July 3, 2009

TEMUDUGA CALON JENAZAH

SEMUA DIMINTA HADIR TANPA PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN :

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :

Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :


"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insyaAllah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya."


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Semoga berjaya dalam temuduga ini
!

Wallahu'alam.

xxxxxxxxxxx



mungkin ada yang dah pernah baca peringatan ni
sebab jat ambik dari email..
apa yang jat nak share dekat sini,
dalam hidup ni kita kena sentiasa beringat.. aware
mati tak kenal usia..
tak semestinya kita akan mati bila umur dah lanjut

peringatan buat diri jat sendiri,

had-hadkan keseronokan dunia ni
itu semua tak kekal lama
biar kita hidup seadanya
moga akhirat sana kita bahagia
hidup dekat dunia ni kurang 100 tahun
tapi dekat akhirat sana, selamanya!
andai kita jadi calon A, alhamdulillah ya Allah, syukur.
calon B, na'uzubillah ya Allah..
calon C, ya Allah astaghfirullah, ampunkanlah dosa ini..
sentiasalah beringat
syaitan dah berjanji nak menyesatkan anak adam
janganlah kita termakan tipu daya syaitan
sekali kita tersangkut,
selama mana nafsu nak terikat berajakan syaitan?
mungkin kita tak sedar
suntikan syaitan halus jarumnya
moga mati nanti kita terlepas dari hasutan mereka, insyaAllah.

sentiasa amalkan doa,

"Allahumakhtimlana bihusnil khotimah
wala takhtim 'alaina ya Allah bisuil khotimah.."

moga mati nanti dalam khusnul khotimah, insyaAllah.. amin.


wallahu'alam

3 comments:

  1. nana.. my pleasure..
    utk dikongsi bersama pun tujuannya..

    =)

    ReplyDelete
  2. thanks..sedikit sebanyak dapat juga menyedarkan diri ini yang kadang kala lalai..

    ReplyDelete