Sapa Dinie

"Waalaikumussalan... Dinie ye?"

"Yess.. Dinie. Kenapa kak?" Laju saja mulutnya bertanya saat terdengarkan suara Humaira yang tergelak riang.

"Tak ada apa.. Saja akak call nak check sama ada Dinie bagi nombor betul ke main-main," Jawab Humaira dengan tawa yang bersisa.

Berkerut dahi Dinie mendengarkan jawapan Humaira. "Takkanlah Dinie nak main-main dengan akak kot," Dinie bersuara, pelik. Dia terdengar Humaira menyambung tawanya tadi. "Oh, haa!" Tiba-tiba Dinie menyergah Humaira.

"Uiii Dinie oiii.. terkejutlah akak, sayang." Jelas nada terkejut pada suara Humaira. Giliran Dinie pulak yang bergelak ketawa kali ini. Matanya memandang pada Adhana yang sudah menghampiri bilik air. Laju saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air sambil tangannya melambai pada Dinie. Sempat dilayangkan flying kiss pada Dinie sebelum menutup pintu bilik air.

"Sorry, sorry.. Akak terkejut ye? Dinie tiba-tiba teringat something.. Akak yang call Dinie ye tadi?" Dinie meneka secara rambang untuk memastikan andaian yang bermain di kepalanya.

"Hmm?" Sepatah jawapan yang lebih kepada soalan daripada Humaira.

Dinie tersenyum, mengandaikan Humaira tidak tahu apa-apa dan tak perlu mengetahuinya, dia berkata, "Tak ada apa lah kak. Ada orang silap call masuk nombor Dinie tadi.."

"Ooooohhhh... Dah tu, Dinie tak jawab call tu?"

Dinie hanya tergelak perlahan sebagai jawapan kepada soalan Humaira. "Dinie tak suka la nak jawab call yang tak ada nama kak..."

"Hm.. bahaya tau. Kalau tiba-tiba ada urgent call, tak ke naya tu Dinie.." Humaira berhenti seketika sebelum meneruskan ayatnya, "Kalau call Dinie tak nak jawab, tapi kalau sms?"

"Dependslah.. Hmmm... tengoklah tahap kerajinan Dinie, apa yang di'sms'kan."

Humaira tergelak mendengar kata-kata Dinie. Dia berkata, "Peliklah. First time akak kawan dengan orang yang ada pendirian pelik macam Dinie."

"Wahhh.. mengata Dinie pulak ye.. Biasa je tu kak. Ramai lagi yang macam tu.." Dinie turut tergelak mendengar pandangan Humaira mengenai dirinya.

"Selalunya budak perempuan baya-baya Dinie suka layan prank calls ni.."

"Dinie tak jawab pun panggilan tu kak.. So tak tahulah tadi tu prank calls ke prawn calls ke.. Malas Dinie nak ambil tahu."

Ketawa besar Humaira mendengar ayat yang keluar dari mulut Dinie. "Udang mana boleh buat call." Humaira berkata dengan tawa yang masih bersisa. "Hmm.. okaylah Dinie. Saje akak nak spotcheck Dinie tadi.."

"Haa??"

Kedengaran suara Humaira tergelak di corong telefon. Dia kemudiannya berkata, "Hmm.. jumpa esok ye. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..." Dinie menjawab perlahan. Telefon bimbit masih terlekap di telinganya saat Humaira menamatkan perbualan mereka. Otaknya ligat berfikir, untuk apakah 'spotcheck' yang dikatakan Humaira tadi..

Hmm.. biarlah. Kak Mai saje je tu, suka main-main buat orang confuse.. Telefon bimbit diletakkan semula di atas meja kecil tadi. Dinie melangkahkan kakinya ke bilik air. Riuh mulutnya memanggil Adhana yang masih berada di dalam. Sesaat kemudian kakinya diatur menuju ke meja kecil di sebelah katil Queen sizenya itu. Laju tangannya mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil itu. Dia menekan-nekan butang mencari missed calls tadi. Tersenyum dia melihat nombor itu.

013-3312378. Nak bagi nama apa ye ni, sampai 9 missed called.. Do I know you...? Hmmm.. Dinie mengeluh perlahan sambil itu jari-jemarinya ligat menekan butang telefon bimbit. Tersengih dia melihatkan nama yang diberi pada pemanggil misteri tu.

"Angah!! Berangan ye!!" Sergah Adhana yang baru keluar dari bilik air. Dia hanya melilit tuala dipinggangnya dan memakai sehelai t-shirt berwarna merah jambu.

"Oiii.. terkejut angah tau. Tarik tuala kang." Dinie segera meletakkan telefon bimbitnya di atas meja di sisi katil mereka. Dia berjalan ke arah Adhana dan menunjukkan gaya seakan-akan mahu menarik tuala adiknya itu.

Adhana segera berlari menjauhi Dinie. Tergelak Dinie melihatkan reaksi Adhana yang kelihatan risau jika dia betul-betul melakukan seperti yang dikata. Dinie segera masuk ke dalam bilik air tanpa menghiraukan Adhana. Dia masih lagi tergelak saat pintu bilik air ditutup.

No comments:

Post a Comment