Kokokan ayam dan kicauan beburung membuatkan pagi terasa indah. Dinie tersenyum lebar. Dia yang sedang berdiri di tepi tingkap tersengih pada Naqib yang melambai dari luar rumah. Kerdipan mata suaminya itu dibalas dengan sebuah ‘flying kiss’.
Dinie ketawa perlahan. Naqib mengenyitkan matanya sekali sebelum mengayuh basikal tua berwarna hitam milik Hajjah Sufiah. Dinie tersenyum lagi. Lirikan matanya menghantar suaminya hingga hilang dari pandangan.
“Naqib pergi mana tu Piya?”
Dinie tersentak. Suara Hajjah Sufiah kedengaran betul-betul di belakangnya. Dia berpaling sambil tersenyum beberapa ketika kemudian.
“Abang pergi beli nasi lemak kat lorong sebelah ni, mi..”
“Piya la yang nak makan, ya?” Usik Hajjah Sufiah, tahu kegemaran anaknya itu. Dinie tersenyum lagi.
“Piya dah buat cucur tadi...”
“Ummi tahu..” Pantas Hajjah Sufiah mencelah. “Ummi dah buat air..”
“Ooopss! Piya lupa!” Dinie terjerit kecil sebelum dia tersengih lebar.
“Macam manalah dah buat cucur tapi terlupa buat air.. Piya tak ajak Naqib makan ke tadi?”
Dinie tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Hajjah Sufiah memandang anaknya itu dengan mata yang sudah bulat.
Dinie tersengih lagi. Penat melayan usikan sang suami membuatkan dia terleka. Puas bergurau senda dengan suaminya itu saat Naqib menemaninya di dapur selepas subuh tadi.
Hampir dua minggu usia pernikahan mereka, baru beberapa hari ini dia dapat mengenali suaminya yang sebenar. Ada manja dalam bicaranya. Ada tegas dalam sendanya.
“Kamu berdua dah sarapan ke belum?”
Pertanyaan Hajjah Sufiah mengembalikan Dinie ke alam nyata. Dia beralih ke sofa berangkai tiga sebelum menjawab, “Belum, mi.. Tunggu ummi dengan Nuha, baru nak sarapan sama..”
Dinie tersenyum manja pada ummi yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Direbahkan kepalanya ke riba Hajjah Sufiah. Hajjah Sufiah ketawa perlahan. Tangannya mengusap kepala anaknya itu penuh kasih.
“Dah kahwin pun nak manja-manja dengan ummi jugak..”
“Biarlah.. Bukan selalu dapat duduk dengan ummi macam ni..” Dinie membalas manja.
“Sama lah Piya dengan along tu.. Dah dua minggu lebih along tak datang. Selalu hujung minggu je dah muncul sehelai sepinggang..”
Ummi tersenyum mengenangkan anak lelaki yang seorang itu. Azran memang gemar menghabiskan masa hujung minggu bersamanya. Namun, jarang dibawa Dinie menyertainya kerana dia tahu andai Dinie mengikutinya, amat sukar untuk mengajak gadis itu pulang semula.
“Jadi ke nak ikut ummi pergi Tupah?” Tanya Hajjah Sufiah tiba-tiba, teringatkan rancangannya sebelum ini.
Dinie menganggukkan kepalanya sekali. “Abang ada bagitahu kat Piya semalam. InsyaAllah, mi..”
“Hmm.. Naqib pun seronok je masa ummi cerita pasal kebun Acu Wan tu..” Hajjah Sufiah tersenyum lebar mengenangkan keterujaan Naqib sewaktu dia menceritakan perihal kebun adiknya di Tupah.
Kebun seluas satu ekar setengah di tanah persendirian milik adiknya itu turut menjadi kawasan rehat keluarga setelah dibina sebuah rumah yang diubahsuai daripada kontena terpakai. Uniknya, rumah dari dua buah kontena yang bersambung itu turut dilengkapi dengan dapur, tandas, ruang tamu, dan tiga buah bilik.
“Ummi plan nak pergi bila?”
“Ummi ingat nak pergi hujung minggu depan. Tapi alang-alang Piya dengan Naqib dan Nuha dah ada dekat sini, kita pergi awal sikitlah. Boleh duduk lama-lama dekat sana.”
Dinie terangguk-angguk mendengar jawapan umminya. Terkebil-kebil dia seketika. Berair matanya menahan ngantuk. Baring di riba Hajjah Sufiah benar-benar membuatkan Dinie terasa lebih selesa dan kelopak matanya bagaikan ditarik-tarik.
“Nuha tu rajin betul study. Cuti sekolah pun usung buku ke hulu ke hilir..” Hajjah Sufiah mengalihkan pandangannya pada Dinie yang berbaring santai di ribanya. Dia tergelak kecil melihatkan anaknya itu.
“Ummi cakap sorang-sorang rupanya.. Budak bertuah ni, tidur pulak dia..” Hajjah Sufiah berbisik perlahan sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Sebuah senyuman menghiasi wajahnya. Lambat-lambat dia bergerak perlahan. Kepala Dinie dialaskannya dengan bantal kecil di hujung sofa. Langkahnya diayun ke dapur.
“Aaaaahhhh!!” Dinie terjerit sedikit kuat.
Sebentar tadi lenanya terganggu dengan suara Nuha dan Hajjah Sufiah yang sedang rancak berbual. Malas hendak membuka mata, dia masih lagi santai berbaring di atas sofa berangkai tiga itu.
Baru hendak menyambung lena, muncul Naqib menyucuk pinggangnya. Terlompat dia bangun dari baringan dengan jeritan halus. Matanya dijegilkan pada Naqib yang ketawa lepas. Entah bila Naqib sampai, dia pun tak pasti.
“Jom makan..” Pelawa Naqib dengan tawa yang masih bersisa. Tangan kanannya dihulurkan pada Dinie. “Sempat pulak sayang abang ni tidur, ye..”
Usik Naqib melihatkan Dinie yang menggeliat perlahan. Isterinya itu menjeling geram tetapi huluran tangannya itu tetap bersambut. Naqib senyum lebar. Ditarik perlahan tangan isterinya, beriringan mereka turun ke dapur.
“Hah Naqib, Piya.. Makan..” Hajjah Sufiah bersuara sebaik sahaja ternampak kelibat anak dan menantu kesayangannya. Kedua-duanya tersenyum mesra. “Ummi ingat Piya nak tidur sampai tengah hari..” Usik Hajjah Sufiah.
“Ummi..” Memuncung Dinie seketika. Namun, dia tersengih lebar saat pandangannya bertaut dengan Nuha yang sedang memerhatikannya. Malu pula andai Nuha tahu manjanya dia dengan ummi. Mereka berbalas senyuman seketika.
“Kalau nak tunggu Piya bangun, kebulur Qib, mi.. Lapar ni..” Naqib menepuk perutnya beberapa kali.
Dinie tersenyum manja. Dia merapati Naqib dan menghulurkan cawan berisi kopi pekat pada suaminya itu. Dua bungkusan nasi dari dalam plastik dikeluarkan dan diberikan kepada Hajjah Sufiah dan Nuha. Piring kosong di atas meja diambil dan diletakkan di hadapan Naqib.
“Thanks sayang..” Naqib tersenyum pada Dinie yang sedang berdiri di sebelahnya. “Meh sini, duduk sebelah abang..” Ditariknya tangan Dinie perlahan. Baki bungkusan nasi lemak di atas meja diambil. Satu diletakkan di dalam piring di hadapannya manakala yang satu lagi dihulurkan pada isterinya.
Dinie menyambut dengan senang hati. Doa makan yang dibacakan Naqib, diaminkan perlahan. Masing-masing mula menghadap rezeki mereka tanpa suara.
Usai makan, Nuha membantu Dinie mengemas meja makan. Pinggan mangkuk yang digunakan dibasuh dan dibilas bersama. Sayup-sayup kedengaran suara Naqib sedang berbual rancak dengan ummi.
Dinie berpandangan dengan Nuha. Masing-masing tersenyum. Semakin lincah mereka menyudahkan kerja, tak sabar hendak turut serta dalam perbualan yang semakin rancak itu. Tawa Naqib yang jelas kedengaran membuatkan Nuha dan Dinie berbalas pandang sekali lagi.
“Abang..” Serentak keduanya bersuara sambil mencebik. Tawa mereka pula yang menghiasi teratak Hajjah Sufiah pagi Isnin itu.
Hajjah Sufiah yang sedang duduk selesa di atas sofa tersenyum lebar. Hati tuanya gembira dengan kemeriahan suasana saat itu. Dalam diam dia berdoa supaya kebahagiaan ini berkekalan biarpun dirinya dijemput pergi..

-------------------

No comments:
Post a Comment