“Nuha, nah air..” Pantas tangan Nuha menyambut huluran botol mineral daripada Adhana. Bibirnya menguntum senyum buat sahabatnya itu.
“Weh.. Angah kau kirim salam..” Ringkas Nuha menyampaikan salam Dinie buat Adhana.
“Bila kau jumpa dia?” Tanya Adhana pelik. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Nuha yang sedang duduk melunjurkan kakinya di atas padang yang menghijau.
“Tak jumpalah.. Kak Dinie call aku semalam..”
“Amboi.. Ingat pulak dia dekat kau. Dekat adik sendiri buat-buat lupa..” Rungut Adhana sambil mencebik.
Nuha ketawa lepas melihatkan reaksi Adhana. Dia meneguk sekali air mineral yang diberikan Adhana tadi dan menghulurkannya semula pada sahabatnya itu.
“Jealous ye? Hmm.. Itu tandanya angah kau sayang dekat aku.. Janganlah cemburu ye..” Giat Nuha sambil menepuk-nepuk bahu Adhana. “Weh.. Pass beg aku jap.”
Nuha memuncungkan mulutnya pada beg Tropicana Life miliknya yang berada di sebelah kanan Adhana. Lambat-lambat Adhana menghulurkan beg sandang berwarna kelabu itu pada Nuha. Tersengih Nuha memerhatikan pergerakan Adhana.
“Ala kau ni… Nanti aku suruh Kak Dinie call kau pulak ye..”
Adhana mencebik. Lidahnya dijelirkan sedikit pada Nuha. Nuha tersengih lebar.
“Eh, ada missed calls la..”
Nuha menggumam perlahan. Papan kekunci telefon bimbitnya ditekan-tekan pantas. Sesaat kemudian dahinya disinggahi garis-garis halus namun jari-jemarinya masih lagi lincah menekan-nekan papan kekunci telefon bimbit. Setelah berpuas hati, telefon bimbitnya dilekapkan ke telinga kirinya.
Lama dia menanti panggilan itu terjawab namun hampa. Nuha mengerutkan dahi untuk kesekian kalinya. Bibirnya bergerak-gerak, merungut sesuatu yang hanya difahami olehnya. Setelah beberapa kali mencuba Nuha akhirnya mengeluh perlahan.
“Weh tak baiklah mengeluh..” Tegur Adhana perlahan setelah puas menjadi pemerhati sedari tadi.
“Aku risaula dengan abang aku ni. Call dari semalam lagi tak berjawab..” Perlahan Nuha bersuara. Kepalanya dipalingkan menghadap Adhana di sebelahnya.
“Ada hal lah tu kot.. Tak pun, kau call wrong timing..” Pujuk Adhana lembut. “Cuba la try lagi nanti..” Sambungnya lagi sambil memeluk bahu Nuha.
“Hmm.. Nantilah aku cuba try test lagi..” Balas Nuha selamba. Hilang suara hibanya sebentar tadi.
“Oii.. Perli aku la tu..” Adhana menepuk bahu Nuha perlahan. Pecah tawa keduanya sesaat kemudian.
Dinie menghembuskan nafasnya perlahan. Telefon bimbit Naqib yang sudah berhenti berbunyi digenggamnya erat. Rasa bersalah yang semakin menjalar membuatkan hatinya seperti dicengkam akar keresahan.
Resah mengenangkan Huda Nuha yang kerisauan. Hati kecilnya itu juga dibalut keresahan mengenangkan peristiwa hitam yang terakam kemas dalam memorinya. Puas dia mengalihkan tumpuannya daripada terus memikirkan kejadian semalam tetapi dia gagal. Tidak dapat dibayangkan perjalanan hidupnya andai benar maruahnya turut tergadai saat itu.
Bergenang mata Dinie saat perakam mindanya memainkan semula rakaman yang tidak diduga itu. Mengenangkan Naqib, pantas bibirnya memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga untuk kesekian kalinya.
“Hei.. Berangan..”
Tepukan perlahan di bahunya membuatkan Dinie tersentak. Matanya dijelingkan pada Azran yang tersengih-sengih di sebelahnya.
“Aduh.. Jeling-jeling pulak. Kalau Naqib tengok ni, sure dia tak lena tidur malam nanti..
“Along!”
Dinie mencubit lengan Azran yang sudah duduk selesa di atas sofa berangkai dua itu. Azran hanya tertawa sambil menggosok-gosok lengannya perlahan.
“Dinie, Dinie suka tak dekat Naqib tu?”
Hah?! Apa punya soalan ni? Bulat mata Dinie memandang Azran.
Azran hanya tersengih. Keningnya dijungkitkan beberapa kali.
“Cuba Dinie terus-terang dengan along, Dinie suka tak dekat Naqib?”
Pecah tawa Azran melihatkan Dinie yang sudah memuncung. Ditariknya bahu Dinie rapat kepadanya. Kemudian dia menepuk-nepuk perlahan bahu itu sambil bersuara, “Along bukan nak busy body ke apa ke.. Along cuma risau je tengok Dinie sekarang ni..” Lembut suara Azran seakan sedang memujuk.
Dinie menggigit bibirnya perlahan. Telefon bimbit Naqib dalam genggamannya diramas perlahan.
Sukakah aku pada dia? Suka atau sayang? Sayang atau kasih? Naqib sentiasa hadir saat dia dalam kesusahan. Naqib satu-satunya adam yang berjaya mengetuk pintu hatinya yang sengaja dibina dengan besi-besi tegar.
Jawapan apakah yang patut menjadi halwa telinga alongnya tika itu.. Dinie menggeleng perlahan tiba-tiba.
“Is that an answer?” Tanya Azran lembut.
Dia merenung Dinie yang menunduk di sebelahnya. Pantas gadis itu mendongakkan kepalanya mendengarkan kepastian yang dipinta Azran.
“Dinie, along tak paksa Dinie jawab soalan along. Along cuma risau tengok Dinie sekarang ni, dah tak macam adik along sejak beberapa bulan lepas. Along perasan sangat perubahan Dinie lately. Mungkin Dinie tak sedar Dinie dah suka termenung. Lepas tu, cepat sangat terasa.” Azran menarik nafas dalam-dalam. “Lebih-lebih lagi lepas kejadian semalam..” Sambungnya lagi dengan suara yang perlahan, tertahan-tahan. Bimbang kata-katanya itu bakal menghiris lagi hati kecil Dinie Sophea.
Dinie menghela nafas dan melepaskannya perlahan. “Along..” Panggil Dinie lembut.
“Hm..” Sahut Azran pantas.
“Along suka Encik Naqib tak?”
Dinie menekup mulutnya laju. Lain yang difikirkan, lain yang terkeluar dari belahan bibirnya itu. Gelak tawa Azran yang memenuhi segenap ruang tamu rumah mereka membuatkan Dinie tersipu malu.
“Along tanya Dinie, Dinie tanya along balik.. Hmm.. I think I know your answer..” Giat Azran dengan senyuman nakal terukir di wajahnya.
Dentingan jam beberapa kali membuatkan dua beradik itu mengalihkan pandangan mereka pada jam antik yang tergantung di sudut ruang tamu. Sesaat kemudian keduanya bertentang mata dengan kening yang menjungkit sedikit.
“Jom la.. Kesian pulak buah hati Dini tu tunggu lama-lama nanti..” Azran menarik perlahan tangan Dinie yang sudah memuncung. “Hah.. Tengok.. Apa pulak yang along silap lagi kali ni…”
Pecah ketawa Dinie mendengarkan suara Azran yang seakan merajuk.
“Along, along.. Apa lah yang along merepek ni.. Bila masa pulak Encik Naqib tu jadi buah hati Dinie. Dekat hospital nanti, along jangan cakap yang bukan-bukan pulak. Karang tak pasal-pasal orang ingat adik along ni hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong..” Tenang Dinie bersuara sebaik sahaja tawanya bernoktah.
“Memang mancung pun hidung adik along ni..” Azran tersengih nakal sambil tangannya mencuit hidung Dinie. Bulat mata Dinie memandang Azran yang tersengih lebar.
“Dah, dah.. Dinie nak naik atas pakai tudung dulu. Nanti lambat pulak. Sekarang dah la time lunch. Banyak kereta nanti..”
“Wahh.. Tak sabar nampak..” Azran mengulum senyum. Dikenyitkan matanya pada Dinie yang menjeling geram.
“Along!” Marah Dinie dengan matanya yang bulat memandang Azran.
“Okay, okay.. ”Azran tersengih lagi.Tangannya menolak Dinie perlahan ke arah tangga di hadapan mereka. “Make it fast...” Laung Azran dari anak tangga pada Dinie yang sudah pun menutup pintu biliknya perlahan..

*******************

tahniah kerana ceta best
ReplyDeletebr jumpa hari ini..