April 17, 2010

Kills Two Birds With One Stone 5



Afifah? Afiqah?


Afiqah? Afifah?


Afifah? Afiqah?


"Macam ayam berak kapur ni kenapa Syah?"


"Oh mak kau Afiqah,"


Hajah Fatimah menggeleng beberapa kali.


"Teruk dah latah kamu ni Syah. Siap keluar nama perempuan lagi ni ha. Entah siapa-siapa pulak tu,"


'Ukasyah tersengih malu. Belakang kepalanya diusap sekali lalu.


"Ummi terkejutkan Syah," Lelaki itu menuturkan kata perlahan. Mata menyoroti langkah sang ibu yang sedang mengendong bakul berisi kain yang sudah dibasuh. "Ummi nak jemur baju ke? Biar Syah buat, mi.." Pantas tangannya mencapai bakul merah segi empat tepat yang bertangkai hitam di hujungnya itu. Tersenyum dia pada umminya yang diam memerhati sebelum langkahnya diatur laju ke luar rumah.


"Kamu sebut nama siapa tadi, Syah?"


Beberapa minit berlalu, suara Hajah Fatimah tiba-tiba kedengaran. 'Ukasyah tersentak. Bulat mata memandang umminya yang sedang berdiri tegak memerhati, lagak ibu mertua mengadili menantu menguruskan tugas seharian.


"Err.. Emm.. Bila ummi ikut Syah kat luar ni, mi?"


Tersengih lebar 'Ukasyah, memandang tepat pada sang ibu yang memerhati tanpa kelip.


"Kamu jangan main-main Syah. Ummi dengan abah dah janji dengan Haji Pian. Kamu pun ummi tengok bukan main suka lagi semalam. Malam tadi mimpi anak dara mana pulak ni. Kamu jangan buat main-main urusan jodoh ni Syah,"


'Ukasyah senyum kelat. Jersi Manchester United keluaran Nike di tangannya diletakkan kembali ke dalam bakul.


"Ummi.."


Bahu Hajah Fatimah dipaut lembut. Tubuh kecil umminya itu didorong perlahan ke bangku kecil di hujung sudut halaman rumah.


"Ummi ni fikir bukan-bukan tau. Tak ada siapa pun.. Syah ikut je ummi. Kan Syah dah kata semalam Syah setuju. Ummi tau kan Syah macam mana. Once I said yes, that's it.."


"Afifah tu baik orangnya,"


'Ukasyah menghela nafas perlahan. "Anak-anak Haji Pian semua baik-baik, mi."


"Dua orang je pun anak Haji Pian tu Syah,"


"Em hm. Jadi?"


"Jadi ummi nak Syah dapatkan yang terbaik,"


"Apa bezanya dua-dua anak Haji Pian tu, mi?" Perbualan yang semakin menarik! Mungkin ini peluangnya untuk dia membongkar rahsia hati. Lelaki itu tersenyum sedikit sebelum menempel di sisi umminya.


Hajah Fatimah hanya memandang wajah bercahaya penuh harapan anaknya tanpa memuntahkan kata walau sedikit.


"Em mi? Rasa Syah, kalau dapat salah seorang pun dah kira rahmat Tuhan dah tu mi,"


"Kita tak boleh ambil hak orang Syah," Lambat-lambat Hajah Fatimah membalas. 'Berkerut dahi 'Ukasyah memandang umminya.


"Maksud ummi?"


"Pilihan kita terhad. Bila dah terhad, tentu yang the best dah reserved awal-awal. Silap ummi ambil mudah urusan jodoh kamu ni. Seorang lagi dah bertunang pun Syah,"


'Ukasyah terdiam. Lama. Tak sedar Hajah Fatimah bingkas dan menyambung tugasnya menyidai pakaian.


"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.." Perlahan 'Ukasyah mengungkap sebaris kalimah.


"Apa kamu kata Syah?"


"Hm?"


"Apa kamu kata tadi?"


"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.." Sebaris kalimah itu diucapkan sekali lagi. Kali ini dia tersengih sedikit. Hajah Fatimah sudah menggeleng perlahan.


"Ish kamu ni.. Itu bukan ketentuan untuk kamu tapi itu khabar gembira Haji Pian sekeluarga.."


"Tak boleh ye kata macam tu mi?" Lagak anak kecil tujuh tahun, lurus 'Ukasyah bertanya pada umminya. Lelaki itu tersengih lagi. Kepalanya yang tidak gatal digaru beberapa kali.


"Ummi tak kata tak boleh Syah.."


Hajah Fatimah menyudahkan tugasnya dan kembali menghampiri 'Ukasyah di sudut halaman rumah.


"Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155, maksudnya, "Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata, sesungguhnya kita ini semua milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali," Tak salah Syah kata macam tu bila Syah diberikan ujian Allah, bila kesabaran Syah diuji."


Hajah Fatimah berjeda. Wajah 'Ukasyah dipandang tepat. Segaris senyuman terukir di wajah ibu tua itu.


"Tapi dulu Syah sendiri yang endah tak endah bila ummi cakap pasal anak Haji Pian, kan."


'Ukasyah tersenyum kelat. Belakang kepalanya diusap beberapa kali. "Tak apalah ummi. Syah terima ketentuan ni. Mungkin dia yang terbaik untuk Syah, untuk ummi dengan abah. Mungkin dia yang boleh terima baik buruk Syah," Lambat-lambat lelaki itu menghimpun kekuatan menerima suratan.


Hajah Fatimah mengangguk sekali. "Allah Maha Mengetahui. Jangan sesekali kita ragui qada dan qadar-Nya. Apa yang penting, kita berusaha dan tak putus doa. Ummi dengan abah tak kisah mana-mana satu pun. Lagi pun, dua-dua anak Haji Pian Syah.. Acuannya sama. Ummi percaya, biar adik atau kakak, dua-dua pun yang terbaik.."


Mekar senyuman di wajah Hajah Fatimah. Bahu anak terunanya ditepuk beberapa kali sebelum dia bingkas menghilangkan diri di perut rumah meninggalkan 'Ukasyah termangu seorang diri.


Dah bertunang? Biar betul? Takkan Afiqah yang dah bertunang? Takkan adik bertunang dulu dari kakak? Ada keraguan fakta ni.. Ligat 'Ukasyah berfikir. Jari sudah mula mengetuk permukaan kaca meja bulat di hadapannya.


"Syah~"


Laungan Hajah Fatimah kedengaran kuat dari dalam rumah. 'Ukasyah tersentak.


"Ya, mi.." Pantas dia membalas.


"Ambilkan daun pandan, Syah."


"Yes maam!" Laju sahaja lelaki itu melangkah ke arah pasu besar di tengah laman pada sayap kiri rumah. Gunting pokok hiasan yang tergantung berhampiran pasu pokok orkid yang tersusun elok di laman itu sempat dicapainya.


"Petang nanti ummi nak hantar lompat tikam dekat rumah Haji Pian. Hajah Aminah paling suka makan lompat tikam,"


Hampir melompat 'Ukasyah mendengarkan suara umminya yang tiba-tiba kedengaran. Pantas dia berpaling ke arah Hajah Fatimah yang sudah tegak berdiri di belakangnya. Nafas dihela perlahan. Dalam hati dia beristighfar beberapa kali.


"Bila pulak ummi ada dekat luar ni, mi. Terkejut Syah."


Hajah Fatimah hanya tersenyum. Tangannya mencapai sehelai daun pandan yang dihulurkan 'Ukasyah.


"Terima kasih. Nanti petang kita pergi rumah Haji Pian ye Syah,"


"Syah nak balik Tanjung Malim,"


"Ala, malam-malam sikit kan boleh balik.."


"Syah bawak first trip esok, mi. Budak-budak tu pukul 7 lagi dah start tunggu bas, mi.."


"Tak apa.. Nanti ummi dengan abah hantarkan Syah,"


"Pulak?"


'Ukasyah menepuk dahi. Dia menggeleng sekali. "Tak apa, mi. Syah drive sendiri. Abah penat nanti. Esok nak pergi kerja lagi.."


"Habis tu nak pergi rumah Haji Pian macam mana? Jadi tak?"


'Ukasyah mengangguk lemah. Rumah Haji Pian pun, Haji Pian la mi.. Apa la yang best sangat dekat rumah Haji Pian tu mi.. Syah memang akan rela hati nak pergi provided that she's home. Ya! Kalau Afiqah ada dekat rumah, okay jugak kan? Bercahaya mata 'Ukasyah. Lelaki itu kembali bersemangat. Maybe this is the time!

2 comments:

  1. syah..syah..
    sungguh kamu ni yea..

    ReplyDelete
  2. huhuhuhuhuhu.....SAMBUNG.....S.A.M.B.U.N.Gx9 !!!
    C.E.P.A.T...cter nie besh sangat...;p

    Amie

    ReplyDelete