Rintik-rintik hujan sedari awal subuh tadi masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Mentari pagi yang dinanti masih bersembunyi di balik awan biarpun jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Langit mendung dan angin sepoi-sepoi bahasa mendamaikan pagi hari mengatasi kesuraman alam. Keriuhan dalam rumah teres dua tingkat milik Encik Adli dan Puan Dahlia menunjukkan seisi rumah sedikit pun tidak terganggu dengan kesuraman di luar. Perbualan yang masih rancak diselangi dengan gelak tawa menceriakan suasana pagi.
Selang beberapa minit kemudian, sebuah Proton Satria GTi meluncur laju ke pintu masuk rumah corner lot yang terbuka luas itu. Seorang pemuda turun dari kereta sambil membawa satu plastik berisi makanan di tangannya dan surat khabar diselit di celah ketiaknya. Salam yang diberi segera disambut oleh penghuni rumah.
"Along... kenapa beli roti canai? Tadi kan mama suruh beli nasi lemak.."
"Dinie sayang... tak nampak ke langit tengah menangis. Mana ada gerai jual nasi lemak yang buka. Makcik Rubi pun tak jual hari ni."
Dinie mencebik. Pun begitu lincah tangannya mengeluarkan roti canai dari bungkusan dan meletakkannya ke dalam pinggan. Kuah dal dan kari diisi ke dalam mangkuk.
"Ad, Hana... kenapa tengok je. Makanlah. Takkan nak suruh angah suap kot..... "
"Angah, sudu tak ada. Nak ambil kuah guna apa ni?" Adhan bersuara sambil tersengih-sengih. Matanya melirik pada adik kembarnya, Adhana di sebelah. Bulat mata Dinie melihat kedua-dua orang adiknya yang sudah mengekek.
"Pergilah ambil sudu.. Korang dua orang ni dari sebelum along keluar tadi korang dok sakat angah. Tak baik tau......"
Dinie tersenyum memandang alongnya, Azran. Nasib baik along ada!
"Tak baik tau... Dahla tak dapat makan nasi lemak, Ad dengan Hana pulak buli memanjang. Nanti angah nangis, along tak tau." Azran mengenyitkan matanya pada Adhan dan Adhana.
Dinie mencebik lagi. Sempat dia mencubit lengan Azran sebelum berlalu dari ruang makan. Urmm.. malas nak layan lagi..
"Ambil sudu sendiri. Piring jangan lupa pulak ye..." Laung Dinie dari ruang tamu.
Dia mendekati Encik Adli dan Puan Dahlia yang sedang khusyuk membaca surat khabar. Entah apa berita yang hangat sangat agaknya hari ni... Dinie mencapai bahagian dalam Utusan dan membelek muka surat terakhir Sigap.
"Ishh budak ni. Itu ajelah kerja dia..." Puan Dahlia menampar lembut peha Dinie yang duduk bersila di sebelahnya.
"Ala ma... biasa la macam ni.." Rengek Dinie manja. Kepalanya dilentokkan ke bahu Puan Dahlia.
"Biasa la untuk orang yang asyik dengan hiburan je. Orang pagi-pagi macam ni, baca surat khabar bahagian berita yang penting-penting. Pasal tol naik ke, kes kematian yang menjadi-jadi ke... Tapi Dinie pagi-pagi check dulu intisari rancangan. Entah apa yang menarik sangat pun babah tak taula.."
Ooooppsss.. babah dah mula bagi khutbah.. Dinie mengalihkan pandangannya pada Encik Adli. Dia hanya tersengih sambil mengecilkan matanya.
"Tengok tu.. Orang serius dia main-main pulak. Hmm... Dinie.. Dinie.." Puan Dahlia menepuk bahu Dinie perlahan.
"Okay, okay.. Last time. I promise..." Dinie menjeling sekilas surat khabar di tangannya sebelum meletakkan surat khabar tersebut di atas meja kopi di hadapannya.
"Assalamualaikummm.."
Eh.. Siapa yang datang waktu hujan-hujan macam ni? Siap masuk kat depan pintu lagi. Nasib baik pintu tu bertutup. Dinie menjengah di balik langsir sliding door.
"Assalamualaikummmm.." Suara tadi memberi salam buat kali kedua.
"Waalaikumussalam..." Serentak Encik Adli dan Puan Dahlia menjawab.
"Kenapa tak bukak pintu kat sebelah tu Dinie?" Tanya Encik Adli pada Dinie perlahan. Dia bergerak ke pintu kayu yang bertutup.
Puan Dahlia pula bergegas menghampiri tangga mencapai tudungnya yang tersangkut di hujung tangga. Dinie berlari memanjat anak tangga menuju ke biliknya. Sempat telinganya menangkap suara Encik Adli yang bertanya tujuan kedatangan tetamu itu tadi.
"Hah! Lari, lari.. Asal ada orang datang je lari masuk bilik." Sergah satu suara di sebelah Dinie.
"Hish along ni. Terkejut Dinie tau." Dinie mengurut dadanya perlahan. "Lain kali sebelum cakap bagi salam. Jangan nak main sergah je!" Perlahan suara Dinie memarahi Azran. Dia perlahankan suaranya supaya tidak kedengaran sehingga ke bawah.
"Macam mana tak sergah. Perangai Dinie dari dulu lagi, kalau orang datang je lari naik atas. Dah berapa kali along cakap, jumpa dulu tetamu.."
"Along... Cuba along tengok Dinie macam mana sekarang. Takkan along nak adik along ni tutup kepala pakai paper macam Normala Samsuddin dalam filem Idola tu!" Terjegil mata Dinie memandang tepat pada Azran.
"Cantik apa tutup pakai paper.. hahahaaaaah!!" Azran ketawa kuat.
"Hiiii... Tak kuasa Dinie. Tak sesuaii langsung. Ada pulak peguam syariah boleh bertindak macam tu.."
"Itu dalam keadaan terpaksa tu.." Azran mengenyitkan matanya pada Dinie sambil tersengih.
"Hermm... terpaksa la sangat. Hah! Along buat apa kat atas ni? Tadi bukan Along sarap dengan Ad dan Hana kat bawah ke?"
"Along naik tukar baju kejap. Tengok ni, Dinie punya pasal along sanggup berhujan tau." Azran mengunjukkan beg plastik berisi sebungkus nasi lemak di hadapan Dinie. Terjerit Dinie melihatkan nasi lemak yang dibeli Azran.
"Along tipu Dinie... Jahatnya."
"Hmm... jahat, toksah makan. Biar along yang makan..." Azran bergerak menuju ke tangga.
"Along.." Dinie menjerit perlahan. "Sorry... sorry.." Dia bergerak mendekati Azran. "Bak sini nasi Dinie.." Pantas tangannya merampas bungkusan nasi lemak di tangan Azran. Dia tergelak perlahan. "Along..." Tak sempat Dinie menghabiskan ayatnya tatkala kedengaran suara Encik Adli memanggilnya dari bawah.
"Ran... panggil Dinie turun kejap." Laung Encik Adli dari anak tangga sebaik sahaja terlihat kelibat Azran di hujung tangga.
Dinie yang berada berhampiran Azran menjengahkan kepalanya sedikit. Dia memandang Azran dengan kedua belah keningnya terangkat.
"Haa.. Dinie. Turun sekejap Dinie. Encik Ihsan datang ni." Melihatkan Dinie menjengahkan kepalanya, pantas Encik Adli bersuara.
Ihsan? Pakcik mana pulak ni??
"Hm.. kejap ye bah. Dinie tukar baju jap." Dinie bersuara perlahan. Encik Adli bergerak semula ke ruang tamu selepas mendengar suara Dinie.
"Bak sini nasi tu, along bawak turun.." Azran menghulurkan tangannya pada Dinie. "Along tak makanlaa.." Sambung Azran lagi apabila melihat Dinie memandangnya dengan ekor mata.
Dinie tersengih memandang Azran. Bungkusan nasi bertukar tangan. Dia berjalan perlahan menuju ke biliknya manakala Azran bergerak menuruni tangga.
Lima minit kemudian Dinie bergegas turun ke ruang tamu. Dia memberikan salam kepada mereka yang berada di situ.
"Hmm... Dinie Sophea?"
"Ya saya.." Pantas Dinie menjawab sambil tersenyum pada tetamu yang dikenali dengan nama Encik Ihsan.
'Ya Allah! Encik Ihsan! Macam mana boleh lupa ni. Hisy... kacaula.' Rungut Dinie dalam hati sebaik sahaja otaknya dapat mengingat semula siapakah gerangannya tetamu itu.
'Allahuakbar Allahuakbar... Lailahaillallah.......' Laungan kalimah kebesaran-NYA dari surau At-Taqwa jelas kedengaran di rumah Encik Adli. Encik Adli telah berada di surau sebelum masuk waktu maghrib lagi manakala Azran dan Adhan masih lagi di rumah.
Sayup-sayup kedengaran suara Puan Dahlia memarahi Adhan yang masih di dalam bilik air. Azran yang sudah bergerak ke luar berpatah balik masuk ke dalam rumah. Langkahnya diatur laju ke bilik air. Diketuknya pintu bilik air, memaksa Adhan untuk keluar dengan segera. Sesaat kemudian Adhan keluar sambil tersengih.
Azran menjegilkan matanya dan berkata, "Nasib baik along tak tutup air kat luar aje tadi. Ingat nak tidur dalam tu.." Tegas suara Azran menegur Adhan.
Pantang baginya sesiapa yang duduk terlalu lama dalam bilik air. Tambahan pula solat maghrib perlu disegerakan selain waktunya yang singkat. Adhan segera berlari naik ke tingkat atas untuk bersalin pakaian.
"Tak larat mama nak panggil Ad keluar bilik air tiap-tiap hari. Kalau masuk tak lebih 15 minit tak sah. Entah apa yang dibuatnya dalam tu lama-lama." Puan Dahlia seakan meluahkan kekesalannya sebaik sahaja melihat Azran bergerak mendekatinya di ruang makan di dapur.
"Hmm... anak kesayangan mama jugak....." Azran mengenyitkan matanya pada Puan Dahlia. Dia mencapai kole plastik yang tergantung di kabinet dapur dan menuangkan air masak ke dalamnya, dihulurkannya pada Puan Dahlia. Puan Dahlia tergelak perlahan memandang Azran.
"Macam tau-tau je mama nak suruh Ran tuangkan air.."
"Mama Ran... mestilah Ran tau. Ran kan pakar dalam hal-hal baca fikiran orang ni.." Azran berkata riang. Dia tergelak selepas menghabiskan ayatnya itu. "Hmm.. Ran pergi dulu ye ma. Surau depan rumah je tapi lambat pulak datang, tak patut betul," sambung Azran lagi. Sempat dia mencium pipi Puan Dahlia sebelum bergegas ke luar.
"Ma..... Dinie tak mau kerja."
Puan Dahlia memandang sekilas pada Dinie yang sedang menongkat dagu di meja makan.
"Cuba dulu Dinie. Dinie pun tak buat apa kat rumah sekarang kan? Daripada duduk saja, at least ada jugak pengalaman yang berguna untuk Dinie nanti."
"Ma.. Dulu pun mama dengan babah suruh Dinie cuba. Alih-alih apa yang Tuan Haji tu cakap, semuanya indah khabar dari rupa je ma. Kerja overtime tapi gaji, tak kira pun overtime. Solat pun susah."
"Itu sebab Dinie kena tukar department lain. Bos Dinie pun bukan Tuan Haji kan?"
"Tuan Haji.. Tuan Haji.... Geram Dinie dengar nama dia tu!" Rungut Dinie perlahan. Hiiiii... sebab Tuan Haji jugakla aku kena pergi kerja minggu depan. Geramnyaaa! Anak dia yang ramai tu tak pulak diajak kerja sekali. Dalam hati Dinie merungut panjang.
"Dinie.. Mama tahu keadaan Dinie masa kerja dekat office Tuan Haji. Tuan Haji sendiri yang cerita dekat mama dan babah.." Terbeliak mata Dinie memandang Puan Dahlia.
"Tuan Haji cerita? Tuan Haji cerita tak dekat mama kitorang kat department bawah kena solat dekat stor?" Tanya Dinie laju. "Tuan Haji tahu..." Sambung Dinie lagi selepas melihat Puan Dahlia menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.
"Tuan Haji tahu rupanya. Teruk betul partner Tuan Haji tu ma. Mr Ong tu tak bagi langsung kita orang naik bahagian marketing untuk solat dekat surau di bahagian sana.." Dinie membuka cerita dengan semangatnya. "Penghabisannya kita orang kena solat dekat stor sebelah pantry..." Sambungnya lagi dengan suara yang sedih.
"Dinie, apa yang dah berlaku biarkan ia berlalu. Remember what I've told you before, forget injuries... Kali ini mama yakin keadaanya takkan sama macam last time."
"Ma... Habis STPM last year Dinie dah dapat pengalaman yang berharga kerja dengan Tuan Haji. This year Dinie ulang STPM lagi sekali dan Dinie kena jugak kerja. Dengan orang yang Tuan Haji recommend pulak tu. Along dulu lepas sekolah tak ada pulak kerja part time kat mana-mana. Kenapa Dinie kena?"
"Along lain. Dinie special case..." Tiba-tiba kedengaran suara Azran menyampuk perbualan Dinie dan Puan Dahlia.
"Banyakla along punya special case. Pergilah jauh-jauh. Sibuk je datang dekat-dekat, mengacau je lebih." Dinie menolak Azran yang duduk di sebelahnya.
"Babah kat surau lagi ke Ran?" Tanya Puan Dahlia pada Azran yang sudah duduk selesa di kerusi sebelah Dinie. Tidak dihiraukannya Dinie yang berusaha menolaknya ke tepi.
"Babah pergi rumah Encik Ihsan, ma." Jawab Azran sambil tangannya pantas menangkap tangan Dinie yang asyik menolaknya sedari tadi. "Semalam kan Encik Ihsan mintak copy sijil-sijil Dinie," sambungnya lagi apabila melihat Puan Dahlia seakan pelik mendengar jawapannya sebentar tadi.
"Oh, ya. Macam mana mama boleh terlupa.. Babah dah ingatkan mama petang tadi."
"Macam mana mama nak ingat kalau dok melayan makcik sorang ni," kata Azran sambil menolak lembut kepala Dinie di sebelahnya.
"Along.. apa ni main-main kepala orang," memuncung Dinie dengan pergerakan Azran yang sepantas kilat itu. Azran hanya tertawa mendengar rungutan Dinie.
"Hm.. ma, apa yang mama bualkan dengan Dinie tadi? Rancak aje Ran tengok."
"Apa lagi Ran.. adik Ran yang manja ni, macam Ran tak tahu pulak perangai dia. Perkara yang simple dijadikan masalah besar, fikir sampai nak pecah kepala. Semalam depan Encik Ihsan bukan main lagi cakap, boleh... cuba dulu... Alih-alih hari ni, peningkan kepala mama pulak."
"Apa lagi yang jadi masalahnya Dinie?" Tanya Azran serius persis seorang abang yang tegas dan bertanggungjawab.
Dinie tertunduk mendengar suara Azran yang tegas bertanya.
"Along tak nampak sebarang masalah pun. Encik Ihsan tu okay je along tengok. Soft spoken, baik.. and I'm pretty sure his daughter is just like him. Jangan risaulah Dinie. Belum cuba, belum tahu... hmm?"
Dinie mendongakkan kepala. Matanya memandang Puan Dahlia yang sedang mengacau milo di dalam teko. Puan Dahlia yang turut memandang Dinie menganggukkan kepalanya perlahan. Dinie mengalihkan pandangannya pada Azran dan berkata, "Okay, okay.. Dinie cuba.."
"Cuba, cuba jugak Dinie. Tapi jangan pulak Dinie mintak berhenti lepas sehari kerja," usik Azran sambil mengenyitkan matanya.
Berderai tawa Dinie mendengarkan usikan Azran. Teringat dia akan tindakannya yang meminta untuk berhenti kerja selepas bekerja sehari di pejabat Tuan Haji awal tahun lepas.
"Mengadalah along ni.. Mengungkit isu yang dah basi," kata Dinie dengan tawa yang masih bersisa.
"Along bukan mengungkit, tapi mengingatkan.. Mana tahu kalau-kalau Dinie tak fikir panjang nanti."
"Hopefully this time will be much better. No need to worry too much since Encik Ihsan dah beritahu apa kerja Dinie, masuk office pukul berapa, balik pukul berapa..."
"Hah, tahu pun.." Serentak Puan Dahlia dan Azran bersuara. Masing-masing memandang tepat pada Dinie yang hanya tersengih.
"Hiii... Geram along dengan Dinie lah. Buat berat kepala orang lain je. Tak kesian ke dekat mama?" Azran yang duduk di sebelah Dinie menyekeh kepala adiknya itu.
"Ala... mama tak kisah, kan ma?" Jawab Dinie sambil mengusap tangan Puan Dahlia yang sudah pun berdiri di sebelahnya.
"Kan mama dah beritahu Ran.. adik Ran ni memang manja. Cuma mama rasa kali ni bukan manja lagi tapi mengada." Puan Dahlia mencubit pipi Dinie perlahan. Dia tersenyum memandang anak-anaknya. "Hmm.. Dinie, pergi panggil Ad dan Hana turun makan," sambung Puan Dahlia memberi arahan pada Dinie.
"Menurut perintah tuanku..." Laju sahaja Dinie bergerak selepas menghabiskan ayatnya. Bimbang dicubit lagi oleh Puan Dahlia.

*******************

wahh... mcm best!
ReplyDeletewah..
ReplyDeletejemput baca novel saya athttp://emptydecoration00.blogspot.com/2013/03/housematetutorenemy-or-husband-or-not_31.html
ReplyDelete