August 16, 2011

:. Keterlaluankah Aku 12 .:



“Izdihar, panggil kakak dengan adik masuk, sayang. Petang dah ni. Sekejap lagi nak berbuka dah,”


“Kakak dengan adik belum balik lagi la ummi,”


“Belum balik?”


“Kan kakak dengan adik ikut Pak Long Amal lepas Asar tadi,”


“Ikut Pak Long Amal pergi mana? Ummi tak tahu pun,”


Megat Izdihar tersengih lebar menayangkan gigi.


“Kenapa sengih pulak ni, kan ummi tanya Izdihar,” Pipi anak lelakinya dicubit manja. Si kecil enam tahun itu masih lagi menayang sengih.


“Bukan ke Amal bawak anak-anak pergi rumah Makcik Zahrah?”


Terangkat kening Iklil mendengarkan suara suaminya dari arah belakang. Izdihar terangguk-angguk beberapa kali. Iklil pantas berpaling memandang Idin.


“Kenapa Iklil tak tahu pun Dina dengan Nina ikut Amal pergi rumah Zayanah?”


“Kenapa Iklil tak tahu pulak.. Amal cakap dengan kita kan pagi tadi. Sayang ni.. Itulah suka sangat menyakat Amal tu. Kan dah jadi pelupa,” usik Idin. Sempat tangan mencuit pipi isterinya. Iklil memuncung seketika sebelum tersenyum lebar memandang Izdihar yang masih menjadi pemerhati.


“Izdihar nanti dah besar jangan nakal macam abi tau. Kesian ummi kena buli,”


Idin ketawa lepas. Si kecil Izdihar yang menghampiri dengan sengihan lebar ditarik dalam dakapan. Kepala anaknya dikucup sekali.


“Anak abi ni mesti la besar nanti macam abi jugak kan,”


Izdihar mengangguk laju. Iklil kembali memuncung. Pipi Izdihar dalam dakapan suaminya dicium geram. Mengekek si kecil itu. Tubuh kecilnya hilang dalam dakapan Idin. Izdihar bertubuh kecil berbanding kakaknya yang lebih tinggi ketika berumur enam tahun dulu.


“Assalamualaikum,”


“Waalaikumussalam warahmatullah,”


Salam yang meriah kedengaran dari luar pantas dijawab Idin dan Iklil. Terkumat-kamit Izdihar, turut sama menjawab. Idin menurunkan Izdihar, memimpin tangan anaknya menuju ke pintu hadapan. Iklil pula bergegas mencapai tudung yang tergantung di bilik tetamu sebelum mengatur langkah ke arah yang sama.


“Panjang umur puteri abi ni. Ummi risau sangat ingatkan princess dah kena kidnap dengan Pak Long Amal,” Idin masih seronok mengusik Iklil. Dia melirik matanya memandang sang isteri yang sudah berdiri di sisi.


Iklil ketawa sekali sebelum menayang sengih. Puteri Imanina memeluk kaki umminya menghantar pesanan mahu didukung. Idin yang memerhati pantas menarik si kecil empat tahun itu ke dalam dakapan. Dicium pipi anaknya lembut.


“Nina je? Dina?” Memuncung manja Puteri Irdina melihat adik kesayangannya dicium Idin.


Idin menjungkit kening sekali sebelum bersuara, “Nina je la. Dina kan geng dengan ummi.. Geng abi, abang dengan adik je,” usik Idin senang hati.


Makin memuncung anak gadis Idin dan Iklil yang berumur lapan tahun itu. Namun hanya seketika sebelum dia memeluk Idin. Erat.


“Em tengok la tu Amal. Semua dah geng dengan abi, ummi jugak yang tinggal sorang-sorang..”


Amal ketawa menggelengkan kepala. “Bulan depan Amal bagi geng baru dekat Kak Iklil ya. Lagi best boleh gosip-gosip.”


Iklil menjungkitkan kening beberapa kali. “Tak sabar akak nak geng dengan Zayanah. Biar anak-anak dengan abinya je.” Iklil ketawa perlahan menoktahkan kata.


“Pak Long Amal, meh la buka sekali dengan kami,”


Tangan kanan Amal serasa ditarik sedikit. Pantas matanya beralih pada Izdihar yang terkebil-kebil memandang. Amal tersenyum, mengusap kepala si kecil itu.


“Nanti Tok Ngah tinggal sorang, buka sendiri je. Izdihar tak kesian dekat Tok Ngah?”


Izdihar pantas mengangguk beberapa kali. Amal tersenyum lagi.


“Esok kita ajak Tok Ngah, kita ajak Pak Long Amal, buka sekali nak?” Tanya Idin sambil melirik mata pada sang isteri. Iklil tersenyum mengangguk.


“Yeay!!” Serentak Dina dan Izdihar membalas riang.


“Okay, kakak bawak adik basuh tangan. Abang pun sama, pergi basuh tangan dulu, tunggu abi dengan ummi dekat meja ya sayang,”


“Okay!” Masih dalam mode ceria anak-anak itu membalas sebelum Irdina menarik lembut tangan Imanina, memimpin puteri kecil itu. Sebentar kemudian hilang kelibat ketiga-tiganya di bahagian hujung rumah.


“Alah Amal ni pun macam tak biasa tau buka dekat sini. Macam rumah jauh sebatu. Sebelah pintu je kot,” usik Iklil. Pecah tawanya melihat Amal yang tersengih malu.


“Usik orang lagi, karang kalut sendiri.” Idin membalas laju. Bahu isterinya yang sudah mencebik dipeluk mesra. Amal masih lagi tersengih, tidak tahu hujung pangkal.


“Aha, sebelum Amal lupa, ni bubur lambuk dari Makcik Zahrah,”


“Makcik Zahrah ke anak dara Makcik Zahrah?” Usik Iklil dengan mata bersinar ceria.


“Sama je, Makcik Zahrah ke anak dara Makcik Zahrah ke, datangnya dari sana jugak kan,”


Amal mengangguk pantas mendengarkan balasan Idin sebelum dia bersuara, “Sama je kak. Lagipun memang Makcik Zahrah yang bagi tadi. Amal jumpa Makcik Zahrah je tadi kak. Barang-barang pun Amal pas dekat Makcik Zahrah.”


“Ooo..” Terangguk-angguk Iklil. “Tapi mesti Zayanah yang buat ni. Dari bau pun akak boleh agak, hehehe,” tawa mengusik Iklil kedengaran nakal. Idin menggeleng kepala melihat telatah isterinya.


“Pembawakan budak ni Amal, jangan tension ya kena usik je dengan kakak kamu ni,”


“Pembawakan budak?”


Iklil ketawa lepas, menyigung perlahan perut suaminya.


“Hm, insyaAllah tahun depan abang dapat la tambah geng baru. Geng buli ummi,”


Tawa Idin bergabung dengan tawa Amal sesaat sebelum mati tawa kedua-duanya dengan laungan  sederhana kuat Dina dari  muka pintu dapur, “Abi, ummi, sekejap lagi dah nak berbuka ni,”


Amal dan Idin berpandangan, menjungkitkan kening masing-masing sekali. Iklil tersenyum.


“Amal balik dulu ya bang, kak. Tak sempat nak cerita panjang,”


“Tak apa, esok-esok ada lagi. Susah-susah akak pergi je sebelah, gosip dengan Mak Ngah. Nak lagi senang, nanti akak contact je Zayanah. Akak dah kamceng tau dengan bakal isteri Amal lepas datang rumah Makcik Zahrah hari tu,” Iklil tersenyum penuh makna.


“Mana-mana yang akak senang la,” balas Amal selamba. Idin ketawa.


“Dah, dah, karang kita bertiga buka depan pintu pulak ni,”


“Em, balik dulu, assalamualaikum,”


“Waalaikumussalam warahmatullah,” sambut Idin dan Iklil perlahan.


“Kirim salam dekat Mak Ngah,” sambung Iklil sesaat kemudian sambil sepasang suami isteri itu memerhatikan dua pupu mereka mengatur langkah tenang, pulang ke rumahnya di sebelah.


“Senang hati tengok Amal tu. Tenang je orangnya.”


Idin mengangguk, mengiyakan kata-kata isterinya. Tangannya menutup daun pintu perlahan. Beriringan mereka menuju ke dapur.


“Memang sesuai kan bang, Amal dengan Zayanah. Iklil suka sangat tengok Zayanah.”


Idin mengangguk lagi. Terkenang pertemuan mereka beberapa minggu yang lalu bersama Mak Ngah Muna, ummi Amal yang dipanggil Tok Ngah oleh anak-anaknya, Irdina, Izdihar dan Imanina. Hubungan mereka bertambah erat sejak berpindah dan tinggal berjiran dengan Mak Ngah Muna.


“Tak sabar rasanya nak berjiran dengan Zayanah,” Iklil kembali menyambung kata.


Idin mengangguk lagi. Bersama segaris senyuman kali ini.


“Nanti boleh la Iklil kenalkan Zayanah dengan Nini. Mesti lagi meriah,”


Idin masih lagi membalas dengan anggukan.  Dia berjalan menuju ke sinki, membasuh tangan dan mengambil tempat di meja makan bersama anak-anak kesayangan. Iklil yang mengikut langkah suaminya turut melakukan perbuatan yang sama. Dia mengambil tempat di sebelah Idin, memerhatikan anak-anak yang duduk penuh adab sebelum membalas pandang dengan suaminya. Mereka tersenyum. Bangga melihat Puteri Irdina, Megat Izdihar dan Puteri Imanina yang diasuh penuh kasih sayang membesar lagak mujahid dan mujahidah. Ucapan hamdalah bergetar di hati.


:. to be continued, insyaAllah .:


P/s: Salam Ramadhan 1432H, harapnya dapat habiskan KA sebelum raya, insyaAllah, akan diusahakan sebaik mungkin & secepat mungkin. Maaf atas kelewatan yang sangat terlewat.. [+__+] Maaf sekali lagi.
 

4 comments:

  1. Best lah cerita dari blog ni... saya selalu mengikuti... jangan lama sangat untuk sambung....

    ReplyDelete
  2. Whoa~ ada pasangan bahagia Iklil dan Idin..
    Terubat rindu kat diaorang..:)

    Wah..Amal..Bagusnya..Beruntung Zayanah dapat Amal ni..

    Takpe je cik Jat. n3 ni pun dah mengubat rindu kami..Terima kasih =)

    ReplyDelete
  3. xsabar nak tau next epi..
    slmt berpuasa sis

    ReplyDelete