Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat
semua-semua-semua-semua-semua
rakan pengunjung blog jat yang beragama Islam.
Salam Syawal 1432H buat semua.
Sempena bulan yang sudah menjadi adat untuk bermaaf-maafan,
jat turut sama memohon maaf sepanjang masa atas talian ni
andai ada taipan kata yang tak disenangi
atau pun untaian janji yang belum ditepati.
Jat minta maaf untuk semuanya..
dalam sedar atau pun kurang kesedaran atau tak sedar langsung
mungkin kerana terlalu syok sendiri
sampai tak sedar ada yang makan hati.
*minta TOLONG ingatkan kalau ada janji yang jat terlupa, please,*
Tapi apa-apa pun,
jat nak ingatkan diri jat sendiri & juga rakan-rakan..
Bermaaf-maafan ni tak ada expiry date.
Tak ada tarikh permulaan atau pengakhiran.
Cuma dah menjadi kebiasaan kita dalam bulan Syawal.
Apa yang penting kita sentiasa mohon maaf dan memaafkan.
Hati pun akan lebih tenang bila jiwa lebih suci.
Pesan jat untuk diri sendiri & juga rakan-rakan,
semoga kita terus istiqamah dengan amalan di bulan Ramadhan
sehingga ketemu Ramadhan yang akan datang.
Bukan senang nak istiqamah. Jat sendiri ada kalanya leka.
Pengaruh dalam. Pengaruh luar. Pengaruh serata tempat.
Sekeliling dan persekitaran boleh mempengaruhi perlakuan kita.
Apa yang penting,
hati kita terjaga dan kita tahu apa yang kita nak, apa yang kita cari.
InsyaAllah untuk istiqamah dengan setiap amalan
akan jadi lebih mudah dan tak terasa memberatkan.
InsyaAllah.
Serasanya macam banyak yang nak ditaip
tapi tak terkeluar pulak tiba-tiba.
Takkan nak taip pesan & ucapan pun ada writer's block?
**wink2** -ehe
Oh ya, last time, jat ada post 3 entries.
Ingatnya nak buat hadiah hari raya buat semua.
Rasanya ramai yang dah pun baca.
Minta maaf andai ada terkurang atau pun terlebih.
Tak lupa, thanks a lot kepada semua
yang sudi menjengah mengintai membaca
dan tak lupa jugak kepada yang sudi meninggalkan jejak
Terima kasih semua.
Maaf Zahir & Batin~
psssstttt jat nak balik penang esok... babaaii kajang... till we meet again, insyaAllah. ☺
kampung dekat kajang??
ReplyDeletewahh area manakah?
selamat hari raya, jat^^
ReplyDeletemaaf andai ada salah dan silap sepanjang saya komen kat blog jat ni ye :)
terima kasih atas hadiah hari raya tu..3 n3 yang memang best =)
selamat hari raya aidilfitri..
ReplyDeletesalah silap kite minta maaf ya..
thanks 4 n3
take care
> pexx - kg kat penang,, (",)
ReplyDelete> Nadzipah - tak ada salah silap pun nadzipah. jat lg suka.. n thanks ya! (",)
> May_LiN - take care too sis, (",)
*** tunggu adik dgn abah balik dr klinik sat bru balik kg. tak sihat plk adik jat. innalillah. hope he's getting better soon, insyaAllah.